Seronok balik kampung & berbuka puasa beramai-ramai. Aku rasa petang je dah duk dapur mengasap dapurr hu! hu! hu! Memang meriah lerrrr...
Kalau hari pertama berbuka dengan ketupat rendang bagai, ni juadah berbuka hari ke-2 dan ke-3.. ada gak menu eksotik negeri Johor iaitu Belangkas masak cili padi!
Aku rasa masakan belangkas ni hanya boleh didapati ditempat-tempat tertentu kerana kena ada tukang masak yang betul-betul pandai baru boleh masak sebab katanya belangkas ni beracun jadi kena tau macamana nak bersihkah.. Wallahualam. Kalau di Kota Tinggi tu siap ada restoran 'Belangkas Mahkota' yang mana memang Tengku Mahkota Johor selalu singgah jika nak makan belangkas... Nak tengok rupa belangkas yang dah di masak ni kat bawah ni. Harganya RM15 seekor! Nasib baik tukang masaknyer pun member Abang Nuar gak. Rasanya memang best sangat especially makan dia punya telur-telur halus tu. Masa aku kecil-kecil dulu pernah juga Emak masak belangkas masak lemak. Memang aku pun pernah main la dengan belangkas nih tapi bila naik tingkatan menengah masakan belangkas seperti 'hilang' dan akhir-akhir ini baru aku jumpa balik...
Belangkas masak cili padi RM15
Close up
Close up
Satay Ayam & Daging
Emak memang ambil upah cucuk satay kat rumah jiran sejak aku sekolah rendah dulu.. aku pun membesar dengan duit upah cucuk satay Emak. Sampai hari ni Emak masih buat kerja yang dah sebati dengan diri Emak.. upah cucuk satay tu 1000 batang RM20 je tauuu... dulu lagi la RM15. Anyway ni satay mentah yang Emak 'cucuk' pas tu beli then kat rumah kitaorang bakar sendiri :D
Hari berbuka puasa ke-2 tu sempat lagi Abang Nuar (Abang aku) pergi memancing. Balik dengan ikan sembilang.. kalau kat pasaran ni sekilo RM18! So macam biasalahh..
masak asam pedas ikan sembilangg.. air tangan K.Ana
Ikan siakap masak stim.. aku belum sampai kampung Abah dah standby 2 ekor ikan siakap dalam Freezer. Tunggu aku balik nak suruh masak stim! He he he.. Aku buat 2 perasa.. yang pedas & yang tidak pedas untuk budak-budak. Ni versi yang tak pedass.. yg pedas tak sempat snap dah habiss LOL. So kira ni air tangan aku lah he he..
Sayur campur... oh ni air tangan K.Ana. Hidang sekali hadap je licin! Almaklum kat kampung Emak & Abah memang berkebun sayur.. hari-hari menghadap sayur-sayur kampung. Jadi sekali sekala buat sayur campur memang laris! Aku pulak bila balik Puchong, banyak la bawak balik sayur-sayur dari kebun Abah termasuk labu, pucuk ubi, petola, timun, kacang panjang, kacang buncis, lada, labu air.. kangkung, pucuk kayu manis..ehhh macam-macam jugak ekkk.. seronok betul kalau ada kebun..heheheheh
Ni rojak.. Abang Nuar beli kat bazarrr..
Roti Jala..? Haa ni air tangan Emak.. aku & Abang tukang kirai roti jalanya sambil di bantu oleh anak-anak sedara aku, Iqah.. masa belajar kat Jepun dulu pun aku boleh dikira sebagai pembuat roti jala terulung jugak! *ha ha ha poyonye statement ni!*. Kari pulak kari ayam kampung muda belakang rumah.. baru sembelihh. Memang besttt!
Murtabak.. Abang beli kat bazarrr.. special gak murtabak ni sebab tebal. Tu pun Abang Nuar kena tempah dulu baru bleh gi beli kalau tak memang tak merasa. 2 keping pun sekelip mata jee... huhuhuh