Assalamualaikum...
Ahaa.. hujung weekend lepas, pagi-pagi dah hujan...
so mood pun mandommm je nak bergerak sementelah
hari ni tak da rancangan nak keluar.
Pagi-pagi dah buat breakfast, Abang plak lepas sarapan pergi ofis.
Dania tak bangun lagi.. so aku pun dengan rajinnya duk melayan PC uuhuhu.
Belek2 Fotopages lama.. Sekarang ni aku tak tau la ada tak lagi yang update
kat fotopages sejak Blog ambil alih minat internet user utk update personal journal. 
Aku pun tak tahu la sampai bila Fotopages ni akan bertahan..
belek punya belek ada satu entry ni yang aku rasa nak pindah kan dari FB
ke blogspot. Blog aku ni pun rupanya dah masuk 5 tahun dah..! Sekejapnya
masa berlalu.. ntah apa2 la aku merapu dalam blog ni selama ni kan..? ehehehhe.

Anyway ni antara kenangan yang begitu sentimental jugak untuk aku setelah 
meninggalkan bumi matahari terbit Jepun, 10 tahun yang lalu.
Peluang nak jejak semula ke sana tak selalu ada..
apatah lagi kalau kuar duit poket sendiri.. don't hope!

Kali terakhir aku jejak kan kaki tahun 2006..! 
Itu pun kerana mendapat jemputan sempena 
Reunion bekas-bekas pelajar Universiti2 di Jepun dari 
negara2 di Asia Tenggara dan China.
Peluang ni pun cuma sekali seumur hidup means
kalau dapat invitation pun sekali je seumur hidup huhu.
Anway reunion berlangsung selama 7 hari.
Alhamdulillah. sepanjang 7 hari yang singkat tu aku dapat bertemu semula dengan beberapa
insan-insan penting yang telah banyak membantu aku ketika aku berhijrah
dan menetap di sana dr 1997~ 2001.. Antaranya, senior, rakan se-Universiti,
rakan part time kat Kagoshima Hotel, dapat jumpa Prof kat U termasuk lah 
keluarga angkat di sana. So aku copy paste entry dari FB ke sini huhuhu.

1st Day:Jalan2 cari makan di Harajuku! sushi ya san desuu...

25th June 06' ~ 1st Day
Bertolak pukul 10:50mlm dari KLIA & sampai kat Narita International Airport pukul 6 pagi. Kat dalam flight pukul 4:++ dah terang benderanggg... silauuu mater. Lucky mama dapat duduk tepi tingkap pergi balik..huhuhu. Dari malaysia 6 orang. 3 dari ALEPS (Alumni Look East Policy Society) dan 3 dari JAGAM. Sorang sempai K.Azni, 18 nen buri balik Jepun. Lagi sorang sempai Hamizi, 15nen buri balik Jepun. Soshite. atashi, 4 nen buri balik Jepunn.. ihik! Sebenarnya mama ni pergi under program
 'Reunion of former students in Japan from Southest Asian countries and China". 
Sampai saner dah ade agen yang menunggu kedatangan kitaorang. Then naik aiport limousine *bas* kitaorang sampai ke Prince Hotel, Tokyo dalam pukul 8:00am terus check in. Fuhhh badan letih... tapi bila menghirup kembali udara segar Jepun, hilang penattt... Masuk bilik, mandi2 salin baju, rehat2 jap pukul 9:30 kitaorang keluar... ari ni pegi Harajuku & Hard Rock Cafe Tokyo laaaa!!! 

 

First meal ! Semestinyer mama no daisuki na SUSHI dechuu!!


Sempat lagi shopping beli baju Danish...

Shopping sakan mama kat Hard Rock cafe mechandise shop, sedar2 belanjer nak dekat 3 man..??!! Baju Danish pon aderrr...* my first hard rock cafe t-shirt*.. kawaiiiii!!! tu yang mama tamaranai tuhhhh..huhuhuh!




Hard Rock Cafe Tokyo!

The GIANT udon at Roponggi...!!

Warggghh SO BIG!...yum..yum..!!

26th June 06' ~ 2nd Day
Hari ni pagi-pagi dah start program. Conference pasal 'Current Situation in Japan' and etc. Tung tang tung tang dah pukul 4:00 petang. Settle program, malamnyer ader dinner sampai kul 8:00pm. 
  
