Assamualaikum semuaaaaaa
Hari ni sis nak share tentang cabang bisnes baru Sis iaitu 
IzART Exclusive :
Surprise Delivery Bouquet and Balloon 

coverage area 
PUCHONG.CYBERJAYA.PUTRAJAYA
termasuk juga seluruh Selangor & KL

So actually bersempena bulan kelahiran sis di bulan Oktober ni
Sis nak melancarkan promosi baru  seperti yang di bawah.
Boleh customade ikut selera and citarasa customer okey.
Warna tema etc semua boleh request ikut citarasa customer juga.
Jadi roger roger sis kalau nak tempah okeyy!

PROMOSI OKTOBER!!
Like & Follow FB page dan Instagram kami
untuk dapatkan harga PROMO sekarang!! ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

FB :
IG :

Surprise Delivery!!
๐Ÿš› Puchong/Cyberjaya/Putrajaya ๐Ÿš›

❤️ Chocolate Bouquet
❤️ Money Bouquet
❤️ Cake & Brownies

FREE Foil Balloon (Except Hot Balloon package)
FREE Wish card

For any celebration
๐Ÿ’HAPPY BIRTHDAY
๐Ÿ’HAPPY ANNIVERSARY
๐Ÿ’GET WELL SOON
๐Ÿ’GRADUATION
๐Ÿ’CONGRATULATIONS
๐Ÿ’I MISS U
๐Ÿ’I ❤️U
๐Ÿ’I’M SORRY
Etc …

๐ŸŒบ Walau jauh di mata namun sentiasa dekat di hati
Hubungi kami untuk membuat kejutan buat insan tersayang!
๐ŸŒบ  Boleh pilih warna tema mengikut citarasa anda. Kami akan sediakan!

Harga tidak termasuk caj penghantaran
Pick up location : Putra Perdana, Puchong

------------------------------------
๐Ÿš— SURPRISE DELIVERY ๐Ÿš—
------------------------------------
๐Ÿ“ฒ Whatsapp kami segera untuk tempahan !!








#IzARTBouquetAndBalloon
#surprisedeliverypuchong #surprisedeliveryselangor
#surprisedeliverycyberjaya #surprisedeliveryputrajaya
#surprisedeliverymurah #surpriseplannerselangor
#supriseboxmurah #surpriseplannermurah
#suprisebox #surpriseplannerpuchong
#surprisejimat #decobirthdaymurah
#bouquetandballoonpuchong
#bouquetdelivery #bouquetbudget


Assalamualaikum....
MCO fasa PKPP
Actually menu ni dimasak ketika musim PKP tempohari.
Baru hari ni berkesempatan nak update resepi.

OK... Hari ni Izan nak share resepi 
Ikan Siakap Masak Stim ala Thai 
yang sangattt sedap.
Resepi asal ialah dari Resepi Che Nom. 
First time juga Izan buat siakap masak stim tuang kuah atas darat
dimana bahan kuah tidak dimasak sekali bersama ikan.
Ternyata rasanya lebih sedap dan ada umph macam makan di restoran Thai!
Percaya atau tidak.. si Dania siap ambik kuah ni buh dalam cawan duk hirup kuah dia
punya sedappp haha!

Nak tau resepinya? Jom kita lihat !


Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
- Bersihkan dan kelarkan ikan
2 batang serai (dititik)
Stimkan ikan siakap dalam 15 minit
Masukkan serai selit ke dalam perut ikan 
untuk aroma dan menghilangkan bau hanyir ikan

Bahan Kuah

1 ikat daun ketumbar - dihiris
7 ulas bawang putih - dicincang
7 batang cili - dihiris
3 biji limau nipis - hiris dan perah jusnya (ditapis)
2 sudu besar sos ikan nampla
1 kiub ayam
1 inci gula melaka (sagat)

