Assalamualaikumm...

Aha sambungan citer pasal bawak both Danish & Dania berlibur kat 
REKA ZONE@ IOI MALL.

REKA ZONE ni terletak betul2 sebelah SENQ IOI tuh.
Dulu kat depan SENQ tu ada keta2 mainan letrik..
selalu kalo singgah SENQ mesti kena pau naik keta letrik tu dek budak2.
Kali ni dah bertukar terus jadi REKA ZONE plak sebelah tuu..
Masa pergi sebelum ni Danish & Dania dah serba tak kena
bila dah ternampak REKA Zone ni dari luar. tapi masa tu 
dah lewatt.. rugi plak nak masuk last minute.
Sementelah nak masuk WAJIB pakai stokin..
nak beli stokin bagai lagi kann..


So akhirnya last week la baru sempat bawak derang gi main kat sini.
Tengok posing dah ala-ala duta dah ekekekekeke.
Salah satu sebabnya, sebagai Hadiah untuk Danish sempena dapat 
Excellent Acedemic Award masa Konvo baru-baru ni.
Al-kisahh.......


Sempat posing sebelum keluar.. 
aku yang dah masuk 36 minggu... berat dah wehhhh.
Kaki pun dah start sembapp uuhuhuhuhu


Ahaa... dah tak sabar-sabar 2 beradik ni nak masuk.
Harga tiket RM20/ per ENTRY/ person (non-member).
Kalau nak DROP & SHOP (means boleh tinggal budak2)
kena charge RM30/hour/person... mahalll wehh!!
So kalau ikut rate biasa kena lah salah sorang parent temankan 
kids dalam ni.. tak leh tinggal derang huhuhuhu.


Nak masuk WAJIB pakai stokin, termasuk PENJAGA..!
So Danish & Dania dah bawak stokin dari rumah siap-siap.
Rupanya penjaga pun kena pakai jugakk..?
Tak pasal2 Abang pun kena beli gak stokin.. isk isk isk.
So yg lain kalo nak pergi standby la stokin siap2
untuk semua orang yg nak masuk dalam tu okehh..!


Dah readyy... go...!!


First tempat dekat ngan pintu masuk


Ada ruang main bola & tembak2 ni kat tengah2


Ni tempat menembak dari playground kat atas.
Kena panjat.. Danish sibuk suh aku panjat sekali..
mana la mama larat nak panjat2 wehhh!


Ada rumah.. 2 tingkat plak tuh. Siap ada tangga ke tingkat atas.. hehe


Posing kat luar rumah


Danish pun sibuk main kat dalam..
panjat tangga ke 'loteng'


Ball pool


Terjun..!!!


Ada maskot plak keluarrr


Dah main tarik-tarik plak kat dalam tu.





Ada rock climbing jugak...




Dania pun nak test power.. he he


4 jam gak Danish & Dania lepak kat dalam nih.. nyaris-nyaris tak mo keluar..
aku ngan Abang gilir2 la duk dalam monitor derang main uhuhuh.

Lepas puas main kat Reka Zone baru gerak 
gi Dinner sempena menyambut bufday Abang kat 
Al- kisahh....

Promo Air Asia kembali lagi..!!!
Harga bermula dengan 10 SEN SAHAJA..!!
Apalagii... sila terjahhh sekarangg...
Booking Period : 8th ~ 11th Dec 2011
Travel : 1st July ~ 27th October 2012


Remember to log on to www.airasia.com at 00:01 hours (GMT+8)


P/S: Dah booking utk satu Family & Parent ke Bandung tahun depan dari Promo sebelum nih.. huhu



NUSAJAYA – Taman tema Legoland Malaysia dijangka akan beroperasi mulai akhir tahun 2012 dengan sasaran sejuta pengunjung pada tahun pertama ia dibuka.
Sasaran itu dinyatakan Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst yang yakin taman tema tersebut tidak akan mencatatkan kerugian apabila ia dibuka kelak, biarpun tidak dapat mengandaikan berapa nilai yang akan diperoleh pada tahun pertama itu.
Projek pembangunan taman tema tersebut yang mula dibangunkan pada Disember 2009 dengan kos RM720 juta.
"Kita akan sentiasa memastikan perkhidmatan yang ada di taman tema ini sentiasa diperbaharui dan diperluaskan setiap tahun, sekali gus mampu memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
"Buat masa ini, Legoland Malaysia merupakan pertama di Asia dan ia akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia Tenggara, biarpun ada usaha bagi membina taman tema seumpamanya di Jepun dan Korea yang belum dimuktamadkan,” katanya kepada media mengenai kerja-kerja pemasangan laluan untuk roller coaster dikenali Lego Technic, di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB), Datuk Syed Mohamed Ibrahim dan Pengarah IDR Resorts Sdn Bhd (IDR Resorts), Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab.
Pada masa sama, Siegfried turut mengumumkan penjualan pas tahunan pra pembukaan yang dijual pada harga RM195 untuk dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak pada masa terhad di mana tiket bayaran sekali masuk ke situ bernilai RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak.
Sementara itu, Muhammad Zainal berkata, projek pembangunan taman tema tersebut mencapai 40 peratus pembinaannya biarpun berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
“Semua kerja-kerja pembinaan projek ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan dengan perkembangan itu kita yakin Legoland Malaysia ini akan siap dan dibuka mengikut jadual ditetapkan,” katanya.
Legoland Malaysia adalah merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.
Legoland Malaysia dibangunkan oleh anak syarikat IIB, IDR Resorts bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, hab gaya hidup Iskandar Malaysia.

Taman tema yang pertama di Asia itu mempunyai tujuh taman tema, dengan 50 juta blok lego digunakan bagi menghasilkan 15,000 model yang akan dipamerkan disitu.