Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts
Assalamualaikum.

Al-kisah alat kosmetik ku sudah barai sebab akhir2 ni si Delisha pantang nampak pouch pink ni mesti nak di geledahnya. Penyudahnya tutup lipstik tak tau kat mana, eye shadow powder retak, berus blusher hilang and so on an so on. Omak ekau ni maklum je la sejak bergelar mom of fantastic 4 ni mmg dah tak sempat nak bersolek bagai. Mmg kalau duk sebelah ehem ehem kak Limah mmg orang nampak mcm adik beradik he huwaaaaa. Tu pun kalau sempat coles2 la jugak barang seminit dua *kalau sempat* kalau tak kuar rumah pun menonong mcm ehem2 k.limah lerr... tambah plak aksesoris dah  hilang ni makin bertambah la keserabaiann nyerr haishhh.


Makanya hari ni baru la berkesempatan nak jejak watson cari ganti. Dok belek2 staff SS datang membantu sambil memberikan kata2 hikmat nasihat dan service pantasss... sedar2 tercapai jugak barang2 kosmetik Simply Siti ni. Actually mmg dah 2 tahun bertukar barang penjagaan muka ke Simply Siti (pencuci/toner/cream) baru hari ni tergerak nak tgk barang kosmetik dia. Dan La D'Or Collection ni rupanya masih baru dipasaran (ke aku yg lambat tau).


Setelah di testingkan oleh promoter SS akhirnya aku balik dgn 3 item SS. Yg bestnya promoter siap bagi Simply Siti Moisture Night Cream percuma masa aku tgh nak bayar kat kaunter. Lepas tu datang lagi top up Air Wrick Mini Scents Gel ni for FREE jugakk... motiff ?? tak tauuu..
tapiii tetappp suker sukerr sukeerr!

Dapat FREE!!

Ok balik ni lom tentu sempat tak nak bermake up bagai pun. Yg pentingnya barang dah top up wahahaha.
Pose dgn make up ekspress by promoter... ehh.. tak macam Siti pun ?? Paaangggg!!!!!



Al-kisah
Assalamualaikum...
Hujan renyai langit mendung... semendung jiwa lara...
Renovation stuck pada skala 85-90%.... kesian budak2 cuti sekolah Mama Papa tak de hati nak berjalan kemana. Hari Isnin lepas ambil cuti sempat bawak Danish & Dania pergi tengok movie "Planes" - best sangat!. Tu pun time movie hilang kejap fikir pasal rumah... 
habis movie terus nak bergegas balik jugakk.... 

Sememangnya renovate rumah bukan kerja mudah. Dah masuk bulan ke-6.... dari plan A dah berganjak ke Plan B.... tak sangka kena run Plan C pulak huhuhuhu. Gara2 itu ada 2 schedule interior vendor yang terpaksa di postpone minggu ni. Sebelum reno memang dah survey sana sini TIPS2 untuk renovate rumah.
Antaranya tabung emergency kena ada sekurang2 30% dari budget asall..
giler banyak 30% tu wehhh.. dalam hati.. takkan kotttt sampai 30%..
bayangkan kalau kos 100K kena standby emergency 30K.. kalau 150K kena ada 45K...
kalau 200K ?? (ini CONTOH sahaja) Kira je lah sendiri.. banyakkk tuuuu !!
tapi tak sangkaa.... memang TIPS ni adalah satu realiti!!!!
so beware lah yg ada perancangan diluar sana huhu

Apapun di hari Jumaat ni yg penuh baraqah ni.. plan C akan bermula. Moga hingga selesai dan sempurna rumah idaman ni. Jauhkanlah kami dari terpaksa merangka Plan D.
Usaha yang bukan sehari... impian yang bukan setahun... 
masa tau Plan B stuck memang malam nya menangis2 aku atas sejadahh..
pada sapa lagi aku nak mengadu... hanya pada Allah... hanya pada Allah swt....
Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah. .. permudahkanlah...


