Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts
Salam..
Nak tayang sket hadiah untuk pemenang TOP COMMENTATOR & TOP MEMBER yang akan di umumkan esok. *Sila bawa bersabarr.. jangan keluarkan tanduk lagi yerr.. ngeeeee*. 
Hadiah berupa Bottle holder lengkap dengan aluminium layer kat dalam untuk menyimpan panas/sejuk minuman.
sesuwai untuk mengisi sebarang jenis botol 500 ml / 600 ml.

Contoh penggunaan : 
Esok nak berjalan panas-panas, malam ni simpan air dalam freezer dan bawa esok dlm bottle holder. 
Di jamin air tahan sejukk ... bestnyerr hu hu!


Seperti yang di janjikan. Esok masuk hari ke-10 dan vote dari para juri dah pun berada di tangan penganjur... akan di compilekan malam ni dan akan di umumkan
ESOK PAGI, 25th Jun 10 !!

Ada 13 Pemenang semuanyerr...
nantikan keputusannya esok...!!!!
TUNGGUUUUUUUUUUUU..............!!!!!!!!!!!!!!
Salam semua..

Jeng jeng jeng.. hari ni nak mengumumkan senarai  

Penganjur telah mengubah sedikit cara pengadilan.. di sebabkan scopenya telah menjadi luas maka Penganjur telah membahagikan peserta kepada 3 kategori iaitu
Kategori 1 : Photoshoot
Kategori 2 : Vacation
Kategori 3 : Event & Celebration

Di harap dengan cara ini pembahagian hadiah lebih adil. Sebenarnya kalau boleh penganjur  nak bagi hadiah kat semua peserta..! Memang semua gambar-gambar sweet sweetttt belaka dan naik pening juri nak pilih! Tapi kalau bagi hadiah kat semua orang karang tak Contest la pulak kan.. hu hu.
Makanya untuk pusingan pertama, berdasarkan kategori baru maka berikut ialah senarai peserta-peserta yang terpilih sebagai FINALIST.

Peserta terbaik setiap kategori akan bertanding untuk merebut Hadiah Utama ! Ini bermakna setiap kategori akan terdiri dari 1 pemenang Hadiah utama dan 2 pemenang hadiah saguhati ! Bermakna hadiah saguhati bertambah satu! hu hu

Dan FINALIST nya ialah.......





Okayy.. debaran belum berakhir.. Penganjur juga telah menambah 2 lagi hadiah untuk TOP COMMENTOR dan TOP MEMBER berdasarkan rekod yang telah tercatat ketika sessi contest berlangsung!

 TAPI ingin di ingatkan sekali lagi.. semua peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. Ini bermakna jika mana-mana peserta memenangi hadiah utama atau saguhati dan pada masa yang sama merupakan peserta ke-7 atau ke-30 dengan penghantaran lengkap, bermakna hadiah peserta misteri ke-7 akan berganjak ke no 8 dan ke-30 berganjak ke-31 dan seterusnya...! Begitu juga kepada hadiah TOP COMMENTOR & TOP MEMBER.

Secara kesimpulan hadiah akan di berikan kepada

1st Prize Winner
2nd Prize Winner
3rd Prize Winner

CONSOLATION x 6   ( 2 for each category)
TOP COMMENTOR x 1
TOP MEMBER          x 1


Ingin tahu siapa pemenang nyerr..??? 
Stay tune for for FINAL RESULTT..!!! Yeeaa haaaaaaaaaa!!

Assalamualaikum semua..
Alhamdullillah My Family's Sweetest Moment @ Sweet Omoide Contest dah pun selamat berakhir semalam. Terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi menghantarkan penyertaan untuk contest ini. Berikut adalah gambar-gambar para peserta yang telah selamat sampai ke PC penganjur termasuk gambar penganjur sendiri yang sibuk nak tumpang sekaki he he. Nampaknya semua gambar yang di hantar punya 1001 satu cerita dan kenangan terindah yang tersendiri..! Sebenarnya saat paling indah ialah saat bila dapat berkumpul dan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang tak kira pada apa suasana sekalipun. Memang seronok meneliti kenangan yang terabdi dalam setiap gambar yang di hantar dan haruslah juling biji mata penganjur nak pilih pemenang nih! Ohhoohoho baru tau bukan mudah nak pilih pemenang. Besar tanggungjawab tuhh! Hu hu hu!

