Assalamualaikum 
Apa khabar semuaa...? Sedar tak sedar dah lebih seminggu 
kita menjalani ibadah puasa.. Alhamdulillah.

Maaf lama tak bersiaran.. sangat sibuk akhir2 ni..
sibuk di tempat kerja.. di tambah pulak En Hubby yang terpaksa menjalani minor
operation batu karang minggu lepas...

Paling membanggakan tahun ini Danish masih puasa penuh sehingga 
hari ini. Alhamdulilllahh..! Dania baru dapat sehari..


Dengan rasa rendah dirinya nak berkongsi majlis yang baru di hadiri semalam.
Tahun ini  Ramadhan lebih bermakna kerana dapat di raikan bersama-sama
anak-anak di Baitul Hidayah Kg Sri Puchong.
Semuanya atas usaha keras Pn Organizer, BFF ku Suzanne Mennon (nama gelaran).
Alhamdulillah.. program yg di initiate kan oleh kawanku ini
mendapat sambutan yang amat menggalakkan 
dari rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Berkat sokongan rakan2 yang menjayakan,
tahun ini dapat melaksanakan pemberian sepasang
baju raya baru untuk anak-anak di sini selain 
duit raya, majlis berbuka puasa dan sumbangan buat pihak
pentadbir.. Alhamdulillahh..!


Petang sebelum pergi tu aku pun dah ready buat Dadih untuk di bawa ke majlis.
Dania & Danish semangat menolong!!


1 shot sebelum gerak dari rumah.
Susah betul nak suruh posing cecomel budak2 ni kannnn


Jam 6:30 petang sampai sana, Pn Azuana, Pengetua Baitul Hidayah
sedang memberikan taklimat tentang sejarah penubuhan 
dan sedikit sebanyak tentang kisah anak-anak 
di Baitul Hidayah ni. 
Terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak oku (dileksia),
anak terbiar dan juga anak-anak Asnaf.
Ada pekerja di sini yang terdiri dari ibu ibu tunggal.


Kemudian di teruskan dengan persembahan Nasyid dari anak-anak di sini.
Semuanya berbaju baru yang di berikan oleh para peserta program.
Mereka juga berkebolehan membuat persembahan di luar 
dan baru baru ini kali pertama menang sebagai Johan pertandingan
Nasyid peringatkat daerah Petaling.
Comel-comel tengok anak-anak di sini ;)


Di serikan lagi dengan persembahan silat.


Sengaja bawak Danish & Dania semoga mereka belajar
dan melihat sendiri bagaimana kehidupan rakan-rakan yang kurang bernasib baik 
dan mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah.
Semoga Danish & Dania lebih insaf dan syukur serta lebih
menghargai & menyayangi Mama & Papa okehhh.
Baby Dhiya macam biasa tinggal ngan Bibik kat rumah.


Ahaa.. gambar bersama  Pn Organizer (bertudung hitam) yang bertungkus lumus
menjayakan projek ini bersama suami.


Danish & Dania di saf belakang.. Danish tu muka dah lepak habis 
tunggu waktu berbukaaa uhuhu


Sebaik Azan berkumandang, semua berbuka ringan, bersolat Maghrib 
berjemaah dan baru mula makan berat.
Hidangan hari ini Nasi beriani & Nasi hujan Panas.
Caterer pun dari kaum keluarga Pn Organizer. Alhamdulillah..
sedapppp sangatttt 




Anak-anak yang di raikan 


Danish & Dania pun tekun makan


Acara kemuncak, pemberian duit raya hasil kutipan dari 
para peserta program. Alhamdulillah....


Comel-comel adik kat sini tauuu


Sempat bergambar bersama BFF sebelum bersuraii..
Terima kasih tak terhingga buat Pn Suzanne mennon & keluarga
yang menjadikan projek ini satu realiti.

Kepada kawan-kawan yang mungkin berminat untuk menghulurkan sumbangan
boleh la hubungi No serta alamat di bawah :
Lokasi berhampiran Tol Puchong Barat.