Semoga Allah berikan kami jalan yang lurus dan penyelesaian terbaik dari segala macam kekusutan. Allah jualah sebaik-baik pemberi rezeki dan Dia jualah pengatur dan penguji hati. Semoga kami sentiasa bersyukur dengan anugerahNya dan tabah dengan ujianNya.... doakan semoga segala urusan kami berjalan lancar... aminnn amin yarabbal alaminnnnn
Assalamualikum..!
Mondays blues setelah kegagalan meraih pingat emas Piala Thomas Badminton huhuhu. Tapi yg lebih terasa frustnya sure kaum bapak2 heeeeeee. Dr kul 5 petang sampai nak 12 malam tu habiss..
Mmg sengit dan Jepun menang tipis. Yg kelakarnya sedang dlm negara kita satu negara tercongok dpn TV, warga Jepun hampir 'tak perasan' yg derang JUARA piala Thomas! Keluar pun hek eleh berita kecik je.... diaorg lebih extreme ngan sukan2 derang baseball or sumo.
apapun tahniah juga pd pasukan Malaysia kerana sudah bertarung sehabis baik... opssss! Jauh melalut sudaaaa..


Anyway nak update "ladies day out" yg julung2nya berjaya dibuat weekend! Seriously pecah rekod!! Ahhahaha. Ni sebenarnya acara rentetan dr 1st event ladies day out bulan lepas. Gathering dgn rakan2 BFF Ojosama. Gambar byk giler tu yg tak terupload sampai sudahh ...huhu. actually masa 1st gathering tu kitaorg pergi spa...dapat plak promo facial valid 2 bulan. Tu yg mengulang lagi gathering ni. Naseb baik en husband masing2 sporting and bagi greelight. Ma kaseh bebanyak Yayang muah muahh!
So hari ni kitaorg brunch kat Herbaline Cafe. Keluar lambat sket sbb masing masak siap2 lauk lunch utk husband dan anak2 lat rumah.  Kat  cafe ni mmg semua menu2 'sihat'. Adal cert Halal Jakim n  Sedap pulaknyer! Kalau dekat ngan umah ni mau mengulang hujung minggu ni huhu


Ok lepas brunch terus masuk SPA Herbaline. Hari ni buat facial and foot SPA treatment
.. perut dah kenyang kan apa lagi memang lena aku tidur sambil berspa hahaha. Terbaekk ahh. Masuk kul 12 tghari sedar terjaga dah kul 2 petang wahahaha. Habis facial buat foot fish spa reflexology.

Settle terus merendek ke GM. Misi satu je.... cari koleksi FROZEN!! Mmg sampai kedai nak tutup ngukur lantai bertingket2 dalam tu...mmg sungguh heaven outing
Shopping ngan bff wehh ... serasi  bersama wahaha. Mmg borong tak hingat! 



tu dia antara rembatan Frozen untuk anak2 dara... mmg puas hatii.. 
lebar senyum mak hihihi


Esok nya sakan anak2 dara bergaya dengan koleksi 'Frozen' waahahhaha.
Anak ngan mak2 sekali demam frozen kikikiki

Al-kisahh
Assalamualaikummm!!

Alhamdulillahh.. berakhir suda standby 2 minggu berturut2 yg agak memenatkan 
mental dan fizikal. Hari ni masuk office kena bagi training sempena Mentor Day.
Sambil melayan Monday bluess setelah berakhir tempoh 'standby' yg panjanggg
tetiba company buat supprise gift sempena Mother's Day !!


Majlis berlansung di E-Club... tempat kami lepak2 tea break- or any 'break' time kerja.
Boleh mengeteh, berekspresso, teh tarik, mocca, cappucino macam2 ada tinggal 
picit je and FREE hehe.

Hari ni bos2 besar yg turun menyampaikan suprise gift utk para SUPERMOMS di HP
giteww!! sungguh vangga okehhhhh!!

Dan inilah small gift tapi cukup makes my heart warm okeh....
tenkiuuu sangat sangatttt!!!!


Alkisah hari Ibu yg lepas, since Mama masih dalam 'standby mode'
so bawak budak2 beriadah dekat2 ngan rumah aje.
Lagi pun minggu tu revision week sebab Danish & Dania mula exam 
tengah tahun.


