Salam..

Akhirnyaa...  ku jejak jua Gym yg sejengkal je kat ofis tuh.. yah yah yahhh..!! he he.
Maklumla bulan ni dapat FREE membership masa Wellness day launching tempohari
so lenjan je la


Antara yg menarik perhatian. Mesin daki bukit..? hah..? ntah apa kebenda nama diaa..
redah je laa......


opss..  yg ni macam bike. Tengah slow down sebab baru 30 min 
turun dari machine kayuh kat depan nuuu

  
Yg ni next time plak try.. huhu

Dah nak kul 7, dah ramai yang beransur balik..

Hari tu bet ngan Abang... kalau aku leh turun 7 kg dari yg aku timbang 
kat Petrosains tuh.??!!! ohokkk ohokkk..!!
setakat ni baru turun 3 kg ngeh ngeh ngehhh... 
apa pun... adakah dgn facilities ni aku dapat kalahkan bet papa
semudah petik jari jer..?????

*
*
*
*
*
*
*
Opssss... mungkin tidakk...!!. ngeeeeeeeeeeeeeeee...!!
ingat senanggg kerr... uhuk uhukkk...!
TAPI kalau dapatt.. Papa sila lah stanby apa-apa yg patut.. hi hi hi.
Apapun jejak pun semata-mata gunakan peluang sebulan FREE ni kui kui kuii
apapun *lagi*..... jom sihattt.....!!

Salammm...

Habeh dah cuti 4 harii..? korang buat apa cuti 4 hari ni..? Mesti ramai yang balik kampung kan..?
Aku pun balik kampung gakk... Asal2 plan nak melawat kampung belah Abang kat Perak tapi ada aral melintang terus di ubahkan ke Pahang je. Nak balik Johor the next 2 week plak sebab CNY ni Mak & Abah sibuk ke hulu ke hilir hantar pengantin bagaii.. kang balik kampung tak sempat lak nak bermanja. So balik kampung Pahang. Lama tak balik jengok rumah pusaka, so balik kemas-kemas rumah.

Abang memang dah nak 2 minggu batuk tak baik-baik.. the 2nd day kat kampung aku plak mula seram sejukk..!! Demam plak dahh.. adehhhhhhhhhhhhhhhhh... terus tak hangattt hari ku.. emmmmm.. habis berkemas apa patut tengahari tu dah balik KL. Petang baru sampai.. malam tu gi klinik amek gak ubat sebab the next day tu BIL kat Rawang buat makan2 sempena bufday anak bujangnya. Ni kalau tak amek ubat mau tak bangun dah aku niii.. huhuhu

gambar Bufday Boy cilok kat FB papanya he he

So 3rd day tu pergi Rawangg.. sambut bufday Fahim yg ke-2. Happy bufdayy !! moga terus membesar dengan ceriaaa..!!  Mama eh buat nasi ayam & Laksa.. nyumm nyumm.. seb baik aku pun dah kebah sket demam.. so just lepak2, makan2, layan movie ramai2  sampai 3 movie! Hari Ahad tu duk melepek kat rumah jeee.. Dania plak dedor nak demam.. isk isk isk. Tengahari bawak gi klinik.. kasi makan ubat & tidur. Petang tu bawak gi main kat Taman Tasik Cyberjaya kasi keluar peluh.. first time sampai sini.. best gakkk ada playground utk budak2 bersuka ria. next time leh datang lagii.. dekat je ngan umah.

sekian le review CNY kitaorangg.. huhu

CNY korang camner..? hangat ke tak  hangatt..?
LONDON: Senarai 10 tempat teratas membabit pembayaran yuran perpindahan pemain bagi kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris:



Di tangga teratas :

1. Fernando Torres (Liverpool ke Chelsea) 50 juta pounds (RM243.2 juta)


GAMBAR fail bekas penyerang Liverpool, Fernando Torres (tengah) menentang Chelsea dalam Liga Inggeris pada November tahun lalu. Torres memecah rekod perpindahan dalam sejarah kelab bola sepak British menerusi bayaran 50 juta pound (RM243.2 juta) dari Liverpool semalam. - Foto Reuters


2. Andy Carroll (Newcastle ke Liverpool) 35 juta pounds 


3. Robinho (Real Madrid ke Manchester City) 32.5 juta pounds

4. Andriy Shevchenko (AC Milan ke Chelsea) 30.8 juta pounds

5. Dimitar Berbatov (Tottenham Hotspur ke Manchester United) 30.75 juta pounds

6. Rio Ferdinand (Leeds United ke Manchester United) 29.1 juta pounds

7. Juan Sebastian Veron (Lazio ke Manchester United) 28.1 juta pounds

8. Wayne Rooney (Everton ke Manchester United) 27 juta pounds

9. Edin Dzeko (Wolfsburg ke Manchester City) 27 juta pounds

10. James Milner (Aston Villa ke Manchester City) 26 juta pounds - AFP

NOTA KAKI : Perrghh... juta juta tuhh. Camne rasanya kalau duit tak tau nak buat apa.. huhuhu