Assalamualaikum...
Selamat menyambut Ramadhan buat semua rakan taulan dan bloggers diluar sana. Sedar2 dah pun masuk hari ke-3. Macamana ramadhan korang kali ni?
Ramadhan kami bermula dengan kunjungan ke Klinik dan seterusnya ke Hospital di pagi hari uhuhuhh
Delisha dah start demam hari Khamis lepas... demam nya mcm on off tapi pagi Ahad tu bangun pagi penuh mcm ruam satu badan.. nak kata campak pun mcm ia. Gi Klinik terus Dr suh gi spital cek darah since dah demam lebih 3-4 hari huhu terus lah kami ke Columbia yg terletak di Puchong. Sampai lepas zuhur gitu gini gitu gini menunggu akhirnya pukul 5 lebih baru settle. Terus balik singgah param je laa... terbantut terus niat nak memasak juadah berbuka sementelah hari cuti kan huhu.
Esoknya Mama WFH monitor Delisha... sempat gak gi cari buah kelapa muda. Time2 bulan posa ni mujur ada 1 gerai jual air kelapa muda tu berniaga mcm biasa. Mama beli 1 siap belah dan 2 biji spare kat rumah.
Petangnya elok Papa ambik abg Kakak dan Dhiya tengok2 mata Dhiya pulak dah merah sebelah.. sah la sakit mata huuuu. So hari ni Papa dia pulak take turn jaga Dhiya kat rumah... nak hantar taska confirm tak boleh takut berjangkit. Delisha dah ok... Dhiya pulak la melepek ni.
Moga cepat sembuh anak2 Mama.. aminnn