Kemain seronok & meriah.. team Sabah menggegar Taman Tasik Cyberjaya hihihi



Lepas maghrib Abang ajak dinner kat satu Restoran Chinese Muslim sebelah 
restoran Nasi Arab SABA tu... memang dah lama teringin makan kat situu.
Pergi2 tengok alahaiii.. tutuppppp... uhuk uhuk. 
tak de rezeki nak merasa ari nih.
So bila tanya budak2.. apa lagi memang Nasi Arab la pilihan merekaaa...
tapi ABang pun tak nak ajak gi SABA dah walopon sebelah jee...
akhirnya pusing ke Mr Kabab & Beriani juga hahahha.
Reasonnya satu je.. selesa.. tak crowded... ada playground untuk budak2..
makan pun boleh tahan sedappp.. hihihih


Hari ni order Chicken Kabsha (Wajibbb.. memang feveret menu aku gi mana2 Rest Arab pun).
Ayam dia lembutt sangatt.. kalau masuk mulut tinggal tarik keluar tulang je .. sedappnyerrr
dan Naan Cheesee!! (err tak leh lawan Naan Cheese RM5 yg glamer sangat kat KL tu kannn)
Sempat lagi tapau Roasted Milk Tea with Grass Jelly@Chatime feverett aku gak ni wehhh!
lately dah tak ambik pearl dah.. kalo tak confirm kena 'sound' ngan Danish..
Not good for health katanya uhuuuu


Danish pun ada bagi Mama bunga mawar kaler biruu...
terima kasih terima kasih Abang... Anak2 Mama...
sayangg semuaaa... muaahhh muahhhh!!

P/S: Buat anak2 Mama yg  menduduki peperiksaan Sumatif sekolah 
rendah kebangsaaan dan sekolah rendah agama minggu ni
Mama doakan semoa Danish & Dania dapat menjawab soalan dengan 
tenang okeh.. semoga dapat buat dengan baikk.. aminn

Assalamualaikum...

Esok cuti 1 May ada feeling2 ala monday blues tak hari ni? Hehehe.
Kena siapkan keja2 hari ni cepat supaya esok leh bercuti dengan senang hati.
Tak de plan lagi esok nak kemana ni huhu. Kalau Jumaat budak2 sekolah 
cuti kompem dah cabut balik Johor ni uhuk!

Ok melayan wednesday blues sebelum cuti umum labour day esok..
sila jangan muntahh
ari tu ada yg tanya nak tengok hihihi

Tema "Melaram sponsored by Zalora" hehe. Semua top adalah koleksi yang redeem 
dgn Voucher Zalora hari tu. Dipadankan dengan tudung dan skirt labuh/skirt kembang 
dan palazo sedia ada...
Layannnnnn



Tema colourfull...
 masuk ofis 2-3 orang tegur amboiii kemain kalerful ari ni hihihihi.
kasi ceria sket gitewww


Huwaaaa lama giler peram tudung ni sebab tak jumpa baju yg matchhh...
akhirnyaaa keluar juga dari lemari hihihi




Tema : Greennn..


Tema : BlueSSSsss..


sekiann.. alkisahhh..
*sila jangan muntah wahahahhaha*


Assalamualaikumm.....

Ahaaaa.... mode excited hihihi. Semalam parcel dari ZALORA sampai suda...
baru2 ni ada dapat sponsored post offer dari Zalora.. then dapat la token Voucher Shopping ZALORA.
Expire 31 May 2014... tapi dok peram2 takut terlupa karangg. so kelmarin terus la 'shopping'
di ZALORA.COM. Submit dalam pukul 6 petangg.. 
the next day parcel dah sampai via GDEX delivery!
Walla sungguh pantasss dan efficient!!!!!


p/s: Masih dalam mode happy hihihi
Assalamualaikummmm..

Ya Allah dah masuk minggu ke-2 tahun 2014 baru sempat nak update blog isk isk iskk.
Minta maaf semua tak sempat nak ber -BW... masuk tahun baru ni
sibuk sesangatt sampai rasa nak pinjam tangan cik sotong maskot CIMB tu hihihi.

Walaupun terlambat nak wish jugak selamat Tahun Baru 2014
kepada semua rakan2 blogger dan pembaca setia ! *cewahhh*
semoga tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua yaaa!