Walaubagaimana pun penganjur akan melantik juri-juri separa professional cap Tiga Ayam dan cap Tiga Bintang untuk menentukan pemenang yang mungkin terdiri dari ahli keluarga penganjur dan teman-teman rapat penganjur. 

Sila berikan masa selewat-lewatnya 10 hari untuk menentukan pemenang. Apa.. ? Lambat sangat yekk..? he he. Harap semua boleh bersabar ya. Saje je nak dera perasaan korang sket.. ha ha ha.

Kepada yang berminat nak buat collage photo macam kat atas ni boleh download dari

*ada watermark tapi pandai2 la nak cover yek*

Anyway in between harap-harap lepas ni boleh lah kita keep in touch each other yek. Lebih dari segalanya, masih tak lari dari niat asal untuk menjalin persahabatan dengan lebih ramai blogger ; ).

Apa pun... stay tune for more update...! Salam sayang untuk semua..... muaaahhhhhhhhhhhhhh!!!
* LAST DAY !! *
My Family's Sweetest Moment @sweetomoide Contest

Salam,
Buat pertama kalinya saya ingin menganjurkan contest untuk para blogger yang budiman sekelian. Sebagai pengenalan, nama sweetomoide.blogspot.com di ambil gabungan daripada perkataan Inggeris sweet = manis, indah dan bahasa Jepun Omoide = kenangan yang membawa maksud  kenangan terindah. Maka bertepatan dengan konsep dan  tema blog ini maka kali ini sweet@omoide juga ingin berkongsi kenangan terindah anda sekeluarga......! Di samping menambah kenalan blogger dan mengikat silaturrahim, saya berbesar hati jika rakan-rakan sudi kongsikannya disini!

Caranya sangat mudah. Cuma ikuti 4 langkah berikut :-
Cara-cara  penyertaan :
1. COPY LOGO di bawah dan letakkan di sidebar blog anda bersama BACK LINK ke entry contest ini.
     Terdapat dalam 2 design. Sila pilih satu mengikut kesesuaian template anda.

  atau


2. Sudi-sudilah jadi FOLLOWER blog ini, http://sweetomoide.blogspot.com/  dan ADD LINK  ke dalam blog list anda       
    
3. Buat satu ENTRY bertajuk 'My Family's Sweetest Moment @sweetomoide Contest'.

     i)  Attachkan hanya SATU gambar yang paling bersesuaian dan menggambarkan kenangan  indah di lalui oleh anda sekeluarga samaada percutian, keraian,ulangtahun atau apa saja yang boleh membuat kan juri tersenyum melihat gambar anda he he he. *Mestilah terdiri sekurang-kurangnya dari 3 orang ahli keluarga dan bukan gambar dimajlis perkahwinan anda*
    ii)  Buat BACK LINK ke entry contest ini.
   iii)  Tuliskan NAMA ahli keluarga di dalam gambar (nick name pun boleh)
                      TARIKH gambar itu di ambil
                      PERISTIWA yang berlaku di sebaliknya.            
*Tidak perlu nyatakan semula syarat penyertaan dlm entry anda, cukup dengan 3 info di atas. Mudah & ringkas he he*

4. TINGGALKAN URL entry anda ke dalam ruangan comment di dalam contest entry ini. untuk saya review dan terjah. 
     Penyertaan anda kini lengkap!

5. Peraduan berlangsung mulai sekarang sehingga
  ~ 11:59PM 15th Jun 2010.



Hadiah !
Hadiah berupa barangan dan voucher (Jusco *ehem*).
Hadiah akan diberikan kepada

1st Prize x 1
2nd Prize x 1
3rd Prize x 1
Consolation x 5
Mystery gift untuk peserta ke 7 & 30 yg mencukupi semua kriteria  x 2
Pemenang mistery ke-7 ~ sudah ada pemenang.
Pemenang misteri ke 30 ~ belum ada pemenang. Mungkin peluang anda..?




DETAIL PENUH  HADIAH!!


Selamat menyertai contest ini... salam ukhwah & good luck to alll!!!!
Muahhhhhhhh muahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Ehem ehem... Nak mengumumkan Hadiah-hadiah yang bakal di menangi oleh pemenang 


Hadiahnya adalah seperti berikut. Di taja 100% oleh saya. Di harap para peserta gembira dengan hadiah yang di tawarkan. Kepada yang masih belum menghantar penyertaan, cepat cari gali gambar-gambar menarik tertarik kau memang da bom anda sekeluarga dan hantarkan segera penyertaan anda sebelum

~ 11:59PM 15th Jun 2010.

