Salam..
Hari ni nak share  BLR rate & trend for the past 10 years. Kepada yang beli rumah mesti tahu apa BLR rate dan apa pentingnya 'figure'BLR ni utk buat loan. Paling tinggi >12% masa krisis ekonomi tahun 1998.. dan di sebabkan tu jugak kitaorang buat islamic package 7.6%. pada tahun 2006. Dan bila berlaku krisis ekonomi 2008 kerajaan buat pendekatan utk mengurangkan beban pemiutang dengan kadar BLR 5.55 % which is terendah dalam sejarahh..!!

So latest BLR dah naik ke 6.30%. Kepada yg tengah cari rumah.. bleh refer sini utk BLR rate bank2 terkemuka.


Last Reported BLR : 6.30% (Effective since 13 July 2010)




(Rate refreshed on 04 Nov 2010)

BLR is a minimum interest rate calculated by banking institutions based on a formula which takes into account the institutions’ cost of funds and other administrative costs. This is defined by central bank of the countries.

The Overnight Policy Rate (OPR) from Bank Negara Malaysia is reference for banks in BLR adjustments, but there might differ from bank to others bank. At the global money market down turn, BLR will get lower and if the money market on uptrend, it will correlation upward. It is wisely and timely to consider take up mortgage loan and start to own your property at the lower BLR as current.


From the record, it shows that the highest BLR Malaysia ever has is 12.27% in year 1998 and the lowest BLR is 5.55% in year 2009. The average is 8.1%. Probably you can use this to justify whether it is better to take the fixed rate loan or floating mortgage loan (BLR +/- x% ). Below table shows the Malaysia Base Lending Rate (BLR) record from year 1989 to year 2010.

Nak tahulanjut layari : http://www.blr.my/
Salam..

Bagusnya kalau kini tuduhan & hukuman tak mengenal pangkat dan darjah kebesaran.  
Sama adil sama rata.. korupsi & rasuah di banteras! 



SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan penggantungan keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) dengan gelaran Datuk Seri yang disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam satu kenyataannya hari ini berkata tindakan penggantungan ke atas darjah kebesaran yang diterima Khir pada tahun 2001 itu dilakukan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Disember tahun lalu. 

"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak
semula selepas mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan
atas pertuduhan," katanya. 

Selain daripada Khir, Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) dengan gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni pada tahun 2002, turut digantung.

Gelaran itu digantung selepas Shamsuddin didakwa di bawah Seksyen 165 dan
Seksyen 109 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan penggantungan itu
akan disemak semula selepas mahkamah membuat keputusan. - Bernama
Salam...

Orang kata "Hijrah itu Pengorbanan"..
Huh...! besar maksud tuhh..!!
Ahahahahah.. 

Ni tentang HIJRAH kerja aku..
Start bulan lepas dah pindah kerja baru..
tapi OFIS kerja baru tu letaknya kat Damansara..
tempat yang CONFIRM aku tak terlintas nak hantar resume pun! ha ha ha


gambar dari surau tingkat 12

Tapi di sebabkan tempat kerja baru ni ada plan pindah ke Cyberjaya.. 
so gagahla jugak apply dan Alhamdulillah....
Dan start awal bulan lepas bermulalah episod berulang alik lah aku 
ke Damasara yang terkenal dengan kawasan SESAK & JAMMED tuh.. 
yang tiap-tiap pagi confirm keluar kat laporan lalulintas radio Hot FM..!
dan setiap kali ke udara ulasan tu aku mesti berkata dalam hati "ye ye. aku ada kat situ".

Selalu aku dah kuar highway pun gelap lagi cam nihh... 
Seb baik la CD lagu Maher Zain ada buat penghibur hati penenang jiwa.
Credit tu Fauzi & Firdaus ~ ex-ofismate


Setiap pagi aku terpaksa bertolak sebelum kul 7 pagi *kalau nak 'selamat'*.
Ada 2 jalan.. ikut Elite highway kuar toll Damansara RM 13 pergi balik or ikut
LDP yg sokmo jammed tahap dewa toll RM3.20 pergi balik tapi confirm tak sampai 
kurang dari sejam setengah! ha ha. Kalau hujan leh cecah 2-3 jam lagii.. huhuhu.
Ada satu option masuk KL keluar MEX.. tapi aku tak sempat belajar jalan tu huhu.


