Showing posts with label Hot Chat. Show all posts
Showing posts with label Hot Chat. Show all posts
Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu.
Pagi tadi tengok berita kat TV keluar kisah Baby setahun 3 bulan,
Siti Hajar yang di baham dek kera liar di muka..!
Aduhaii kesiannyaaa tengok kecederaan yang di alaminya
sehingga terpaksa terima hampir 30 jahitan..!
Tak dapat nak bayangkan kedaan baby yang tengah tidur dalam buai 
tu tiba2 kesakitan di gigit kera, kat muka pula tu..! Aduhaiii..ngerinyaa...!
Dah la baby girl, Mak ayah mana yang tak risau.
Apapun  mujurlah nyawanya terselamattt dek tindakan 
berani penjaga bayi tersebut.
Yang lain-lain tu boleh di usahakan kemudian InsyaAllah..
Semoga cepat sembuh ya dik.


Sumber Harian Metro


MELAKA: “Saya cekak tengkuk kera itu sekuat hati, baru haiwan itu lepaskan gigitan terhadap bayi yang saya jaga,” kata Rokiah Abd Rahman, 59, menceritakan detik cemas menyelamatkan bayi berusia setahun tiga bulan yang diserang seekor kera, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di rumahnya di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, dekat sini, tindakan berani warga emas itu berjaya menghalang haiwan liar berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar muka Siti Hajar Abd Razak.

Bagaimanapun, Sti Hajar cedera agak serius dan menerima hampir 30 jahitan di mukanya akibat digigit haiwan liar itu.
Rokiah berkata, ketika kejadian dia baru saja menidurkan Siti Hajar di kerusi buaian di bahagian tengah rumahnya selepas menutup semua tingkap dan pintu.

“Ketika menidurkan Siti Hajar, saya terlelap dengan berbaring di sisinya sambil tangan kanan diletakkan di badannya.

“Bagaimanapun, kira-kira 15 minit kemudian, saya tersentak apabila mendengar Siti Hajar menangis dengan kuat dan pada masa sama, saya berasa teramat sakit di tangan kanan.

“Apabila membuka mata, saya terkejut apabila mendapati seekor kera menggigit muka Siti Hajar.

“Melihatkan keadaan itu, saya menarik badan kera terbabit supaya dia melepaskan gigitan di muka Siti Hajar, tetapi ia enggan melepaskannya.

“Saya memberanikan diri mencekak tengkuk haiwan liar itu, baru ia melepaskan gigitan,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Melaka, di sini, semalam.

Menurut Rokiah, walaupun dalam keadaan sakit yang teramat sangat dengan tangan kanan berlumuran darah kerana digigit kera itu, dia terus menarik kera terbabit.

“Ketika itu, saya melihat muka Siti Hajar berlumuran darah dan dia menangis akibat kesakitan. Anak jiran saya yang mendengar bunyi bising dalam rumah masuk untuk memberi bantuan.


“Dia yang terkejut melihat kami berlumuran darah mencengkam kera itu sebelum memijaknya dan mencampaknya ke luar,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan jiran, dia menghantar Siti Hajar ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum kedua-dua mereka dirujuk di Hospital Melaka.

“Saya jarang melihat kumpulan kera berada di kawasan kampung ini, tambahan pula rumah saya terletak di laluan sibuk dan hampir dengan kawasan kilang.

“Mungkin kera terbabit masuk ke rumah saya menerusi bahagian bumbung yang tidak mempunyai siling,” katanya yang menjaga Siti Hajar sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Rokiah juga amat bersyukur kerana seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijaganya dan tidur di dalam bilik tidak diserang haiwan terbabit.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu cedera pada tangan kanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Roslan Ahmad melawat Rokiah dan Siti Hajar, semalam.

Sementara itu, ibu Siti Hajar, Hazilah Mohamad, 33, berkata ketika kejadian dia bertugas di Politeknik Merlimau, apabila dihubungi anak Rokiah yang memaklumkan kejadian itu.

