Showing posts with label Dunia Celebriti. Show all posts
Showing posts with label Dunia Celebriti. Show all posts



Pengarah KRU Studios, aktres popular belum pilih tarikh sesuai

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, 
Yusry Abdul Halim, 38,  mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular,
isa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini
dan jika tiada aral melintang akan
ke jenjang pelamin tahun depan.

Tumpang gembira. Semoga jodoh mereka berkekalan ke akhir hayat... aminn.....

sumber : Berita Harian
Assalamualaikum..

Aha.. Tahniah buat pasangan Mawi & Ekin yang bakal menimang cahaya mata
sulung. Khabarnya sudah pun masuk 7 minggu berdasarkan laporan 
Utusan Malaysia 2 minggu lepas.. jadi nya sekarang dah pun masuk 10 minggu 
usia kandungan beliau. Aku pun tau sebab dengar radio Hot FM pagi tadi huhu.

Setelah menunggu hampir 3 tahun dan 2 kali keguguran, semoga kali ini
Ekin akan selamat melahirkan anak sulung mereka. Tahniah sekali lagi...!




ARKIB : 13/07/2011

Mawi bakal timang cahaya mata sulung

KUALA LUMPUR 12 Julai - Selepas dua kali mengalami keguguran, isteri kepada Asmawi Ani, 30, atau Mawi, Nora’Asikin Rahmat, 32, disahkan hamil tujuh minggu.

Berita baik itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh Mawi yang memberitahu, beliau tidak sabar-sabar lagi untuk menimang cahaya mata sulung.

“Dua minggu lalu, Ekin disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor.
“Ini khabar gembira buat kami suami isteri yang mendambakan untuk menjadi ibu bapa seperti pasangan lain.
“Namun begitu, dalam menyambut berita menggembirakan ini, saya perlu beringat kerana isteri saya pernah mengalami keguguran, bukan sekali tetapi dua kali,” kata katanya ketika ditemui pada majlis rakaman Raya 1Malaysia Muzikfm di sini, hari ini.

Mawi dan Ekin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2008 dan sehingga kini, masih menunggu untuk menimang anak.

“Saya berharap kali ini Allah memberi kami rezeki dan permintaan kami dimakbulkan-Nya. Soal jantina bayi, saya tidak kisah.
“Bagi saya, apa yang penting, Ekin nanti selamat melahirkan bayi kami dan sempurna sifatnya,” kata juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ketiga.

Katanya lagi, doa peminat amat diperlukan agar isterinya beroleh kekuatan untuk menjalani tempoh kehamilan.

Sumber : Utusan Malaysia

Credit : Berita harian

Mystar

BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.
Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.
Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Luna Maya setia menemani Ariel ketika mendengar keputusan mahkamah.

Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.
Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.
Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.- BERNAMA
Salam...
uikksss... agak ganaz gak amaran dari Fasha Sandha ni.
Malas nak komen lelebih.. pernah minat dia ni masa mula2 tengok citer Natasya
dulu.. hakikatnya drama tu hanya lakonan semata-mata.

credit : Harian Metro

SETINGGI mana dia terbang memperdagangkan bakat, sebesar itu juga kontroversi yang mengulit. Bukan kehendaknya, namun rencah anak seni yang bernafas di bawah limpahan populariti, Fasha Sandha akur meskipun setiap inci peribadinya dibogelkan.

Peluh dan kerut dahinya yang sukar disembunyi kerana berlari ke lokasi penggambaran drama siri terbaru lakonannya, Samson Delaila dan kembali menguruskan salun miliknya, Salon Chinta yang bakal beroperasi tidak lama lagi, Fasha terus diasak dengan berita mengejut perpisahannya dengan kekasih, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Tidak terhenti di situ, sehari kemudian aktres kelahiran Johor Bahru ini berdepan pula kemelut berbalas kenyataan dengan bekas isteri kepada Jejai yang juga dramatis, Nora Danish.