Cara Masak
1. Masakkan 1 mangkuk air dan masukkan kiub ayam. Kacau rata. 
Matikan api dan tuangkan ke dalam mangkuk.
2. Campurkan bawang putih, perahan pati limau serta gula melaka 
ke dalam kuah yang masih panas tadi.
3. Masukkan hirisan cili padi, daun ketumbar yang telah dihiris dan sos ikan nampla.
4. Seimbangkan rasa manis (gula), masin (sos ikan nampla) dan pedasnya (hirisan cili).
5. Angkat ikan siakap yang telah distim (jika isi dah boleh tertanggal dari tulang bererti sudah masak). Bolehkan buangkan air ikan stim dan tinggalkan sedikit sahaja.
6. Curahkan adunan kuah stim limau ala Thai ke atas ikan siakap yang telah di stim tadi.
7. Taburkan daun ketumbar. Siap untuk di hidang!

Mudah je kan ? 
Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Assalamualaikum...

 

Tak sedar rupa2nya dah sebulan tak bersiaran.

Sessi persekolahan pun dah bermula...

Sekolah versi PKPP ni bila waktu rehat pun ada SOP SOP tertentu 

termasuk lah SOP waktu rehat nak membeli kat kantin dah sebagainya....


Last week Delisha duk ulang lagi...request nak Mama bawakkan bento.

Masa Delisha kat Q-Dees dulu mmg hari-hari bawakan bento.

Sebab sarap pepagi dia tak makan sangat tapi susu sebotol wajib.

So hari2 bawak bento utk makan waktu rehat pukul 9:30 pagi..

 

Tapi bila dah masuk sekolah rendah, rehat waktu petang confirm lah Mama tak berani bawakkan bento sebab takut tak tahan dan basi.

Cumanya since Mama still WFH sampai end Aug ni boleh boleh jugalah usahakan bento Dhiya Delisha. Kena prepare tengahari dan hantar ke transit supaya boleh dimakan 

waktu rehat pukul 3:30 ptg tu. 

Hari pertama Mama bawakkan bento, bukan main ceria lagi Dhiya Delisha.

Happy sangat-sangat diaorg bila Mama sampai je kat pintu pagar transit.

 

Sejak tu Delisha asal malam je dah excited tanya

"Mama.. esok Mama nak buat lunch box apa ?"

 

Dhiya pulak entah berapa kali pesan

"Mama jangan lupa bawakkan lunch box hari-hari tau. Dhiya suuuuuuuuuukaaaaa sangat lunch box Mama buat."

"Mama, Dhiya tak sabar nak pergi sekolah esok nak tunggu lunch box Mama"

 

Aduhaiii mana la tak cair hati Mama dia kan...

so walaupun tengahari tu terhad juga waktu rehat, gigih jugak lah Mama siapkan bento depa. 

Basically menu utama utk minum petang tu sebenarnya ialah

Menu sarapan pagi yang diolah semula untuk jimatkan masa. Kadang ada juga yang masak baru... tengok mana yang available. Yang penting epal hari2 WAJIB. Depa request.

Tambahan pulak, Danish & Dania bergilir sessi sekolah. So Abang & Kakak lah yang tolong Mama kat dapur jugak siapkan bento, tolong goreng la.. tolong potong.. tolong kemas... Terima kasih Abang Danish & Kakak Dania. 

Buat kenangan Mama simpan gambar-gambar bento Dhiya Delisha untuk seminggu ni.

Bila Mama sampai je transit Dhiya Delisha dah tanya

"Mama buat lunch box apa hari ni ?"

"Suprisee laaaaa....!"


Main Menu : Roti Jala + ayam goreng

Main Menu : Bihun Goreng + Nuget ayam


Main Menu : Cajun Crumb Sosej Roll + French Fries


Main menu : Carbonara Spagheti + Anchovies Nugget (Cekodok Bilis)


Main Menu : Fried Dried Mee (Maggi goreng ?) + Chicken ball

Main Menu : Nasi Goreng Taman Astakona + Japanese style egg

 

Tiap kali prepare bento terbayang senyuman diaorg bila bukak bekas bento ni...

dan tiap kali basuh bekas bento tersenyum sorang Mama bila tengok bekalan yang dibawa hari-hari habis. Saiz bekas pun ngam2 untuk sekali makan je. Alhamdulillah... Mama happy ~