Katanya, dia menggigil apabila dimaklumkan berita itu kerana menyangka anaknya demam teruk.

Dia menghubungi suaminya, Abd Razak Bakar, 33, dan mereka bergegas ke Poliklinik Merlimau.

“Anak saya cedera di dahi, hidung, bibir, gusi dan tangan kiri, namun saya dan suami bersyukur kerana Siti Hajar selamat menjalani pembedahan selama dua jam bermula jam 10.30 malam tadi (kelmarin),” katanya.

Roslan berkata, dia akan meminta pihak Jabatan Perhilitan negeri segera melakukan pemantauan di kawasan kampung berkenaan bagi menangkap kera itu.

Assalamualaikum...
Aduhai.. lain yang nak di siasat, lain yang kena siasat.
Semalam ada tengok berita TV3 pasal lakonan pelakon lagak ngeri
Profesional yang di upah melebihi RM15, 000 untuk buat 'terjunan maut'
dari pejabat SPRM..!

Fuhhhhhhhh! GANAZ...!!! Ganaz gaya yg di lakukan, ganaz lagi poket akaun
yang membayar kos.. uhuhuhu. Aku pun tak nak komen dan tambah spekulasi
yang tak menyelesaikan masalah. Kita serahkan jelah pada pihak
yang bertanggungjawab untuk selesaikan.
Di harap dengan approach 'baru' ni dapat menyelesaikan
kes2 suspek DIbunuh/TERbunuh/BUnuh diri yang melibatkan
SPRM dengan lebih tepat, cepat dan adil.
NOTE: Lumayan betul bayaran stuntman ni.
Lepas ni ada ke yg berminat nak tukar profession pulak..? ehehehe

sumber : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lagak ngeri profesional melakukan empat kali terjunan dalam pelbagai posisi dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini, semalam, bagi mendapatkan gambaran tepat kemungkinan punca kematian Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara, Klang, Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56.
Pelakon itu memulakan aksinya dengan terjun dari tingkap bilik pantri di tingkat tiga iaitu tempat terakhir mangsa berada pada hari kejadian.
Persiapan bagi melakukan aksi terjunan semula itu bermula kira-kira jam 10 pagi membabitkan seorang pelakon lagak ngeri yang ukuran badan serta pakaiannya, sama seperti dipakai Allahyarham Ahmad Sarbani. Selain itu, beberapa kru penggambaran termasuk jurukamera turut ditempatkan bagi merakamkan aksi berkenaan.
Menurut sumber yang ditemui di lokasi, empat kamera digunakan termasuk satu menggunakan jentera 'Turn Table Ladder' (tangga cakera putar) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPMKL) selain beberapa monitor (skrin) bagi memudahkan pasukan penyiasat termasuk doktor dan forensik menyaksikan terjunan itu.
“Aksi lakonan semula itu bertujuan mendapatkan gambaran kejadian sebenar berdasarkan bukti serta kesan ditemui di lokasi pada hari kejadian.

“Pelakon lagak ngeri juga bersaiz tubuh sama dengan mangsa dan berpakaian sepertinya ketika kejadian berlaku. Kos menggunakan khidmat kru penggambaran serta pelakon lagak ngeri profesional itu melebihi RM15,000,” katanya.

Sumber itu berkata, pelakon berkenaan melakukan empat terjunan dengan pelbagai gaya pada paras ketinggian melebihi sembilan meter dan bagi tujuan keselamatan beg udara berukuran 20x30 meter persegi digunakan.


Difahamkan, terjunan yang dilakonkan itu bagi memudahkan polis mendapatkan gambaran sebenar pada hari kejadian sekali gus mengetahui bagaimana cara jatuhan dan kesan kecederaan yang dihadapi mangsa selepas terjatuh dari tingkat tiga.