Second day conference

2nd Day:The participant from Southeast Asian during dinner....

Lepas dinner janji jumpa member satu universiti mama dulu, Kumi-Chan kat Meguro Eki. Dah la mama tak dek HP nak bawak kehulu ke hilir, payah nyer la nak berjanji jumpa kat maner. Seb baik jumpa gak kat dalam station tuh. Lepak2, makan2, sembang2, sungguh banyak ceriter yang nak di ceriterkan.. tengok-tengok dah nak pukul 11:00mlm! alamak, member mama dah ler turun dari Kobe nun! Sebetulan dia pon nak pindah ke Yokohoma, tu yang bleh jumpa. Last2 tak sempat nak kejar Densya, mama pon songlap dia balik hotel.. heheheh. Esoknyer kitaorang breakfast sesamer sebab ader kupon terlebih.. selamber jekk. Seb baik tak kantuii!! huhuhu!  


3rd Day : Mama and Kumi breakfast kat Prince Hotel...

27th June 06' ~ 3rd Day

Hari ni conference 2nd day. Conference, lunch, conference..Tung tang tung tang program habis dalam kul 5 pm. Malam ni mama ader 'date' ngan sempai se-university mama *Kadai* namernyer K. Aslina. K.As ni sebenornyer senior mama dari mama sekolah menengah dulu, satu sekolah, senior Kadet laut, senior kat UM last2 kat Jepun dapat satu U jugakk!!! Heheheheh... So lepas dinner kitaorang janji kat Shinjuku Eki (station). Shinjuku Eki ni dah ler BESAR.. silap2 boleh sesat dalam eki. Seb baik jumpa jugak seperti yg dijadualkan. Malam ni K.As bawak mama pergi Tsukiji. Tsukiji ni glamer dengan pasar ikan yang terbesar di Tokyo. So ikan2 kat situ memang FRESHhhh..!!!!

Mama & sempai kat Sushi Zanmai

 Kitaorang pergi makan kat 'kaunter sushi' Sushi Zanmai... jangan main2, kaunter sushi ni lagi mahal dari kaiten sushi tau! *yang macam sushi king tu*  .Orang punyer la ramai walopon dah tengah malam. Ader la 15 minit gak kitaorang menunggu. Biler tiber giliran yg dinanti2, fuhhhhh..... mama tak leh nak ceriter la tahap ke'SEDAP'an sushi kat situhh!!!! S.E.D.A.P gillerrrr..!! cho oishiiiii!!!!!!!!!!!!!! Kalah mama punyer dai-ichi Madoka sushi! hehehehhe. Yang bestnyer, sempai belanjerrr!!! Jangan jeless! Ma kaceh K.As.. huhuhuhu   Balik mama songlap sempai balik hotel plakk... syyyyy..!!  he he he 

Otoro, chutoro, salmon etc semua pakat belasahh...cho oishiii!!!


Dou dai..?! Oishi sou deshou....!!!!

Wall art at Shinjuku Eki


28th June 06' ~ 4th Day

Hari ni kitaorang ader lawatan keluar. Ader 2 tempat pergi satu Panasonic Excibition Center.
Pagi2 lepas sarapan macam biasa kitaorang terus ke Panasonic Excibition centre. Selepas sedikit taklimat tentang sejarah penubuhan Matsushita (the founder of current Panasonic) kitaorang pon dibawa ke ruang2 pameran. Kat situ banyak depa displaykan peralatan elektronic yg serba canggeh! Yang paling best ialah area 'FUTURE' yg mane kat tingkat tu terletaknyer kelengkaan peralatan elektrik rumah yg serba moden dan tersangat sophisticated yg dijangka akan digunakan oleh manusia 15 tahun akan datang atau lebih awal dari itu!!! Bayangkan sebuah digital wall yang boleh bertukar jadi dinding, TV, Hi-fi, rak buku, permandangan indah atau aper sajer dengan hanya mengerakkan hujung jari anda di digital wall tuh!!! So fantastic!!!



