Dah cuba makan pizza baru ni? Memang best giller terutama kpd penggemar setia 1901 new york chicken cam aku... he he!
Gambar aku sokmo takde, biasala.. camera woman. Sokmo nyorok belakang tabirr.. ngeh ngeh ngeh!
37 hari!
Itulah bilangan puasa yang aku nak kena ganti. Datang dari mana??
7 hari - Ramadhan 2006
30 hari - Ramadhan 2007!
Hujung tahun 2006 tu aku dah start pregnantkan Dania.
Sepanjang mengandungan Dania, perut sentiasa terasa lapar.. sentiasa kena makan.
Seawal pukul 8:00pagi lagi perut dah berbunyi minta diisi. Pagi-pagi on the way pergi kerja tu biasanyer aku dah beli siap2 kuih and 'bersarapan' sambil drive.. hehehe.. sebab tu atas meja aku sentiasa standby makanan sebab perut cepat 'berkeroncong!'Moralnye, tak dapek la aku nak ganti posa dek keroncong baby dlm perut yang kerap berbunyi.
Masuk 2007 pulak aku bersalin 1hb Sept.. 2 minggu sebelum puasa.
So masa ramadhan 2007 tu aku pun tak abes berpantang so terpaksalah selalu temankan orang2 yg berpuasa berbuka.. heheheheh.
So tahun ni.. total semua 37 hari nak kena ganti! ohok!
Marathon posa la den tahun ni....
So sampai kala aku menulis kat sini, baru dapat ganti 8 hari! meaning ada belen 29 hari lagi.. ramadhan pulak tinggal 2 bulan je lagi. Aku congak2, katalah sebulan ada 4 minggu, pas tu katerlah 3 minggu je aku leh posa secara deretttt aka marathon.. so bermaksud 2 bulan ni mmg kena betul2 posa derettt la jawabnyerrrr! Tak leh stop langsung ni!
Nak dijadikan cerita, pagi tadi pun sama lah. Sebelum tidur dah niat esok pagi nak bangun sahur. Yang aku ingat, pukul 5:00pagi aku rasa macam ada terjaga... pastu pejam mata balik. Sedar kali kedua dah pukul 5:30pagi. alamak! Dah nak subuh dah. Aku nak bangun tapi Dania pulak merengek2 nak menyusu. So layan la sekejap. Bila dia dah lena balik aku terus turun bawah. Sempat aku capai roti Gardenia atas meja & Tuna mayo dalam tin. Sapu tuna atas roti dan ambil sekotak air soya *bekal Danish pergi school* dan duduk kat sofa depan TV. Jam dah nak 5:40pagi. Terus tekan remote astro bukak astro Awanis.. dalam hati berkira2 jugak dah subuh ke belum ni.. tapi rasa cam belum. Sedang aku dok mengunyah roti tu tetiba kat TV berkumadang azan subuh..! Errkkkk!!! aku terkeduuu seketika....*alamak dah Azan la..* getus hati aku. Spontan tangan terus menadah roti yang sedang aku kunyah dan dek tekak yang tak selesa terus aku sedut air soya.. Lepas tu aku termenung.. eh cam ni? Lepas seminit dua baru lah azan subuh dari Surau tak jauh dari rumah aku berkumandang. Dek rasa terkilan, hati mula la was2 nak ikut Azan TV ke Azan surau..?
Pagi sebelum pergi kerja Abang pesan.. 'ikut je lah Azan TV confirm tepat waktu' sekaligus menjadikan posa ganti aku yg lulus masih angka 8 dan bukan 9! uhuk!uhuk!
Tapi bak kata orang, setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnyer. Hari ni kat ofis ada training ISO16949 2 hari sejak semalam. Kebetulan ofis-mate aku pelawa pulak aku temankan dia makan free dengan instructor! Yatta ne!

Alhamdulillah..
Baru balik dari T.O.T (Training For Trainers) yang berlansung di BakauGruv, Morib petang semalam. Aku bersyukur sangat2 kerana diberikan hidayah dan semangat untuk menyertai program TOT tahun ini anjuran ALEPS-Alumni Look East Policy Society.
hebat ini. Program in sangat memberi manfaat dan cukuplah aku katakan Penceramah yang di undang ialah Dr. Hj Muhamad Jantan iaitu Perunding dan Pakar Motivasi & Psikologi berpengalaman yang jugak agak terkenal di tanah air. Jika ingin tahu lebih lanjut, carilah mingguan Wanita - Segmen Mencari Keredhaan Mu. Di ruangan itu setiap keluaran pasti ada coretan dari beliau.
Kali pertama aku mendengar ceramah Motivasi beliau ialah pada tahun 1993- ketika aku masih di form 4, kira-kira 15 tahun yg lalu! Ketika itu aku menghadiri Kursus Motivasi pemegang biasiswa Telekom yang berlangsung di Bukit Beruang, Melaka. Masih terpahat dalam ingatan- beliaulah yang mengajar tentang konsep gelombang alpha-betha dan manfaatnya dalam process pembelajaran. Teknik itu memang sungguh aku amalkan dan alhamdulillah, aku akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke negara matahari terbit!Tak lupa aku amat berterima kasih kepada Abang, kerana memberikan aku 'ruang' dan sudi mengambil alih tugasku sebagai ibu - menjaga Danish & Dania sepanjang ketiadaan aku 2 hari 1 malam tu. Rindu berjauhan memang terasa tapi disebabkan schedule program yg agak padat, aku akhirnya memutuskan tidak membawa mereka bersama sekaligus menjadikan itulah kali pertama aku berpisah dengan Dania yang masih menyusu badan. Kebetulan pulak Along buat majlis harijadi kembar sulungnya itu so Abang la yg hadir bersama Danish & Dania memeriahkan majlis. Bila malam dengarnya Abang yang menjadi mangsa 'diserang' Dania kerana nak menyusu! Anyway, terima kasih yang tak terhingga buat Abang!
Di akhir program, hanya satu sahaja permintaan aku dari Exco2 ALEPS, agar diadakan lagi satu sessi bersama Dr. Hj Muhamad Jantan kerana aku rasakan tidak cukup ilmu yang sempat di pelajari sepanjang program TOT ini... memadai program sehari - pagi ke petang. Moga diberikan kemudahan agar program itu dapat dilaksanakan. Kepada warga ALEPS yang lain, jika diberikan kesempatan dan kelapangan, usahakan... usahakanlah untuk hadir! Pasti kalian akan tahu dan sedar betapa RUGInya kalian mensia-siakan program seperti ini. RUGI S.A.N.G.A.T! Ingat! '..jamahlah hidangan yang terhidang selagi ia masih mampu dihidangkan.. jangan nanti bila tiada lagi apa2 yang mampu dihidangkan barulah kita sibuk mengutuk dan meminta-minta!' Ketika itu tiada siapa yg boleh dipersalahkan melainkan diri kita sendiri. Kenapa kita lebih suka menangisi kehilangan dari menghargai anugerah ketika masih ada. Fikir-fikirkanlah!
Subscribe to:
Posts (Atom)