Aha.. 1st time nak masuk contest bergambar tahun ni. Seronok nak memeriahkan contest nih! 
Ok contest kali ni bertajuk 



yang di anjurkan oleh Ibu QisQas
sempena ulangtahun kelahiran puteri beliau 
SHARIFAH NAYLI QASRINA pada 30 MEI 2010.
Contest bermula dari 28 april sehingga 28 May 2010.

Gambar yang di pertaruhkan ialah 


Nama penuh : Dania Aliesya
Tarikh Lahir  : 1st Sep 2007 
Umur : 2 tahun 8 bulan

Pesanan untuk Dania Aliesya :
Puteri ku Dania Aliesya, sehingga ke detik ini Ibu masih menyusui mu dengan sepenuh kasih sayang. Ibu masih mendakap, menciumi dan memelukmu setiap kali menyusui mu, sama seperti dulu sejak detik kamu dilahirkan ke dunia ini 2 tahun 8 bulan yang lepas. Tahukah kamu setiap kali Ramadhan acap kali Ibu tidak dapat berbuka sendiri dan terpaksa disuap kerana meladeni permintaan dan tangisanmu yang menagih susu ibu setiap kali Ibu pulang dari kerja ? Puteriku Dania, setiap titis susu ibu itu telah Ibu halalkan menjadi darah dagingmu. Semoga puteri Ibu akan terus membesar sihat & ceria dengan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari Ayah & Ibu. Tidak ada apa yang Ibu & Ayah harapkan selain agar Puteri permata hati, Dania Aliesya menjadi insan yang berguna dan cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga dirimu sentiasa pandai menghormati dan dihormati pula oleh masyarakat apabila besar nanti. Ibu sentiasa berdoa mudah-mudahan perjalanan hidup mu sentiasa di berkati dan dirahmati olehNya. Ingatlah,  kasihnya Ibu membawa ke Syurga... 



Sejak 2 minggu lepas HOT FM membuat perubahan 'angin' dengan membuat perubahan jadual penyampai-penyampai radio di Hot FM. Kejap dengar suara Fafau & FBI waktu malam, kejap dengan suara Leya & Tini waktu pagi-pagi buta.. Kejap-kejap dengar suara AG & Kiera berpartner dgn DJ lain....

Dalam pada tu banyak la dengar komen-komen dari pendengar.. ada yang suka.. ada yang masih tercari-cari DJ asal ikut jadual segmen asal. Citarasa masing-masingkan.


Sebenarnya aku pun dah biasa di temankan oleh Fara Fauzana & Faizal Ismail dalam segmen AM Krew  (6-10 pagi) setiap hari waktu pergi kerja pagi. Selalu tergelak dengar riuh rendah Fafau & FBI dok pekena each other.


Balik kerja pulak biasa ditemankan Jawa Rangers ~ Kieran & Agy dalam segment HOT FM Jam ( 4 ptg - 8 mlm). So bila tiba-tiba jadual bertukar-tukar rasa macamm.. hmmmmmppp...  tak la kata tak best tapi macam ada benda yang kurang je bila tak dengar suara-suara sumbang diaorang ni bila time drive balik kerja ha ha.

Apapun syukurlah semua DJ dah balik ke schedule segmen asal. Harap-harap lepas ni tak bertukar dah. Dulu pun pernah jadi pendengar setia Era tapi sejak dia bertukar DJ, dengan channel-channel sekali aku tukar hu hu... al kisah

Apapun, Hot FM... memang lebih hangattttt dari biasa... muahahahaha









Salam sayang semuaaa....!! Haa... hari ni Cik Izan nak update senarai peserta-peserta 

yang dah submit entry sehingga 25 May 10, 10 PM.Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah sudi hantar entry dlm contest ni. Kepada yang belum cepat-cepat godeh HDD, godeh HP, godeh camera.. pen drive & yang seangkatan dengannya. Cuba cek kalau-kalau ada gambar yang sesuwai dengan tema contest ni cepat-cepat lah hantar ye! Selain kita boleh berkenal-kenalan, sambil saya pun boleh war-warkan blog address kengkawan semua.. sambil kengkawan pun leh la mengimbau terimbau sweet memoir dengan gambar tu.. ada rezeki dapat pulak hadiah! Tak rugi kan!

Di bawah ialah senarai peserta dan URL masing-masing. Susunan hanya mengikut tarikh pertama entry submission dan tidak menunjukkan kedudukan perfect submission (untuk hadiah misteri). 
Hadiah-hadiah sudah terkumpul di tangan Cik Izan. Akan di updatekan tak lama lagi setelah di photo editkan.. 
so stay tune for more update okayyy!!!

Salam ukhwah buat semua..  you all memang sweett!! muaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh!!


1. Beba

2. Aleyn

3. Hajar

4. Nana 

5. Diraumiwalid

6. Dyahaha

7. Fieza

8. Mama Zharfan

9. Mama Zakhwan

10. Sara Aryssa

11. Zhet

12. Deela

13. Umi Dania yasmine

14. Tiefa

15. Ayu Esa

16. Atiqah ~ Mama Damia

17. Liz rohaizat

18. Cubicle