Assalamualaikum...

Aha lama tak bersiarannn... macam busy benor bunyinyer. Kome pun sure sibuk jugak melayankan cuti sekolah kan.. ni nanti rajin ku hapdet jugak back to back aktiviti cuti sekolahh... schedule penuh! wahahahahah

Anyway.. hari ni terbaca kat FB wall pasal Astro circle ni... boleh redeem point selama kita melanggan Astro! Wow..! Apsal selama ni aku tak perasan ekkk.. rupa2 bila check mailbox memang Astro ada bagi Email pasal penebusan point Astro Circle ni especially dah masuk hujung2 tahun ni kan. Actually aku pun tengah dok kumpul2 point and pakat nak tukar ke voucher ni..
point  5 years service E-reward kat tempat kerja (dah masuk 5 tahun aku kat situ? warghhh!),
point dari Card Creditt.... etc. Kalau tukar satu jenis voucher je semua
boleh la sambar item high value sket.. kali ni reward untuk diri sendiri hhehheheh


owh ok aku ada 1400 mata terkumpul rupanya.. so apa lagi.. nak redeem kenalah create ID *kalau belum ada* then link kan Astro Account ID to Astro Circle then taraaa... boleh redeem point!


Masuk2 tengok eh website under construction.. tapi jangan risau.. still boleh login 
and cuci mata tengok mechandise yang ditawarkan..


Anyway aku pun sebenarnya dah terminate Astro ni... merajuk masa sibuk Isra*l serang Palestine tahun sudah... di khabarkan yg syarikat pengendali data pelanggan Astro ni pun bau bau bacang dengan negara Isra*l the real terrorist tu... walaupun tak dapat aku nak boikot semua benda.. 
setakat yang termampu InsyaAllah. La ni pakai Unifi Advance Plan.. 
upgrade ke 30Mbps


Baik Astro baik Hypp TV.. yang konker TV tu tetap lah rancangan kartun..
so mak pak kalau nak tengok Movie ke memang pakat streaming online je la heheheh.
Well.. teknologi dah dihujung jari use it wisely ;)

Anyway yg masih guna Astro pun pakat2 la check point korang yer.
Unifi pun ada TM Rewards jugakk.. kalau aku ada pilihan redeem voucher memang pakat redeem voucher je.. senang nak pilih gift ikut citarasa sendiri heheheh


2 sweet comments:

eelobor said...

ada gak terbaca astro circle kat fb.... ini pun salah satu cara untuk depa nak naik kan rating balik, maklum lah kini dah macam2 pilihan pengguna di luar sana. itu belum digital terestrial tv di lancarkan sepenuhnya tak lama lagi

*∽ IZAN ∽* said...

tu la eelobor.. bila baca tu rasa.. eh apsal tak perasan pulak selama melanggan dulu ada point bagaii hihihi. Alamakk terestrial TV tu tak alert pulakk.. nak kena google jugak ni