Ada 46 orang anak-anak yang di besarkan disini,
paling tua berusia 16 tahun dan paling kecil di bawah satu tahun.


Lebih mengkagumkan, Pn Pengetua turun membesarkan keluarganya
di Baitul Hidayah termasuk anak-anak 
dan menantunya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 mereka
membesarkan anak-anak di sini....

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat yang mulia dan selamat menyambut bulan Ramadhan 
kepada semua...! Semoga di permudahkan ibadah kita tahun ini ;)

Malam semalam berjumpa dengan Puan Editor dari Astro Awani bersama
Presiden & Timbalan Presiden ALEPS.
Alhamdulillah.. dah dapat copy berita2 sekitar
program Jenesys yg berlansung di Jepun bulan May yang lepas.
Terima kasih tak terhingga buat Pn. Azlinariah !!


Lengkap semua episod!
Nanti aku buat satu entry khas ye


Ku sisipkan satu laporan bertajuk 
Pasca Tsunami  ~ Menjual TONO demi yang lain
Selamat menonton kepada yang terlepas tengok kat Astro Awani ;)


p/s: Ada part tuan tanah ke interview tak sengaja semasa acara 
persembahan kebudayaan di Tono city. Tengok la kalo ada aksi2 terkantoi
di situ kikikiki

Assalamualaikumm...

Alhamdulillah dah selamat kembali ke Malaysia.
Hari ni balik kampung hantar emak & kaka & ambik 
semula bibik uhuhuhu.

Untuk sneak peek, 
1 pose gambar ala-ala
Dejavuu di Tangkuban Parahu gitew ekekekekke
ambik feel dari Dejavuu di Kinabalu hi hi hi
di ketinggian 1830m dari paras laut 


Port posing wajib kat Tangkuban Parahu ;)


Dan acara yang paling best lagi ialah
acara membelai diri di Spa @ Bali Heaven
bersama emak, kakak & Baby! ahahahaha
Jenuh nak pujuk nenek masuk spa wehhhh!! kekekekeke


Ahaaa.. nanti ku update lagi gambar2 percutian di Bandung okeh!!
Memang terbaekkkkkkkkk!!!
Assalamualaikumm..
Alhamdullillah.. akhirnya hari yang di tunggu tiba,..
Kami berangkat ke Bandung untuk kali ke-2 malam ini
membawa bersama kakak dan ibu tercinta..


Take care uollsss..
!Doakan kami selamat pergi dan kembali..
sayang semuaaa..muah!!!!!
Assalamualaikum...
Salam Jumaat semua...
Aha.. hari ni kasi can update pasal Danish..

Danish ni kan jenis kaki game tauu.. balik umah tu kalau tak capai game henpon,
dia layan game kat komputer.. kalau masuk dalam keta mesti nak
main game kat henpon Mama or Papanya. Pergi mana2 pun mesti nak main game!!
Paling dia suker game racing-racing ni kann...

Satu hari kantoi ada homework yang tak siap.
Selalunya Mama & Papa tanya ada homework tak, pastu kalau ada
Danish akan bagitau dan keluarkan buku.
So kitaorg guide & monitor dia buat sampai siap..

Satu hari bila Mamanya cek beg tengok rupanya ada homework2 lain
yang pending tak siap. Bila tanya kenapa tak bagi tau.. dia kata tak hingatt..!!!
 Grrrrrr... apalagi terus kena marathon
la siapkan kerja sekolah..!
Nampaknya Danish dah miss used kelongaran yang di berikan.
Papanya membebel je. tu lah balik rumah 
ingat nak main game game gameee jekk.
Kerja sekolah sampai tak siapp! Message dari cikgu pun
sampai lupa nak bagitau asyik ingat game jee..

Dan dan tu jugakkk Papa buat rule baru.. 
"NO PC games during school days!"
Nak main game kat PC weekend sahaja tu pun lepas siap 
semua homework & kemas buku!!!

Danish memang terus masam mencuka la di tegah main game..
daily hobby beb!!! isk isk iskkkkk.
Tak dapat main memang tak duk diam anak teruna tuh ...

