Assalamualaikum...


Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 1432H. Di kongsikan oleh seorang rakan.. maka aku panjangkan perkongsian itu di sini. Semoga mendapat manfaat bersama.. 




Petikan dari blog Cina Islam @Tazkirah Ramadan : Nuzul Quran merubah sikap muslim


Muslim dan al-Quran

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?

Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.

Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.

Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat- peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran) .”

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.

Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk- Nya..

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.

Sikap Muslim terhadap al-Quran

Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.” Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.

Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai

1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud : “Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?”

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.

2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya.”

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

Rujukan

1- Kaifa Nahya Bil Quran – Nabih Zakariya Abd’ Rabbih – Dar al-Haramain, Mesir – 1983.
2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf – Muhammad Rejab Farjani –Dar al-‘Itisom, Mesir 1976.
3- www.islamonline. net
4- www.islamweb. net 5- www.islam-qa. com
Assalamualaikummm..
Ahaaaaaaaaaa..... tetiba baru teringat..
citer gi Bandung tak habis lagii..! ha ha
Sebelum ni dah ada buat entry 
Okeh laa.. baru bulan lepas je pun pergi kann..
sebelum basi meh aku kasi closing kat entry BANDUNG TRIP nih.
Bandung Trip PART 4 ~ BALI HEAVEN : Memang Heaven..! 

Okehh.. hari terakhir ni kitaorang kasi can kat Danish & Dania 
mandi Pool.!! Dah merengek dari semalamnya dah nak mandi kolam.
So pagi-pagi lagi dah bangun berendamm. tapi dia punya air..
kus semangat punya sejukk..!!


Last-last tak lama pun dah naikk wahahaha.
Tengok Dania dah menggigil-gigil dah..!
Swimming suit confirm la tak bawakk..
mana tau ada pool plak kat hotel ni..
bajet memang hotel ukt port bermalam jekk huhu.


Lepas breakfast & berendam terus naik bilik 
kemas barang utk check out. 
Ni bekalan ubat yg di bawa waktu datang.. 
standby kalo ada yg tak sihat terus je kasi ubatt..
takut jenuh nak menggagau kat tempat orang uhuhuh


Paper yang dapat setiap pagi.. err.. tak sempat baca pun ha ha..!
  

So pagi ni sebenarnya budget nak pergi ke Jalan Riau..
tetiba TERfollow keta member yg nak ke Airport ke satu 
FO (Factory Outlet) yang on the way 
ke airport..!
Alamak.. kitaorang dah la tak pernah dengar FO
yang di cadangkan ni.. aku cuak gakk.. tapi follow je lah.
Nama FO ni ~ BALI HEAVEN.
Rupa2nya FO ni baru buka akhir tahun lepas yg mana
perasmian nya bulan 3 tahun ni..! 
Means ni antara FO terbaru kat Bandung...! 






Tanpa melengahkan msa kitaorg pun terus terjah FO nihh..!
Flight kul 3:30 petang so paling kurang kul 12:30 tghari dah kena balik
Hotel dan gerak ke Airport.

Aku masuk2 je memang terus cari port budak-budak la..
Barang sendiri letak belakang uhuhuh.. budak2 jugak
yg di dahulukan uhuhuh.


Masuk-masuk je ke area KIDS WEAR aku terus TERKESIMA...!!
Dia dah devide area utk 1-3 year GIRL, 4-6 YEARS GIRL, BOY ikut
umur.. so senang nak tuju terus apa nak cari.
Aku terus ke area 4-6 tahun.. tengok Dress berderet-deret..!!
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........! Panik panik kejapp..!! AHahahha..!


Yang bestnya ada promoter plak yg akan follow kita
ala PA pulak aku rasa. Since aku pun tak banyak masa.. so aku 
tinggal pilih je baju mana nakk.. PA aku ni pun tadah je tangann..
tak yah nak buh dalam beg dahh.. dia rela tadah tangan dan ikut je aku kemana
saja..! ahahahahah. *Terasa cam Mak Datin kejap.. auwwwwwww! * 
Kalau ada yg berkenan patern tapi tak de saiz, 
bagi je dia biar dia je cari.. nak patern macamana cakap je biar dia
tunjukkan tempat.. aku tinggal pilih pilih dan pilihh..!
Bukan la nak beli semua.. tapi nak short listed kan 
untuk  Dania test eheheheh.