Proses siasatan dan lakonan semula itu dihentikan kira-kira jam 2 petang berikutan hujan lebat.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, yang turut menyaksikan proses siasatan itu berkata, ia dijalankan dengan bantuan beberapa jabatan seperti JBPMKL, St John Ambulans serta turut disaksikan wakil SPRM dan KDRM. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai proses siasatan itu dan menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Allahyarham Ahmad Sarbani terbunuh selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM ketika hadir bertemu seorang pegawai penyiasat bagi mengubah percakapan yang dibuatnya dua hari sebelum hari kejadian iaitu 6 April lalu.
Laporan bedah siasat dilakukan terhadap arwah mendapati ia konsisten dengan kecederaan seperti orang jatuh dari bangunan.

Sehingga kini, 40 saksi terdiri daripada pegawai SPRM, KDRM dan ahli keluarga mangsa sudah dipanggil bagi membantu siasatan selain pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik mangsa.  
Assalamualaikumm..
Aduhaii.. kelmarin ada buat entri pasal harga Ikan Patin
bernilai RM13,000 untuk 50 orang makan laporan Malaysia Kini.
Semalam banyak pula akhbar2 melaporkan rupanya
RM13,000 tu untuk 350 orang makan..!
so seorang harga jatuh RM37 berbanding RM260 sebelumnya..!
Tapi rupanya harga Patin Sungai mucung liar tu memang
boleh cecah RM100 sepotong..! Mak aiiiiiiiiiiiiiii......
aku rasanya tak pernah lagi makan kat kedai yang harga seketul lebih RM10.
Moralnya yang selalu makan tu confirm la Ikan patin sangkar.
Nak tengok pun tak reti uhuhuhu


Isk isk iskk.. lain kali nak keluar berita biarlah bagi maklumat tepat.. tak pasal2 je
jadi bualan masyarakat uhuhuhu. Bikin suspen satu malaysia je he he.

Anyway sebab aku pun ada keluarkan artikel tu KAT SINI, maka aku kena lah juga
publishkan artikel pembetulan tu kat sini plak.. uhuhuhu.


Harga patin berpatutan

TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.
Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.

Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.

Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong — BERNAMA
Assalamualaikum....
Bila baca berita hari ni keratan dari Malaysia Kini,
tetiba rasa macam nak meniaga ikan patin jugak.
Apa taknya.. senang2 je leh kaut RM13,000 
untuk satu group makan..!
Mak aiiiiiiiiiiiiiiiiii... memang melampau tu harganya.
Korang rasa camna? patut ke tak patut...?


Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernamahari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.


MUAR: Disebabkan wajah seiras ayah dan hubungan akrab dengan bapa yang sudah bercerai dengan ibu, seorang lelaki mendakwa hidup penuh kesukaran apabila dikhianati ibunya hingga perniagaan diusahakannya gulung tikar.
“Aku benci melihat muka kau, kau bukan anak aku dan aku tak akan ampunkan dosa kau dunia akhirat.” Itu antara ungkapan yang dihamburkan si ibu kepada lelaki berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azli dari Sungai Abong, di sini.

Menurutnya, dia disisihkan ibunya sejak berusia 12 tahun kerana wajahnya seiras ayahnya yang amat dibenci wanita berkenaan sejak mereka berpisah.
“Selain ibu, abang juga bencikan saya dan sering memukul saya. Berikutan itu, saya meninggalkan rumah ketika berusia 13 tahun.

“Saya sangka masalah selesai, namun ibu masih berdendam dan melakukan pelbagai tindakan yang menyusahkan hidup saya hingga sekarang,” katanya.

Azli berkata, dia pernah bekerja dengan sebuah firma guaman di negeri ini kira-kira tiga tahun lalu, namun diberhentikan tiba-tiba dan mendakwa ia disebabkan fitnah ditabur ibunya.
Sejak itu, dia bertekad bekerja sendiri dengan menubuhkan syarikat perniagaan berasaskan rempah dan usahanya itu membuahkan hasil.

