Salam..
Uiksss.. Fasha & Jejai PUTUS sudahh....?
Takpe lah.. tak de jodoh. Patah tumbung hilang bergantii..
dunia artis ni memang cepat je pasang surut...
Tak nak komen lelebih. baca lah sendiri
Apapun bagus gak le Jejai.. TETAP jaga nama baik bekas isterinya,
Nora Danish...  dah la comelll.. nape la korang berpisah dulu..
Tapi nak wat camne.. tak de jodoh suda....


KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.


“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

 Opsss..!! Sape yang lom pernah try 3 Layer Tea nih..? 
Fuhhh memang bestt gilerrrrrrrrrr....!! Tak tau nak terangkan.. dia guna gula melaka 
so rasa kelat2 cam cendol.. tapi tak semanis cendol.. tapi rasa tehh! hah..? 
aku pun tak pahammm.. nak korang cari la sendiri he he he


Sebenarnya lately dalam seminggu tu ada la sekali dua kali Abang akan gi beriadah main Badminton ngan geng2 Ofisnya. Kalau game jatuh hari Jumaat, malam cuti aku pun biasa akan ikut sekali. Gambar2 ni pernah snap 2-3 session punya game.


Selalunya main kat mana2 court area-area Putrajaya.


Berpindah randah gak macam2 court every week tengok mana kosong dapat booking.
Majulah sukan untuk keluarga.. yahh yahhh!!


Bila para bapa penat, anak-anak pulak ganti! he he. *Danish yg pakai baju hitam tuh*
Yok yok oo je main budak2 ni... net tinggi tuhh! he he


Yang anak dara plak pepandai la cari portt main




Yang para ibu-ibu pun cari port bersembanggg  sambil gosip sana sini he he


Lepas habis game beramai-ramai terjah kedai mamak..!


Sambung lagi menyembang sampai tengah malam sambil pekena ROTI CANAI
baekkkkkk punyaa... Laaaaa... tadi penat2 keluar kan peluh, tak dan dan dah isi balik lemakk he hehe


Tu dia.. macam-macam gosippp



Sambill baekk punya melantakkk


Ni plak 3 Layer Tea kat kedai mamak lain plakk.. 



Moralnya... Bapak-bapak beriadah keluar peluh, anak-anak pun melompat sana melompat sini
keluar peluh.. yang ibu-ibu pulak gosip sana sini sambil sempat lagi 
kunyah kunyahh.. pas tu gi kedai mamak lagi kompem order nasi panasss tetengah malammm..
Kalau ku gemukkk salah saper nih..? Confirm bukan salah akuu..!!! huhuhu
Salam..

Aisehman...  siang tadi cek nuffnang tiba tiba ku rasakan kelainan pada dashboard ku..
Apaa... membership ku dah bertukar dari GELIHATI kepada ORDINARY..?? 
Oh tidakkkkkkkkkk!.!!! sedih sedihhh.. ku punya la setiaa..walaupun 2-3 bulan gak
BE tak muncul tapi ku tetap tak patah semangat hapdet blog hari-hari tauu...
Demi semangat ke'tegar'an  ke'blogger'an huhuhu!
Eceli ni insiden ke-2 aku setelah bermanja2 dengan Nuffnang sejak tengah tahun lepas uhuhuu..


So petang tadi create 1 tiket pada Nuffnang Helpdesk tanya pasal issue glitterati tu & status cash out nuffnang ku yg masih UNPAID walaupun dah submit request 3 minggu lepas. Ikut previous experience status glitter tu hilang after diaorang buat mantenance so lepas tu diaorang restore balik. Baru2 ni kebetulan gak diaorang ada buat mantenance lagi kan..? so kot2 le isue sama berulang maka ku hantar la tiket utk confirm.
Suspen pun ada gak dah la baru gantung banner Heart Beat.

Ni tadi buka mail tengok2 dah ada reply..! Fuhh.. pantassss..! bagus diaorang ni yekk..
agaknya kerja 24/7 jugak kahh..? 
Anyway reply tu berbunyi lebih kurang


Ticket ID: 4D3D1XXX
Email: ***@Email

Here is the response made to your ticket.  Please do not reply to this email directly, use the link above
to reply.

Hi Norizan,

Glitterati membership is an automated process. It's given automatically to a blogger's account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you'll receive your Glitterati membership in 4 days time.

Your status is affected ebcause http://sweetcontest.blogspot.com was detected with Nuffnnag ads on it recentrly. Kindly ensure that all blogs display Nuffnang ads publicly and you'll be Glitterati in due time.


Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations
Nuffnang Sdn Bhd

So moralnya ada 2 Issue kat sini :

1. Memang betul aku baru add satu blog lagi utk gantung Nuffnang ads. 
Tu blog ke-5 huhu. Dah tu tak berapa nak haddet hari-hari so Nuffnang detect sebagai spam
Moralnya.. jangan la tamak.  Naikkan traffik dulu baru gantung nuffnang ads. 
Dah la bukan primary blog. Okeh itu pengajaran untuk aku jugakk


2. Nuffnang earning ku yang baru nak cecah RM 17 untuk minggu ke-3  
* tanpa BE & tak banyak pun huhuhu*
 tahun ni tetiba jadi RM > 100. Terkejut aku. Rupanya dah di rejectkan cashout request ku hujung bulan lepas. so moralnya aku akan teruskan mengumpul lagi la jawabnya sampai kot la bleh beli 1g emas kerr..? he he he
Sila jangan gelakkan amount 'Tabung kura-kura' ku itu okehh.. !  

Anyway, aku dah buangkan last blog ku dari Nuffnang blog list. Sebenarnya ada satu lagi blog lain aku nak remove tapi tak hingat password dahh uwaaa..! punya la bersawangg. Pas tu tambah lagi satu blog lagi yg baru sehari jagungg.. kan dah kena..! KAWOSS!

Anyway.. moga Nuffnang kembalikan status GELIHATI ku yang SETIA nih.. kalau tak SUSAHATI la jadinyaa.. huhuhuhu