Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts
Assalamualaikum..

Ahaaaa entry throw back .. sebenarnya berlaku pada bulan posa ari tu hihihi.
Minggu2 terakhir sebelum raya...
Alkisah gi shopping raya cari kasut raya budak2 ni.
Rentetan dari kisah menjejak Mitsui Outlet... budak2 ni berkenan 
kasut skechers tapi takde saiz!
Lepas dari tu kami cari di 2 lagi premis Skechers - DPulze dan IOI mall Puchong
pun tak de saiz jugak! Last2 kami decide ke Skechers Mid Valley mall 
punyalah gigih ahahahhah!
Budak2 ni dah berkenan kat lampu lip lap lip lap kasut tu sebenarnya.
Layankan ajerrrr.. siap beli kasut (Seb baik ada di Mid Valley) dah  
nak masuk waktu berbuka... pergi restoran mana2 dah penuh berbooking rupanya!!
Arararara... silap le kami lambat cari port!
Last2 dapat masuk cafe je seat tak penuh.. ye la mana ada orang
buka posa makan kek! dengggg!!


Tapi as emergency  Plan B masuk jugak le yg penting berbuka dan alas perut dulu.


Lepas buka settle2 maghrib.. lepas maghrib baru cari port 
untuk dinner. Budak2 request  nak makan sushi..
layankan ajerrrrrrrrrrrr



Akhirnya menjejak Sushi Zanmai.. yeayy!!!

 

Antara menu yg diorder.. tak sempat snap semua maklum 
le masing2 dah laporrr! ahahahhah 


Delisha yg gigih makan soba dgn chopstick. Bleh tahan jugek budak ni hihi

 

Our happy faces!

Lepas makan .. perut dah kenyang.. jeng jeng jeng...
ronda2 The Garden...
Tetiba Abang pegang tangan sambil cakap ..
" Pergi lah masuk butik LV tu pilih nak yang mana.. Abang tunggu kat luar..
nanti dah jumpa yang berkenan panggil Abang..."

huwaaaaaa......!!!! Terus rasa seram sejuk tangannnn ni..
biaq betulll . Tapi dalam pada biaq betul ke biaq betul ke ni masuk jugek ler 
ke butik LV tuuu ahahhahaha. 
Advance besday present katernyerr hihihihihih
Seram2 sejuk bercampur hekcited kelip2 mata membelek kih kih kih
Budak2 dengan Abang.. punya la bagi si isteri fokus memilih 


Ok pilih pilih pilih.. test test test...
posing posing posinggg depan cermin sambil staff 
dengan ramah mesranya melayann...
akhirnya jumpa dah yang berkenan ehheheheh.

Memang belian pantas je ni... 
Bagitau Abang .. Abang tengok2  jugak model 
yang aku berkenan... agak2 ok Abang pun berkenan terus buat bayarann..
tak banyak snap dalam ni sbb segannnnnn keekekkke


dalam pada umpama mimpi dalam mimpi sambil tersenyum meleret
dengan kaki yg rasa tak jejak tanah dan terasa seperti terbang ke awannn..
gigih jugak la posing jaxxn depan butik LV tu ahahhahahaha.
Dengan harapan tak de orang yg lalu lalang tu kenal aku kah kah kahhhh!!!


pilihan hati. Tak besar sangat.. tak kecik sangat..
sedang2.. just niceeeee! suker suker sukerrr!!!!  <3





Anyway.. terima kasih sangat pada Abang atas hadiah yang superbbbbbbbb
niihhh.. my  1st ever LV collection..
dapat terus VIP member card The Garden. Boleh guna utk lepak2 
di VIP lounge the Garden.
sememangnya umpama mimpi dalam mimpi..
malam tu memang aku tidur sambil meyeringai sengih sampai pipi ahahahahhaha

Terima kasih Abang sekali lagi.. muah muah muahhhhhhhhhh!!
Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberikan peluang olehNya untuk bernafas di muka bumiNya ini.

Bulan ni adalah bulan ulangtahun kelahiranku... terima kasih atas wish dan ingatan  sahabat saudara dan rakan taulan . Sesungguhnya ia sangat menghangatkan hari istimewa ku.