Tuan tanah pulak, cabaran 2014 dah pun bermula sejak hari pertama 1 Jan 2014 lagi!
Banyak perkara yg berlaku, tak sempat nak update... rasa 24 jam sehari macam tak cukup jek huhu.
Bibik yang ad-hoc buat suprise tak sambung kontrak *kalau cakap2 awal2 kan senang*,
Anak2 yg masuk sekolah... ad-Hoc cari taska untuk 4 DA' sehari sebelum persekolahan bermula.. 
team yg berpindah tempat di ofis....EBM handling... menziarah saudara terdekat di kampung yang baru je kembali ke Rahmatullah semalam... betul2 sama tarikh  dengan pemergian
Allahyarham ayahanda tercinta iaitu pd 10 January 2013, setahun yang lepas...
rindu sangat pada Arwahhh....semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yg berimann...
aminn.. Al-Fatihah

 dan yang lebih mencabar lagi
esok pagi kena seat for BJT Examm... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Bos suruh ambik secara paksa rela..
exam ni 2014 baru diperkenalkan di Malaysia bermakna
kitaorg ni pioneer batch yang akan seat exam ni.
Lansung tak sempat nak prepare apa untuk exam dalam keadaan yg superbb busy ni uhuk uhukkk!!!!

Anywayy... ku hadapi semuanya dengan tabah dan +ve!..
terima kasih kepada En Suami yg sentiasa menjadi tulang belakang dan
memberi sokongan padu dalam apa jua keadaannn... kerana dirimu ku jadi lebih kuat!

Ok... sambung 'last minute study' utk exam esok... dah pukul 10 malam pun.
Sampai dari kampung pukul 5 petang tadi ...
gitu gini gitu gini  melayan 4 DAs ni kul 6:30 ptg baru boleh nak selak buku nihh.. 
guanoooo esokkkk uhuukkk!!!


Sambil tu sempat lagii... sungguh la multitaskkk..... sambil study sambil pump...
express pumping 7 min sebelah botol dah penuh. Dah tukar botol lain and
masih continue pump masa ni huhuhuhu

Ok ku doakan rakan2 semua akan lebih berjaya tahun ini... begitu juga diriku semoga kan menjadi lebih 
baik, lebih berjaya dan lebih bersemangat mengharungi liku liku dan cabaran 2014 InsyaAllah!!!
Assalamualaikumm...

Ahaaaa cuti2 sekolah ni baru perasan rupa2 ada BE timbulll.. 
lama tu BE tenggelammm lemassss ke dasar laut kat blog aku ni uhuhuhuh.
Baru kini dia timbulll.. apapun syukur Alhamdulillah walopon nilainyer secoettt jee.
Jadi la kan buat geli geli hihihii


 Assalamualaikum...

Cuti-cuti sekolah dimusim tengkujuh... 
Memang mencabar jugak kali ni. 
Bibik balik kampung bercuti sebulann...
Kitaorg pulak balik dari bercuti hari tu bergilir2 'tumbang' uhuhuh.
Aku dah la balik2 semenanjung hari Ahad malam tu esoknya terus ada training 5 hari back to back 
kat ofis. Even public Holiday Selangor hari Rabu 11 dec tu pun training jalan macam biasa...
gi klinik doctor detect demam 38.5 deg tapi gigih gak gi training cam biasa...
maklum laa... peluang macam ni bukan selalu adaa... sekali diberi peluang memang 
rugi nak dilepaskan walaupun badan rasa macam nak rebah sangat2 tapi tetap di gagahkan jugakk
uhuhuh. Abang pulak terkena food poisoninggg uhuuuu. mujur la ada jiran yang sanggup 
jadi baby sit budak2 ni sementara


Seminggu selepasnya pulakk boleh Danish kena lelahh..
pukul 3 pagi hantar pergi neb ke klinik.
Aku terjaga kul 2 pagi tengok dia dah duduk dengan mata terpejam tak boleh
tidur katanya... nafas pun berbunyiiiii... tengok dia nak bernafas pun macam payahh terus
aku kejut Abang suh bawak dia gi Klinik.
Last Danish kena lelah masa dia umur 2 tahunnn ++ kecik2 dulu uhuhuh


