Assalamualaikum....
MCO day#64
Ramadan day#27


Hari ni nak share resepi Laksam Kelantan yang mudah disediakan,
pantas dan sedap!
Resepi gaya express sessuai untuk orang-orang yang bekerja dan ada masa masak 
di dapur tak dan 60 minit pun sebelum waktu berbuka,
Ala Master Chef challenge kekdahnya πŸ˜
Rahsianya ialah dengan menggunakan Sardin Tin!
Ya dengan cari ini  boleh  skip dan jimat masa siang ikan, rebus dan asing tulang.
Anak-anak pun suka sangat bila Izan masak sendiri di rumah.
Bertambah-tambah diaorang makan.
Boleh buat pekat kaw... kalau beli kadang-kadang2 tercair dan sebagainya.
Nak tau caranya? Jom kita lihat ;)



Bahan- bahan


Kuah Laksam

Bahan A
1 Tin Sardin
500ml Santan kotak (KARA)

Bahan B 
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
1-2 keping asam keping
1 inci halia
1/2 inci belacan (jika suka)
Bahan perasa
Garam dan gula secukup rasa

Sambal Lada (Jate)
1/2 bawang besar
5 cili padi merah
2 cili merah
2 biji limau kasturi
5 sudu cuka
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Ulam Laksam
Bunga kantan
Kacang panjang
Bawang besar
Timun batang
Tauge 


Bahan Laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung ubi 
1 tbs minyak
1tsp garam
500 ml air suam
(300 ml air panas + 200 ml air suhu bilik)

atau
Laksa basah




Cara-cara

Langkah 1 :  Kuah Laksam




1. Keluarkan sardin tin ke dalam mangkuk bertapis. 
Bilas dibawah pili air. 
Buangkan sos tomato sardin bersih.
2. Masukkan kedalam blender bersama 1 cawan santan. 
Kisar mengikut tahap kehalusan yang disukai. 
3. Masukkan ke dalam periuk dan hidupkan api.
4. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, belacan (jika suka) serta serbuk lada hitam bersama 1 cawan lagi santan.
5. Masukkan  bahan kisar ke dalam periuk yang telah berisi dengan isi sardin tadi.
6. Masukkan asam keping, air anggaran 300ml dan baki santan kotak. 
7. Sentiasa kacau di atas api sederhana supaya tidak pecah santan atau berketul-ketul.
8. Masukkan garam dan gula. Perasakan. Boleh tambah air mengikut kepekatan kuah yang disukai. Kuah laksam siap!


Langkah 2 :  Mee Laksam
1. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung ubi ke dalam satu bekas.
2. Masukkan air suam secara perlahan-lahan kedalam bekas  sambil 
mengacau tepung agar bancuhan sekata.
3. Masukkan garam dan sedikit minyak.
4. Tuangkan bancuhan 1 senduk bancuhan tepung ke atas tutup periuk
(saiz 7/8 inci) di dalam periuk stim.
5. Stimkan kira-kira 4-5 minit atau sehingga lapisan tepung menggelembung.
6. Angkat .. biarkan sebentar dan gulungkan.
7. Ulang langkah di atas. Apabila telah sejuk, potong-potong gulungan laksam tadi.


Langkah 3 :  Sambal Lada
Kisarkan bawang, cili padi, cili merah  dan limau bersama cuka 
dan sedikit gula dan garam secukup rasa. 

Langkah 4 :   Ulam Laksam
Hiriskan semua bahan ulam 
(kacang panjang, daun kesum, bunga kantan, timun dan bawang). 
Tauge dibuang ekor dan di hidangkan begitu sahaja.


Hidangkan kesemua bahan. Laksam Kelantan siap untuk dinikmati.
Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!

0 sweet comments: