April.. bulan membayarr cukai.. sudahkah anda?
Other options is convert your PCB to potongan Zakat so that rasa lebih ikhlas and redha disamping menunaikan rukun islam ke-5 he he he! Anyway here is some good info from The STAR.
For detail please go to:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/15/focus/3485231&sec=focus
I VOTE TO TURN OFF LIGHTS DURING EARTH HOUR! YOU ??

Basically what I'm doing right before the Earth hour?
- Cooked for dinner early
- Have dinner early

During the earth hour?
- Turn off lights according to TV3's earth hour count.. 3 .. 2...1.. OFF!!!
- Stay outside the house.. see moon and stary sky
- Call my parents and sibling.. they vote to turn off lights too! Well done!!
- Riding bikes with hubby and son round the resident.. took fresh air at night while looking at other's people vote too!
- Go back home and start blogging!
Reunion Rancangan Persediaan Khas ke Jepun Batch 14
It has been 6 years since our first reunion dinner in 2003 at Rumah University UM! Sekejap sungguh masa berlalu. This time konsep reunion ialah Family day! Almaklumm.. semuanya dah berkeluarga.. kalau takat buat makan2 gak tak sempat chit chat ada plak kids yg dah mengamuk! So Reunion aka Family Day kali ni kitaorang buat kat Desa Water park, KL. Thank you so much to Mr & Mrs Organizer - Koki & Hada and not to forget the other rest! Cayalah koranggg!! Antara individu/family yang hadir - Hada, Zalie, Watima, Zurina, Astrid, Safuah, Ailin, Naa, Noora, Ani, Afifah, Ina, Intan, Nazri, Hirman, Rafizan - Noname, Rusdi, Gary, Amir, Subhinor-Ayu, Jigo, Kubing, Burger 3rd, Cici, Blangka,Cinta (<- Alamakk sorry, tak ingat nama betul la! Akakakak) and ada few lagi yg nama RPKJnyer pun aku tak dapat nak recall! Opss.. Im sorry. Muahahahahha. Tak lupa hubby Rusma yg datang jugak ngan Qistina & sis walaupun Rusma tak dapat dtg sbb anak bongsunya warded.. cayalaahh la Rusma, sporting abes laki ko!Ramai jugak yang datang kali ni, lebih jugak la 20 family! Dah duk kat wetland so acara utama of course la CHIT CHAT & main airr!!! Ada gak yg last jumpa 1997 kat Tokyo masa orietasi seminggu dulu.. kira dah 12 tahun lepasss sampai nama pun tak ingatt! Akakakakak.. anyway, alhamdullah ramai yang dah berjaya. By default ramai masuk manufactuirng line. Tapi ada gak yg ada bisness sendiri, tak kurang gak ramai yg kerja ngan gomen, yang masih gigih further study and so on. Hatta yg jadi tauke kedai emas pun ada!
Dalam kul 11:30 kitaorg start acara Telematch. Peserta terbahagi kepada 2 kumpulan - Merah & Kuning. Aku & Abang pasukan merah. Ada 2 acara dan 2-2 kitaorang menanggg! well.. see the leg laaa..! Hahahahhha!

Letih gak acara telematch tuh sbb kena berjalan/lari dalam air yg dah la licinn! Lepas telematch terus luncchhh... Lepas lunch sambung chit chatt.. & terjun pool! Aku ngan Abang pun sempat la merasa Gelungsur air & Thunderbolt! hu! hu! hu!
Danish & Dania, ni kali ke-3 bulan ni diaorang terjun pool & mandi kat taman tema. 28th lepas kat Melaka, minggu lepas kat Sunway Lagoon ( sempena cuti sekolah & birthday Danish sooon - tu update kemudianlah) and today kat Wet Land plak. Alamat yg tak berapa nak cerah semakin ireng la jawabnyerr ! huhuhu. Wet land ni plak 2nd time kitaorg datang. Dari tahun lepas Danish memang feberet abes gelunsur air utk kanak2 tu.. tak yah jaga mmg pandai main sendiri sampai tak hingat dunia! Kalau ajak pergi tempat lain mau meraung!Last but not least utk menerangkan tahap keletihan our kids during the Family Day.. Taraa! Tu dia boleh tidur style gini??!! kuwang! kuwangg! kuwanggg!!
NOTE : Untuk kompilasi resepi sweet@omoide, layari 

Semalam aku bekerja 21 jam! Gara-gara problem network intermitten kat Ofis.. Nak dekat kul 5:30 pagi baru aku bergerak balik.. Sampai rumah dah nak pukul 6:oo pagi. Abang pun tak tidur masa aku sampai. Lepak kat depan TV menunggu aku balik (kott!). Thanks Abang. Sian Abang kena take care budak2 semalaman walaupun ada bibik Danish & Dania still tidur ngan kitaorg. Tak leh berengang lagi :p. Tu pun Abang kata diorang tidur kul 1 pagi!

Sampai rumah kepala aku rasa senoneng je tak tidur semalaman. Kira finger print masuk kerja kul 8:30a.m, kul 5:30a.m keesokan paginya je baru finger out keluar! 21 jam!!! Dah lama tak buat kerja2 camnih. Kebetulan plak Director dari Japan datang tgh buat Management Audit 3 hari, nak tak nak kena settle jugak sebelum matahari menjelma keesokan hari! Kot yer pun time ni la nak problemm! dushhh!!! My lady bos lagi ganazzz.. balik saing aku pagi kul 5:30 tu jap lagi kul 8:00 pagi dah tercegat kat ofis sampai petangg audit punya pasall!!! Iskk iskk iskk

Anyway..
Kira semalam terus cuti laa ganti tidurr.. Pagi tu sempat gak bangun hantar Danish pergi school since Abang kena attend training so kena keluar awal pagi. Lepas hantar Danish sambung ZZZzzzzZZzzzZZ...

Nak dekat Zuhur baru aku terjaga.. aduhaiii letihnya badannn...
Bangun aku turun bawah duduk kat tangga. Tengok Danish yg dah balik skool dan Dania main depan TV. Lama aku perati.. tiba-tiba
Ehh...!! Mama ada kat rumahh..? Mama cuti hari nii....????!!
Danish dengan muka bersinar-sinar menegur aku.
Dania pun terus berpaling.. apa lagi 2-2 terus la berkejar terkam aku!!!

Moralnya since aku pun dah 2 malam tak masak..
Kelmarin ader Farewell Dinner bos Jepun kat Restoran Tasik
Semalam of course la sbb aku tak balikk!
So hari ni aku pun ingat nak masak best2 skett laa..
Maklum la dah ada orang rindu air tangan aku.. heheheheh

So resepi yang aku pilih :
Tomyam Seafood (Pok Tek)
Siakap sweet sour

kacang tumis telur

Untuk Tomyam, aku tuliskan resepinya di bawah ni sebab aku ada buat improvement skett
untuk memperbaiki rasa dan warnanya. Boleh cuba yer!


Tomyam Seafood (Pok Tek)
Bahan-Bahan

Untuk 5 orang makan
Ketam 2 ekor
Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Jagung muda
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato

Bawang besar 3 biji - hiris
Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - titik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2 helai
Limau nipis
Cili padi 10 biji
Paste tomyam 4 sudu
Tomato puri 4 sudu
Daun ketumbar - untuk ditabur
Garam secukup rasa

Cara-cara
Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedapp!! Bila sayur pun dah masak matikan api. Sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya! Siapp!!!! Aromanyerr.. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

TIPS:
Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.
Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam
Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
kalau nak pekat lagi kuah ada yg letak santan/susu cair sedikit. Berani cuba?


So petang tu dgn cuaca sejuk2 lepas hujan aku sambut Abang dengan hidangan Bee Hoon Tomyam panas-panas.... he he he !

Lepas makan kitaorng semua 'turun padang' (depan rumah je) teman Danish main layang2!!



Sambil buat activity tengok ikan.. memang ada ikan pun I tell you!!! hu! hu!
Intro...
Aku sebenarnya KAGUM dengan ABANG.
Tak dinafikan Danish memang lebih rapat (sikit) dengan ABANG
Mungkin sebab Dania masih BF dan lebih suka 'menempel' dengan aku
Sebab Dania lebih manja dengan aku
Sebab aku tak larat nak dukung Danish bila keadaan memerlukan
Entah sejak bila seolah2 termeterai aku PIC kepada Dania dan ABANG PIC kepada Danish!
Hakikatnya
ABANG lebih 'sabar' melayan karenah Danish
ABANG lebih tolerate dengan Danish
ABANG lebih pandai tune emosi Danish
ABANG lebih pandai pujuk Danish..
ABANG lebih pandai ambil hati Danish or hatta reverse sycology Danish sekalipun
(err... lebih sikittt laaaa he he )
ABANG yang hantar Danish ke school setiap pagi
ABANG jugalah tukang 'garu' Danish malam2 nak tidur
Lagipun Danish share hobby yg sama dgn ABANG - Main PS2 Racing car!
Sebab tu aku kata 2 beranak ni mmg tak leh berenggang
TAPI! kasih sayang aku juga tetap tidak berbelah bagi buat kedua permata hati - Danish & Dania..!

Anyway berbalik pada kisah layang-layang
Scene 1:
Satu hari kitaorg shopping barang dapur kat satu hypermarket ni
pas tu aku ternampak layang-layang dijual dibahagian kanak-kanak
Aku : Abang, ni ada jual layang2 nih.. cuba beli satu bagi Danish main. Murah je ni (tak sampai RM10)
Abang : Ehhh.. daripada beli baik Abang buat sendiri.. senang je nak buat
Ye la tuuuhh.. biasanya kalau 'buat sendiri' ni lepas setahun pun belum tentu nampak bayang! isk isk isk!
Scene berakhir disitu dengan 'janji manis' Abang...

Scene 2:
Petang hujung minggu. Sejak my BIL pergi kursus survivor utk 9 bulan kat IPOH, motornya ditinggalkan kat rumah kitaorg. So petang2 hujung minggu kitaorang pun jalan la ronda2 taman anak beranak sambil ambik angin naik motor tuh
Kitaorang sampai kat satu taman permainan yg penuh dgn budak2 yg sedang bermain..
antaranya ada yang bermain layang-layang

Tiba-tiba Danish yg duduk berdiri kat depan bahagian motor tu bersuara
Danish : Eeee.. cantikkknyerrrr!
Aku : Haaa.. tu lah Abang. Mama dah cakappp nak beli layang2 ari tuhh.. kannn Danish dah mintakk!
Abang :...........................
Aku : Apa yang cantik Danish..?? (Tanya aku dgn niat untuk dengar request Danish nak layang2 dari mulut Danish sendiri)
Danish : Cantik kan mama.... KERETA tu..!!! ( !!??)
Aku : Haaahh..? KERETA?!!... manaaa..??? (tercenggang-cengang mencari)
Danish menuding jari ke arah sebuah kereta Pegueot 407 berwarna hitam parking kat sebuah rumah.
Aku terkedu tak sangka dengan jawapan yang terlahir dari mulut Danish
Danish : Danish nanti belajar pandai-pandai kan, masuk U.. kumpul duit (bila dah kerja) beli kereta kan!!! unnnnnnn...!!
Aku bertambah terkedu...
Abang plak tergelakkk dengar jawapan yang tak disangka2 dari mulut Danish
Tak terjangkau langsung kat fikiran aku yg Danish lebih syok dengan kereta PEUGEOT tu compare to layang2 yg dikejar anak-anak ditaman berbanding dgn umurnya yang belum pun cecah angka 4!! Ha ha ha!!
Gambar hiasan
Tinggi dan murni sungguh cita-cita Danish.. mudah-mudahan dimakbullkannNya suatu hari nanti.. aminnnnnnnnnnnn
Scene 3 :
Aku tengah drive balik kerja
Abang video call sambil tunjuk Danish tengah buat apa kat rumah tapi dek HP low battery segera video call terputus!
Aku terus SMS
Aku : Haaa? Bila beli? Aaa rugi aa mama (tak dapat nengok Danish main)
Abang : Abang buat la he he he
Aku : :Ye ke? Cam tak caye je he he!!
Rupanya ABANG dah beli layang-layang untuk Danish. Layang-layang pertama Danish!
Aku tak dapat gambarkan perasaan ketika tu. Seolah2 kita sebagai parent yang sedang dgn rasa tanggungjawab menurunkan satu warisan tradisi yg mengingatkan kita pada zaman kanak2 dahulu! Dan itulah hak diaorang sebagai 'kanak-kanak' untuk merasai kemanisannnyerr. Pada waktu tu aku cukup teruja nak tengok Danish main layang-layang.. serius!

Scene 4:
Hari ke-2. Abang balik lambat main Badminton. Aku pulak take turn teman Danish main layang2. Malangnya layang2 yg aku tarik tak terbang tinggi pun! Kejap2 naik pas tu tak lama... menjunam ke bumi! Aku tak reti main laaa.. arrghhhh!!!! Nampaknya Abang kena bagi training nih!

Layang-layang pertama Danish : DORAEMON!


Scene 5:


Kapten Boleh Beraksi : Saya yakin saya boleh lakukan! Saya yakin boleh!!!

Hari ke-3. Seperti yang dijanjikan.. Abang awal-awal lagi dah SMS
Abang : Hari ni ada training. Jgn lupa.
Dan aku tiba lewat sikit dari Abang. Bila aku sampai Abang sedang berusaha menaikkan layang2 . Danish pulak tukang lepaskan layang-layang di hujung satu lagi.. Hingga akhirnya layang-layang terbang ke awan biru.. tingginyerrr!!!!
Tidak lama selepas itu awan mendung berarakkk.. gelap sangattt! Layang2 pulak dah berapa kaki tinggi! Abang pun suspen nak turunkan layang2 sebab hujan dah mula merintik, angin semakin kuat dan kilat mula menyambarrr!

Setelah lebih 10 minit 'bertarung' akhirnya layang2 turun menyembah bumi.. siap nak tersangkut kat pokok lagi! Botol mineral yg buat gulung tali pun kemek2 menahan daya tahan angin.

Komen abang seraya mengesat peluh...
Abang : Fuhhhhhhh! Suspennn suspennnnnn!!!
Seronok tengok Danish enjoyed main layang-layang barunya!!! Esok lusa kita main lagi ya sayangg!!
*Dua beranak yg tak boleh dipisahkan*

Tahun ni buat julung-julung kalinya Putrajaya menjadi penganjur Fiesta Belon Panas Antarabangsa 2009. Kami pun tak lepaskan peluang untuk menyaksikan Belon Panas dari dekat(err.. tak lah berapa nak dekat he he ) walaupun hari terakhir acara je baru la kami jejak Putrajaya. Danish & Dania excited la tengok bentuk belon yg bermacam2 antaranya - bentuk gajah, burung merak, orange, clown etc. Kami sampai dalam pukul 6 lebih ngam ngam belon tengah naik..huhuhu!*err.. yang ni pun tak leh berenggang gakk hehehehe!*
* our sweet heart*
Dengan ini berakhirlah acara jalan jalan sempena cuti sekolah Danish.. he he

Ingattt!!!! *versi upin & ipin*
NOTE: He he tukar background color.. tukar angin skett bagi kurang 'silau' kat blog nih.. :)

Dania dah 1 year and 6 months now.
Masih BF & manja.. kalau balik kerja tu kalau boleh nak ada orang sentiasa hugg dia, dukung & pangku dia jee..
Makanan kegemaran masih kekal ditempat lama -
Finger Food = nugget/buah/etc
Paling aku suka kalau dia sebut
+ Ingatttt!! *Sambil jari tunjuk warning versi Upin & Ipin*
+ No! no! no! *sambil jari tunjuk buat gaya tak boleh*
Bila kita sebut
:: Shocked face! = Dania buat muka terkejut!
:: Baby face ! = Buat muka cam baby..
+ Baby face (?)+

Sebutan Dania yg aku confuse
kalau nak = Nak! *muka ceria*
Kalau tak nak = Naaaaaaaaakkk! *panjang skett* same je cuma kalau tak nak buat muka tak suka.

Kuat minum air! Tak kirala air apaa.. pantang nampak mintak!
Bangun pagi nampak muka bibik je terus request 'Nak air!' hu! hu!

Paling dia anti kalau kita tutup pintu - tak kiralah pintu grill/gate ke
mesti menangis tak terima. Malam kalau nak nak masuk tidur tutup pintu pun bleh dia nak menangis gak? Sama kalau dah keluar rumah ajak masuk balik mesti melalak.
Kalau berjalan petang2 tolak basikal asal nak pusing ke arah rumah/balik mesti meraung jugakk..!

Bab bersih membersih mmg boleh pas kat Dania.. kalau tertumpah makanan ke cepat je dia capai tisu sendiri and lap.. *walaupun hasilnya tak de la bersih sangat* hehehehhehe

Tak sabar tunggu Dania besar.. jadi kawan mama! Luv you so much baby!
Baru lepas lunchh.. burrrppppp! Opsssss...! Hehehhehe.
Semalam sehari suntuk kat luar - siap sampai RAUB attend wedding lagi so hari ni duk umah diam-diam rehatkan badan.
Air tangan aku hari ni :
1. Ayam asak lemak
2. Udang LAUT goreng
3. Kailan tumis belacan
4. Sup sayur ayam
5. cili potong berkicap utk (gantikan ayam masak lemak cili padi)
Kitaorang sejak akhir-akhir ni memang fanatik betul makan udang.. sejak pekena Mee Udang kat Penang yg RM80/kilo. Lagi-lagi lepas balik Melaka pekena udang LAUT goreng RM8/ekor Hajah Ramlah. Balik kampung Johor last week pun sempat kitaorg singgah Pasar Borong Selangor pagi tu cari Udang laut... masa tu yang ada udang kertas RM22/kg. 2 Kilo kitaorg angkut balik Johor. Masaknya senang je - Goreng samada buh kunyit/garam or salut dgn tepung serba guna. Bau harum masakan mmg menyengattt lepas tu makan ratahhh je cecah sos or cili potong berkicapp. Perrrghhhhhhhhhhhhh! memang saikou (best) gilerrr lahh!!
Untuk hari ni, Udang LAUT ni Abang beli kat Pasar Malam Putrajaya last Friday. Sekilo RM45! Tapi besar saiz super XXL!! Memang puas hati gilerrr meratahhh!! Untuk menerangkan lagi saiz udang ni aku buh duit 50 sen lagi kat sebelah huhuhu! Berbaloi la beli goreng sendiri compare makan kat Melaka tu 2 ekor dah RM16! huhuhu

Ni Udang yg di masak masa pre-celebrate dinner anniversarry ari tuhh

Hujung minggu yg sibuk
Citer pasal last week sebenarnya schedule asal kitaorg nak balik Pahang sebab ada 2 event. Wedding org kuat block & Majlis bercukur baby Fahim. Tapi sebab dapat berita Pak cik aku, Wak Hamid ( Abang ipar Emak) masuk ICU kat Hospital Sultanah Aminah so terus kitaorg tukar plan balik Johor. Pagi nak balik tu kitaorg beli Udang kat Pasar Borong. Sampai kampung dah petang terus goreng Udang 1 round. mala goreng lagi utk 2nd round. Esoknya pagi-pagi dah bertolak ke JB. Pulaknya adik my SIL wedding. So singgah rumah kenduri kat Skudai. Sampai tengahari kebetulan ada Group Homestay dari Okinawa, Japan seramai 250 org kokosei (student high school ) & 30 org sensei (teachers). Tak pasal2 aku diminta oleh mertua Abang aku (Mak pengantin) utk bagi ucapan kata alu-aluan kpd para tetamu homestay dari Jepun tu...huhuhuh! Aku pun secara bidan terjun bagi gak la ucapan sepatah dua kata kat depa! Sambil explain in general adat budaya perkahwinan org Melayu kat Mesia ni...
Lepas lunch kitaorg terus la gi HSA ziarah Wak Hamid. Ketika kitaorg sampai Wak Hamid masih kat ICU tak sedarkan diri. Sebenarnya dah hampir seminggu Wak masuk ICU. Sejam gak kitaorg lepak kat HSA sambil temankan Wak As ( wife Wak Hamid) dan anak2 nya yg setia menunggu. Doa kami semoga Wak Hamid diberikan kekuatan dan segera sembuh. Lepas habis waktu melawat jam 2:30ptg kitaorg singgah Masjid Sultan Abu Bakar. Lepas solat dan mandikan Danish dan Dania kitaorg menuju ke Dangar Bay. Almaklum bukan selalu sampai ke sini. Lepak2 kat Restoran Periuk Belanga sambil pekena ABC petang-petangg. Yang special ABC Jagung.. tapi manis gilakk! Fuhh!


Habis ambik angin terus balik umahh.. Keesokan paginya dapat berita Wak Hamid dah meninggal dunia! Innalillahiwainnalillahirajiunn... Al-Fatihah. Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Pagi-pagi kami dah bersiap ke Pasir Gudang, rumah Wak As untuk ziarah jenazah.. Jarak kampung aku ke Pasir Gudang kira-kira 2 jam setengah jugakkk jauhnya. Lewat nak masuk Asar baru kami bertolak balik. Sepatutnya petang tu dah balik KL tapi disebabkan permergian yg tak diduga ni makanya tak sempat aku nak berkejar balik ke KL pada hari yang sama. Petang tu hujan lebatt.. sampai Kota Tinggi pun dah pukul 6 lebih. Sepanjang perjalan dari KT ke Air tawar je ada 3 accident kitaorg jumpa! Masa sampai KT teringat kelmarin Abah ada sebut teringin nak buat bakar2 kat rumah. Makanya disebabkan petang tu dah tak sempat bekejar balik KL aku terus buat plan malam tu buat bakar2 sket kat umah sementelaah semua ada kecuali Daya kat Penang. So petang tu juga singgah kota beli segala barang termasuk la tempat bakar, arang etc yg tak pernah ada kat rumah and semua barang basah yg nak dibakar sekali. So malamnya berjalan lah acara bakar-bakar.. puas aku suh Abang Nuar balik cepat dari skudai semata2 nak suh depa join gak acara ni..huhuhuhu. Abah sengihhh manjang le hajat tertunaii... heheheheheh

Esoknya pagi2 limun kitaoragn dah bertolak dari Johor dengan niat nak masuk kerja Half day..last-last tak sempat pun nak berkejar ke ofis... tak dek makna! huuhuh. Anyway 4 hari cuti letih badan duk dalam keta ulang alik kehulu ke hilirr. Letih wehh!