Bagaimanapun, kejayaan yang dikecapinya hanya sementara kerana Azli mendakwa, ibunya yang berusia 50-an sekali lagi menabur fitnah kononnya rempah ratus yang dihasilkannya menggunakan bahan terlarang seperti serbuk kayu dan pewarna berlebihan.
Fitnah itu sampai ke pengetahuan pihak berkuasa dan akibatnya, serbuk rempah kurma dan kari keluaran syarikat Azli dilarang dipasarkan sejak setahun lalu.

“Berikutan itu, saya sekali lagi berdepan kesukaran, malah seorang demi seorang pekerja berhenti kerja tanpa sebab munasabah.

“Fitnah dilontar ibu terhadap saya terlalu kejam hingga saya pernah menerima kata-kata kesat daripada pekerja sendiri, malah saya juga dituduh menggunakan bomoh untuk mengahwini isteri serta tidak bertanggungjawab kepada keluarga,” katanya.

Selepas kilang diusahakannya ditutup, Azli kini hidup kesusahan dan berniaga kecil-kecilan dengan menjual makanan di sebuah gerai di bandar ini sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Azli, walaupun ibunya berterusan menghinanya, namun dia masih memberikan wang saku setiap bulan selain menjaga makan dan pakai wanita berkenaan.

Pada masa sama, perkahwinan Azli dengan gadis tempatan berusia 24 tahun kira-kira dua tahun lalu turut tidak mendapat restu ibunya.

“Pada Aidilfitri lalu, saya dan isteri pulang ke rumah ibu, namun kami hanya dibenarkan berada di luar rumah,” katanya.

Menurutnya, bagaikan dalam babak filem Ibu Mertuaku lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, ibunya mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat selain mengugut dengan ungkapan “Aku tak akan ampunkan dosa kau dunia akhirat.” Menurut Azli, ibu dan ayahnya bercerai akibat salah faham selepas kelahiran adik bongsu mereka (adik Azli) yang kini berusia 16 tahun dan ayahnya kini sudah berkahwin lain.

Assalamualaikum...

Terkejut gila baca berita ni...
Mentang-mentang di beri kepercayaan merawat kerabat Sultan Brunei,
tak agak-agak kenakan bayaran melampau sehingga mencecah
RM 63.7 juta dalam masa 5 bulan..!! Gila ke apaa..???!
Ada bil yang di naikkan sesuka hati sehingga 526 kali ganda..!!
Ada jugak doktor spesis 'kaki kikis' macam ni.
Apa pun selamat menjawab la di mahkamah yerrr...



2011/03/28 @Berita Harian


Dr Susan LimSINGAPURA: Seorang doktor pakar terkenal kini disiasat pihak berkuasa perubatan di republik ini apabila didakwa mengenakan bayaran 'melampau' berjumlah S$26 juta (RM63.37 juta) ke atas seorang anggota kerabat diraja Brunei yang menghidap barah payu dara, hanya untuk tempoh rawatan selama lima bulan.


Dr Susan Lim, 55, pakar bedah pertama berjaya melakukan pemindahan hati di Asia, didakwa mengenakan bayaran itu ke atas sepupu dan adik ipar Sultan Brunei, Pengiran Anak Hajah Damit ketika merawat beliau dari Januari hingga Jun 2007. Penasihat Kanan yang mewakili Majlis Perubatan Singapura (SMC), Alvin Yeo, ketika mengemukakan satu dokumen di Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu menyatakan jumlah bil dikenakan bagi tempoh 2004 dan 2007 ialah sebanyak S$40 juta (RM95.95 juta) tidak termasuk tuntutan bayaran perkhidmatan bagi tempoh tiga tahun sebelum itu. Laman web berita Asiaone melaporkan, Dr Lim merawat Hajah Damit dari 2001 hingga beliau meninggal dunia pada Ogos 2007.

Dokumen berkenaan menunjukkan pada hari perkhidmatan dijalankan sepanjang tempoh itu, Dr Lim mengenakan bayaran didakwa antara S$29,600 hingga S$660,000 (RM71,000 hingga RM1.58 juta) sehari. – Agensi

Baca lagi KRONOLOGI kes DR Susan Lim KLIK SINI
 Assalamualaikum...

