Assalamulaikum...
Sambung citer petang tadi .. he he he

Alkisah masa tengah dok syiok melantak Durian tu Abang duk cakap
"Mama tak perasan ker kat TV tuh..?"
Aku yg tengah melayan durian penuh nikmatt.. tengok 
kat TV citer TITANIC baru nak start..
"Apa.. apa yang lainnyer.. tengah tengok cerita TITANIC la ni"
Abang : "Abang dah TERJEBAK dah ni.."
Aku : "Aaaa.. terjebak...? ala terjebak apa pulak dahh.. 
jangan la citer bab2 terjebak. Suspen laa.." 

Dalam kepala cepat je pikir samada terjebak masuk MLM ke
Skim cepat kaya kerr..iskk mintak la dijauh kan uhuhuhuhuh
Abang "Mama tengok la betul2"
Aiskkk.. jenuh aku tenung TV tuh.. lama baru perasan ada logo STAR MOVIE HD..!!
Ahahaha..! Cam ne leh TERJEBAK ni Cik Abang oii...!
Baru je kata ada budak ofis yg langgan Unify ber-meg-meg punya laju..
offer nak tengok movie apa je cakap.. leh tolong download.
Setakat ni kitaorg ambik Family package + 3 mini  + Sports + Byond.
Tu pun dah nak RM100.


Abang citer Astro call, offer package RM125 yg tak akan naik selama-lamanya
selagi kitaorang masih melanggan Astro..! 
Di tambah dengan HBO, Movie & Mustika!
Kalau tengok Ilustrasi kat atas normal price nye RM170..!
Save sampai RM45... amboii baekk punya offer tengah 
orang panas & parlimen sibuk duk usul pecah monopoli Astro gara2
Astro nak naik kan harga..! Uhuhuhu
 Lepas Abang kata YA, dalam masa sejam terus 
activate dah channel2 baru tuh.. amboiiiiiiii baekk punya serviceee!

Dan Abang terjebak sudahhhhhhhhh!!!
Jenuh la lepas ni nak berebut TV ngan anak plak wehh...
Mak ayah nak layan Movie, anak nak layan kartun...!
 Rugi la kalau dah bayor tak tengok..! isk isk isk
Channel2 AXN, LifeInpired, Food channell and bla bla bla tu pun 
tak terkejar nak tengokk.. tambah plak channel baruu..
Sunguh sunguhh TERJEBAKK!!

Nota kaki : Leh la tengok Final rancangan Maharaja Lawak kat 
Mustika malam ni.. nape lah Abang tak terjebak awal sket lagii.. hik hik hik! 
*tanduk keluar sudaaa*
Assalamualaikum....

Dah hari Jumaat.. yeayyy!!! Esok Sabtu & Ahad.. bestnyer dapat
melepekk kat rumah  uhuhuhuhu. Tapi weekend ni kena jadi projek.
Moralnya kerja sambil melepekk uhuhuhu.

Semalam balik kerja ambik Dania lalu gerai jual Durian. Dania terus la merengek2
nak Durian.. " Dania nak makan Duriann.. Dania LAPAR..!"
Amboii.. baek punya statement mintak belas kasihan suh belikan durian.
Dah la terlajak sudah, tak jauh tu ada sekolah pulak. Kebetulan tengah sibuk
parent jemput anak balik sekolah terpaksa lah aku pusing jauh sket nak ke kedai 
durian tadi. 

Ada 2 biji RM10. OK kottt.. aku cakap kat Pakcik tu, pilih lah 
yang terbaik antara yang TERBAEK.. Pantas Pak cik tu kepak sebijik, tunjuk kat aku isinya
terus masukkan dalam plastik! Aikkk...!! Aku tak sempat nak check lagi..!
Aku pun terus cakap "Pakcik.. saya tak cakap pun saya nak yang itu "
Bila aku suh dia keluarkan balik tengok bawah nya dah pecah, dah masuk angin dan 
masam pun. Aku cakap la... 'Dah tak boleh makan ni..'
Terus Pakcik tu keluarkan. Pilih yang lain pulak.. di kepak tengok macam ada 'orang' kat dalam.
Pun aku tak setuju.. uhuhuhuhu. Last2 aku pilih sendiri.. yg penting elok lagi atas bawah tak de pecah.
Lepas pilih dapat la 2 biji yg puas hati. Isi putih, nipis dan isi oren agak tebal. Ok la tuu..
cuba bleh rasa lain2 jenis.