Aku yang teruja terbabas...! ha ha

Yang best kat sini sebelah port baju budak2 tu ada tempat permainan..
jadi Danish & Dania ralit la main kat area ni.. so senang aku nak 
pi cari barang.. tak risau derang hilang.
Lagipun KIDS WEAR area ni dia buat macam kat tingkat bawahh.. bukan
tingkat bawah bangunann.. tapi err... eh susah nak teranng..
tapi aku suka la landskap dalaman dia.. memang
mesra pengunjung apatah lagi kanak-kanak!


Nampak tak rak dress kat tepi kiri tu.. just beside the kids area je kan!


Ni bila ada kids2 lain dah start join kat situ


Aku lak habis pilih both baju Danish dan Dania
 ( basically aku cari baju Dania, Abang cari baju Danish)
terus ajak derang test baju tu satu persatu kat fitting room.
Gelihati tengok Dania yang terpusing2 macam model bila di suruh posing.
Papa pulak tunggu kat kerusi depan fitting room tinggal 
angguk angguk geleng geleng jekk ahahahahaha.
Yang PA ni plak tukang standby.. mana yg kitaorg decide nak terus dia lipatkan
untuk proceed bayar kat kaunter. Sungguh mesra pelanggan..! layanan first class..!!
Sampai bila dah sampai kaunter dah bayar tu dia still lagi entertaint.
Bila barang dah bertukar tangan aku pun bagi la TIPS sket kat dia..
sebab puas hati sangat ngan service derang nih uhuhuh


Dania dah siap posing dan dah berjaya menge'pau' mainan huh


Lepas tu singgah tengok port-port lain plakk.
Yang bestnya naluri Ibu kan.. asyik ingat nak beli barang anakkk jee..
sampai tak sedar kena sound ngan Abang..
"mama ni beli utk budak-budak je.. carilah untuk Mama sendiri.." 
uhuhuhuhu...!! errr. terlupa plakk.. eeehehehe. Tak pe.. settle yg budak2 ni 
raya karang Mama cari barang Mama je hua hua hua..!


Ni landskap ruang antara KIDS WEAR area ngan 
area baju2 dan aksesori orang dewasa.
Ada cafe sekali dalam tu siap..!!


Dah bayarr.. tinggal nak tunggu driver sampai untuk bawak 
kitaorg balik hotel dan terus check out.
BALI HEAVEN ~ Memang heaven lah shopping kat sini..!
Kalau korang datang WAJIB singgah sini cari baju budak2 okehh..!


Eh sempat gak singgah FO Rich & Famous on the way nak gerak ke Airport tuh eheehee 


Sampai Airport terus check barang. Seb baik muatan tak lebih.
Okeh.. kalau korang datang make sure standby Airport tax RP 75,000 
seorang okeh (dalam RM27/person). So kalau 4 orang.. Rp300,000 jugak le.

Lepas check in sempat lunch kat cafe depan Air port.


Antara menu yang wajib korang order.. SUP BUNTUT! haaa.. takotttt..!!!
Sebenarnya SUP EKOR gitu lahh.. tapi ni ekor ni di gorengg.... sedap gakk..!



 Lepas makan sebelum masuk balai berlepas sempat lagi 
beli BROWNIES KARTIKA SARI..!
Seb baik la ada jual kat Airport nih. 
Nak pergi kedai dia tak sempat sudahh..
Aku yang tak minat Brownies ni pun rasa SEDAP GILLER
BROWNIES nih..!! Make sure korang pun beli & rasa
kalo gi sana okeh..!


Setelah berjaya meninggalkan hanya Rp 1000 ( 36 sen) dari jutaan Rupiah,
akhirnya kami pun masuk balai berlepas dan bersedia untuk kembali ke tanah air..


