Semalam (Isnin) Abang berlepas ke Mumbai India atas urusan kerja. Kali ni Abang akan berada di India selama 6 hari dan akan balik 30hb nanti. Hari Ahad sebelumnya tu
baru buat kenduri Tahlil untuk arwah Mak & Ayah mertuaku di kampung. Selesai kenduri aku & Abang terus bergegas balik sebab hantar Iwan (my BIL) yg kena sampai ke MTD sebelum pukul 6:00petang. Tak sempat pun nak tolong2 lepas kenduri tu. warui neDalam kereta cuaca kat luar pun sejuk dek hujan. Dania macam biasa la, bila menyusu terus lena dan aku pun terlena sama.
Sedar-sedar dah nak sampai sungai besi. Sempat lah hantar Iwan beberapa minit sebelum pukul 6:00ptg. Masa tu baru terasa seram sejuk badan. Tiba-tiba rasa dedor macam nak demam. Hidung dah pedih selsema, kepala macam berat dan lenguh2 satu badan.
Aaa sudah.. dah la Abang outstation kalau aku demam lepak le nak jaga 2 orang ni dah la Danish tengah batuk kuat and baru je pergi klinik semalam.
Sampai taman pp, terus singgah klinik. Jumpa doctor aku mintak antibiotik sekali
dengan harapan demam tak berpanjangan. Sampai rumah nak dekat maghrib. Lepas maghrib siap2kan lauk malam (tapau dr kenduri). Selesai makan terus aku balun semua ubat yang ada dan terus tumbangggg seawal jam 8:00 malam...
Keesokan pagi bangun dengan niat nak pergi kerja, tapi badan masih tak larat. Memang ada apply cuti tapi separuh hari petang sbb nak hantar Abang pergi KLIA. Bangun-bangun nak kejut Danish pergi skool tengok2 panas pulak badan dia.. lar demam jugakkkkk..! Penyudahnyer aku sambung la cuti datu hari terus. Yang Abang dah tak sedap hati. Dah la Abang nak pergi oustation, aku & Danish pulak demam siapa nak jaga..? Last2 tepon mak & Abah kat KT. Emak pagi2 dah pergi
cucuk satay *profession mak sejak 2 dekad yg lepas! dah 20 tahun yekk!!!*. Dengar permintaan aku terus Mak balik rumah bagitau Abah dan jawapan nya, diaorang akan naik bas petang dan dijangka akan sampai malam. Uhuk! Terima kasih Mak & Abah...!!
Dania hantar pengasuh. Aku pulak bawak Danish pergi klinik. Doctor kata kahak banyak kat paru-paru Danish so dia bagi sedut gas tu utk cairkan kahak. Semua benda dari peti ais dilarang, air-cond dilarang and so on. So bertambah la ubat danish dari 4 jenis semalamnyer ke 7 jenis termasuk hari tu punya. Kesian Danish....siang tu lepas sarap bagi Danish makan ubat pukul 10 pagi Danish dah tertidur balik.. aku pun makan ubat dan join sekali tidur... senoneng kepala beb! Sempat la aku tanak bubur sebelum lelap.
Abang pun kerja half day. Then kami bertolak seawal jam 5 petang ke KLIA.
Aku tunggu sampai Abang selesai check in. Danish pulak tak berengang dengan Abang. Ke hulu ke hilir diikutnyer. Tiba masa Abang nak masuk ke balai berlepas, Danish dah cebik sedih sebab dia tak dibawa sekali. Bila aku suruh lambai Abang yg dah turun eskalator utk check passport tu Danish dah start meraunggggg!!
'Nak ikut papa.. nak ikut papa..!' 'Danish nak naik aeroplane.. nak ikut papa naik aeroplane ' tangisnyerr..
Jenuh jugak aku pujuk, hampir tak berhenti... masa tengah drive balik tu asal nampak aeroplane lalu kat langit lagi kuat nangis dia. Danish peluk leher aku dan lentuk kepala kat bahu merayu nak ikut Abang naik aeroplane. Puas aku pujuk, cakap Papa work, Danish simpan duit banyak2 dalam tabung, nanti ada duit banyak kita beli tiket aeroplane nak aeroplane dengan papa sekali.. Danish tetap menangis tersedu sedan. Macam2 cd aku pasang.. kejap senyap tengok, kejap lagi teringat menangis balikk.. Kesian tengok Danishh..sedih sangat dia nak berengang dengan Abang. So aku tau la, Danish sensitip sekarang ni so aku pun tak boleh nak marah2 dia sesuka hati takut teringat dia kat Abang plak.
Tapi naseb baik Dania tak ikut. Aku sampai salah masuk susur duk pujuk Danish sambil drive. Sepatutnya aku keluar ke susur putrajaya/cyber jaya tapi last2 terkeluar kat susur Bukit Jalil so terus la aku pergi ke hentian Serdang utk pick up Emak & Abah. Nasib baik jumpa jalan.. kira aku redah je la tu. Danish masih menangiss hiba sampai kat parking hentian serdang tu.. Dah turun aku pujuk makan mee sedap baru la senyap sikittt..Masa tunggu Mak & Abah tu pun bila teringat kejap lagi Danish sebut
'Mama.. jom mama.. kita pergi jumpa Papa!'.. syahdu je aku dengar anak papa sorang ni. Memang tak aku nafikan, Danish lebih manja dengan Abang. Tidur malam pun kekadang masih nak tidur meniarap atas dada Abang, tak ubah macam masa Danish baby2 lagi dulu. Kekadang sampai senak2 dada Abang menahan berat Danish 14kg tuh! Dipujuk2 baru la nak tidur kat sebelah pun berbantalkan lengan Abang. Dania pulak memang manja sangat dengan aku.. pun kira tak boleh berengang ngan aku gak. Almaklum susu badan. Tahap kalau aku ngan Abang sama2 offer nak dukung mesti Dania akan pilih aku dan bukan Abang.. he he
Kepada Abang, semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Jaga diri baik-baik. Kami disini amat merindui Abang.....
