Malam ni Abang pergi Outsation ke Mumbai, India seminggu ! Isnin minggu depan baru balik.. uhuk! uhuk!!
Malam semalam Abang ajak gi makan seafood kat Bagan Lalang! Wahhh.. teruja gak sebab aku pun tak pernah gi makan seafood kat Bagan Lalang ni huhuhhu!. So malam semalam, lepas maghrib kami bertolak dari rumah. Since tak pernah pergi Abang pun just snap peta dari
internet jek.
Perjalanan hampir melewati sejam.. tapi kitaorang belum sampai! Perrghhh bleh tahan jugak jauhnyer. Last-last dah suspen guna gak le Garmin sebagai penunjuk arah. Seb baik ada Garmin - tolong sebut jarak & arah, mana nak belok etc. Dah la first time pergi, malam plak tu confident pakai redah jekkk.. seb baik tak terlajak sampai ke Morib! Kui kui kuii..!
Anyway dalam kul 9:00mlm kitaorang sampai. Sampai-sampai memang agak sesak jugak tempat tu.. selain restoran2 tepi pantai, ada gak jualan bazaar yg serba meriah dan beberapa group yang buat perkhemahan tepi pantai..!
Akhirnya kami singgah di sebuah restoran Bayu Malam. Sebenarnye tengah2 survey restoran tetiba Danish dah sibuk nak 'membuang' terus la singgah kat restoran berdekatan, Bayu Malam tuh.. huhuhu
Basically konsepnyer camnih,
i) Memula pilih seafood untuk di timbang
ii) Pas tu order la nak masak apa seafood yang dah dipilih tu...
Dania yang dah tak sabar tunggu hidangan siap di masak
Antara yang di order
Udang goreng kunyit
Ikan bakar cicah sambal kicap (perrghhh!!!)
Masakan pedas
Sotong goreng tepung
Kerapu sweet sour
Tomyam
Masa untuk nyum! nyum!!
Wajah ceria orang yang 'dibelanja' hua hua hua.
Antara banyak-banyak tu yang special kupang yang panjang2 tuh.. apatah namanyerr. Sotong goreng tepung pun sedapp.. udang tu Dania belasah sorang jee... kerapu pun not bad and yang paling best sambal kicap cecah dia lah..! Pekat dan cukup rasaa.. aku belek2 juga apa ramuannyerr.. hmmmmmmmm...
Semua yang di atas tu termasuk nasi & air minuman untuk 5 orangg.. kachinnnn! RM92. Terima kasih banyak-banyak Abang.. lain kali bleh datang lagi.....!
Ni plak interfram masakan tengahari tadi... ngam-ngam je siap masak gas dapur pun habis... seb baik sempat settle semua especially sambal goreng untuk bekalan Abang nanti.. ! Muaahhhhh
Okehh.. nak siap-siap dah gi hantar Abang ke KLIA....