Salam....
Wah wah wahh.... masuk tahun baru 2011 ni rasanya ramai yang 'poket penuh'...! 
Maklumlah lepas BONUS...! Ada member aku bonus 7 bulann..!
Selamba je boleh sambar NIKON D90 cashhh woh...!!!
Alhamdulillahh.. rezeki masing-masing. Kawan-kawan tumpang gembira he he...



So mungkin sebab duit bonus yang tak tau nak buat apa, anak-anak pun dah selesai masuk sekolah,
lepas tu takut duit berlumut dalam bank plak.. 
tengok analysis keyword untuk HARI INI sahaja 
"panduan tender nombor kenderaan"
duduk carta paling tinggi...! 

bukan BELI nomborr.. TENDER tuhhhhhhhh!!
beli tu murah lagi laa.. rasa RM210 dah boleh beli. 
Tapi TENDER tu bleh sampai tahap ribu ribannnn tuhh..!!
Barangkali yang tender-tender no ni pun bukan orang2 yang makan gaji... 
tapi orang-orang yang 'beri gaji'  hu hu.
Nak tahu tahap mana ribu riban orang sanggup tender no plat kereta tu KLIK SINI.
Ada yang sanggup tender sampai harga melebihi suku juta beb!

Aku pun setakat ni dah pernah 2 kali beli nombor plat kereta. Means pergi JPJ
dan sambar mana-mana nombor yang ada..
Tak le dapat nombor cantik.. 
tapi bleh la dapat nombor yang cantik sket antara yang dah tak cantik.. 
boleh laa buat geli-geli.....he he he
Salam...

Utusan Malaysia melaporkan Penjaga Gol (AFF) Malaysia, 
Khairul Fahmi Che Mat di lamar Ferguson
pengurus Kelab Bola sepak terkemuka dunia iaitu Mancester United...!!
Fuiiiyooooo.....! TABIKK bebb...!
Sejak kemenangan Malaysia menentang Indonesia bulan lalu nama Khairul Fahmi
tiba-tiba melonjak naik. Mesti awek dia tumpang gembira bercampur suspen 
sebab tiba-tiba BFnye ramai betul peminatt.. he he he.
Tapi takpe.. semua orang dah tau Fahmi dah ade awek, ELIA.. 
jangan la berani-berani kaco lagipun tak baik kaco orang punya kan! hu hu.

Tapi belum sempat Fahmi LAMAR aweknya, Fahmi dulu yang di katakan 
sudah ada ura-ura DI LAMAR oleh MU..!!
Kalau betul, satu kebangaan juga untuk rakyat Malaysia.. sebelum ade dah ke pemain negara yang jadi 
pemain import untuk Kelab Bola Sepak terkemuka dunia...?


Anyway rupa-rupanya berita tu hanya khabar-khabar angin yang belum tentu sahih.
Apapun takpelah Fahmi, tentu banyak lagi rezeki lain mencurah-curah lepas ni. 
Kalau nak baca berita lanjut sila layari

Salam..

Esok hari persekolahan pertama buat Danish bagi sessi tahun 6..!
Danish memang betul-betul excited nak masuk 6 tahunn. 
Bagi dia 6 tahun tu macam dah jadi makin besar dan dewasa..!


Malam tadi Papa siap bawak Danish pergi gunting rambut. Tahun ni Danish akan terus bersekolah di KRISTA since dia pun dah ada ramai kawan kat situ. So nak tidur malam tadi dah keluarkan semua barang-barang untuk pergi sekolah esok. Tak ada apa sangat pun just stationary je. Buku-buku sekolah esok baru dapat.


Sejak pergi sambut tahun baru 01-01-11 kat Putrajaya tempohari Danish memang excited bila tahu dia dah masuk 6 tahun. Start malam tu jugak Danish start tidur seorang diri. 
Katanya" tak apa.. Danish dah 6 tahun.. dah BERANI..!!" 
Sebelum ni malam kena temankan sampai dia tidurr.. selalu merungut kalau tak ada orang 'jaga' dia. Katanya, Danish bangun pagi baru berani tidur seorang..!

TAPI alhamdullillah... start malam ni dah masuk malam ke-3 dia tidur sendiri. Semalam masa temankan dia masuk bilik pun saje lah aku duduk sebelah.. sembang2 ngan dia sebelum tidur tu.. last-last boleh dia cakap
Danish : Mama... kenapa Mama duduk sini ? *tak reti nak balik bilik mama ke ?*
Aku :Oh.. ye kerr.. erkkk lupa pulak. Ok Mama keluar dulu lahh.. gud nite Danish..! Muahhhh 
*kiss dahi sebelum tidur*

Leh aku plak kena 'sound' apsal tak keluar-keluarr.. dah berani nak tidur sendiri 
punya pasal. sabor je laaa.... ha ha ha.
Anyway gembira dengan perkembangan Danish. Ada benda-benda yang dia lebih berdikari.....

We really PROUD of you, DANISH..!! MUAAHhhhhhhhhh!!!