4 hari memang tak cukupp..! ha ha..
Anyway seronok sangat travel kali ni.. bercuti @shopping tak hingatt..!
Terima kasih tak terhingga pada En Hubby yang  telah mengaturkan 
percutian kali ini.. dari tempah tiket, buat passport, booking hotel, 
makan minum & transport.. semua di tanggung beres oleh Abang..
Aku tinggal bawak duit & badan untuk shopping jekk walopon shopping pun lebih
kepada baju anak dari baju Mak uhuhuh.
Terima kasih sangat-sangat untuk Abang.. tak leh nak citer  hati yg berbunga-bunga nehh..
muahhhhh muahhhhhhhhhh!!!

Assalamualaikum....
Ahaa.. dah start kerja hari ni.
Camna cuti weekend korang..?
Ahaa.. kitaorang baju raya semua dah settle.. tinggal
nak keluar cari kasut raya jekk.. so minggu ni
aktiviti duk rumah.. Projek Cat Rumah..!
Ha ha. Maklumla..  sedar tak sedar dah 5 tahun pindah.
Dinding pun tak seghupa dinding dahh.. Cat pun dah berconteng,
yang terkopek, macam2 lah..! he he
So weekend ni 2 hari suntuk duk umah je.

Pagi-pagi dah jejak kedai Hardware pilih kaler cat..!
Kaler asal kaler hijau lumut + hijau lembutt...
Ingatkan kaler hijau lumutyg jadi feature wall tu tak nak 
le tukarr sbb kurang terjejass. just tukar kaler dinding 
yang hijau lembut je....
konon nak manten kaler sedia ada...
tetengok yang beli baru TERpekat la plakk.. ahahahahha.
Ni silap2 ni tukar kaler satu rumah ni karang .. uhuhuhuhu


Danish pantang nampak tangga.. sibuk 
nak panjat gakk.. hishhhh! 

 Cat jangan tak cat ! he he


Abang la paling lepak.. sebelum cat tu kena gosok dulu dinding bersihkan 
cat sedia ada kalau ada terkopek ke apa.. lepas tu kena tampal/piling plakk..
lepas tu kena cat pulakk..! uuhuhu 


Seb baik ada pembantu sorang... 


Dah terlanjur memunggah barang satu umah...
kitaorang decide tukar frame pintu depan sekali..
frame tu pun pernah kena makan anai anai sebelum ni..
tapi dah buat treatment dah la..
cuma baru tahun ni berkesempatan nak tukar frame pintu tuh uhuhuhu.
Sekali pintu tu kena bedahh.. habiss satu rumah habukk..!
Ni baru habuk tukar frame.. kalo habuk orang extend rumah tu tak tau 
la nak citer kann.. isk isk isk. Jenuh menyapu mengemop rumah berkali2.
Upah pasang frame ni je pun dah RM250.. tu blom termasuk kos 
frame pintu tu sekali.. kaya Indon duk Mesia..
sehari kerja leh dapat RM250 free free jekk uhuhuh

Nasi tomato + Ayam masak merah + Kuah kari + acar timun + popadum


Aku plak 2 hari suntuk duk umah mengasap dapur.
Time cuti ni la semangat sket nak masakk ehehehe.
Semalam sampai mengah2 melantak roti jala he he.
Kebetulan plak adik-adik ipar ku nak berbuka 
kat rumah kitaorang pulak hari ni (Ahad),
so aku decide nak masak NASI TOMATO.
Lama gak tak buat nih.. tengok hit resepi Nasi Tomato 
kat blog aku ni bleh tahan jugak.
Ramai sungguh orang buat nasi tomato buat juadah berbuka 
posa gaknya kann..! Jadi harus la tuan rumah pun buat jugakk ehehehe


Di tambah ngan kuih muih yang di beli dik adik-adik ipar ku uhuhuh.


Berbuka posa beramai2 sambil layan Final Piala Dunia 2011
Chong Wei menentang Lindan..!
Tapi tewas jugak akhirnya.. tewas tipis dan sangat sengitt..!
Riuuh rendah satu umah tengok Chong wei bertempur..
mau gugur jantung di buatnya wehh..!!

Anyway terima kasih kepada adik-adik ipar ku 
yang sudi bertandang ke rumah..! ;D