Assalamualaikum...
Apa khabar korang..? Aku sihat je.. yang tak sihat Dania.
Semalam Doktor dah masukkan Dania ke Wad.
Kisahnya, awal minggu lepas Danish dah start demam.. 2-3 hari Danish demam
Dania pulak mengikut.. hari Khamis petang tu kitaorang dah start bagi ubat demam.
Jumaat pagi bawak Dania pergi Klinik dan dapat ubat demam & Antibiotik since
takde batuk, kahak or selsema.
Sabtu, Ahad, Isnin masih tak kebah.. Isnin pun bawak Dania pergi klinik sekali lagi
dan Doktor tukarkan antibiotik Dania dgn yang lebih kuat. Doktor klinik
advise kalau hari Rabu tak kebah lagi dia akan buat surat rujuk hospital.
Tak dan hari Rabu, semalam Dania start cirit birit dan muntah.
Terus bawak pergi klinik sekali lagi dan ambil
surat reference dari Klinik. Terus pergi Hospital terdekat,
Columbia Asia yang terletak kat Bandar Puteri, Puchong.


Jumpa Pediatrician, bila check je terus detect yang Dania kena infection
which sampai dah bernanah kat area dekat dengan tonsil is so called acute tonssilitis.
Hmm.. kat klinik pergi 2 kali pun tak detect huhu.
Terus Doktor Pediatrician tu advise untuk admit dan buat blood test etc.
Lagipun dari pagi Dania tak lalu makan & asyik
muntah-muntah, tekak sakit agaknya.. so kat spital boleh drip..... kesiannya anak mama...
Dania yang baru kena 'proces' sebelum di masukkan ke Wad.


Akhirnya admitted to ward.. kira first time jugak la Dania masuk wad bila dah besar
sket nih. Last dulu masa baby dalam hari masuk wad sebab jaundice.


Petang tu monyok je Dania.. lagi pun badan pun tak bertenaga dok muntah sepanjang hari.


Lewat petang pergi ambik baju semua & bawak Danish sekali pergi Hospital
lawat Dania baru lah ceria muka...!!

Dan berjumpa dengan 'kawan-kawan' nyerrr

Baru la nampak happy skettt


Tu dia dah keluar sign 'Peace' he he

Abang Danish siap bacakan buku untuk Dania



Punya happy Dania sampai rasa cam nak suh Danish tak yah di sekolah
temankan Dania kat spital je sbb mesti Dania 'sihat' hehe

Opss.. tapi homework tetap kena buatt huhu.

2-3 kali gak Dania muntah lepas admit tuh..
Malam nak tidur tu bacakan buku kegemaran dia
'はじめてのおつかい’



Lewat malam baru kitaorg di transferkan ke Single bed room.
Aku temankan Dania semalaman..


Good nite dear... lega tengok Dania dah ceria & bertenaga sket.
Sepanjang malam pun tak meragam sangat.. boleh lena cuma
ada terjaga sekali nak muntah.
Risau gak.. sebelum ni Dania jarang sakit.. BF dia sampai umur 3 tahun.
Sepanjang tempoh tu jarang-jarang pun demam ke apa...
Sejak dah stop BF dan tak de maid, dari awal tahun ni
tengok dah berapa kali gak bawak Dania gi Klinik..
sampai pecah rekod masuk wad pulakk... hmmmmmm

Apapun semoga Dania cepat sembuh ya sayanggg..
Mama, Papa & Abang Danish temankan ok...!

Assalamualaikum...

Terkejut gila baca berita ni...
Mentang-mentang di beri kepercayaan merawat kerabat Sultan Brunei,
tak agak-agak kenakan bayaran melampau sehingga mencecah
RM 63.7 juta dalam masa 5 bulan..!! Gila ke apaa..???!
Ada bil yang di naikkan sesuka hati sehingga 526 kali ganda..!!
Ada jugak doktor spesis 'kaki kikis' macam ni.
Apa pun selamat menjawab la di mahkamah yerrr...



2011/03/28 @Berita Harian


Dr Susan LimSINGAPURA: Seorang doktor pakar terkenal kini disiasat pihak berkuasa perubatan di republik ini apabila didakwa mengenakan bayaran 'melampau' berjumlah S$26 juta (RM63.37 juta) ke atas seorang anggota kerabat diraja Brunei yang menghidap barah payu dara, hanya untuk tempoh rawatan selama lima bulan.


Dr Susan Lim, 55, pakar bedah pertama berjaya melakukan pemindahan hati di Asia, didakwa mengenakan bayaran itu ke atas sepupu dan adik ipar Sultan Brunei, Pengiran Anak Hajah Damit ketika merawat beliau dari Januari hingga Jun 2007. Penasihat Kanan yang mewakili Majlis Perubatan Singapura (SMC), Alvin Yeo, ketika mengemukakan satu dokumen di Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu menyatakan jumlah bil dikenakan bagi tempoh 2004 dan 2007 ialah sebanyak S$40 juta (RM95.95 juta) tidak termasuk tuntutan bayaran perkhidmatan bagi tempoh tiga tahun sebelum itu. Laman web berita Asiaone melaporkan, Dr Lim merawat Hajah Damit dari 2001 hingga beliau meninggal dunia pada Ogos 2007.

Dokumen berkenaan menunjukkan pada hari perkhidmatan dijalankan sepanjang tempoh itu, Dr Lim mengenakan bayaran didakwa antara S$29,600 hingga S$660,000 (RM71,000 hingga RM1.58 juta) sehari. – Agensi

Baca lagi KRONOLOGI kes DR Susan Lim KLIK SINI
Assalamualaikum..
Salam hari Isnin.. korang busy ke ari nih..?
Saje nak share BE yang senang menari-nari sekarang.
Both daripada Digi. Terima kasih En. Nuffnang & En Digi..!

Sebenarnya lama gak tak dapat BE nih..
Sampai aku pun tak sedar bila ntah BE ni start balik sebab
satu masa aku pun jadi tak berapa kisah pasal tabung Nuff ni ada ke tak.
Yang penting kita enjoy berblogging & develop kita punya friendship
dengan blogger lain kan..!


Anyway thanks pada kengkawan sekelian yang sudi jengah blog yang tak seberapa nihh..
korang memang besttt..!

Kepada pemenang2 Izan@SweetOmoide 7th Anniversarry lucky draw 
yang mungkin masih cari tarikh tontonan yang sesuai, 
sila jangan malu-malu contact aku kat
untuk redeem hadiah masing-masing okeh..!

Pemenang Hadiah Utama x 2
Cik Z@i !!
Myra Queen

Pemenang Hadiah Saguhati x 2
eda_ej
Nad@Mama Zakwan