Dan dengan ini saya juga mengumumkan hadiah misteri juga di tambah!
Peserta ke-30 
yang membuat penghantaran lengkap juga akan menerima hadiah! 
Cepat jangan lepaskan peluang misteri ini..!! he he he 

Apapun niat saya cuma satu, untuk menjalin silaturrahim dengan lebih ramai kenalan blogger. 
Salam ukhwah dan salam sayang selalu buat semua... muaaahhhhhh!! (^ ^;)/







Tudung bawal batu gred satu x 1
Lunch box (Hot & Cool) x 1
Jusco Voucher RM10 x 4
*Di beri penghormatan memilih warna yang di gemari terlebih dahulu .
 Warna pilihan-












 Merah maroon / Biru lembut / kelabu


 


*****************************************************************









Tudung bawal batu gred satu x 1
Lunch box (Hot & Cool) x 1
Jusco Voucher RM10 x 3
*Di beri penghormatan memilih warna yang di gemari selepas pemenang pertama membuat pilihan*




*****************************************************************









Tudung bawal batu gred satu x 1
Lunch box (Hot & Cool) x 1




Jusco Voucher RM10 x 2
*Tertakluk kepada warna yang tinggal ;)*














NOTE : Lunch box ini sangat berguna jika anda jenis yang suka membawa bekal makanan ke ofis atau kuliah. Ia boleh menyimpan 'kepanasan' atau 'kesejukan' makanan dengan lebih lama kerana di lengkapi dengan lapisan aluminium yang menghalang haba atau kesejukan keluar. Saya sendiri sangat menyukai lunch box ini dan memiliki beberapa koleksi. Jika bukan anda, mungkin boleh digunakan oleh anak anda sebagai bekal ke sekolah. Sangat berguna dan menarik bukan ?



*****************************************************************


Reusable & foldable shopping bag x 1
*untuk 6 pemenang saguhati*


NOTE : Tahukan anda Selangor melancarkan kempen hari tanpa bag plastik setiap hari Sabtu? Caj 20 sen di kenakan sekiranya pengguna ingin menggunakan bag plastik. Saya sendiri pernah beberapa kali terlupa tentang kempen ini ketika berbelanja pada hari Sabtu. Makanya, bersempena menyokong semangat cintakan alam sekitar dan bumi sejagat serta menyokong kempen kerajaan Selangor, hadiah ini pasti akan membuatkan  anda lega kerana reuseable shopping bag ini boleh dilipat sebesar pouch untuk di simpan & stanby dalam handbag sekiranya jika sambil window shopping tiba-tiba ada barang yang hendak di beli, boleh terus keluarkan shopping bag ini untuk di gunakan! Sangat efisyen dan mudah di guna pakai!


*****************************************************************



Denim  Stationary / Multi purpose case x 1
Untuk penyertaan lengkap ke 7 & ke 30
Siapa pemenangnya..? tunggguuuu!!!


Multi purpose case ini diperbuat dari denim sesuai untuk menyimpan barangan peribadi anda selain coraknya yang menarik dengan corak & lakaran tulisan Jepun. Suka tak? he he.


TOP COMMENTATOR & TOP MEMBER


Hadiah berupa Bottle holder lengkap dengan aluminium layer kat dalam untuk menyimpan panas/sejuk minuman.
sesuwai untuk mengisi sebarang jenis botol 500 ml / 600 ml.

Contoh penggunaan : 
Esok nak berjalan panas-panas, malam ni simpan air dalam freezer dan bawa esok dlm bottle holder. 
Di jamin air tahan sejukk ... bestnyerr hu hu!

TOTAL = 13 hadiah/pemenang

Terma & Syarat :
1. Keputusan juri adalah muktamad.
2. Setiap peserta layak memenangi hanya SATU hadiah sahaja.
3. HANYA kos penghantaran DOMESTIK akan ditanggung oleh penganjur. 
Sekiranya pemenang terpilih berada diluar negara, pemenang boleh memilih untuk menghantar hadiah kepada keluarga di Malaysia atau pemenang dikehendaki menanggung kos melebihi kos domestik untuk penghantaran ke luar negara.
Sekian harap maklum.

