Assalamualaikum ..

Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..! 


  credit : I luv Islam

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam 
Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H. 
  
Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup 
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan  seterusnya berazam untuk 
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. 
Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku 
catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku 
catatan yang baru. 
Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban: 
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) 
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat 
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x 
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x 
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) 
i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat  kepada Allah 
ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada  Allah 
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di  dalam iman &   
    pohonlah segala yang baik dan munafaat. 
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x     
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk) 
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x 
4. Berpuasa pada siangnya) 
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. 
Antaranya yg termasyhur adalah: 
1.     Malam Dimustajabkan Doa 
2.     Malam Pembahagian Takdir 
3.     Malam Rahmat 
4.     Malam Berkat 
5.     Malam Pengampunan (Taubat) 
6.     Malam Penebusan 
7.     Malam Syafaat 
8.     Malam Penulisan 
9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan 
10.    Malam Rezeki 
11.    Malam Hari Raya Para Malaikat 
12.    Malam Penghidupan 
  
Antara kelebihan bulan Sya'aban: 
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga. 
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) 
 : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang  meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. 
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. 
Wallahua'alam 


Sumber : foward mail 
Salam...
Baru sampai dari kampung. Weekend lepas balik Johor, minggu ni balik ke Pahang pulak... balik tadi ikut Karak Highway boleh tahan jammed juga. Kereta berderet-deret. Barangkali ramai yang balik kampung sempena menghabiskan minggu2 terakhir musim durian cam kitaorang gak. Maklum la.. lagi 2-3 minggu dah nak start puasa. Barangkali ada gak yang balik keluarga kat kampung buat kenduri tahlil sempena sambut Ramadhan. Lagi-lagi minggu dah dapat gaji ni.. memang penuh jalan!


Anyway saje nak share sket aktiviti-activiti redah dusun durian kat kampung. Almaklum rumah tinggal.. selalu kalau ada durian gugur tu kira rezeki siapa-siapalah yang dapat. Pagi ni sesudah subuh lagi 3 orang hero dah meredah kebun cari durian gugur.. alhamdulillah... ada rezeki kitaorang kali ni nak merasa durian kebun sendiri. Lain feel nyerr.. ha ha. Kebetulan gak jiran-jiran kebun sebelah pun ada, tokok tambah dapat gak le durian free lagi he he.
 Abang amek gambar nak show off kpd 'ahli2' yang tak hadir. Kasi panasss skettt ha ha ha!


 Hasil terjahan.
Pak Chik & Pak Cu.  Masing-masing nak tunjuk skil bukak kulit durian
Fahim... muka bangun tidur nak makan durian he he

 Tu dia isinya.. penuh berkrim dan nikmat..!!!

 2nd Round

Ni lah hero-hero adik beradik belah Abang. Cukup corum semua.

Sambil-sambil tu sempat gak kemas-kemas rumah, bersih-bersih sawang, basuh langsir bagai nak sambut raya nih. Tak lupa gak ziarah pusara arwak Arwah Ayah Mertua dan Mak Mertua, AL-fatihah.

Walaupun jauh beribu batu... lain feelnya makan durian beli ngan durian kebun sendiri.. freshh!!! he he
Salam..

Gelihati pun ada tengok paper Harian Metro hari ni. Lepas jadi tukang tilik Piala Dunia, Paul Octopus kini beralih menjadi model iklan la pulakk.....! Makin busy la Paul sekarang walaupun di jangkakan akan 'pencen' 6 bulan lagi. Mesti panjang queue orang-orang yang nak dapatkan khidmat Paul. Jangan nanti gaji & Populariti Paul pun lebih mahal dari pemain-pemain bola sepak piala dunia sendiri..! Paul rilek je.. tak yah nak gi training sana sini.. duk diam2 tunggu orang bagi kotak pas tu pilih makanan yang dia suka.. tu pun leh melotop fames satu dunia..! ha ha