Lepas sehari  Dania pulak boleh terkena infection kat pipi sebelah gusi dalam.
Macamana plak bleh terkena infection ni kannn...dah bengkak sebelah muka Dania...
musim2 hujan ni kemain semua virus nak tunjuk 'hero' memasinggg.
Abang pulak demam selsemaa... Dhiya pun selsema belum kebahh... Delisha yg selalu steady 
kali ni berjangkit jugak dengan Dhiya selsemanya dek asyik kena cium dek Dhiya je uhuhuh


Memang lepak betul 2-3 minggu ni... baru tau langit tinggi ke rendah yek tak de helper kat rumah dengan askar 4 orang yg tak sihat ni...uhuhu.
2nd week tu memang tinggal aku je bertahan tu pun sebab dah demam dulu seminggu sebelumnya.
Dapur pun dah start on off on off kejap berasap kejappp tapau je uhuhuhu.

Minggu ni Alhamdulillah semua dah kebahhhhh... 
Memang betul2 dugaan cuti sekolah tanpa helper ni uhuhuhu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dipanjangkan usia setahun lagi untuk menikmati kehidupan ini
bersama keluarga, sanak saudara dan teman2 tersayanggg...
Semoga terus dilimpahkan kebahagiaan dan rahmat olehNya selalu Aminnnn

Sementelah tahun ni Hari lahirku akan menjadi tarikh perjalanan pulang ke kampung
menyambut Hari Raya Aidil Adha.
makanya En Suami ajak celebrate dinner awalll...Sabtu malam ahad tuuu
Agak lewat jugak sampai ke tempat yg nak di tuju..
dah pukul 9:00 ++ malam...
kedai pun agak penuh...
habis2 order termasuk tunggu Pak Usu sampai dah nak 9:30mlm pun uhuhu.
So terus la order masuk cashier sebb derang pun dah ready kemas2 kann


Tak lama lepas order waiter datang plak kater menu sekian sekian dah habis...
erkkkk.... ... bufday girl *la sangat* kononya order 
Lots Of Lamb malam ni malangnya dah habis! uhuhu
Terus diaorang offer FREE Upgrade ke Half Chicken Roaster
yg of course harganya pun kena upgrade dari LOL set
tapi sebab derang dah punch and menu lak habis so derang 
bagi Upgrade FREE je lahh...


Amek ayam separuh ... penuh pinggan.. fengsannn 
bufday girl *la sangat ~* nak makan uhuhuhu

 Jap lagi datang lagi inform side dish pun dah ada yg dah habis...
aku kater alahaiii sian kamii.. .. banyak no menu yg dah habis nihhhh 
*dahh sampai pun kedai dah nak tutupp kann*
kalo camtu tak pe la.. yg belen2 tu kasi la extra skettt kami tolong perabisss kekekekek


Sekali datang amek kau.. memang betulll side dish semua dapat extra portion..
penuh pinggannn!! Yang best siap dapat extra dalam bowl ! wahahhahah
bagus baguss... seb baik service bagus malam ni.. so tak kecewa la sangatt
walopon ada menu2 yg di order dah kehabisannn

Lepas kekenyangan terus la balik umahhh... nak kemas2 barang utk balik kampung pulak.
Terima kasih banyak2 kepada En Suami dah adik2 ku sekelian yg turut sama meraikannnn..
terima kasih daun keladi yekk~!!

Tak lupa telefon Bonda di kampungg.... sambil ucapkan
terima kasih pada Emak kerana telah bersusah payah melahirkan diriku
36 tahun yang lepasss... jasa pengorbananmu tak mungkin
dapatku balas ....... terima kasih Bonda...!


posing dengan permata2 hati mama..


 

Syukur Allah di atas setiap anugerah yang Kau berikan...
semoga Kau terus merahmati kami... Aminnnnn


Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk bukan Oktober...dah masuk ke kuarter terakhir tahunan sudahhh.... Hari ini bermaksud genaplah baby Delisha 6 bulan setengah. Semakin keletah dan cerdik.
Dan pandai main, dah 'berjalan' dalam walker dengan lajunya... dah pandai ke dapur tolong mengemas pinggan dari rak rak pinggan... betapa masa berlalu begitu pantas...!!!



