Assalamualaikum..
Hari Isnin lepas aku & Abang ambik cuti balik dari program Reunion x-Asbtarian
kat Kuantan. Ahad tu pun malam baru sampai.. masing-masing kepenatann..
penat bergosipp setelah berbelas tahun tak jumpa! ha ha

So Hari Isnin tu kitaorg ambik cuti sambil nak settlekan Check out bibik
kat Imegresen Putrajaya. Tengahari baru settle, terus gi Alamanda
alang-alang dah duduk dekat situ.


Sampai Alamanda terus queue kat GSC.. apa lagi kalau tak
Hikayat Merong Mahawangsa yang dah cecah jualan tiket RM2.2 juta
pada hari ke-4..! Aha.. Abang memang dah berjanji nak ajak aku gi tengok movie ni.
tiket aku & Abang pun termasuk dalam figure 2.2 juta tuh okeh!hehe


Masa berbaris tu waktu terawal tontonan 2:15 petang. Tu pun dah keluar kaler
kuning lip lap lip lap menandakan tiket dah tinggal paras hidung. Adusss...!
Aku dalam hati cakap jangan la orang lain beli tiket HMM kul 2:15ptg tu..
orang belakang plak dengar dia bercakap ngan member dia..
'tolong la jangan merah *sold out*'' ha ha
Masing-masing suspen nak sampai kaunter.
Seb baik ada rezeki kitaorang beli 2 tiket huhu.


Sambil tunggu waktu tayangan, Abang ajak lunch kat Jonny's...!
Waaa weeeeeeeeeeee!! gumbiranya dlm hatii.. kecil tapak tangann,
seperiuk steamboat  perutku tadahkan! he he


Order guava sour sop

sedang bersteamboat

kuah cecah yg sedapp


Abangg.. he he. Ma kaseh belanja.. muahh muahhh!!

Pencuci mulut ~ banana split..!

Kul 2:15 ptg kami dah terpacak dalam panggung.
Aha.. kalau korang berminat nak menonton HMM silalah layari
Sejarah Merong Mahawangsa yang berkait rapat dengan pembentukan
negeri Kedah.

dan ini pula dari Sastera Rakyat Negeri Kedah



Yang paling mengujakan watak Merong Mahawangsa yang
dilakonkan oleh

OFFICIAL SITE

kacukan English(UK) & Malay.

Merong Mahawangsa lakonan mantap Stephen Rahman



Antara watak penting, Admiral China & Putera Raja Rom, Marcus.
Filem ini di lakon kan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu lama.
Merong telah di upah untuk menjaga Marcus demi meneruskan perkahwinan
Putera Raja Rom itu dengan Tuanku Puteri dari China di semenanjung emas.
Malangnya mereka telah di serang oleh puak Lanun Geruda yang kejam.
Pertembungan antara mereka tampak ngeri melibatkan pertumpahan darah
dan filem ini telah di klasifikasikan sebagai PG18. 


Dapatkah Putera Raja Rom & Puteri Kerajaan China di satukan..?
Berjayakan Merong menumpaskan puak lanun Geruda yang kejam..?
WAJIBlah anda-anda sekelian saksikan tayang filem 2 jam ini di panggung berdekatan..!
2 jam penuh dengan aksi dan jalan cerita yang padat..!

Atau nak tiket FREE..?
Layari *klik banner*


Due date 18th Mar 11. So hurry!!!

Assalamualaikum...

Hari ni masuk hari ke-4 tragedi gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.
Kelmarin aku berjaya menghubungi rakan satu Universiti dulu, Kumi bertanyakan khabar mereka dan keluarganya yang tinggal di Osaka. Alhamdulillah mereka semuanya selamat dan tidak menerima impak besar dari tragedi tersebut. Lega aku mendengarnya. Rakan ku itu kini sedang pregnant 5 bulan. Pada waktu itu dia memberitahu angka kematian yang di laporkan oleh pihak berkuasa tempatan sudah pun mencecah 1,400 orang.  Kebetulan Kumi pun baru je balik dari kursus di Sendai. Bersyukur dia kerana ketika tragedi berlaku dia sudah pun berada jauh dari situ. Namun dia sendiri bimbang jika ada di antara angka 1,400 orang itu adalah rakan-rakan yang di kenalinya dan aku sungguh memahami perasaan itu..!


