Apalagi excited la aku! Menunggu jugak ni sampai mangga diposkan ..
ye lah barang makanan macam ni kena cepat
dan dapat rasa diwaktu yg paling optimum kan!
...LOVE, TRUST, CARE ...
Assalamualaikum...
Wah kemeriahan Aidilfitri semakin terasa. Budak2 pun dah cuti sekolah.. highway sana sini dah mula sesakkkk. Korang pun mesti salah sorang dalam tu kan hehe.
Anyway dah hujung Ramadhan ni baru la berpeluang berbuka kat luar. Actually dah hold few weekend gara2 kakiku yang injured nih dan akhirnya last week baru la Abang buat booking dan kami berpeluang iftar di Shangrila Putrajaya. Kira gantung kuali lah hari tu hehehe.
Tahun ni actually tema dia menu2 gril especially lamb siap buka booth asing outdoor. Aku macam biasa kalau berbuka kat tempat2 cam ni mmg kurang nak makan nasi sikit .. terus bertukar jadi karnivor kejap hihihi
So far Alhamdulillah kenyang and hampir seeh perut. Ada persembahan nyanyian juga.. lagu kun anta pun turut didendangkan gitewwww.
Anyway terima kasih En Suami atas treat iftar kali ni alhamdulillahh 😉
Assalamualaikum....
Alhamdulillah dalam kekalutan sempat jugak celebrate secara pantas Hari Ulangtahun Kelahiran Abang. Jatuh pada Hari Jumaat , Hari bekerja tahun ni jadi balik kerja lepas maghrib terus berdesup ke Alamanda. Sampai2 terus gi Dinner kat Kenny Rogers. Tapi hari ni boleh pulak aircond under mantenance (under Alamanda bukan KR) and order menu budak2 sausage and chicken ball habis plak. So order quarter set la macam biasa huhuhu.
Makan makan makan dan makan lepas makan tarik Abang masuk COACH...ingat nak carikan wallet eh... malu plak Abang hihi. Dia tanya Coach ke? *bunyi mcm bukan perempuan je ke yg pakai?* errrr... nak belikan in advance mmg tak sempat last ajak Abang round Parkson laa cari kasut kerja, set wallet dan tali pinggang. Complete set terus hehe
Kebetulan kat ruang legar booth pameran Bank Rakyat. Banyak game kat situ... so sempat la bawak budak2 ni main kat situ kann. Seronok belaka semua.. sampai lampu padam... baru la beransur balik...
Al kisah
NOTE: Selamat Hari Lahir Abang.. semoga terus sukses dalam segala bidang yg diceburi... semoga terus dilimpahkan dengan rahmat dan kebahagiaan selalu aminnnn