Aha.. 1st time nak masuk contest bergambar tahun ni. Seronok nak memeriahkan contest nih! 
Ok contest kali ni bertajuk 



yang di anjurkan oleh Ibu QisQas
sempena ulangtahun kelahiran puteri beliau 
SHARIFAH NAYLI QASRINA pada 30 MEI 2010.
Contest bermula dari 28 april sehingga 28 May 2010.

Gambar yang di pertaruhkan ialah 


Nama penuh : Dania Aliesya
Tarikh Lahir  : 1st Sep 2007 
Umur : 2 tahun 8 bulan

Pesanan untuk Dania Aliesya :
Puteri ku Dania Aliesya, sehingga ke detik ini Ibu masih menyusui mu dengan sepenuh kasih sayang. Ibu masih mendakap, menciumi dan memelukmu setiap kali menyusui mu, sama seperti dulu sejak detik kamu dilahirkan ke dunia ini 2 tahun 8 bulan yang lepas. Tahukah kamu setiap kali Ramadhan acap kali Ibu tidak dapat berbuka sendiri dan terpaksa disuap kerana meladeni permintaan dan tangisanmu yang menagih susu ibu setiap kali Ibu pulang dari kerja ? Puteriku Dania, setiap titis susu ibu itu telah Ibu halalkan menjadi darah dagingmu. Semoga puteri Ibu akan terus membesar sihat & ceria dengan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari Ayah & Ibu. Tidak ada apa yang Ibu & Ayah harapkan selain agar Puteri permata hati, Dania Aliesya menjadi insan yang berguna dan cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga dirimu sentiasa pandai menghormati dan dihormati pula oleh masyarakat apabila besar nanti. Ibu sentiasa berdoa mudah-mudahan perjalanan hidup mu sentiasa di berkati dan dirahmati olehNya. Ingatlah,  kasihnya Ibu membawa ke Syurga... 









Salam sayang semuaaa....!! Haa... hari ni Cik Izan nak update senarai peserta-peserta 

yang dah submit entry sehingga 25 May 10, 10 PM.Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah sudi hantar entry dlm contest ni. Kepada yang belum cepat-cepat godeh HDD, godeh HP, godeh camera.. pen drive & yang seangkatan dengannya. Cuba cek kalau-kalau ada gambar yang sesuwai dengan tema contest ni cepat-cepat lah hantar ye! Selain kita boleh berkenal-kenalan, sambil saya pun boleh war-warkan blog address kengkawan semua.. sambil kengkawan pun leh la mengimbau terimbau sweet memoir dengan gambar tu.. ada rezeki dapat pulak hadiah! Tak rugi kan!

Di bawah ialah senarai peserta dan URL masing-masing. Susunan hanya mengikut tarikh pertama entry submission dan tidak menunjukkan kedudukan perfect submission (untuk hadiah misteri). 
Hadiah-hadiah sudah terkumpul di tangan Cik Izan. Akan di updatekan tak lama lagi setelah di photo editkan.. 
so stay tune for more update okayyy!!!

Salam ukhwah buat semua..  you all memang sweett!! muaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh!!


1. Beba

2. Aleyn

3. Hajar

4. Nana 

5. Diraumiwalid

6. Dyahaha

7. Fieza

8. Mama Zharfan

9. Mama Zakhwan

10. Sara Aryssa

11. Zhet

12. Deela

13. Umi Dania yasmine

14. Tiefa

15. Ayu Esa

16. Atiqah ~ Mama Damia

17. Liz rohaizat

18. Cubicle


Salam..Buat contest tapi lagi mau masuk contesttt ha ha ha!
Takpe.. tu lah namanya semangat ke'blogger'an bukan semangat kesukanan di samping memeriahkan lagi dunia contest blogger hu hu hu!

Apapun kepada anda di luar sana yang simpan gambar2 digital  dah tahap berTERA-TERA dalam HDD,
apa kata cuba dapatkan FREE photobook thru this contest.
Di ulang sekali lagi.. FREE okayyy!
Nak tahu lebih lanjut? layari


Nak tengok lagi dekat rupa photobook tuu..?? 
Ha lebih kurang cam ni lahh
*
*
*
*
*