Balik dari kerja, ambik budak2 sampai rumah Abang masih belum sampai. Tak lama sampai tu rupanya dah ada Kek besday dari Komugi.. wahh!!!



Makanya tanpa membuang masa, dengan Danish dan dania yg masih berpakaian uniform sekolah...  terus potong kek!

g

Kek dari komugi  yg comel lagi sedap!
Sekali hadap ni 80% licin terus! ahahhaha


Ada 3 perisa puding tu Abang beli  - Strawberi, Chocolat dan original.
Tak dan dah kena bawak lari budak2 ni.
Lembut dan sedap isinya!

'Besday girl' gedik gak nak posing dengan kek besday 
hehe


Versi lilin nyala

Dan bersama anak2 yang memeriahkan majlis!
Sayang semua!!!he
En Suami belakang camera he



Ok ramai sangat assistant hokeyyy! Siap keluar pisau
extra tuuu! kekekkek


Sabor je la tgk gaya Dhiya nak suap mama 


Lepas tu terus siap2.. lepas solat maghrib kami terus gerak ke Cyberjaya.
Abang ajak pi makan Steamboat gi Steamboat Empire di Gems In Mall Cyberjaya.


Besday girl posing dolu sebelum ngap ehheheheh


Antara menu .. best2 jugak pilihan dia


Ni dari grill corner ala portugis style gitu.
Kita pilih bahan dan staff akan bakarkan.
Steamboat yg customer bakar sendiri kat meja


Us! 


1st time jejak sini.. good food, very nice ambient.. good price.
Recommended!


Ada mini playground. maklum le budak2 ni bukan nak makan banyak sangat punn.
Makan sket pas tu kenyang main jek kikiki


Ni antara kaunter buffet


Ok dah kenyangg.. beransur pulanggg


Depan Steamboat Empire ni ada Matsuri Food Court. Ahaa.. ni pun aku dah 2-3 kali jejak 
makan okonomiyaki sebenarnya... entry je tak sempat buat ekkekek

Sekian .. perut dah kenyang.. since hari kerja, Danish pulak baru je habis UPKK (nasib baik) terus lah beransur balik rumah... Terima kasih sangat buat En Suami yang sudi belanja kat restoran yg best nih!

 Berminat ? moh layari FB page restoran ni.
https://www.facebook.com/Steamboat-Empire-903126039766739/

Restoran yang cantek.. good food good price. Very the recommended uollls!
Assalamualaikum...

Wah wah wah .. throwback sangatt. Actually 18 march yg lepas genaplah Delisha 3 tahunn...
what? 3 tahun dahh?? cepat nyer Delisha besarr huk huk huk!


Untuk record Delisha masih lagi breastfeed! Aku berjaya pump sampai Delisha 2 tahun... lepas 2 tahun aku stop pump (sebab sunnah kata 2 tahun menyusukan bayi dengan susu badan) tapi still continue breastfeed. Kalau ikut record.. Dania dulu menjelang dia 3 tahun aku dah stop BF dia... the next day tu terus demam Dania 3 hari... kali ni ingat nak stop bila Delisha masuk 3 tahun tapi nampaknyaa... rasa macam hiba pulak sebab dia lah paling baby lepas ni tak de dah huk huk huk!
 Frankly bf ni sebenarnya ubat paling mujarab tauu... ubat pujuk paling mujarab... merajuk la teriak kuat mana dia pun tapi kalau mama dia datang pujuk offer nak bf dari nanges2 tu memang boleh diam terus!  Memang baby (she will be my baby forever)  paling calm dan comfort bila berada dalam pelukan ibu dia macam tu kann... mmg anugerah Allah yang sangat powerful hokey.!


Anyway berbalik pada cerita... ok kali ni birthday Delisha jatuh pada cuti sekolah . Walaupun tak tepat hari tapi sekali harung dengan Mak Ngah dia jadi celebrate la sempoi2..



Birthday girl - Mak Ngah & Delisha.
Selamat Hari lahir.. semoga terus dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yg berpanjangann.. aminnnnn!!





potong kek sambil minum petang yg ringkasss



us!!

gambar bawah.. Dania, Delisha dan Dhiya dengan new hair cut.
Actually Delisha ke Cerborric Dermatitis baru2 ni...
dengan berat hati Mama hantar dia potong rambut.. huwaaaaa!!


