Assalamualaikum...

Sekian lama jugak tak berdating berdua dengan En Suami sejak2 tak de maid ni... akhirnya bulan ni dapat gak ambik cuti and spend masa bersama. Itu pun sebab pagi Jumaat tu hantar Danish ke Kem Cuti Sekolah - Kem Smart 3A yang bertempat di Hulu Langat Selangor. Ni kali ke-2 lepaskan Danish ke kem yang bermalam tanpa mama papa... kali pertama program cuti sekolah anjuran JAIS di Masjid Putrajaya awal tahun lalu... Kali ni Mama registerkan ke Kem Smart 3A pula..

So seawal pagi Jumaat 4 December tu kami dah bertolak ke Eco Hills Resort Hulu Langat.. boleh tahan juga jauhnya.. hampir sejam setengah jugak perjalanan. Sampai sana orang dah agak ramai... kereta hampir penuh dan kami diberitahu jumlah peserta je melebihi 200 orang.. woww!





Caiyok caiyok Abang Danish.. selamat berkem.. Semoga bermanfaat.
Ok.. kem di anjurkan oleh Vision Consultant
boleh layari link dibawah kalau kawan2 berminat..
penyertaan dibuka dari umur 8 - 17 tahun dah dibahagikan mengikut 
tahap umur nanti


Usai menghantar Danish terus gerak ke KLCC.. wah lama tak dating kat sini..
masa zaman bujang and baru2 kawen kot lepak area ni... lepas ada anak ada la tak sampai 5 kali gak 
datang huhuhuhuhu... malas nak mengangkut jejauhhh

Kebetulan hari ni Bos En Suami warded due to operation kat Hospital Pantai...
Habis solat Jumaat terus pergi melawat dulu.. habis tu baru kami bergegas pula ke Digital Mall
dekat dengan Jaya 33 kat PJ. Boleh pulak tiba2 Handphone Abang tak boleh charge.. haishhh.
Sambil repair Handphone Abang... sambil2 usha bufday presentt.. dapat jugakk yg 
berkenan heheheheh. Order sambil tunggu siap - OS install and system setting...
Lunch date dengan Abang dulu kat Serai.
lewat petang dah tu gak sebenarnya habis sempat plak berdating kat spital bagai heheheh


Sebelah Serai ni ada Chili's... offer kat Abang nak makan apaa...
nampaknya citarasa nusantara tetap menjadi pilihan hihihi


Pavlova utk birthday boy walopon yang tolong perabih diri sendiri erkkkk!


Tahun ni tak lari dari gadget juga hihihihi and of course dari 
Brand En Kompeni khas untuk En Suami. 
Semoga membantu dalam banyak urusan beliauuuu

Anyway, Selamat Hari Lahir Abang.. semoga sentiasa berada dibawah lindungan yang Maha Esa..
dan semoga terus bahagia dan sukses dunia dan akhiratt..
ku kan sentiasa berada disisimu selaluuuuuuu muahhhhhhhhhhh!

Sekian dating 3 serangkai kami.... alkisahhh


Assalamualaikum...

Aha lama tak bersiarannn... macam busy benor bunyinyer. Kome pun sure sibuk jugak melayankan cuti sekolah kan.. ni nanti rajin ku hapdet jugak back to back aktiviti cuti sekolahh... schedule penuh! wahahahahah

Anyway.. hari ni terbaca kat FB wall pasal Astro circle ni... boleh redeem point selama kita melanggan Astro! Wow..! Apsal selama ni aku tak perasan ekkk.. rupa2 bila check mailbox memang Astro ada bagi Email pasal penebusan point Astro Circle ni especially dah masuk hujung2 tahun ni kan. Actually aku pun tengah dok kumpul2 point and pakat nak tukar ke voucher ni..
point  5 years service E-reward kat tempat kerja (dah masuk 5 tahun aku kat situ? warghhh!),
point dari Card Creditt.... etc. Kalau tukar satu jenis voucher je semua
boleh la sambar item high value sket.. kali ni reward untuk diri sendiri hhehheheh


owh ok aku ada 1400 mata terkumpul rupanya.. so apa lagi.. nak redeem kenalah create ID *kalau belum ada* then link kan Astro Account ID to Astro Circle then taraaa... boleh redeem point!


Masuk2 tengok eh website under construction.. tapi jangan risau.. still boleh login 
and cuci mata tengok mechandise yang ditawarkan..


