Happy 5th Bufday to Danish Aiman!!

Hari ni , 8th April 2010 merupakan hari ulangtahun kelahiran Danish yang ke-5. Alhamdulillahh.. Danish membesar dengan sihat dan ceria..! Sentiasa menghiburkan hati Papa & Mama walaupun ada kalanyer bila nakal terlebih especially bila 'berperang' dgn Dania kena warning jugakkk hu hu!

Last 2 weeks masa balik kampung Mak Longnyer dengan murah hati sponsor kek bufday utk both Danish & cousin, Faqihah. Ma kaseh banyak2 Mak longg... cayangggggg Mak Longg.. muaahhhh!!!

Simple celebration kat kampung. Paling teruja masa Faiq launched party popper! ha ha ha. Lepas tu jenuh la kena sapu sisa2 popper tuhh...kui kui ikui

Untuk Danish, Papa & Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Danish. Semoga Danish akan terus membesar dengan sihat dan ceriaaa, menjadi anak yang soleh dan cemerlang dalam segala bidang. Papa, Mama & Dania sentiasa ada di sisi Danish dalam apa keadaan sekali pun ya sayanggg... happy bufday tu you sweetheart!

Ucapan dari Mak Long :
SELAMAT ULANG TAHUN DANISH KE-5..SEMOGA MJDI ANAK YG BIJAK BAIK N ANAK YG SOLEH YEK!...

Ucapan dari Mak Usu :
Hepi Birthday to Danish! Smoga pnjang umur, murah rezeki dan dlindungi Allah selalu. Dari Mak-P Usu, Kakak Dira n kakak Qiha.

Terima kasih to Mak Long & Mak Usu for the wishes!
Wahahahahha... busy busyy busyyyyyyyyy!! Especially hujung bulan March, bulan terakhir tahun fiskal 2009 kat ofis. Banyak benda nak kena kejar.. kena follow up.. kena complete..kena submit... kena close and so on. Kena pulak hujung March family kat kampung ada buat kenduri doa selamat skett.. Puas berkejar ke sana ke mari. Memang minggu2 terakhir yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mentall ha ha ha. Dan dah tentu Abang & anak-anak pun terasa jugak 'tempias'nyerr... sorry sangat2 yekk my dearies uhuk uhuk! Tu yang blog pun lengangggggggg... nak singgah blog kenkawan pun tak sempatt.. sorry yekk frenss...hua hua hua.

Anyway syukur semuanya dah berlalu... berlalu tak bermakna semuanya dah berakhirr...! kat ofis kena tarik nafasss panjang2 lagi kena bersedia plak nak mengadap semua agenda2 'baru' untuk tahun fiskal 2010 pulakkkk! huhuhu

Anyway, setelah hampir seminggu tak mengasap dapur akhir hari ni dapat gak meyinsing lengan. Menu pagi, nasi goreng paprik. Lunch keluar pergi attend wedding - nasi beryani and malam ni Chicken black pepper, kailan tumis belacan & sambal goreng ikan bilis n tempe.

So entry kali ni aku nak hapdet resepi untuk Chicken black pepper duo. Naper duo? saje je sebab dalam resepi ni kebanyakan bahan kuantitinya 'dua' biar senang nak hingat he he


Chicken Black Pepper Duo



Bahan-bahan
Ayam
2 biji bawang putih - dihiris
2 biji bawang besar(merah) - dihiris
2 inci halia - dihiris panjang
2 tangkai lada kering
2 sudu lada hitam - ditumbuk agak kasar.
2 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
Kiub perasa ayam (suku kiub)
Garam secukup rasa (hujung sudu)

Cara-cara
1. Potong ayam ikut suka, kalau saya sederhana. Goreng dan asingkan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan lada hitam hingga kecoklatan dan naik bau.
3. Tuang sedikit air, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa.
Kacau sebati hingga agak likat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
5. Sedia untuk di hidang! Boleh tambah sukatan bahan2 ikut selera masing-masing!

Resepi yang sangat mudah dan ringkaskan! Selamat mencuba!!
Salammm.. bertemu kembali dalam segmen update - cuti-cuti Malaysia ~ Segalanya ada di Malaysia versi Anniversary trip PART 3. Last entry.. don't worry! ngeh ngeh ngeh!

Date : 31st Jan ~ 2nd Feb 10'
Event : 6th Anniversary Vacation
Location : A Famosa Resort, Malacca
PART 3 of 3

Update activity hari ke-3 iaitu hari terakhir vacation 3D2N di A Famosa Resort!

3rd day@Animal World Safari
Ha hari ke-3 hari terakhir kami berada di A Famosa Resort. So pagi tu bangun + bersarapan dan terus berkemas barang. Seawal jam 9 pagi kami dah check out hotel untuk meneruskan pengembaraan kami di Animal World Safari!!

Masuk masuk je Animal world terus ada penyambut yang dengan ramahnyer menjemput kami ke lokasi 'shooting' dan hasilnyer jeng jeng jenggg.....
Haaa... ini memang harimau betull.. real...hidup..bukan gambar, bukan replika atau patung hatta BUKAN di 'super impose'! Kalau berani siap boleh belai-belai harimau ni *di bahagian belakang saje*... hu hu. Di sebabkan ke 'original' an dan ke'excited'an untuk bergambar dengan seekor harimau jantan hidup yang kepalanya boleh toleh kiri dan kanan dan silap haribulan boleh 'ngapp!!'.. maka anda akan di charge RM21 untuk sekeping gambar bersaiz 5R yang telah siap di cuci yerrr...he he *pandai betul A Famosa buat duit hu hu*
Next bergambar dengan geng-geng red Indian. Memang dengan peramah dan sopan santunnyer pelawat, tanpa di pinta di suruh posing untuk di ambil gambarrr... tapi bukan percumaa kalau dah berkenan! Of course personal camera prohibited kat special shooting area nihh.. so layannnnn je laaa.. bila lagi kannn? he he
Okeh.. Antara tempat -tempat menarik yang WAJIB di lawati jika mengunjungi A Famosa@Animal World Safari ialah Walk Through Area, Bird Show, Elephant Show, Wild Wild West Show, Monkey island, Multi Animal Show, Chicken farm dan yang paling best dan mencabar ~Safari Park!