Apapun aku sendiri pun masih tercari-cari apa sahaja berita perkembangan tragedi itu. Memang sungguh menyayat hati melihat gambar dan video liputan tentang tragedi tersebut. Betapa teknologi setinggi mana pun, apabila yang Esa berfirman 'Kun faya kun', maka semuanya boleh berlaku sekelip mata sahaja.

Apapun aku nak share kan link-link menarik dari blogger lain yang aku ada go thru :-

Tsunami Before & After :

WarungKampung by Sendai student

Tsunami akal & Budi by Saifulislam :

Luahan hati pelajar Jepun kita by Beautiful Nara :

Pray for Japan by JoeGrimJow

Apapun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk rakan & rakyat di negara matahari terbit tersebut.
Semoga kita mampu mengambil ikhtibar dan  mencontohi semangat mereka di saat getir menghadapi dan  menangani malapetaka hebat ini.
Assalamualaikum..
Yah yah yahh.. cuti sekolah sudah pun bermula..!! Yeaaahaaaaaaa..!!
Cewah cewah aku lak excited lebeyyy he he.
Anyway cuti sekolah kami kali ni di mulakan dengan REUNION geng2 hostel
zaman sekolah menengah,
lebih specific lagi reunion ASBTAR batch 90~94..!
Kali terakhir kitaorg melawat ASBTAR masa anniversarry ke-4, 2008.
Ada kira-kira 18 family join reunion kali nih.
Paling excited bila dapat jumpa member2 lama yang dah berbelas2 tahun tak jumpa..!
Alhamduillahh... semuanya macam tak berubah walaupun dah beranak pinak! ha ha
Kalau sembang gaya cerita tu mantain jee.. aahahahaha.


Di sebenarnya gambar hari ke-2 dengan banner reunion tuh.
Aceli both aku & Abang adalah ex-ASBTARIAN.
Tapi tak bercinta pun masa jadi warga ASBTAR.. ha ha.
Bercinta lepas aku balik Mesia for good setelah 7 tahun 'terpisah' huhu.

Berkat usaha geng2 yang duk Kuantan & CH, terlaksana jugak reunion kali ni.
Memang teruja bila dapat jumpa balik member2 lama.
Sebenarnya masa reunion ramai yg bawak DSLR so gambar beramai2 nanti tunggu
ehsan diaorang upload laa.. kitaorg ni harap kamera HP so
gambar2 kat sini byk gambar kitaorang jekk he he.

Kami menginap di Balok Seaview Resort.
Ni gambar2 1st day depan bilik chalet.

Danish & Dania yg riang ceria dah dah becok request
nak terjun pool kat depan bilik tu je.

Check in bilik.

Ahaa.. tu diaaaa

Anak-anak peserta reunion.

Para bapa

Main activity 'sembang' sampai lupa anak..! ha ha.
Dari petang, bawak ke dinner + karaoke,
bawak ke esok hari.. sembang tak putus yg peliknya
tak puas-puas ! ha ha.
Maklumla banyak nak update database yang dah berbelas2 tahun
di  hibernate..! hik hik

2nd day nak balik

Antara kaum ibu.

Ni antara member baik satu sekolah yg dah 17 tahun tak jumpa..!
Yart  balik awal so tak sempat bergambar beramai2.
2nd day tu kitaorng pergi jengah ASBTAR yang dah di bangunkan semula.
Memang nostalgic!
Lepas lunch sesama kitaorg bersuraii.
Memang seronok sangat-sangatt.. Abang pun dapat jumpa geng2 lama,
diaorang lagi laa malam tu habis berkaraoke siap bertour ke bandar flash back old memories.
Aku pun ramai gak dapat jumpa geng2 lama..
baru sedar rindu kat diaorang gak rupanya huhu.

Sebelum balik WAJIB cari satar..! Kitaorng singgah kat KEDAI MOK NAA kat
Tg Lumpur. Lama gak kena queue ! semua org order RM5 - RM10.

Ni rupa satar yg belum di bakar. RM1 = 4 ketul.

Sabar menanti.. yang dah masak RM1 = 3 ketul.
Memang marvellous..!

Sempat singgah Teluk Cempedak, beli kopok lekor.
pusing-pusing terus balik rumah.

Tak sabar tunggu upload gambar2 dari DSLR geng2 lain.
Seronok dan happy sangat dapat jumpa diarorang.. tobat tak puas bersembang..! ha ha
InsyaAllah kalau ada peluang lagi next time
boleh buat lagi di zon tengah plak ..peace..!