5th Annual Karaoke Gathering

Pagi-pagi dah follow Abang ke gi kerja & drop kat Komuter Serdang. Sebelum kul 9 aku, Rusma, Anie & Ujen dah berkumpul and breakfast at Subway, KL Central. Ni memang port kitaorang berkumpul every year. Zalie je sampai lewat skett.. Normally lepas breakfast terus naik LRT ke SOGO tapi kali ni since Rusma bawak keter so terus la ikut Rusma merempit naik keter masuk KL..




Add Image


Seawal kul 10:30pagi kitaorang dah tercongok kat SOGO... sempat meronda & window shopping sebelum 'Check in' di Red Box.. heheheheh. So wajah-wajah peng'karaoke' tahun ni ialahh... Aku, Wah, Rusma, Ujen, Anie & Zalie... hehehehehehhehe


Yang lain-lain ni biarlah gambar2 ni yg menceritakann.. hehehehehe... satu je tak leh hilang dari dulu.. asal nak bergambar je mesti 2 jari nih otomatikk naikk... 'peaaaceeeeeee!' hehehehhe





Pakej Red box hari kerja ni murah jekk.. cuma perlu ambil set lunch so dapat lah karaoke session FREE for 3 hours! Start at 11am to 2 pm! Lunch pulak ada 4 choices of menu...nasi goreng dia pun sodapppp!



Tu dia.. kalau tahun lepas aku... tahun ni si Zalie pulak yg sempat pump EBM sambil karaoke.. siap ada assistant tolong pegang microphone lagikk! mujur makan pun tak bersuap! hehehehe
Cayalah Zaliee.. go Zalie go!! Tahun depan turn sape pulakkk... tunggguuuu!!!


Tu dia wajah-wajah ceria Preggy Mama dalam sessi kali ni.. Anie- masuk 7 bulan, Wah masuk 4 bulan & Rusma masuk 5 bulannn.. mesti baby dlm peyut tu pun ikut berkaraoke sekalii.. hehheheheh


Habis sessi karaoke merempit 2 keter plak balik semula ke KL Centrall.. untuk sessiiii..
melantakk di Sushi King sempena Bonanza Sushi RM2!!! huhuhuhuh


Antara yang menjadi pilihannnn.. Salmon, unagi, ika, ebi tenpura.. memang saiko gilerrr lahh!

Ni nak citer skett.. bila tenok sushi conveyor tu tak berapa nak ada Salmon terus la kitaorang request kat waiter SK. Dia pun ok lah nanti dia naik kan ke atas conveyorrr.. bila naik je atas conveyor penuh terus la meja kitaorang ngan salmon sushi tu.. bila makan memang.. fuhhhhhhhhhhhhhhhh.. 'kuchi ni tokeruuuuuuuuuuu.....' *melt in mouth* tapi bukan cair di mulut yg di awang-awangan tuhh.. tapiiiii.. yang cair tuuuu air baru yg kat salmon tu yg masih frozenn!!! wakakkaakkaakaka.. so terpaksa la biar sekejappp bila dah lembut daging salmon tu baru leh makannn.. heheheh Kitaorang siap cakap kat adik waiter tuu..

'Dik kiraorang nak bagi nama baru kat sushi ni... Salmon Ice Sushiii.. boleh takk..? 'adik tu pun sengih jekkk..kui kui kuiii




Muka-muka ceria setelah kekenyangan 'melantak' sepanjangggg hariii dengan apartment pinggan2 sushi masing-masinggg....! Tak sangka pulak aku menjuariii carta.. kondominium 9 tingkattt!! kui kui kui! Lepas habis melantak kitaorang bersurai lewat jam 5 petangg.. mata rainennnnnn!!! Hontouni tanoshikatta yo..!!!


For previous post :

My RPKJ circle ~ Sweet memoriesss
Salam Aidilfitri buat semuaaa....!

