Assalamualaikum...
Sneak peek. Kami masih berada di Pulau Redang untuk pakej snorkeling sampai muntah hihihi. Kali terakhir pergi snorkeling tahun 2010 di Pulau Tioman sempena family day company Abang. Sehingga update seterusnya...  daaa! ;)
Assalamualaikum..

Sejak permbukaan Shaftsbury Square di Cyberjaya makin bertambah lah 
port makan luar kalau boring makan kat cafe.
So Khamis lepas sementelah Chatime buat promo 50% for 2nd purchase
kitaorg kuar la gi lunch kat Shaftsbury ni.

Team mate ajak makan nak KIRAKU Japanese Restaurant yg terletak 
di aras 3 Shaftsbury Square.


Antara 'DAILY SPECIAL' menu yang di tawarkan pada hari kitaorg pergi tu.


Bila masuk dalam rasa suasananya agak 'kokyu' or berprestij la..
ramai gak yg tengah lunch waktu tu tapi entah kenapa terasa 'bising' plak dalam tu huhuh


Belek2 buku menu bleh tahan jugak reganya..! Last2 decide dan cuba Bento Set dari Daily Special menu


Ini dia 'Special Bento' yg kitaorg order. 2-2 order set yg sama. Komen 
ok jugak laaa rasanya. Miso Soup dia sedappp.. aku bayangkan macam miso soup tu di masak ngan periuk belanga trasional jepun atas arang sebab ada rasa macam 'terbakar' sket tapi sedapp!


Ni Salmon Sushi... semua habis di makan sekelip mata sementelah teammate ku kena balik ada meeting huhuhu. Desert dapat Honewdew dgn anggur 2 biji. Tapi anggur dia sedap okehh.. manis dan lembut gitu. 
Selalunya kalau gi jap res pencuci mulut dia bagi buah tembikai potong je kann


So sebelum balik sempat singgah Chatime sempena ThirstTea PROMO 50%.
Apply Members card sbb nak dapat 50% disc punya pasal hihi.
OK member card ni RM10 ya tapi dapat regular drink FREE 1 !


So ini dia sambaran berjemaah dari teammate. Amekauuuu !!


Ni tuan tanah punyaa... Matcha Latte FREE sbb buat membership + Cocoa Smoothie Oreo.
Mode TAMAK okehh! hihihih

Balik-balik lepas lunch macam biasa pump susu.
Alhamdulillah dapat 10 Oz sekali pumpp.. syukur rezeki untuk Baby hari ni ;)


OK tu je entry makan2 utk kali ni ;)


Assalamualaikum...

Catatan pantas dan ringkas sebelum tidur...

Baru je sampai rumah jam 1:00 pagi tadi ni. Alkisah Mama dah start standby minggu ni setelah bercuti maternity 2 bulan. Malam tadi masa kat Klinik bawa Dhiya utk suntikan imunisasi 18 bulan dapat call dari team mate. So settle urusan di klinik terus balik rumah dan cuba online utk cek kes yg baru di terima.

Try try masuk internet asyik tak boleh je.. Memang sejak 2-3 minggu kebelakangan ni streamyx asyik problem je.*masih guna Streamyx yawwww*. Connection intermitten. Kejap Ok kejap tak. Kena plak malam tadi tak boleh lansung grrrrrrr!! Jauh di sudut hati berkata.. Propaganda nak suh upgrade ke Unifi ke nih ? Huhu.

Anyway Call office mate tanya severity case... URGENT!  Nampaknya nak tak nak kena pergi office gak memalam ni huhu. Sempat nenenkan Delisha dulu dan sampaikan amanat pada Papa pasal susu EBM utk Delisha. Maklumlah Bibik pun dah 'off shift' ya malam. Mama je yg standby on call 24 hours x 7 days/week hohoho.


Sampai ofis dalam kul 10:30 malam gak. Lepas godeh itu ini akhirnya kul 12:30 ++ tgh malam gak baru settle. Nak balik sempat 'plug in' dulu my Medela FS dan terus start enjinn. Alhamdulillah sambil2 drive sampai rumah dapat gak pump 7.5 oz ++ walaupun dah direct BF baby beberapa kali lepas balik kerja.


Itulah sedikit sebanyak perjalanan hidup Mama sebagai pembantu keluarga pada Papa demi membesarkan anak-anak tersayang. Kalau citer pasal standby on call ni masa kerja kat tempat lama kat Shah Alam nuuu, Papa pun pernah temankan Mama drive gi ofis bila dapat on call pukul satu pagi huhu. Untungla sekarang ni ofis dah dekat sikit dengan rumah....

Semoga anak2 bila dah besar nanti hargai pengorbanan Papa Mama besarkan kamu2 semua ya. Yang lebih penting bagi Mama dan Papa ialah agar anak2 membesar menjadi insan yg berguna dan cemerlang dunia akhirat... sekadar coretan untuk renungan anak2 satu hari nanti.. Aminnnn