Sejak awal pagi Khamis lalu sejurus segala pengumuman dan perang kenyataan di dada akhbar, aktres terkenal ini tidak henti-henti mendedahkan status ‘berani’ yang cenderung menyerang pihak lawannya di ruangan sosial peribadi Twitter miliknya, @FashaSandha1.

Persoalannya, sampai bila Fasha akan terus mengharungi cerita panas sebegini? Adakah mungkin ia berterusan hingga mencipta satu stigma dan persepsi? Kepada wartawan SELEBRITI, Murshid Eunos, Fasha berkongsi rasa.

“MUSTAHIL saya merancang atau sengaja mencurah pasir ke dalam periuk nasi sendiri. Tidak mungkin saya bertindak bodoh seperti itu jika tiada alasan kukuh.

Ternyata, saya terpaksa berbuat demikian bagi menegakkan kebenaran dan keadilan diri sendiri. Saya tidak mahu ada pihak lain sewenang-wenangnya menindas saya dengan bergayut sekali dalam permasalahan yang saya hadapi.

Jujurnya, memang ia sedikit mengganggu perjalanan rutin harian, lebih-lebih saya sibuk di lokasi penggambaran dan terpaksa berlari-lari memantau salun yang hampir siap.

Namun itulah harga yang terpaksa saya bayar atas segala kegemilangan dikecapi. Saya akur dan terpaksa menelan semua itu meskipun rasanya sangat pahit.

Selepas pengumuman pihak Jejai dan saya berhubung perpisahan kami, tidak sepatutnya ada pihak lain yang sibuk ingin merasa tempias publisiti dengan memberi kenyataan atau komen. Cerita itu merungkai segala spekulasi ramai pihak. Namun ada pula yang sengaja ingin memanjangkan isu itu hingga mencabar tahap kesabaran saya sebagai wanita.

Berita di muka depan mengenai perpisahan kami itu sudah cukup dan tidak perlu pula ada orang yang tidak tahu-menahu untuk menambah fakta dan bercakap lebih, sedangkan dia tidak tahu kisah di sebaliknya. Bagai menjolok sarang tebuan, usah bising jika sengatnya membunuh secara perlahan.

Saya terpaksa mendedahkan semua bukti yang saya ada seperti senarai panggilan, mesej dalam telefon bimbit dan beberapa keping gambar bagi membuka dimensi mata peminat atau sesiapa yang tekun mengikuti sorotan kisah ini supaya persepsi kononnya saya hanya bersembunyi di sebalik helah adalah salah.

Saya tidak mahu berbuat demikian kerana bimbang ia akan mengaibkan sesiapa, namun jika keadaan mendesak seperti mana pernah dicanangkan sebelum ini, saya tidak akan teragak-agak.

Bukan saya ingin membuktikan siapa menang atau dalang mana yang cuba membelit fakta, sebaliknya saya perlu memikirkan soal reputasi yang seolah-olah sengaja dicalarkan berhubung perkara ini.

Saya tidak peduli soal perasaan sesiapa kerana keutamaan adalah diri sendiri. Saya perlu berdiri untuk menegakkan apa yang benar dan mana yang sepatutnya dibicarakan.

Peminat saya arif dan bijak. Mustahil mereka leka dan berbuai dengan segala macam cerita yang timbul. Alhamdulillah, mereka tidak sesekali lari atau merasa benci, sebaliknya semakin kerap pula peminat menghantar kata-kata semangat dan dorongan kepada saya melalui Twitter.

Twitter adalah ruangan peribadi untuk saya berkongsi rasa atau apa saja yang ingin disembangkan. Ia adalah komunikasi bersama peminat dan mereka yang ingin mengikut perkembangan saya.

Justeru, saya tidak melihat perkara itu sebagai satu peperangan atau mencerminkan sifat peribadi seseorang. Usah terlalu dalam memikirkan soal itu.

Saya hanya ingin berkongsi perasaan bersama peminat dan begitu juga dengan sesiapa yang lain. Masing-masing punya hak untuk menaikkan status di Twitter bagi meluahkan perasaan. Senario itu bukan satu peperangan, sebaliknya hanya medium berkongsi rasa.”