Assalamualaikum...

"Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan permohonan syarikat Lynas Corporation Ltd  untuk membina sebuah kilang memproses dan penapisan ‘rare earth’ yang diimport daripada Australia di Gebeng, Pahang. Tindakan ini telah menimbulkan bantahan daripada penduduk setempat terhadap projek ini kerana bahan ‘rare earth’ yang bakal diimpot dari Australia itu dikatakan mengandungi bahan radioaktif"


Itu adalah antara petikan dari artikel yang di terbitkan dalam laman web KONSUMERKINI.
Korang pun tentu dah beberapa kali dengar di kaca TV tentang kes pembinaan 
kilang memproses dan menapis 'rare earth' kerana isu ini semakin kerap di ulas 
oleh pihak-pihak yang terlibat berikutan sentimen masyarakat setempat
yang semakin bimbang tentang bahaya sisa bahan berradioaktif ekoran tragedi 
kebocoran bahan radioaktif Loji Nuklear Fukushima akibat gempa bumi baru-baru ini.

Aku pun tak dapat nak mengulas lanjut kerana aku sendiri pun 
bukan pakar dalam bidang ini. Cuma aku nak berkongsi 
sedikit informasi dengan korang supaya sedikit sebanyak
boleh memberi pengetahuan dan kesedaran tentang risiko sisa radioaktif ini.
Aku pun tak sangka Malaysia begitu 'berani' mengambil risiko seperti ini..!!
Klik LINK2 di bawah untuk maklumat lanjut









Secara logiknya, kalau la 'selamat' sangat untuk bina kilang pemprosesan 
dan penapisan 'rare earth' ni, kenapa Mitshubishi Chemical & Lynas
 tak bukak je kilang tu kat negara mereka sendiri...? 
Kenapa susah payah pulak nak bina kat Malaysia dan susah payah jugak 
nak import bahan 'rare earth' tu dari Australia, susah payah 
nak merentas laut China Selatan sedangkan boleh je diaorang 
bina kilang & process di Australia sendiri.. betul tak..?

Yang pasti bila projek ni berjalan, ada lah pihak yang 
'kembung poket', 'rabun mata$$' dan macam biasa, 
akhirnya rakyat dan orang awam jugalah yang dapat 'sisa' 
yang boleh mengancam nyawa dan kesihatan...


Assalamualaikum..
Ahaa.. kali ni nak share satu restoran yang baru di buka di Cyberjaya
iaitu Restoran Mat Ayam Kampung. Sebenarnya ini adalah branch kedua mereka.
Branch di Cyberjaya di terletak di DOMAIN, berdekatan dengan
Restoran Mak Teh, tapi sebelah belakang lagi.


Anyway, apa yang special kat restoran ni dah tentulah
Ayam Kampung nya..! Seketul (bahagian kepak atau peha) RM 4.
Lagi satu ulam-ulaman dan juga segala sambal cecah yang WAJIB,
sambal belacan, tempoyak dan budu..!

 

 Ayam kampung, Ulam sambal belacan, sambal tumis ikan bilis RM6.80

Ikan masak percik, ulam sambal belacan & kerabu perut RM 5.90

Harga perpatutann.. lauk dia pun sedap-sedap.
Kalau sampai kul 12:30 tgh hari memang confirm full dah tempat duduk. Anyway waktu perniagaan dari 11:30 pagi ke 5:00 petang okeh.So kepada penggemar ayam kampung, boleh la cuba makan di sini..!

Baca artikel cawangan Serdang KLIK SINI
Assalamualaikum...

Ahaa.. nak update citer sket pasal anak dara ku sorang ni.
Kalau nampak mamanya solat mesti mintak mamanya bentang jugak
sejadah kat sebelah...
Biasanya tudung mama la jadi 'telekung' dia.. uhuhu.
Dulu zaman kita kecik2 pakai kain batik ikat kat mata lepas tu tarik kain nya
ke belakang nanti nampak lubang untuk mata cam telekung betul tak..? eheheh


Cam biasa.. mesti kena ada yg kaler pink pink cam tuu.. eh tengok dania pakai tudung
sejuk hati tengok. Sempat lagi snap gambar hehehehhehe.


Yang mencabar bila nak suh Dania jangan bercakap ngan
Mama time Mama tengah solat..
Dah habis solat nanti baru Dania leh duk kat pangku Mama
baca doa sama-sama. kadang OK.. dia tunggang tungging je kat sebelah ikut Mama..
kadang kalau tak habis-habis 4 rakaat dia dah boring mula la duk
kat sejadah mama tempat nak sujud tu sambil tengok mama
dan bercakap2 ngan Mama.
Kalau korang apa korang buat..?

gambar dari entry2 sebelum ni


sempat lagi main 'kucing'

Teringat masa sambung belajar dulu.. ramai gak student2 dari Indonesia
yang sambung master @ phd bawak family. Diaorang ni alim-alim..
 jenis pakai tudung labuh. Ada sekali masa sembahyang terawih jemaah
student2 Islam ramai-ramai kat International house..
diaorang ni solat anak-anak diarong yg kecik2 bawah 2-3 tahun
tu memang duk sebelah emaknya. Sambil solat boleh lagi dia
dukung anaknya yg sibuk hulur tangan nak dukung.. Bila nak rukuk & sujud
dia turunkan balik anaknya kat sebelah.. uhuhuhu

Anyway.. tengok Dania sidai 'telekung' dia..
kalau dia dah book row tu jgn le berani2 buh benda lainn..
memang free free je kena 'sound' ngan Dania nanti..
Dania punya jangan kacauu! Hepp..!!!


Semoga Dania terus membesar menjadi anak yang soleh, mendengar kata
dan menghormati orang tua ya sayangg...