Alhamdulillah Delisha masih FULL BREASTFEEDING ! Bermaksud sudah 6 bulan ++ jugalah 
aku menngepam stok EBM untuk simanja tersayang...!!

Jika di imbas kembali sejarah penyusuan ketika baby2 sebelum ni, 1st baby Danish hanya 2 bulan setengah... 2005 awarness tentang penyusuan susu ibu masih belum begitu berkembang.. dengan kemudahan internet yang terhad...  bila naik kerja terus excited nak cari susu FM di pasarann... pump2 bagai ni tak terpikir lagi nak buat.  Penyudahnya 2 bulan setengah Danish dah minum susu formula sepenuhnya! Sedih kan!!!

Bila lahirkan 2nd Baby pada tahun 2007, Dania... awareness pasal penyusuan susu ibu sudah mula berkembanggg... aku sendiri pun mula dapat pendedahan dari seorang ofis mate. Banyak artikel yang dikongsikan macamana nak pump dan cara2 menyimpan EBM. Masa tu tekad untuk full breastfeed sekurang2 nya 6 bulan pada Dania !!! Lantas melaburkan sedikit RM beli Set Avent Manual breastpump.
KLIK SINI untuk catatan hari pertamaku

Pump Avent  manual yg pernah berjasa satu ketika dahulu

Catatan hasil EBM hari pertama 6 tahun lepas.... sekali pump 4-5 Oz..
3 kali pump baru dapat 12-13 Oz uhuhu..
berbanding dengan bila guna Medela Freestyle KLIK SINI.. sekali pump 8-9 Oz... 
3 kali pump ?? senang2 je kena cantas rekod masa guna  pump
single manual dulu kan hiihi

Alhamdulillahh... 6 bulan berlalu dan Dania dapat menyusu sepenuhnya samaada direct BF atau EBM.
Mujur baby sitter waktu tu rajin nak melayan EBM ni..  selepas 6 bulan stok EBM merudum... sekali pump pun tak dapat banyak... akhirnya aku pun give up pump dan Dania continue breastfeed campur FM bermaksud siang FM, malam direct BF. Berterusan sehingga Dania 3 tahun alhamdulillah...
Yang kelakarnya hari pertama nak putuskan susu... guna asam jawa dalam pukul 10 malam.. Dania terus geli tak mauu... keesokan paginya aku tersedar pukul 5 pagi badan Dania panas!! Terus demam 3 malam berturut2!! Alahaii kesian anakku....

4 tahun kemudian, 3rd baby lahir, Dhiya 2011. Masa ni sama macam Dania target pun 6 bulan. Masih menggunakan AVENT manual breastpump. Alhamdulillah... Dhiya pun dapat full BF 6 bulan pertama tapi selepas 6 bulan aku pula pergi ke Jepun atas Trip Program Jenesys selama hampir 2 minggu... di sebebkan program yang agak padat maka aku tak dapat nak pump ikut schedule..... akhirnya bila balik stok EBM licin sama sekali dan aku pun tak dapat buat stock baru.... akhirnya setelah 6 bulan Dhiya pun campur minum FM siang dan malam EBM.

Tak lama lepas tu aku disahkan mengandungkan 4th Baby, Delisha. Setelah berbincang dengan Doktor, Dhiya masih continue BF sehinggalah  baby dalam kandungan berusia 34 minggu... aku ambil keputusan utk stop BF Dhiya untuk beri laluan  reproduction BM fresh dari 0  untuk 4th Baby. Maksud aku supaya colustrum, antibodi baby akan terhasil semula sebaik 4th Baby lahir...