Akhirnya pasangan kontroversi, Kris Dayanti & Raul Lemos selamat di ijabkabul kan
IAhad lepas, 20th Mar 11', di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Sahid, Jakarta.
Majlis resepsi perkahwinan mereka dijadual di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta,
pada Jumaat ini, iaitu sehari selepas hari ulang tahun kelahiran Kris Dayanti.
Tahniah utk both mempelai.

Ada satu artikel kontroversi jugak mengenai majlis ijabkabul mereka ni.. boleh layari

petikan SabahKini.



Assalamualaikum..

Harga Ayam naik sampai RM 9.80/KG..! Kalau camtu seekor mau nak cecah RM20 beb yang mentahh! Mak aiiiii.. mahall gilerrrr..! uhuhuhu. Jepun yang tsunami, Loji Nuklear meletup, radiasi pun tak sampai kat Malaysia lagi tetiba harga ayam naik dulu..! Cepat betullll!

Alasannya : "Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata masalah kenaikan harga ayam secara mendadak ini berpunca daripada harga tinggi bekalan makanan ayam yang diimport dari negara luar.

Mohd Yusuf berkata, kebanyakan negara pengimport kini mengalami bencana alam yang menyebabkan bekalan produk dijual dengan harga mahal dan senario ini memberi kesan kepada harga barangan terutama bekalan ayam di pasaran" Di petik dari Harian Metro

Errrr.. nak tau gak negara pengimport mana lagi yang di landa bencana alam ni..???
Agak heran bin ajaib gakk iskk.. iskk.. iskkk.

Kat rumah rajin gak simpan stok ayam. Buat sup or Ayam goreng salut tepung ala KFC.  Memang peberet Danish & Dania hasil pengaruh Upin & Ipin. Hari tu balik kampung masih RM6.50/Kg lagi. La ni dah RM3.30'Kg beza isk isk iskkk. Harap-harap la rega set Jom Jimat kat KFC tak naik. Kena gi terjah plak ni.. pulakkkk......
Salam....
Tadi baru dapat call sorang lagi member lama, Maezono San yang menetap di Kyushu, Jepun. Lama jugak bersembang guna i-Talk hampir sejam..! Menurutnya kadar kematian yang di laporkan telah pun mencecah 4,277 orang berbanding 3,373 orang semalam. Esok di jangkakan salji akan mula turun di beberapa tempat yang di landa tsunami. Aduhhh.. nampaknya semakin tipis peluang misi menyelamat mangsa yang masih hidup. Semoga segala urusan mereka di permudahkann... tersayat hati menyaksikan video bencana tersebut yang di ulang tayang di CCTV, channel 509 dek aku tak subscribe NHK.

Buat masa ni beberapa tempat yang mendapat bekalan elektrik dari TEPCO terpaksa bergilir untuk black out selama 3 jam bermula 6 pagi sehingga 10 malam. Kasihan mereka... dengan tiada letrik, salji yang bakal turun, tiada rumahh... semoga menjadi ikhtibar kepada kita agar bersyukur di anugerahkan dengan tanah air yang jauh dari keganasan gunung berapi dan gempa bumi...


Apapun di negara kita pun sedang heboh memperkata tentang projek loji nuklear yang di rancang oleh Agensi  Nuklear Malaysia yang di jangka untuk beroperasi tahun 2021. Woww..! aku pun baru tahu. Ada hati juga Malaysia nak buat loji Nuklear. Itu lumrahlah kalau dah negara berhabis duit tubuh agensi.. tak kan nak duduk goyang kaki. Koman2 kena la keluar usul projek mega giga kan. 

