Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik tak sangka dah 5 tahun aku berhijrah....
dari tempat kerja di Shah Alam akhirnya aku berpindah ke Cyberjaya yg  jauhlebih dekat dengan rumah dan yang penting tiada tol!

Jadi Dec 2015 sebenarnya genaplah aku 5 tahun berkhidmat di sini. Alhamdulillah.. segalanya baik baik sahaja.. tapi biasalah ada masa2nya ada graf up and down juga especially time2 busy kelam kelibut bila projek baru masuk tambah pulak dengan new task migration..
tapi overall aku mmg seronok kerja kat sini Alhamdulillah.
Maka sempena 5th Years Service ni... dapat lah sedikit token dari En Kompeni.


 Cert.. 5 years batch dan juga E-Point untuk E-Reward. Bermaksud kita boleh redeem apa2 gift dari amount e-point yg di anugerahkan


Silver badge ot 5th service reward

Kebetulan ada event kat company.. feelin feelin celebration my 5th Service Year hihihih


My working place.. love my job very much!

.Hatta voucher pun boleh pilih...  maka aku pun macam biasa suka pilih Voucher Jusco.. alang alang aku combine kan dengan beberapa voucher redeemtion lain contoh dari Credit Card point dan sebagainya. Alhamdulillah kumpul2 boleh la beli beberapa item ... kali ni solely utk diri sendiri sebagai reward untuk diri sendiri hihihi

Actually tahun 2016 ni azam baru ialah "Jom Sihat" ! maka aku telah membeli beberapa item yg berkisarkan dengan tema 'kesihatan'... antarnya.. health Scale .. boleh analyse berat, fat, muscle & bone density... bleh tahan jugak rega weight scale ni.. tapi of course ku redeem percumalah dengan Jusco Voucer hehehee


Health Weight Scale



of course sepasang kasut sukan baharu juga! 
actually berangan nak join fun run tahun ni konon...eceececce..
geng2 bff aku semua medal dah nak sepuluh jari punya banyakk..
aku tahun lepas sejak tergolek kat wet park injured kaki lama gak 
la aku 'berehat'... tahun ni baru berani sikit.. so
tunggu dan lihat je lah yerrrr



Finally terjebak jugak beli Stand Bowl Mixer nihh...
ada gi kelas roti hari tu... semangat pus pus hangat2 tahik hayammm..
terbeli jugakk.. bila nak buat tu tak tau la lagi kekekekeke

Plus tahun ni aku subsrcribe balik Gym Membership kat ofis. Verangan nak train naik threadmill utk fun run... dan yg penting Zumba class 2 kali seminggu InsyaAllah.
Actually banyak kelas kat Gym ni termasuk la Yoga dan body fitness selain Zumba..
tapi so far yang aku boleh commit zumba Class ni je lah dulu huhu


selepas habis salah satu kelas Zumba. So energetic!
memang improve  self mood nak bekerja hokey!
Instructor pulak pandai pilih lagu .. memang best sangat!



Hari Sabtu pulak tak ramai orang.. makanya aku angkut sekali Danish ke Gym...
biar cergas berpeluh sekali hihihi



So biasa dapat lah sejam eksasaiss.... bakar sikit lemak2 tepu tu huhuhu

Yang pasti memang seronok meredeem reward2 percuma untuk diri sediri. Sekali sekala kan!

Semoga tahun ni terus sihat. Jom sihat!!

REVIEW : EVE LOVE BABY LILY ~ SIMPLE YET SIGNIFICANT!

Assalamualaikummm!!

Aha julung-julung kali nak buat review single breast pump kali ni.
Model Eve Love BABY LILY.

Model ini keluar sebagai alternatif kepada Eve Love SASSY.  Kedua-duanya adalah single pump series dari Eve Love yang mempunyai keistimewaan masing-masing.

Ok tanpa berlengah masa... kita tengok apa yang ada dalam sekotak 'Eve Love Baby Lily'


Buka-buka je ada 3 kotak kecil berasingan.
Pembungkusan sangat cermat. Setiap parts tu 
dimasukkan kedalam kotaknya sendiri.


