Assalamualaikum...

Baru-baru ni ada sorang member blogger upload gambar -gambar
OTAK LEMBU MASAK TEMPOYAK!
Gullppp...!!!! seriau aku tengok.. uhuhuhuhu!
Aku pun jenis suke gak cuba makanan yg pelik2 nihh..
kalau kat Johor tu orang Johor memang pandai makan belangkas,
aku pun sama bedall gakk..
tapi OTAK LEMBU ni.. uhuhuhu memang sungguh
membuatku terpanar seketikaa..
katanya lagi orang Termerloh suka masak lemak cili padi..
betul kah...?

Di masak api kecil 45 minit

Zoom skettt

Yang dah siap dan di ceduk ke dalam pinggan..


Rupa bentuk sebelum di masakk.. memang truly OTAK..uhuhuhu

Aku rasa cam boleh masuk dalam
senarai menu FEAR FACTOR je.. uhuhuhuhu!
Assalamualaikum...
Ahaaa.. semalam pergi dating tengok Movie Fast & Furious 5 kat 
GSC IOI mall. Memang bestttt gilerrrr citer tuhh..! 
Doubel thumbs up...!!!
Happy endinggg.. suker suker suker!!


Since citer tu tak sesuai utk tontonan bawah 18 tahun, 
makanya Danish & Dania di letakkan di bawah jagaan adik Ipar ku Idie 
di rumah. Uhuhuhuhu.. 

Banyak pelakon2 dari previous Fast & Furious keluar dalam 
version 5 nih termasuk Hans yg dah excident(mati?) masa racing dalam
Fast & Furious 4. Jom tengok trailer kat bawah ni.. mesti korang teruja gak
nak tengokk.. memang terBAEKK...!!



Masa tengah menonton movie tu dapat SMS dari Achik nyer (Idie)
cakap Danish request untuk belikan hadiah teachers day.
Sebenarnya hari ni  baru School Danish celebrate Teacher Day tuh!
Aku pulak memang pergi IOI tu pun sebab nak cari sekali gift
untuk cikgu2 Danish. 
Hari tu tanya Danish, dia ada bagi 5 nama..
So balik tu Danish pun tak tidur lagi..
sanggup tunggu Mama & Papa balik dengan hadiah 
untuk cikgu-cikgu kesayangan nyer... ehhehehe


Danish tekun tulis nama setiap teacher kat 'kad ucapan' walaupun
jam dah lewat malam, kul 12 dah!


Aha.. dah siap semuanya. 
Ada 5 orang.. Teacher Gaury (principal), Teacher Ashikin (Guru kelas),
Teacher Mona (Guru Agama), Teacher Yasoda & Teacher Devani.


Hari ni Danish pergi sekolah pakai baju casual..
Sampai sekolah aku tengok Cikgu-cikgu pun dressing lebih 
dari biasa.. ehehehhe

Balik sekolah Danish cerita, hari ni kat sekolah 
banyak buat aktiviti.. Danish menang
'Musical Chair' dan dapat hadiah jajan..! 
Tapi dah habis! Ehehheheehe..
Owhh.. esok plak, Jumaat ~ Parents day, 
Papa & Mama datang ambik report card Danish. huhu

Anyway happy Teachers Day to all Krista's Teacher...!
Thanks for everything..!!

Assalamualaikum...
Tetiba teringat saat-saat Dania baru-baru lahir dulu.. 
Terasa nak abadikan cerita tu dalam blog ni utk tatapan Danish
dan Dania bila besar nantii...
dan dengan sukacitanya aku copy paste balik story mory masa Danish
mula mula dapat adik. Di cilok dari fotopages lama..

Kali pertama Danish & Dania 'bertemu'..! suka sangat gambar nihh!

Danish dah ada adik.. boleh buat kawan .. main elok2 nanti tauu..

Dania 3 jam selepas di lahirkan...


Welcome to the world, Dania Aliesya..!

Alhamdulillah.. Mama Danish dah selamat melahirkan seorang puteri, berat 3.4kg pada 1hb Sep 2007,
Sabtu di Hospital Putrajaya secara normal. ami berikan nama puteri kami 
Dania Aliesya yang bermaksud - Yang dilindungi tuhan lagi menyenangkan 
Semoga menjadi permata hati yang sentiasa mengembirakan dan menyenangkan hati mama & papa. Aminnn..

Behind the scene : 
Sebenarnya, 31 Aug tu mama ada jugak sebut pada baby. '.. kalau baby nak keluar hari ni pun mama tak kisahh...' Best jugak kalau lahir hari merdeka kan! Tapi sampai ke malam tak ada apa-apa tanda. Atuk dan Nenek dah standby sejak 30hb lagi. Malam tu tidur macam biasa. Subuhnyer tu mama terjaga sebab Danish merengek nak susu.. waktu tu lebih kurang pukul 5:30pagi. Papanyer yang bangun buatkan susu. Mama sambung tidur balikk.. lepas tu  dalam pukul 6:00pagi mama terjaga. Rasa macam sakit pinggangg... tapi datang dan hilang. Mama pejam mata balik... sakit tu datang lagi. Bila mama tengok jam betul-betul, sakit tu datang setiap 5 minit sekali.. 6:20 - 6:25 - 6:30 pagi.. eh, Mama pun suspen & berdebar-debar jugak. 