TAPI tertanggungkah negara kita yang kecil ni akan akibat buruk yang berpotensi untuk berlaku sekiranya terjadi kemalangan yang tak terduga..? Loji Nuklear berteknologi di Jepun yang sudah berusia lebih 60 tahun tu pun akhirnya terpaksa tunduk dengan kelemahan penggunaan Nuklear walaupun di dorong oleh faktor bencana alam semula jadi...Rakyat Malaysia ni bukannya ramai, 27 juta orang je KLIK SINI berbanding Jepun, 127 juta. Kalau jadi apa-apa yang buruk kat loji tu tak pasal-pasal pupus terus penduduk kat negara ni...
Mungkin juga ada hikmah di sebalik krisis nuklear yang berlaku di Jepun,
untuk mengingatkan kita semua tentang tragedi nuklear yang pernah berlaku
di Cyernobly, Ukrain

Isk isk iskkk.. apapun nak share pandangan mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir. 
Aku sokong pandangan beliau!



Berita penuh :

Malaysia tidak perlu loji nuklear: Dr Mahathir


CYBERJAYA,16 Mar 2011 : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear. 

"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini," katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.


Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa bumi dengan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.


 "Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya," katanya. 

Kerajaan, ketika diterajui Dr Mahathir, telah memutuskan empat strategi bahan bakar negara iaitu minyak, gas, arang batu dan hidro, bukannya nuklear. 

"Kita sudahpun mempunyai pengalaman buruk dengan nuklear. Saya tidak tahu apakah orang sedar tentang hal itu," katanya. 

Ditanya apakah beliau akan menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya tidak membina loji tenaga nuklear, Dr Mahathir berkata: "Saya bukan penasihat. Sebab itu saya gunakan blog." 
Malaysia bercadang membina dua loji seumpama itu yang masing-masing akan menjana kuasa 1,000 megawatt dengan loji pertama sedia untuk beroperasi pada 2021 dan yang kedua setahun kemudian. 

Ia adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga. 

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas melancarkan Bangunan Lestari Kumpulan EMKAY, di sini. - BERNAMA 
Assalamualaikum...

Hari ni masuk hari ke-4 tragedi gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.
Kelmarin aku berjaya menghubungi rakan satu Universiti dulu, Kumi bertanyakan khabar mereka dan keluarganya yang tinggal di Osaka. Alhamdulillah mereka semuanya selamat dan tidak menerima impak besar dari tragedi tersebut. Lega aku mendengarnya. Rakan ku itu kini sedang pregnant 5 bulan. Pada waktu itu dia memberitahu angka kematian yang di laporkan oleh pihak berkuasa tempatan sudah pun mencecah 1,400 orang.  Kebetulan Kumi pun baru je balik dari kursus di Sendai. Bersyukur dia kerana ketika tragedi berlaku dia sudah pun berada jauh dari situ. Namun dia sendiri bimbang jika ada di antara angka 1,400 orang itu adalah rakan-rakan yang di kenalinya dan aku sungguh memahami perasaan itu..!


Apapun aku sendiri pun masih tercari-cari apa sahaja berita perkembangan tragedi itu. Memang sungguh menyayat hati melihat gambar dan video liputan tentang tragedi tersebut. Betapa teknologi setinggi mana pun, apabila yang Esa berfirman 'Kun faya kun', maka semuanya boleh berlaku sekelip mata sahaja.

Apapun aku nak share kan link-link menarik dari blogger lain yang aku ada go thru :-

Tsunami Before & After :

WarungKampung by Sendai student

Tsunami akal & Budi by Saifulislam :

Luahan hati pelajar Jepun kita by Beautiful Nara :

Pray for Japan by JoeGrimJow

Apapun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk rakan & rakyat di negara matahari terbit tersebut.
Semoga kita mampu mengambil ikhtibar dan  mencontohi semangat mereka di saat getir menghadapi dan  menangani malapetaka hebat ini.
PART 2.

















