Assalamamualaikum...

Ahaaa.... cuti sekolah dah dekattttt!! MATTA FAIR 2013 pulak 
akan bermula mulai esok, 15 ~ 17 March 2013
bertempat di PWTC.

Kepada kaki2 jalan mesti tak sabar2 nak serbukannn...!

Anyway nak share pasal
Grand Lexis PD Promotion sempena Matta Fair 2013 ni.
Boleh refer poster kat bawah ni.
Memang rega berbaloi2 dari rega sebenar.


So apa lagii.. kepada yang berminatt jangan lepaskan peluang keemasan ni yekk!!!!

Assalamualaikum...

Akhirnya yang ditunggu2 diumumkan juga...
Hari ni Sidang Media Prestasi Kewangan Bank Rakyat untuk tahun 2012 
telah di umumkan.

Dan jumlah Dividen untuk Saham Bank Rakyat 2012 ialah sebanyak
18 % 
(merosot 2 % dari 2011) dengan agihan
16% tunai + 2% syer


Bank Rakyat hari ini mengumumkan Prestasi Kewangan & Dividen bagi Tahun berakhir 31 Disember 2012. Bank Rakyat terus cemerlang dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 4.7% atau RM94.9 juta berbanding RM2.02 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, Bank Rakyat juga mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18% yang melibatkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16% berjumlah RM440 juta dan dividen bonus saham dalam bentuk syer sebanyak 2% berjumlah RM55 juta bagi tahun kewangan 2012 kepada para anggotanya. Pembayaran tersebut akan dimulakan hari ini. 



Terima kasih di atas sokongan yang diberikan para anggota dan pelanggan. Terus jadikan Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda!




Yang bestnya, agihan tunai 16% dan agihan syer 2% terus diupdate dalam
penyata akaun kita. Memang sungguh efficient!!

Apapun syukur... akhirnya dapat jugak 'menuai' hasil buat kali pertama huhuhuh.

Assalamualaikum....

Hari ni genap 39 Minggu baby dalam perut Mama.
Hari ni pulak tarikh sungguh la cantek... 13.3.13
Baby tak nak ke keluar hari ni...? Walaupun due ada 7 hari lagi, 20 Mar 2013 (Rabu depan).
 Mama & Papa, Abang & Kakak2 dah tak sabar nak jumpa Baby ni hehehe 

For rekod, 
Danish Overdue 7 hari,
Dania awal 5 hari,
Dhiya awal 4 hari...
Baby....? Anytime from now.... tik tok tikk tokkk....nervous ~!



Gambar2 yg di snap masa berkunjung ke 
Taman Tasik Cyberjaya Ahad lepas... 
Berat Mama dah statik kat 71.5 Kg... dah dekat dah nii


Barang-barang baby dah siap siaga dalam keta ni termasuk la bag keperluan Mama.
Kalau nak tengok cek list persiapan barang2 Baby & Mama untuk penginapan 
2D1N di hospital boleh KLIK SINI.


Aha... nampak dah 'kod kaler' baby ? ehehehehehe

So dihujung2 menunggu saat kelahiran ni dah banyak kena study balik
teknik2 bersalin walaupun apa yg berlaku nanti mungkin tidak seperti yang diharapkan 
tapi at least utk sedikit persiapan mental & fizikal.

Selalunya Mama akan refer balik sisipan dari Majalah Pa&Ma keluaran April 2005 ni.
Kira memang dari Zaman Danish lahir dulu, dah 8 tahun la simpan majalah ni dan akan 
dibelek semula setiap kali menunggu kelahiran adik-adiknya hihi.



Dan sangat bagus kalau faham proses yang berlaku ketika detik kelahiran nanti.
Boleh tonton Video dari BabyCenter ni :-


Tinggal 7 hari je lagi sebelum due ..



Di kesempatan ini, sekali lagi Izan ingin mengambil kesempatan 
menyusun jari memohon kemaafan sekiranya sepanjang 
Izan berblogging ni ada kata2 yg menyinggung mana2 pihak.
Semuanya hanyalah nukilan peribadi tuan tanah semata-mata.

Mohon doakan semoga proses kelahiran kali ini 
juga akan berjalan dengan lancar dan selamat...
mudah-mudahann dipermudahkan segalanya... aminnnnnnnn