Anyway aku pun sebenarnya dah terminate Astro ni... merajuk masa sibuk Isra*l serang Palestine tahun sudah... di khabarkan yg syarikat pengendali data pelanggan Astro ni pun bau bau bacang dengan negara Isra*l the real terrorist tu... walaupun tak dapat aku nak boikot semua benda.. 
setakat yang termampu InsyaAllah. La ni pakai Unifi Advance Plan.. 
upgrade ke 30Mbps


Baik Astro baik Hypp TV.. yang konker TV tu tetap lah rancangan kartun..
so mak pak kalau nak tengok Movie ke memang pakat streaming online je la heheheh.
Well.. teknologi dah dihujung jari use it wisely ;)

Anyway yg masih guna Astro pun pakat2 la check point korang yer.
Unifi pun ada TM Rewards jugakk.. kalau aku ada pilihan redeem voucher memang pakat redeem voucher je.. senang nak pilih gift ikut citarasa sendiri heheheh


Assalam..


Satu lagi perkembangan terbaru yg ahkakk paling suka di Cyberjaya ni...
Japanese Restaurant Yoshinoya & Hanamaru Udon akhirnya dibuka di D'Pulze Cyberjaya..!
Yes yesss yesssszaaa!!! Ahkak sukerr sangatt hokeyyyy!!


Actually by the time post ni ditulis.. dah berapa kali dah pi makan kat sini ekkeekkekek.
Almaklum la 'belakang' rumahh.. agak2 teringat.. teringinn.. zasssss!! tekan minyak sampaiii kekeke

Hokey jom cuci2 mata sketttt no!


Nia  dia rupa restoran gabungan Yoshinoya & Hanamaru Udon.
Actually Yoshinoya menu rice based, Hanamaru Don , Udon (Mee Jepun) based..
so kalau tengah lapar tahap dewa order lah donburi di Yoshinoya..
kalau lapar ok2 or minum petang order lah Udon di Hanamaru Don.


Actually konsep dia self service.. pergi kaunter.. pilih menu... then dihujung kaunter baru bayar gitu.
Then sudu, pickle, serbuk lada.. shoyu or perencah tambahan... air semua ambil sendiri di kaunter self service.


Antara pilihan Tempura.. nyummmmmm!


Ini killer menu.. my feveret menu.. Ontama Beef Yakiniku...
Kalau 10 kali aku pergi... 7 kali aku akan order yg ni ahahahahah!
Suker GILER okeh.. sebab kat Jepun dulu tak leh makan.. daging kan non-halal kat sana.
Kat Malaysia ni baru ada can merasa!


Ni menu yg best jugak.. 
Spicy Miso Udon! 1st try ni.. sedap sehh!!!
Aku add on Uchiwa & Prawn tempura tepi tu



Yg Ni Beef Udon.. antara yg menarik jugakk


Kasik zoommm skettt!


Di kaunter Hanamaru Don ada jual Oden jugak!
Oden ni masakan yg glamer time musim sejuk. Rasa dia light (nipis) je,,
dulu time musim sejuk biasa akan guna stove utk panaskan bilik .
Sambil stove tu panaskan bilik biasa akan letak periuk or cerek atas stove tu utk 
mengelakkan udara terlalu kering dr sbb wap air yg keluar.
so alang2 buh periuk isi air.. baik la buh bahan dan perencah oden ni..
so 2 in 1.. bilik panas.. menu Oden pun siap untuk dinikmati panas2 macam tuu pehh!
Kira menu yg nostalgia jugak bagi aku nihhh



Onigiri pun ada!

Kitsune Udon.. anak2 suka yg ni


Antara pilihan tempura...


Kalau kreatif boleh potong2 tempura tu .. buh serbuk lada..! 
Boleh ratah camtu je or makan dengan nasi (donburi) or Udon (Mee Jepun).
Sedap seh!


Of course lawatan pertama ku ajak keluarga tersayang.. bleh tahan masing2 membedall.. licin!!
Ohmak sukerr .. ramai geng pandai makan ni hihih


Muka2 giranggg ahahahha


Peace yo peace yo!!


Bismillahh.....


 

 

Tengok budak yg suker sangattt


 Disebabkan beberapa kali aku post kat FB ... last2 officemate aku pun merengek2 ajak gi makan jugakkk. Maklum yg tak biasa masing2 segan tak tau kang nak order apa yg best .. so one fine day 
kami berjemaah jugak gi.. and hasilnya..!


seee!!!e... LICINNN tak tinggal sebutir memasing hokeyyy!!!
Ni semua 1st timer ni kekekekke


 So korang.. kalau teringin nak merasa....
cepat2 jejak D'Pulze Cyberjaya hokeyy!
Oh mann.. I LOVEEEEEEEE CYBERJATA MORE THAN EVER!!!
Muahahahhahhahah

sekian!