Assalamualaikum...
Lagi gambar kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun.
Ya Allahh..!!! aku rasa hiba sangat tengok gambar-gambar nih.
Antara yang musnah teruk Sendai & Fukushima.
I've been there before..!
Di khabarkan pihak polis Jepun telah pun
menemui kira-kira 200-300 mayat di wilayah yang di landa 
badai tsunami tersebut..
Jangan lah ada di antara mereka yang aku kenall.. 
Semoga semua rakyat & pelajar kita yang berada di sana selamat
begitu juga rakyat Jepun yg lain termasuk 
semua keluarga staff Jepun ex-company aku, Nitto Denko.














Bayangkan jika berlaku di kawasan kita secara tiba-tiba..
kemana kita nak larii..??????
I just can't imagine..!!
Sesungguhnya semuanya dugaan & hikmah dari yang Esa...
Takziah kepada mereka yang terlibat.
Assalamualaikum...
Malam semalam ada terdengar kat berita pasal Jimmy yang
memfailkan saman tuntut taat & nusyuz kepada isterinya.
Agak terkejut jugak masa mula-mula tahu.
Hmm..... memang perkahwinan ni orang kata ibarat pepatah,
untung sabut timbul, untung batu tenggelam..
kadangkala kita tak tau apa yg boleh berlaku setelah mahligai itu di bina..
Yang penting sikap persefahaman & saling menerima antara pasangan.
Apa pun kita doakan yang terbaik utk Jimmy. Dia buat macam tu pun sebab
masih sayangkan isterinya. Semoga kebahagiaan tetap menjadi milik mereka especially
bila Jimmy dan isterinya pun bakal menjadi ibu & ayah.. aminnnn...

sumber : Harian Metro

SHAH ALAM: “Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga,” kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.

Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna.
Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan.

“Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu,” katanya.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.

Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.
Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan.

“Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi,” katanya.
Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai.

Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata.Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu.

Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya.

Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka.
Assalamualaikum...
Bila hati manusia hilang peri kemanusiaan..
Anak sendiri pun sanggup di jual...hmmmmm

Credit : Google

KUALA LUMPUR: Ke mana hilangnya naluri keibuan seorang wanita apabila tergamak menjual anak
 kandungnya yang berusia tiga tahun kepada individu baru dikenali semata-mata kerana wang.
Lebih tragis, wanita terbabit yang berusia 30-an turut bekerjasama dengan anak angkat lelakinya yang berusia 17 tahun membelasah bekas suaminya sehingga cedera selepas lelaki itu marah dengan tindakannya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di tempat kerja lelaki berusia 43 tahun itu di Taman Wilayah di Kepong, di sini, Isnin lalu. Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu dijual kepada seorang lelaki dengan harga belasan ribu ringgit dan kanak-kanak itu dilaporkan kini berada dalam jagaan keluarga pembelinya di Pahang.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata lelaki itu dalam laporannya memberitahu dia beberapa kali menghubungi bekas isterinya selepas mendapat maklumat wanita terbabit menjual anak mereka.

“Dalam perbualan telefon, bekas isteri mangsa mengaku sudah menjual anak mereka menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Pertengkaran itu tidak berakhir di situ apabila bekas isteri mangsa bersama anak angkatnya datang menyerang mangsa di tempat kerjanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, remaja berusia 17 tahun itu menumbuk muka mangsa beberapa kali sebelum mendakwa tidak takut kepada bapa angkatnya itu selain berani berdepan pihak berkuasa.

“Selepas itu, remaja terbabit memberikan amaran kepada mangsa supaya tidak campur tangan dalam urusan mereka. Bekas isteri dan anak angkat itu kemudian meninggalkan mangsa,” katanya.

“Kepantasan pihak berkuasa bertindak membuahkan hasil apabila bekas isteri mangsa dan anak angkatnya itu ditahan kurang sejam selepas laporan polis diterima berhampiran rumah mereka.

“Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak terbabit kini dilaporkan berada di Pahang dalam jagaan satu keluarga yang didakwa membelinya,” katanya sambil memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang 2007.

Menurutnya, wanita terbabit dan anak angkatnya kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit bercerai kira-kira setahun lalu dan tindakan wanita itu menjual anak kandungnya untuk mendapatkan wang dipengaruhi anak angkatnya berikutan dia tiada pekerjaan tetap.