Bila Delisha lahir kali ni aku tekad untuk beli Medela Freestyle..! Dengan niat untuk full BF Delisha dan qada' EBM Dhiya..! teringat kali pertama aku jatuh cinta pada Medela Freestyle ketika di Surau ofis sambil pump BM. Aku di satu sudut , dan disatu sudut lain ada seorang ibu yg turut pump susu.. tapi cuma dimasukkan dalam telekung sambil si ibu melayan handphone. Sedangkan aku sambil pump manual pakai tangan kejap2 selak tengok dah berapa oz.. keluar ke tak keluarrr... kejap lagi nak kena alih ke breast sebelah pulakkk.... aku rasa agak 'busy' jugak process mengepump tu tapi hasilnya... errr... nak tunjuk pun segannnn.... 

Sekali ibu yg disebelah tadi... tau2 je dah siap, matikan pump... bila keluarkan 2 botol dari balik telekung tu dia.... 4 Oz + 4 Oz di setiap botoll.... mak oiiii 8 Oz sekali pump sambil rileks2 jer...?????
Senanggg gilerrr!!!

Dan sejak tu lah aku berniat nak beli Medela Freestyle juga sekiranya ada rezeki untuk next baby..

Dan hari ini... alhamdulillah... diwaktu paling kritikal berbanding ketika baby2 terdahulu mencecah 6 bulann... 
aku akhirnya mampu tersenyum bangga dan puas melihat hasil EBM.... apa yang aku pernah lihat berlaku pada orang lain akhirnya menjadi kenyataan untuk diriku. Walaupun harganya agak mahal sementelah dah pun masuk anak ke-4 baru terhegeh2 nak sambar Medela Freestyle tak pernah
sesaat pun aku rasa membazir apatah lagi menyesal.
Sememang aku rasa begitu berbaloi melabur beli Medela Freestyle kali ini..!!

Ini adalah hasil EBM semalam, 1hb Oktober 2013 iaitu setelah Delisha berusia 6 bulan 2 minggu...


 Tak sedar pump handsfree sambil layan gadget baru tengok2 botol dah penuh!! mujur tak sampai
tumpahh uhuhuhu. Cepat2 tukar botol baruuu!


Tu dia sebelah botol penuh...  6 Oz jugak tu


continue pump dengan botol baru


Hasilnya sessi pagi ... walaupun dah 6 bulan masih mampu pump dapat
10 Oz satu sessi..!


Dan bersambung pump sessi petangg.... dapat lagi 9 Oz..
fressh ni snap baru lepas pumppp


Susu disebelah kiri yg dah disejukkan hasil sessi pagii..
dan 2 botol di sebelah kanan fresh masih hangat lepas pumpp... nampak botol masih berwappp



Alhamdulillah... untuk 2 sessi di ofis dapat hasil sehingga 19 Oz....!! sangat berbaloi2 bagiku...
kalau dulu di saat baby 6 bulan aku sudah pun hilang semangat mengepum kerana hasilnya tidak begitu memberangsangkann.... tapi kini segalanya berubah 360 degree..!

Stok EBM ku ...?  Deep Freezer 100L hampir penuh dengan stok EBM Delisha dan Dhiya.
Stok yang mencukupi sekurang2nya untuk 3 bulan.
Aku guna bekas dadih je...senang nak susun dalam freezer.
Malam atau awal pagi bibik akan keluarkan dari freezer masuk ice box kat dapur dan akan dituang ke
botol susu sebelum dipanaskan dalam warmer *tak boleh dipanaskan terus direct dari bekas dadih*
 Bekas dadih ni pun akan
recycle 2-3 kali sebelum dibuang... disebabkan cycle EBM ada dalam 3 bulan
jadi lepas 3 bulan baru aku jumpa balik bekas dadih lama hihihih.

Sekarang ni dah masuk Oktober... masih dalam process clearkan stok bulan Jun dan
dan sebelum2nya huhuhu. Satu turus bekas EBM ni sebenarnya
terdiri dari puluhan tingkat bekass... memang tak sampai tangan nak cecah ke bawahhh
terpaksa berjinjit2 hihihi.


Nak tau tinggi mana Deep Freezer 100L ni ? Ahaa.. tu diaa..
Kalau Delisha masuk dalam tu pun tenggelam dengan EBM hihihi


Wajah ceria bayiku yang membesar dengan susu ibu sepenuhhnya.....!!
Berat Delisha 6 bulan ++ ialah 8.8 Kg!! ohohohoo. Pecah rekod jugakk!