Oppss! Sebenarnye pagi tu kitaorang sampai ke Animal World Safari terlalu awall.. rupa-rupa hari biasa dia bukan lewat sikit dari hari minggu. So apa lagi.. lepak kat pintu gerbang masuk A Famosa Resort sambil posing gediksss ha ha
Habis posing terus check in ke Animal World Safari Animal


@Multi Animal Show

Setiap hari ada 4 show di 4 lokasi pd waktu yang berbeza2 iaitu elephant show, bird show, multi animal show dan satu lagi wild wild west show. So antara show pertama yang kami kunjungi Multi Animal show diikuti dgn bird show.

Bird Show - dalam gambar tu tengah aksi helang putih terbang rendah mengeliling pelawat dan hinggap di tangan instructor! hu hu

Elephant ride @walk through area




Bermanja-manja dengan binatang2 sambil bagi makan di Walk Through Area. Dah la masuk bayar.. siap beli makanan pulak untuk binatang2 dalam ni... he he. Tapi Danish & Dania memang excited bagi makan sebab binatangnyer pun jinak jinak. Sesetengahnyer memang tahap boleh di pegang dan di usapp hu hu.
Opsss hati hatii.. yang ni tak berapa nak mesra alamm.. kalau bagi makanan silap haribulan ngan jari hilang kena 'ngapp!' he he. Danish apalagi.. dari suspen kena ngap dek burung ni dia pun pakat lempar je makanan ke dalam kandangg.. tapi leher burung ni memang boleh jengah pengunjung kat luar pagarr hu hu!

@Safari Park

Haa.. yang most adventures is the SAFARI PARK! Tengok jelah trak yang nak masuk ke safari park tuh.. sikit punya baikkk 'perisai' keliling ! Dia punya journey nak masuk pulak macam ala-ala camel thropy challenge! Ada laluan tertentu yang curam, sempit, berliku dan bergegar le trak tu lalu jalan2 yang sengaja dibiarkan 'thrill' ala-ala roller coaster! Danish sikit punya exciteddd! Yang pasti pregnant ladies & those yang ada heart attack ke memang di larang menaiki kenderaan nih!


Dalam safari park ni memang hampir kesemua binatang tidak di kurung dalam kandang.. of course setiap satu nya di asingkan dengan pagar yang bersistematik dan selamat..makanya binatang2 tuh bebas bergerak dalam tuh. Kiranya bila kita masuk dalam safari park ni kalau tiba-tiba ada di antara binatang tuh yang melintas depan trak tu memang boleh mati kena langgar lahh .. ha ha.




Kami di beritahu ada ada lebih dari 20 ekor harimau yang di bela dan di tempatkan dalam animal world safari ni!
@Wild wild west show
Habis meronda safari park yang mengambil masa kira-kira 25 minit kami terus ke Wild wild west show. Yang ni ala-ala drama sebabak humor oleh geng2 koboi. Budak2 memang excitedd!


Okehhh dah habis roundd.. sebelum keluarr singgah Chicken Farm.
@Chicken Farm



Seronok sangat Danish & Dania bermain2 dengan anak-anak ayam nih! Bayaran RM4 seorang dan makanan ayam RM4 sebungkus. Tengok la betapa ceria nya Danish & Dania lepas bebas dgn anak-anak ayam tuhh.. boleh di tangkap.. boleh di belaii.. gamat dengan bunyi 'ciapp ciap ciappp! anak ayam tuhh.. Sekali sekala anak2 ayam tu berlari ke sana ke marii sampai ada yang Dania terpijakk! Seb baik tak apa-apa anak ayam tuhh.. hahhaha.


Lama gak lepak dalam ni sebab 2 beradik ni tak nak keluarrr!
Setelah penat dan berpeluh-peluh melayan anak2 ayamm.. akhirnya dapat jugak pujuk 2 beradik ni keluar dari reban ayam tuhhh...

Moralnya seronok sangat dua beradik ni melayan binatang2 yang jinak2 dalam Animal World Safarii.. untuk menggambarkan betapa seronok tahapp dewanya diaorangg
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Bila di ajak balikk.....
Danish : Mama kita nak pergi mana pulak ni?
Daku : Kita nak balik rumah dah laa... kan Danish dah main macam2 kat sini.. esok sekolah, kita balik pulak yerr... cikgu Danish pun dah rindu kat Danish.
Danish : Danish tak nak balik rumahh...Danish nak balik HOTELLL!!!!! UUuuUUuWAAAAaaaAaaAAaaAAaAaAA!!

Yaaa....begitulah betapa seronoknya anak-anak ku pergi bercuti hingga tak hingat nak balik rumah! Ha ha HARU!!!

Anyway percutian yang sangat menyeronokkann.. tak de apa yang dapat ditukar ganti dengan keseronokan menghabiskan masa berharga bersama keluarga@insan tersayanggg! muahhhh muahhhhhhhhh & muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!