Malam sebelumnyer bawak mak gi dinner kat Kota Tinggi.
Sayang emak.. semoga Allah sentiasa lindungi dan pelihara kesihatan ibuku aminnn


Mak Ngah yang recommend tempat ni. asal2 nak makan 
pulut mangga ala thai jugak.. tapi malangnya managment dan bertukar.
tapi sebab dah sampai just proceed je lah kan


order order orderrr


antara menu.
Tomyam dia sedap sangat! tomyam putih... tapi aku rasa mcm tak pernah makan
yg rasa macam ni. Sedap nko!



ok makan time!


Overall makan sini memang sedapp.
Setiap masakan tu berasa orang kata...
memang berbaloi2..
yang penting masa yang kita spend bersama keluarga tercintaa...
muaaaaaaaaaaaaaahhh!!!!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik tak sangka dah 5 tahun aku berhijrah....
dari tempat kerja di Shah Alam akhirnya aku berpindah ke Cyberjaya yg  jauhlebih dekat dengan rumah dan yang penting tiada tol!

Jadi Dec 2015 sebenarnya genaplah aku 5 tahun berkhidmat di sini. Alhamdulillah.. segalanya baik baik sahaja.. tapi biasalah ada masa2nya ada graf up and down juga especially time2 busy kelam kelibut bila projek baru masuk tambah pulak dengan new task migration..
tapi overall aku mmg seronok kerja kat sini Alhamdulillah.
Maka sempena 5th Years Service ni... dapat lah sedikit token dari En Kompeni.


 Cert.. 5 years batch dan juga E-Point untuk E-Reward. Bermaksud kita boleh redeem apa2 gift dari amount e-point yg di anugerahkan


Silver badge ot 5th service reward

Kebetulan ada event kat company.. feelin feelin celebration my 5th Service Year hihihih


My working place.. love my job very much!

.Hatta voucher pun boleh pilih...  maka aku pun macam biasa suka pilih Voucher Jusco.. alang alang aku combine kan dengan beberapa voucher redeemtion lain contoh dari Credit Card point dan sebagainya. Alhamdulillah kumpul2 boleh la beli beberapa item ... kali ni solely utk diri sendiri sebagai reward untuk diri sendiri hihihi

Actually tahun 2016 ni azam baru ialah "Jom Sihat" ! maka aku telah membeli beberapa item yg berkisarkan dengan tema 'kesihatan'... antarnya.. health Scale .. boleh analyse berat, fat, muscle & bone density... bleh tahan jugak rega weight scale ni.. tapi of course ku redeem percumalah dengan Jusco Voucer hehehee


Health Weight Scale



of course sepasang kasut sukan baharu juga! 
actually berangan nak join fun run tahun ni konon...eceececce..
geng2 bff aku semua medal dah nak sepuluh jari punya banyakk..
aku tahun lepas sejak tergolek kat wet park injured kaki lama gak 
la aku 'berehat'... tahun ni baru berani sikit.. so
tunggu dan lihat je lah yerrrr



Finally terjebak jugak beli Stand Bowl Mixer nihh...
ada gi kelas roti hari tu... semangat pus pus hangat2 tahik hayammm..
terbeli jugakk.. bila nak buat tu tak tau la lagi kekekekeke

Plus tahun ni aku subsrcribe balik Gym Membership kat ofis. Verangan nak train naik threadmill utk fun run... dan yg penting Zumba class 2 kali seminggu InsyaAllah.
Actually banyak kelas kat Gym ni termasuk la Yoga dan body fitness selain Zumba..
tapi so far yang aku boleh commit zumba Class ni je lah dulu huhu


selepas habis salah satu kelas Zumba. So energetic!
memang improve  self mood nak bekerja hokey!
Instructor pulak pandai pilih lagu .. memang best sangat!



Hari Sabtu pulak tak ramai orang.. makanya aku angkut sekali Danish ke Gym...
biar cergas berpeluh sekali hihihi



So biasa dapat lah sejam eksasaiss.... bakar sikit lemak2 tepu tu huhuhu

Yang pasti memang seronok meredeem reward2 percuma untuk diri sediri. Sekali sekala kan!

Semoga tahun ni terus sihat. Jom sihat!!