 Sesungguhnya tidak ada lagi yang mengembirakan buat seorang ibu yang masih menyusu
melihat botol2 milk storage dan freeser
penuh dengan EBM... sememangnya aku kini mampu tersenyum puas!!

Alhamdulillah... terima kasih Allah..... terima kasih juga Medela !!!

 Assalamualaikum....

Selamat berhujung mingguuu... 
Waa minggu ni antara hujung minggu yg mengujakan sebab baru rasmi gajet baruuu!!
Baru dilancarkan Rabu lepas... En Suami tag kat FB... tengok2 promo baek punya kalau 
sign up package baru. Sementelah contract 2 tahun lepas ngan Maxis masa sign up 
Samsung Galaxy II pun dah nak habis apa lagiii tak lepas peluang laa grab 
Samsung Galaxy Notes 3 terbaru!!!


2 kali jengah Maxis center Alamanda Putrajaya.
1st visit katanya system slow/down tak boleh nak register...
tak lama *bila sampai rumah* dapat call dari Maxis center kata sistem dah ok
pergi plak lagi sekali uhuhuhu.


Mujur kali ni process berjalan lancar. Call Maxis center gak stok Notes 3 kaler putih kat
Maxis center mana yg masih available... Sunway & Garden habis dah katanya tinggal 
yang kaler hitam je. By right kalau tengok kat 
gsmarena Samsung Galaxy Notes 3 ni ada 3 variant colour 
Hitam, Putih & Pink


Tapi malangnya kat Malaysia buat masa ni cuma ada Hitam & Putih sahaja...
so sebab nak kaler putih jugak pergilah ke
ke Alamanda sekali lagiii... Terima kasih Papa kerana sanggup melayani
isterimu ini... muahhhhhh


Dapat HP on the spot. Sebenarnya kalau ikut promo, 800 MOC ( Maxis One Club)
yang subscribe plan baru talk More RM78 + Data plan 3GB RM68 akan dapat 
FREE Galaxy Gear ! Tapi lepas launching Galaxy Gear October nanti baru 
tau sapa yg terpilih sbb Maxis yg akan call sape2 yg memenuhi criteria.
Aku plak masuk hari ke-4 baru gi kann...
 rasanya hari pertama lagi  dah licin dah 800 MOC tu uhuhuh

Anyway, lepas COD barang di Shah Alam singgah ke Alam Central beli casing.
Jumpa kaler purplerr... panas2 baru sangat sampai hari ni..
kaler purple ni sgt gojes dimata I...! hihihi


Sebenarnya masa sampai2 bila bukak kotakkk.....alamakkkkkk...!!!
suspen tgk kepala cable microUSB 3.0 yg totally different dgn existing microUSB 2.0 yg berlambak2 kat umah ni dari koleksi zaman tok kaduk NorKiah dan nenek moyang SamSeng. 
Rupa port pun lebih panjang....Baca2 balik rupanya '..with backwards compatibility microUSB 2.0'
 Bila acu cable lama rupanya boleh connect kat port tu sebelah bahagian.... fuhh nasibbb baik. 
Kalo tidak senang hati la Papa konker cable charging sensorang..... mana aci hehehehe



Lagi satu yg jatuh chenta sangat ngan Galaxy Notes 3 ni sebab boleh 
view dual windows serentakk..! Rupa2nya dari Notes 2 lagi dah bolehh...
memang besttttt sangatt part ni. Bleh layan FB & baca blogg serentak gitew hew hew heww...!!
Suker sangatt okehhh!!!


Pagi ni terus 'basuh' Wristlet & wallet purple sedia ada...
terus 'baru' balikk.. maklum nak terima sedara baru kan hihihi


Complete la my purple collection...
biasa gi kerja mmg bawak wrislet ni jekkk...tak bawak hand bag bagaii..
maklum la nak bawak beg komputer pastu bag of honour 'the medela tote bag'
*beg memproses dan menyimpan titisan emas susu ibu* lagi kann..
jenuh la kalo nak tambah ngan hangbag lagii.. so bawak wristlet je.. comeyy je gitew hihih.

Apapun semangat baruu nak gi kerja esokk! yoshhh!!!