Hari-hari average 3- 4 jam gak le drive pergi balik.. tu paling cepatt.
tu baru bab driving.. bab parking lagi satu halll..
memang MASAKKK laa parking kat area-area nih.
Secure parking*nama company* bersepah-sepah.. tapi  MAHAL GILER. Rate 1st 1 hour RM2, jam berikutnya RM3, Jam berikut dan seterusnya RM4/hour. GILA ke aperr..
kalau parking 8 jam leh cecah RM30 wehhhh!!
Masak-masakk...

Tapi ada la satu parking ni RM 9 /entry/day.
RM 9 bebb..! 10 hari RM 90! 


Pastu kalau parking kat situ keta aku CONFIRM dia dah reserve utk 
parking kat hujung tebinggggg nuu....! 
alasannya keta ku panjang huhu. Nak masuk parking pun aku ngeriiii siottt.... bayangkan kalau reverse masuk parking tu kat reverse camera tak nampak tanah dahh.. nampak lalang tepi gaung jekk.. fuhhhhhhhhhhhhh!! Tiap kali masuk keta mesti aku cek gear betul2 masuk D.. 
kot tersilap masuk R memang 'selamat'..!!! Dah la nak kuar parking tu pun turun bukit 45 deg gakk.. curam abess.. kalau turun tu tak nampak tanah sehh.. nampak bumper enjin keta depan jee.. hua hua huaa!
2-3 hari pertama aku parking situ berdebar tiap kali nak turun bukit tu huhu


Pastu nak turun parking tu ada lak tangga yg curam 45deg gak..!! oh gayatt gayattt..!
dah la lebar tangganya kecikkk.. tapak kaki pun kena menyengett pijak huhu


pandangan dari bawahh.. tak gayatt..? 
tapi kadang aku tak ikut tangga ni.. pusing jalan lain jauh sket huhu.


last-last aku follow ofis mate aku yg menumpang parking kat depan rumah 
resident kat situ. jauh tuuu jalann.. 15 minitt wehhh!! 
Kalau tengok kat jalan ni keta aku pun ada.. nuuuuuuu
hujung sekali tuuu.. tak nampak kan..? punya la jauh ha ha.
Excercise worth RM 9 la katakannn
Tapi area-area sini pun berisiko gak.. ade je kes-kes kereta memember 
kena tarik dek majlis perbandaran. Dah satu hal plak nak bayar sampai RM200!


Ha ni zoom dekat2 skett.. kira 2 keta depan aku pun pun park-mate aku gak le.. biasa aku sampai mesti keta diaorang dah parking dulu. Susunan same je hari hari hehe. Anyway ma kaseh la kat tuan umah.. moga murah rezeki aminn.


 Tu belum lagi cabaran melintas jalan ni... huhuhu. Memang mencabar 
la duk area Damansara nih.. 'masakkkk!' Moralnya masa memula tu kos milleage sehari RM13 + RM 9 + RM20 dalam RM40 ++. 10 hari RM400...! kalau sebulan..???

Anyway.. semuanya dah berlalu..!! Alhamdulillahh... ! setelah hampir 10 tahun berulang alik berkilo-kilo metriko. penantian aku berbaloiii akhirnya... hari ni 1st day masuk kerja ke ofis kat Cyberjaya... 
cuma < 10 km away from home. tak de toll dan tak jammed! *buat masa ni*. Aku memang betul-betul rasa 'bahagia' drive gi kerja hari ni. LEGA yang amat...!!! Bawak keta pun senyum meleretttttttttttttttttt hehehehehehe.. Parking tempat kerja baru pun bersepah-sepah.. ada 900 lot parking biasa tak termasuk reserve parking..FREE pulak tu.. keliling bangunan ofis je.. Syukrann..! Itulah yang di namakan..

 HIJRAH itu PENGORBANAN..!