Tak kan tiba-tiba je dah contraction 5 minit sekali kott... ni macam dah nak bersalin jekkk. Lain-lain tanda takde. So Mama pun bangun pelan-pelan, mandi dan solat.. lepas tu mama kejutkan papa. Cakap kat papa, mama dah sakit 5 minit sekali ni.. jom pergi cek kat Hospital. Gitu gini gitu gini... sempat jugak mama sarapan dulu kat rumah. Dalam pukul 8++ pagi mama & papa bertolak dari rumah. Danish yang masih tidur tinggal ngan atuk & nenek kat rumah. Kat dalam kereta mama dah tak boleh duduk dah dek sakit pinggang tuh. So mama baring mengiring kat kerusi belakang (tak muat pun dimuat2kan heheh) sambil selawat dan berzikir apa-apa yang patut.. 

Lebih kurang pukul 8:30 kitaorang sampai kat bahagian Wad Bersalin Hospital Putrajaya. Masa tu ada seorang yang sedang menunggu untuk doc check. Bila sampai turn mama, doc kata dah buka 5cm so terus air ketuban dipecahkan. Lebih kurang pukul 8:45pg mama terus ditolak masuk ke labour room. 

Sakit contraction makin datang kerap.. doc pun kejap-kejap datang cek. Tak lama bila dah buka 8-9 cm papa pun dipanggil masuk ke labour room dan duduk disisi mama meneman dan memberi semangat! Mama pun sebenarnya waktu tu bila bidan yg menyambut baby suruh mama teran, mama pun macam iye tak iye jekkk.. ebaru setengah jam duduk dlm labour room, tu pun nasib baik sempat sampai hospital! Dipendekkan cerita, setelah bertarung nyawa beberapa ketika, tepat pukul 9:28 pagi, dengan bantuan papa disisi dan 5 orang nurse/bidan yang agak gamat memberi kata-kata semangat yg lebih kurang berbunyi 
'teran lagi..! sikit lagii..!! haa.. ambik nafass..teran lagi.. terannnn..!!!!''
puteri mama & papa pun selamat dilahirkan... yang kelakarnyer, mama pun siap bagi signal bila terasa contraction tu datang pas tu gamat ler nurse2 tu balas suh teran.. dan terann lagi..hehe. 

Bila terdengar tangisan baby terus lega sangat-sangat mama rase. Nurse-nurse kat situ siap tanya..
 'tengok tu baby lelaki ke perempuann..?' sambil tunjuk baby kat mama. Mama tengok dan tersenyum sambil mengangguk.. nurse tanya lagi'.. cuba sebut - lelaki ke perempuan'?. Bila mama sebut 'perempuan.. 'barulah nurse berpuashati dan letakkan baby atas perut mama sekejap lepas tu barulah baby dibersihkan disebelah mama... 

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi yang Maha Esa kerana memudahkan process bersalin kali ini. Dah sepasanggg dahh... Danish dulu lahir seminggu terlewat dari EDD. Ingatkan Dania pun lebih kurang cam tu jugak rupa-rupanya keluar 4 hari awal dari EDD. Mama sempat bisik kat papa ' Macam tak percaya je, dah selamat lahir dah baby kita..' Papa tersenyum dan kucup dahi mama penuh kesyukurannn...syukrann!!!
- catatan fotopages - 

Dan tiba-tiba air mata bergenang bila flashback balik gambar-gambar keakraban 
2 beradik ni bermain bersama... suka duka bersamaa...
walaupun kadang kala 'perang dunia'  meletus dgn meriahnya.. uhuhuhu

Dania masa beberapa bulann.. 
Abang Danish  "Mainan mu, mainan ku juaa.." huhu

Abang Danish bawak Dania jalan-jalan okeh..!

Danish& Dania masa anniversarry ke-5 kami 2 tahun lepas..

1st Hot balloon festival di Putrajaya. 
Abang Danish 'take care' Dania ~ jangan jalan jauh jauh !

Main dokter dokter... Abang Danish check Dania sakit apa...

Ketika berkongsi kegembiraan beli mainan lepas pecah tabung masing masing...

Abang Danish temankan Dania masa Dania warded..
bacakan buku untuk Dania


Dah besar panjang dah anak bujang & anak dara mama nihh..
Semoga keakraban kalian  terus mekar,
bak kata pepatah.. air di cincang tidak akan putus...
Mama & Papa sayangggg sangat kamu berdua tauu..!!!