Al-kisah keesokan harinya..
Balik-balik sekolah je Danish terus report :
Danish : Mama Danish dah siap kerja sekolah kat sekolah!

Aku.. walllaaaaaaaaaa.. betul ke nih? impressed..!
Malam tu Danish terus kemas buku.. siap Danish buat 
to do list and marked 'right' as completed!


Malam tu lagi Danish cakap kat Mamanya :
Danish : Mama... Danish dah fikir dah. Kalau Danish tak siap kerja sekolah kat 
sekolah Danish tak boleh main game kat komputer.
TAPI kalau Danish dah siap semua kerja sekolah kat sekolah
baru Danish boleh main game komputer kat rumah.
Itu RULE Danish..!!

Wa wa waaaaaaaaaaaa....
Tersenyum lebar Mamanya dengar 'tawaran' Danish !
Macam tak percaya pun ada. Semalam bukan main merajuk,
rupanya kat sekolah pandai pulak cari jalan.
Pandai pulak kasi plan B yekkk.. kikikiki!!

Mamanya pun terus la suh Danish pergi discuss sendiri
dengan Papanya *papanya kat atas masa tu*
sebab Papanya yg isytihar rule Darurat
NO GAMES DURING WEEKDAY malam semalam ekkekekek.


Anyway malam esoknya Danish dah ada check list, 
balik sekolah kena check :

1. Homework
2. Teacher's message to parent
3. Letter from teacher
4. Book arrangement

Haaaa..... sekarang ni alhamdulillah..
Danish dah improve. Dia sendiri offer rule dia 
dan nampaknya dia follow. 
Alhamdulillah....!
Well done Danish!!!


Salam Isnin semuaa..

Ahaaaa.. sepanjang bulan lepas dan bulan ni
banyak betul progress terbaru Dhiya.
Nanti Mama updatekan satu satu yekkk

Yang terbaru..! Owhh.. ni sangatlah ad-hoc 
dan yang tengok pun panik bercampur excited!


Kejadian pada satu malam ketika Dhiya 
berusia 6 bulan.. Papa, Mama & Danish tengah makan malam
kat dining table.. tiba-tiba sedar Baby Dhiya
tengah pegang pensel menconteng buku kerja Kakak Dania..!!


Tak sempat nak capai DLSR.. pakai HP atas meja jee.. hehehehehe.
Bahaya biar Dhiya pegang pensel lelama takut tercucuk mata..!
Tapi macamana dia bleh kejar buku kakak yang di tinggal 
atas lantai siap pegang pensel dan menconteng!!!


Siap geget geget lagi pensel tu ekekkekeke


sambil mengepang2 kaki ala2 helikopter nak terbangg ekekekek


Hasil 'kerja rumah' Dhiya ! ehehhehe


Malam esoknya sekali lagi!! Sama gak time tgh nak makan malam..
Dania sokmo makan nak kena suap kan.. manjer sungguh! 
so lepas kitaorg habis
makan baru la suap Daniaa.. tu yg bila time nak dinner
terlepas pandang jap si Dhiya & Dania duk ralit main depan TV uhuhuh.
Bibik lak sibuk kat Dapur.
Seriusly excited tapi panik, sempat gak snap cepat2 tapi terus ambik 
balik pensel kat tangan Dhiya tu . Bahaya!  kekekekeke


Kakak Dhiya kalau angin tengah baik kat umah memang rajin buat kerja rumah..!
Tapi tu la lepas tu masalahnya suka tinggal camtu je atas lantai..
suh wat atas meja tak mo.. 
lepas ni kena simpan buku kalo dah siap ye kakak.
Nanti Dhiya tercucuk mata siannn dia uhuhuh.

Kecit-kecit baru tumbuh gigi dah rajin nak menulis.
Moga dah besar nanti janji insan berguna ye nakkkk ;)


Ahaa..  scene di hari lain.
Dhiya pun ambik mood nak belajar jugak ekkekekek.