Besttnyerrr kalau dapat FREE kann! he he he
Akhirnyaaa sampai sudah hadiah-hadiah yang dah selamat di redeem kan sempena
yang lepas. Just to recap, hadiah yang telah di menangi ialah
2nd Prize (RM200)
VOUCHER RM50 from ComfyBebe
Baking HAMPER worth RM50 from Sassezz
DIY Craft set worth RM20 from Ms Craft Shoppe
Voucher RM50 from Aivee-emart
VOUCHER RM30 from The Baby Bliss.
*
*
So far ni lah hadiah terbaik yang pernah di menangi.. hadiah memang semua best-best belaka dan antara yang paling aku suka ialah sheet and matressess protector dari The Baby Bliss. Since Dania pun under potty training sekarang memang baby sheet ni sangat-sangat berguna!
Ni pula hadiah yang di redeem dari Aivee Mart. Sepasang Long Sleeve Shirt with cap untuk Danish dan Dania *wink*
Ini pulak DIY Craft set dari MS Craft Shoppe.
tengah fikir nak buat craft apa yg comellll.. he he
Seterusnya, Baking Hamper set fom Sasseez. Nampaknyer kena cari gali balik peralatan baking aku yg terus jadi 'perhiasan' semenjak bake cake utk Abang & Danish 3 tahun lepas! ha ha
Yang ini pulak dah booking tapi belum comfirm redeem. Disney Car swimming trunk dari comfybaby. Danish (sibuk suh buh kaler RED kat name dia... sabor je la)yang excited sangat pilih !
Anyway, terima kasih yang tak terhingga sekali lagi untuk para pengajur pertandingan MOBS END YEAR CONTEST dan juga para generous sponspor. Hadiahnya memang semua best bestt!
Here is another super duper fabulous contest...!!
To make the contest merier..
(which is already hit the highest entry rank said the admin, awesome!!)
I would like to put our little princess in...!
Here we go !
*
*
organized by


Our little princess
Name : Dania Aliesya
DOB : 1st Sept 2007
Age : 2 years 4 mth
*
*
Here is our great organizer which supported by super generous sponsor..!
Thank you so much for organizing such exciting contest!!

Get excited..?! For all mommies out there.. the contest due is 10th Jan 2010 !
You still got time and just click below link to get all the details..
Sampai rumah lambat hari ni.... esok bibik nak balik kampung bercuti 2 minggu (uhukkk!). Since aku tak sempat belikan apa-apa buah tangan, balik kerja tadi terus singgah Mydin USJ borong alat2 tulis untuk anak-anak bibik... 3 orang semuanya. 9, 12 & 14 tahun! Sampai rumah terus gi bilik bibik packingkan balik alat-alat tulis tu ikut umurnya. Melerettt senyum bibikk... Dalam buku pad aku tuliskan kata-kata perangsang serba ringkas buat anak-anak bibik berbunyi :

Wahai anak,
ILMU suluh kehidupan
belajarlah bersungguh-sungguh!
insan yang berilmu pasti dipandang mulia
dan pasti hidupnya memperoleh kesejahteraan
itulah kekayaan diri yang sebenar
semoga dirimu berjaya...
Harap-harap diaorang faham bahasa melayu.. takkan nak tulis bahasa Indon pulak hu hu. Anyway, esok bibik naik Feri dari Port Klang pukul 11:00 pagi. Pukul 9 dah kena check in maknanya seawal jam 7 kami dah kena bertolak dari rumahh.. agak jauh jugak tuu....

Berbalik ke cerita asall...!
Nak masuk tidur check Blog kejapp..tetiba perasan thumbnail update dari MOBS. So gatal2 lah tengok since hari tu ada hantar entry...

Laju je scroll.. tengok satu-satu tak 'sangkut' pun top prize.. gambar yang tertera plak cantik-cantikk... nampak plak gambar close fren aku, Zalie punya entry! Wahhhhhh menang gak Zalie for firstime participate online contest! Congrate! Makin ke bawah makin rasa tak ada harapan... scroll lagi tup tup! Alhamdulillahh....! sangkut jugakkk! Rupa-rupa dapat 2nd Prize...! Rupanya makin ke bawah makin UP hadiah! Alhamdulilllahhhh....! Alhamdulillahhh! Syukur sangat sangat!! Dan yang lebih best lagi dalam contest ni ada 2 member yang sama menang - Zalie (7th) & Mimi (GRAND Prize!!)! Congrate to both of you and all winners!!!


MOBS End Year Contest
2nd Prize (RM200)
Our best family photo during 5th Anniversarry photoshoot session!

Dapat few series of vouchers! So lepas ni bleh la start shopping...! hu hu.
Terima kasih banyak-banyak jugak pada pihak penganjur dan penaja!
You all memang bestttttt sangat sangattt..!!! Muaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!