Adoiii... nak citer pasal template blog galeri masakan aku nihh.. sebenarnya dari mula guna template ni memang rasa ada je yang tak kena. Adjust sana, sini senget, adjust situ sane hilagg...iskk..! Tapi tengok template ORI memang jatuh cinta pandang pertama di buatnya. Berapa kali cari template lain tapi tetap hati ni berkenan kat template lama tu jugak..

RUPA ASAL



RUPA tengah BLACK OUT!


Lebih teruk lagi hari ni langsung blogku yang comey putih berseri backgroundnya tu tetiba bertukar hitam! Lorrr.. ingatkan rumah je bleh black out, ni blog aku pun nak black out jugakk..?! Adoiii.. tensen makcik. Dah le baru setahunbulan jagung, kalau 'lampu' pun blackout camne la kengkawan nak singgah sini ye dak..? Tambah pulak hari ni K.Hana report kata comment box aku tu susah lak nak submit.. isk isk iskkk... Lepas tu dapat E-mail dari Mama Fiza pun mention benda yang sama..  terus pikir panjang tak berapa nak panjang.. amek je template baru... zasssssssssssssss!!! Puh kiri puhh kanann.....!! Taraaaaaaaaaa...........!!


Harap-harap takde masalah tengah template baru nih. Kalau ada nampak macam dinding tak abes cat, lantai tak abes simen tu buat-buat pejam mata je la yekk... tuan rumah pun baru nak godeh godeh he he he.

Kalau kengkawan pun terhingin nak tukar template bleh la singgah 


Banyak template best-best kat sini...! Try la tengok!

Kenapa ? Tak percaya...??? 
Percaya lahhhhhh...!! *ikut ton lagu Dato CT*. Dalam SALE ada SUPER SALE!! Kalau ada yang dah dapat duit Bonus, atau dah nampak bayang-bayang Bonus atau memang duit berlumut tak tau nak buat apa.. bleh la terjah-terjah Jualan Gudang Jusco Bukit Raja, Klang dari 4hb sehingga 6hb Jun 2010 (Jumaat ~ Ahad)

Macam biasa, belanja >RM 100 dapat Jusco Voucher Free lagi RM 5, lepas tu dapat kumpul mata ganjaran Jusco yg boleh di redeem dengan Voucher Jusco pulak setiap hujung tahun! Tu la yang aku sukerrr sangatt pergi Jusco Day Card atau SUPER SALE cam nih. Potongan sehingga 70% beb! Kalau lucky kena happy hour mau up lagi sampai 80%!! Tak ke berbaloi baloi..! Anyway aku pun tak la selalu pergi, setahun sekali dapat terjah pun OK apa buat lepas-lepas rindu hu hu hu.

Anyway silalah cek 'wajah' aku betul-betul dlm blog nih.. plan gak nak terjah Sabtu pagi-pagi limun ni. Kot-kot terserempak ngan geng2 blogger jangan segan-segan tegur no! he he. Jom pi shopping...!!
Ehem ehem... Nak mengumumkan Hadiah-hadiah yang bakal di menangi oleh pemenang 


Hadiahnya adalah seperti berikut. Di taja 100% oleh saya. Di harap para peserta gembira dengan hadiah yang di tawarkan. Kepada yang masih belum menghantar penyertaan, cepat cari gali gambar-gambar menarik tertarik kau memang da bom anda sekeluarga dan hantarkan segera penyertaan anda sebelum

~ 11:59PM 15th Jun 2010.

Dan dengan ini saya juga mengumumkan hadiah misteri juga di tambah!
Peserta ke-30 
yang membuat penghantaran lengkap juga akan menerima hadiah! 
Cepat jangan lepaskan peluang misteri ini..!! he he he 

Apapun niat saya cuma satu, untuk menjalin silaturrahim dengan lebih ramai kenalan blogger. 
Salam ukhwah dan salam sayang selalu buat semua... muaaahhhhhh!! (^ ^;)/







Tudung bawal batu gred satu x 1
Lunch box (Hot & Cool) x 1
Jusco Voucher RM10 x 4
*Di beri penghormatan memilih warna yang di gemari terlebih dahulu .
 Warna pilihan-












 Merah maroon / Biru lembut / kelabu


 


*****************************************************************









Tudung bawal batu gred satu x 1
Lunch box (Hot & Cool) x 1
Jusco Voucher RM10 x 3
*Di beri penghormatan memilih warna yang di gemari selepas pemenang pertama membuat pilihan*




*****************************************************************









Tudung bawal batu gred satu x 1
Lunch box (Hot & Cool) x 1




Jusco Voucher RM10 x 2
*Tertakluk kepada warna yang tinggal ;)*














NOTE : Lunch box ini sangat berguna jika anda jenis yang suka membawa bekal makanan ke ofis atau kuliah. Ia boleh menyimpan 'kepanasan' atau 'kesejukan' makanan dengan lebih lama kerana di lengkapi dengan lapisan aluminium yang menghalang haba atau kesejukan keluar. Saya sendiri sangat menyukai lunch box ini dan memiliki beberapa koleksi. Jika bukan anda, mungkin boleh digunakan oleh anak anda sebagai bekal ke sekolah. Sangat berguna dan menarik bukan ?



*****************************************************************


Reusable & foldable shopping bag x 1
*untuk 6 pemenang saguhati*


NOTE : Tahukan anda Selangor melancarkan kempen hari tanpa bag plastik setiap hari Sabtu? Caj 20 sen di kenakan sekiranya pengguna ingin menggunakan bag plastik. Saya sendiri pernah beberapa kali terlupa tentang kempen ini ketika berbelanja pada hari Sabtu. Makanya, bersempena menyokong semangat cintakan alam sekitar dan bumi sejagat serta menyokong kempen kerajaan Selangor, hadiah ini pasti akan membuatkan  anda lega kerana reuseable shopping bag ini boleh dilipat sebesar pouch untuk di simpan & stanby dalam handbag sekiranya jika sambil window shopping tiba-tiba ada barang yang hendak di beli, boleh terus keluarkan shopping bag ini untuk di gunakan! Sangat efisyen dan mudah di guna pakai!


*****************************************************************



Denim  Stationary / Multi purpose case x 1
Untuk penyertaan lengkap ke 7 & ke 30
Siapa pemenangnya..? tunggguuuu!!!


Multi purpose case ini diperbuat dari denim sesuai untuk menyimpan barangan peribadi anda selain coraknya yang menarik dengan corak & lakaran tulisan Jepun. Suka tak? he he.


TOP COMMENTATOR & TOP MEMBER


Hadiah berupa Bottle holder lengkap dengan aluminium layer kat dalam untuk menyimpan panas/sejuk minuman.
sesuwai untuk mengisi sebarang jenis botol 500 ml / 600 ml.

Contoh penggunaan : 
Esok nak berjalan panas-panas, malam ni simpan air dalam freezer dan bawa esok dlm bottle holder. 
Di jamin air tahan sejukk ... bestnyerr hu hu!

TOTAL = 13 hadiah/pemenang

Terma & Syarat :
1. Keputusan juri adalah muktamad.
2. Setiap peserta layak memenangi hanya SATU hadiah sahaja.
3. HANYA kos penghantaran DOMESTIK akan ditanggung oleh penganjur. 
Sekiranya pemenang terpilih berada diluar negara, pemenang boleh memilih untuk menghantar hadiah kepada keluarga di Malaysia atau pemenang dikehendaki menanggung kos melebihi kos domestik untuk penghantaran ke luar negara.
Sekian harap maklum.