Last week pergi KLCC cari buku kat Kinokuniya. KLCC lah satunyer branch Kinokuniya book store kat Mesia. Sampai2 nak terkucil. Cari la toilet.. nak masuk tu ada signage
'Premium Toilet. RM 2 per entry'.. RM2..?? pergghhh? mahal gilerrrr nak masuk toilet RM2..! Tak jadik nak masuk pusing aa cari toilet lain. Jumpa satu lagi tengok2 sama gak signage macam tadi. Rupernya semua toilet kat 1st floor to Premium toilet. Nak toilet free kena la ke level lain. So sbb malas nak terpusing2 cari toilet lagi aku pun masuk je la, bayar 2 ringgit. Nak gak tau apa yg special sangat ngan premium toilet ni sampai kena charge RM2...
Jeng jeng jeng.. ni la dia
- Dapat wet tissue
- Dilengkapkan sgn set aeroma therapy and all set of talcum, lotion etc..
Teringat lak kat toilet Signature MidValley. RM5 per entrace.. orang kate mcm cantik cam lobby hotel..? Wallahualam... ada sapa2 nak update?
Sejam lebih gak melepak cari buku kat Kinokuniya - KLCC dengan karenah Dania & Danish. Dania penat duk dlm stoller sibuk la berdiri kat rak buku2 jap lagi nak merangkak ke sana kemari. Danish pulak dah macam sprinter kat Olympic Beijing. Kat walkway tu entah berapa round dia lari 100m siap buat aksi sebelum dan selepas bunyi pistol tu! Orang kat dlm kinokuniya pun ada yg sengih2 tengok gelagat dia.. saborr je la.
Lepas cari buku ronda2 dan pergi taman KLCC. Bagi can kat Dania & Danish main puas2 sampai penattt.. pas tu balikkkk.
'Premium Toilet. RM 2 per entry'.. RM2..?? pergghhh? mahal gilerrrr nak masuk toilet RM2..! Tak jadik nak masuk pusing aa cari toilet lain. Jumpa satu lagi tengok2 sama gak signage macam tadi. Rupernya semua toilet kat 1st floor to Premium toilet. Nak toilet free kena la ke level lain. So sbb malas nak terpusing2 cari toilet lagi aku pun masuk je la, bayar 2 ringgit. Nak gak tau apa yg special sangat ngan premium toilet ni sampai kena charge RM2...
Jeng jeng jeng.. ni la dia
- Dapat wet tissue
- Dilengkapkan sgn set aeroma therapy and all set of talcum, lotion etc..
Teringat lak kat toilet Signature MidValley. RM5 per entrace.. orang kate mcm cantik cam lobby hotel..? Wallahualam... ada sapa2 nak update?
Sejam lebih gak melepak cari buku kat Kinokuniya - KLCC dengan karenah Dania & Danish. Dania penat duk dlm stoller sibuk la berdiri kat rak buku2 jap lagi nak merangkak ke sana kemari. Danish pulak dah macam sprinter kat Olympic Beijing. Kat walkway tu entah berapa round dia lari 100m siap buat aksi sebelum dan selepas bunyi pistol tu! Orang kat dlm kinokuniya pun ada yg sengih2 tengok gelagat dia.. saborr je la.
Lepas cari buku ronda2 dan pergi taman KLCC. Bagi can kat Dania & Danish main puas2 sampai penattt.. pas tu balikkkk.
Resepi from my Lady Boss...
Last week end try kat rumah..
memang sedap dan ranguppp!!!!! Nyumm! nyum!!!
Resepi mudah
Bahan-Bahan:
1. Sebiji telur
2. Tepung serba guna Nona
3. Serbuk roti (bread crumb) Nona
4. Lada sulah secukup rasa
5. Sedikit serbuk kari (hujung sudu)
6. Cendawan putih
Resepi :
1. Panaskan minyak didalam kuali
2. Pecah telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam & lada sulah secukup rasa dan kocak
3. Sediakan tepung serbuk guna di dalam mangkuk 1 dan campurkan serbuk kari sedikit
4. Sediakan serbuk roti didalam mangkuk 2
5. Lumurkan cendawan dengan telur, kemudian gaulkan dengan tepung serbuk guna
didalam mangkuk 1 seterusnya gaulkan dgn serbuk roti didalam mangkuk 2 dan terus
gorengkan didalam minyak kuali yang sudah panas
6. Bila warna bertukar keperangan, angkat & toskan cendawan. Sedia dihidangkan
bersama sos cili thai !
NOTE: Jika anda menggunakan tepung serba guna Adabi, tidak perlu dicampurkan dgn garam & serbuk kari. Boleh diubah mengikut citarasa masing2.
Subscribe to:
Posts (Atom)