Sampai rumah  Dania pun dah tak sabar suh bukak kan kulit durian tuh.. uhuhuhu.
Bila buka isinya Alhamdulillah... 2-2 elok dan sedap di makan. Puas hati!
Dania lah paling happy..!! Aku pun sedar tak sedar 6 ulas gak bantaii.!
Lupa sudah dalam perut ada baby.. orang kata pregnant tak elok makan durian 
banyak2.. takut panas..! Betul ke ekk..?

Isinya elok & sedapp..! yummm! 

Dania yang paling ceria.. makan sampai comot-comot!

 Seingat aku masa Danish dulu hujung2 nak bersalin tu ada makan Durian.
Sekali Danish keluar mak aii.. teruk ruamnya satu badan..! 2 mingggu baru hilang..
sampai nak menangis aku tengok.. dah la anak sulung uhuhuhuhu.
 Tapi tak tau ada kaitan ke takk.. masa Dania aku jaga2 gak bab
makan Durian nihh.. tapi kali ni dah depan mata.. tak mampu nak tolakk! uhuhuhu


Khusyukkk....!

Tu dia masing-masing tekun menghadap Durian .. uhuhuhu


Sehingga menjilat jari..! habis seluar di kesatnya ngan Durian..
anak dara ku sorang nih. isk isk isk..!


PREGGY NOTE: Teringat masa mula try to conceive few months back.
Masa tu dah lewat tapi belum test pregnant. Kakak ipar pelawa ke rumah
menghadap durian yg berbakul2 di borong selori dari kampung utk di jual 
kat sini.. durian berlonggok depan mata nihh.. tapi malu2 kucing je makan seulas dua 
buat lepas syarat.. dalam hati tuhan je yg tau betapa menggelupur nak pulun durian2 tuh ..!

Assalamualaikum...

Ahaa... minggu ni menjelajah kat kedai baru.. dah 6 bulan 
kerja sini baru first time masuk kedai ni. Padahal sebelum ni dah berapa kali dah 
lalu depan kedai tapi tak terpanggil pulak nak cuba.

Sebenarnya sejak preggy ni tengahari especially, tekak sangat tidak lalu
nak makan Nasi lauk campur.. uhuhuhuu. Perut dah la cepat lapar
dan cepat pulak mintak di isi..Sadis betul nak layan 
tekak & perut yang tak sehaluan ni.. isk isk isk.

So tengahari menjajo la aku cari kedai2 yang ada hidang sup sup, mee mee,
bihun ke.. pasta pun tak pe asal bukan nasi campur.
Kalau gi kedai nasi campur aku ambil mangkuk sup, isi nasi ,
lepas tu buh sup pebuh2 jadi macam nasi bubur sudahh.. uhuhuhu.

Moralnya tengah2 selera macam ni tu yg dapat seru nak masuk 
kedai ni.. nama kedai nya
Mumbo Jumbo terletak di StreetMall, Cyberjaya.
Rupanya banyak menunya yang menawan kalbu!
Hasil 2 kali terjahan ni lah yang pernah aku & kawan2 cuba.

 Menu dia yang tampak menyelerakan..!! Slurrpp.......!!

1st day terjah aku cuba Chicken Pesto Pasta yg kaler hijau tuh. Sedapp!!
Kawan2 ku pula cuba Bolognese Spagethi & Mozarella cheese lamb pasta.


Hari ke-2 aku cuba Prawn Olio Spagethi..!!
Ni sebenarnya yg aku tunggu nak makan sangat..! 
Presentation memang luluss..! Tapi rasanya..  pada aku kurang rasa 
bawang putih tumis masin tuh uhuhuhuhu


Ada jugak menu Chicken Chop! Very nice..!
Ayamnya tak tebal, di goreng crispy.. sos dia pun sedap!
Harga sangat berpatutan, dalam RM 12 ~ RM14 termasuk
fresh juice pilihan ~ Watermelon juice, apple juice, carrot juice or lime crush!
Lime crush dia memang bestt.. manis masamm.. hmmmm sedapp!
Dan yang best sekali tak de service & gov tax charge.! uhuhu

Setakat ni baru tu je menu yg dah di cuba.
Dalam kepala ada 3 lagi menu nak cuba, fish & Chip &
sandwich dia.. nampak fressh je tengok org lain order..! uhuhuhu