Sementara itu, Zainudin menasihatkan orang ramai yang tidak mampu menjaga anak mereka supaya menggunakan saluran betul untuk menyerahkan zuriat itu untuk jagaan pihak lain dan bukan menjual anak mereka seperti barang dagangan.


Salamm..

Dalam pada kesusah payahan menghadapi banjir ada jugak rezeki 
yang di limpahkan kepada mangsanya...
Udang Galah gred A RM50/kg...!! Senang-senang je bleh dapat, dalam kebun getah pulak tu!
Kelakar pun ada.. jeles pun ada.. kalau aku tau aku pun gi gak tangkap udang kat situu!! He he


Ehhh copp..! Lupa pulakk.. hari Ahad lepas masa aku balik kampung. Abang Nuar cam biasa la mesti gi mancingg.. kali ni gi mancing Udang kat Sg Kota.. balik dapat gak le udang galah cam dalam gambar tuhhh.
Gred berapa tak tau laa.. kakak ipar aku buat goreng kunyitt je tapi memang besttt!
Kejap je licin!! ha ha


Ni la rupanya hasil udang tangkapan Abang aku... he he he

Baca article penuh. Sumber Utusan Malaysia


MUAR 15 Feb. - Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.Begitu juga dengan kejadian banjir besar yang melanda beberapa daerah di negeri ini.

Dalam kesibukan penduduk membersihkan rumah dan premis mereka yang ditenggelami air banjir, kini orang ramai di Muar, Ledang dan Segamat diberi 'rahmat' dan memberi 'hasil lumayan' apabila kebun kelapa sawit dan getah yang ditenggelami air menjadi 'kolam' udang galah.

Udang galah itu dipercayai dibawa arus deras semasa banjir melanda kawasan berkenaan dan kini 'terperangkap' di kebun kelapa sawit dan getah yang masih ditenggelami air.

Sejak dua hari lalu, air di kawasan kebun kelapa sawit dan getah yang mula surut menjadi tumpuan penduduk kampung yang menggunakan jaring dan pancing bagi menangkap undang galah berkenaan untuk hidangan keluarga, malah ada yang menjualnya dengan harga kira-kira RM50 sekilogram.

Menurut Ketua Kampung Durian Chondong, Anuar Hamdan, kawasan kebun kelapa sawit dan getah di sekitar Kundang Hulu serta Bukit Kepong ibarat seperti pesta setiap petang apabila orang ramai menangkap udang galah.
"Ada yang menggunakan serampang dan ada juga menggunakan jaring. Walaupun tidakdapat menoreh, kawasan yang dilanda banjir ini rupanya masih beri hasil," katanya kepadaUtusan Malaysia.
Menurutnya, situasi serupa pernah berlaku semasa banjir besar pada 2006 dan 2007 apabila kawasan itu menjadi tumpuan penduduk untuk menangkap udang galah.

"Kalau kita memancing di sungai pun, dalam sehari pun belum tentu boleh dapat tiga kilogram tetapi disebabkan kesan banjir ini, ada seorang kawan saya boleh dapat sehingga 10 kilogram," katanya.
Seorang pengusaha restoran yang juga peraih, Asiah Ismail, 45, memberitahu, saiz udang galah yang ditangkap penduduk itu adalah gred A yang harganya RM50 sekilogram atau lebih.

"Bukan sahaja orang kampung, orang luar dari Melaka dan Gemas, Negeri Sembilan pun tidak ketinggalan untuk menangkap udang galah di kawasan kebun dan keadaan memang macam pesta," katanya.
Katanya, sekilogram tangkapan tersebut boleh merangkumi kira-kira lima atau enam ekor udang galah

NOTE: Teringat kisah sorang ex-ofis mate. Belakang rumah sungaii.. 
setakat udang galah ni memang buh dalam Maggi jee....!!!  Memang TAK PATUT..! Isk isk iskk