Wah wah wahhh.. raya cuti sakan, naik cuti masuk kerja baru la sempat nak hapdet..huhuhuh.
Tahun ni tema baju raya - Kuning kecoklatan..! Dan turn raya tahun ni ialah di Pahang... Jumaat lepas berbuka, lepas collect 'frame 5th anniversarry' dari Min, Pretty Peektures baru la kami bertolak ke Pahang. Boleh tahan jammed jugak malam tu. Bertolak kul 10 malam nak dekat pukul 2 pagi baru sampai kampung!
Sessi bersalaman di pagi raya..
Me & hubby.. Gambar semua cousin Danish & Dania kat Pahang.
Tahun ni 1st Raya utk hensem boy- Fahim *Baju melayu biru*!!
Ada la geng 'boy' Danish kat Pahang.. heheheh

Antara juadah di pagi raya... rendang, lodeh, lemang, ketupat, sup tulang, sup ayam, mee hoon, soto, Ungkep ayam, ayam masak merah, kuah kacang & Satay! Satay tu pun buat sendiri.. peram, cucuk & bakar sendiri! huuhuh



Keriangan di pagi raya & pesta main bunga api malam raya...

Moralnya Raya ni seronok sangat Danish jumpa sepupu sepapat kat kampung.... since my SIL, Ijah nak bertunang maka kitaorg pun sibuk gak le dgn persiapan nak buat kenduri. Raya pertama beraya kat rumah jiran-jiran .. Raya ke-2 gi beraya rumah sedara mara & siapkan pelamin bertunang.. raya ke-3 sibuk persiapan kenduri my SIL yg nak bertunang.. Danish pulak bila jumpa sepupu sepapat sampai lupa makan, lupa mandi, lupa tidur.. lupa segala! Calar balar kat badan jangan cakap laa.. luka sana luka sini.. sedar-sedar raya ke-3 tu lepas kenduri dia terlelap, bangun merengek cakap pening kepala... tengok2 badan panasss! Belikan Cortall.. petang tu gi beraya rumah sedara seb baik la sedar tu staff nurse.. dia cek kan body temperature Danish 39.5 degree! Terus mandikan Danish dan bagi ubat demam. Malam tu berkejar jugak le ke Bandar pusat cari klinik tak ada yg buka.. sampai ke Temerloh pun tak jumpa gak Klinik..! Last2 beli syrup Panadol je untuk Danish & Cool fever. Malam tu Danish demam, muntah-muntah, cirit birit sampai habis semua baju..! Tapi Danish tetap mantain cergasss..! The Next morning sebelum bertolak ke Johor, pergi Poliklinik berdekatan.. Dapat Ubat Demam & antibiotik...
nasib baik suhu badan Danish turun sket.. haiiiii.. main tak ingat dunia sampai demam-demam!
Majlish Pertunangan Ijah
Dalam kemeriah menyambut syawal, kami terima kegembiraan berganda dengan pertunang adik ipar aku , Ijah dengan Man dengan bertemakan kaler purple & pink. Tahniah to both of you! Semoga bersabar dengan semua dugaan dan semoga segala yang dirancangkan berjalan lancar.. Insya Allah...




Haa... tu dia Mak Andam celup.. ekekekekkeke. Pelamin hasil kerja tangan aku & K.Su... hua hua huaaa.. agak2 leh bukan bisnes andaman takk.. kuwangg kuwangg kuwangggg!

Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya... di kesempatan ini, kami sekeluarga :-
Izan, Sham, Danish & Dania
ingin mengucapkan
Selamat menyambut Aidlifitri yang mulia
Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...
tersilap bahasa, tersilap komen.. tersilap terjah he he he
semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kepada semua
Tak lupa juga
berhati-hati di jalan raya,
pandu cermat jiwa selamat
Selamat menjamu lemang dan ketupat!
p/s: Kami sekeluarga akan pulang ke kampung selepas magrib hari ini (sebab masih kerja hingga ke saat-saat akhir -18hb ) dan akan bercuti hingga 27hb Sept ...