So bila dah keluarkan breastpump dan pumping kits 
maka inilah yg terkandung didalam set BABY LILY.
Ianya terdiri dari 1 motor pump yang sangat comel dan kompak.
Anti back flow kit, 1 unit power adapter, 1 unit usb cable meaning boleh pakai
dengan power bank atau mana2 device yang ada USB Port,
laptop atau usb port dalam kereta jadi sangat portablekan!
Dalam kereta pun boleh pump ya!


Rupa breastpump setelah dipasang dengan sempurna.


Yang paling aku suka... silicone breastfit dia. Lebih lebar, soft dan flexible 
berbanding dengan beberapa model breastpump lain.
Hatta corong untuk nipple pun lebih besar, 
diameter lebih kurang 2.2cm. Jadi sesuai sangat untuk para ibu
yang ada nipple saiz M / L /XL
sebab masa pumping ni actually nipple akan mengembang jadi 
kalau ada ruang yang cukup memang selesa sangat lah dan 
proses pumping lebih lancar! Gitew!!


Jom zoom Baby Lily motor pump.
Terdiri dari power ON/OFF button, 
suction mode button (yg ada simbol 2 drop liquid) iaitu 
stimulation dan expression, serta button Frekuensi (yg gambar mcm gelombang kanan sekali)
Fungsinya kalau nak percepatkan cycle pumping (tambah power senang cerita)
maka ON kan button frekuensi tu okeh



Sebagai perbandingan saiz single (Baby Lily) dan double pump (LILY).
Boleh kata Baby Lily ni adalah 1 part of Lily sebenarnya.
Memang comey sangat kedua-duanyer kan!
Yang best pump ni memang senyap!



Ok enough talking...jom test power Baby Lily pulak tengok performance dia ya.
Sambil2 tu kalau ada gadget lain boleh pasang you tube dengar lagu ke.. tengok drama ke..
or layan entry2 best di media sosial sambil2 pump tu kan!


Mula2 ON kan pump, by default ia akan terus masuk ke stimulation phase (massage breast).
Massage mode ni bertujuan untuk stimulate dan trigger let down reflex supaya susu keluar.
Suction sangat soft...! memang bestttt.. langsung tak sama dengan breastpump single 
electric yang siap batteri kat kepala pump tu... 
frankly speaking masa anak pertama dulu tak ada ilmu jugakann.. nak beli breastpump 
yang mahal takut susu tak banyak *sangat2 silap pahaman ini!*
so beli la yg ala2 buat syarat.. ..Sekali bila try pump... suction pun ada 1 mode je dan hanya 1 suction level! suction memang buat nipple rasa sakit..rasa terus dia tarik niple aduhhhhhhh!!!
 lagi perit lepas pump beberapa kali rasa macam urat belakang pun ikut sakit sekali!
Dah la susu segan nak keluar.. tak pasal2 sakit badan...
Terpaksa panggil bidan urut ... urut balik satu badan dan let go terus pump tu! Huhuhuhu


Ok  detail fungsi motor pump. Bila mula ON kan pump kita mulakan dengan
massage function untuk trigger let down reflex tadi. 
Bila susu dah keluar baru move to expression mode.
Eve Love BABY LILY ni ada 5 suction level di expression mode.
Maksudnya ada 5 kekuatan suction. Level 1 paling rendah iaitu paling soft.
Level 5 paling kuat.. so saya guna level 3 sahaja.. means average dah..
just nice dan sangat comfortable.


Pump sangat ringan dan kompak! hanya sebesar sebelah tapak tangan ya!


Pump .. pump dan pump lagi... la la la la ~~~
Sambil2 mentelaah media sosial...
Kemain senang hati ahahahaahaha!


Ok setelah pump beberapa ketika.. akhirnya inilah resultnya... taraaaaaaaa!!!
Alhamdulilah 5 Oz sekali pump !!


 Bila dah dikemaskan.  


Bersama tuan tanah. 

Baby LILY ni antara breastpump yang laris juga...
ada repeat customer yang baru purchase 2 unit sekaligus untuk bffnya sekali hihihi.

Berminat??? 

WhatsApp 012-2399355 

harga terlajak murah hokey!!!