4th Day : Breakfast. Cantik kan scenery shokudo ni

AT the Panasonic Exihibition Centre

 Selesai lawatan kami di bawa lunch ke dai-ichi Hotel tokyo. Menu hari ini ialah buffet 
yang tersangat bestt! Ketam besar-besar, udang sergar-segar..! So lucky that Japan got various delicious seafood menu so we won't suffer at all! Lepas makan rehat jap kitaorang bertolak ke pekan kecil yang 'suci' dari arus kemodenan kota utk menimbau sejarah silam Jepun. 
Lunch at Dai-ichi Tokyo Hotel with ex-Admiral Navy of Thailand

Visit the Kanoya machi

Habis program kitaorang balik ke Hotel mandi dan berehat. Lepas maghrib kitaorang pergi Akihabara, the Famous electric and electronics city. Kat akiharaba mama beli souveniour n digiCam yg dipesan ofismate. Malamnyer pulak geng2 malaysian join dgn bebudak philiphine & myanmar pi nomikai sebab esok kitaorang mungkin terpisah mengikut hala tuju masing2. *jiyu jikan* 

Night at AKiharabara, the most famous electronics city in Japan

29th June 06' ~ 5th Day
Jeng jeng jeng...!! Hari ni mama balik kampungggg!!!! Yea yeaaa.. tak sangka dapat jugak balik ke Kagoshima walopon tak de dlm schedule asal. Disebabkan organizer sanggup tanggung tiket flight pergi balik so pagi Khamis tu mama naik flight pukul 9:30am ke Kagoshima dan flight balik pukul 7:30pm. Letih memang letih balik hari tapi bila lagi dapat jumpa depa ni kan? Partner baito mama, Maizono pon terkejut dengo2 mama dah kat Tokyo masa mama call! 

5th Day : Journey to Kagoshima, my hometown uhuk! uhuk!

Pukul 11:15am landed kat Kagoshima. So dia pick up mama ape lagi balik gi jumpa kenalan mama kat Fukiage (sedara mara dia lah). Kitaorang pergi lunch *semestinyer Daisuki na Madoka Sushi lah*, sembang2, pergi lepak rumah dia jap pas tu Maezono bawak mama balik University saje nak tengok2 macamane dah ghoper U mama ni. 


Rumah Maezono.. cantik kan..!

Makan sushi lagi..ni baru betul mamanyer favourite Madoka Sushi

Aburi Salmon... yum yum! SlurrRrrppp...!!

Sebelum masuk U gi la cari apartment mama duduk depan U 3 tahun dulu tuh, boleh nyer tak jumpa sebab keadaan kat situ dah lain dan dah banyak bangunan/kedai baru naik! Sampai U, mama pergi naik bilik Prof. Mama jumpa Pof Shimura. Nasib baik dia ader. Sembang2 jap next mama nak gi Hotel tempat mama buat part time dulu, Kagoshima Sun Royal Hotel

Kat office Kadai (Kagoshima University nyer short form

Balik tgk building Information and Computer Science..natsukashi!

Ni memang kes on the spot punyer schedule, memang banquet manager je yg tau mama nak datang jumpa dia. Sampai2 sane mama terus naik ofis... demi tersembul je mama kat situ, geng2 kerja mama semua pakat terkejut!!!! 'Haaa.. norizan, macamane awak boleh ader kat sini ni? Biar betulll!!!' (setelah dialih bahasa)... lepas tu jumpa la kenalan2 mama yang lain... punya la sebak sampai berjujuran air mate! Yang best nyer depa langsung tak berubah walopon dah 4 tahun. Mama rase macam baru semalam jumpa ajerrr..uhuk! uhuk! 
Geng2 sekelas mama tak dapat jumpa sebab depa kerja dan ader yg dah berhijrah ke kota. So calling calling jelah. 

Jumpa balik geng2 baito kat Hotel..

Madoka sushi & TAIYO supermarket tmp mama pi beli brg dapur..

Dari Hotel sempat ronda Bandar Kagoshima dan terus balik ke Kagoshima Airport .
Petang tu jugak naik flight balik  semula ke Haneda Aiport,Tokyo..... 



 30th June 06' ~ 6th Day
Hari ni hari last kitaorang kat Tokyo ni sebab esok pagi2 dah nak bertolak ke Narita International Airport. So hari ni hari mama & the gang cari omiyage *ole-ole* yang mane kitaorang gelar hari ni ialah omiyage no hi. So pagi2 lepas sarapan, kitaorang pun memulakan pengembaraan ke..Nakano! Ronda2 tengok barang mama beli 2 pasang jinbei kanak2 yang kiut miut! Lepas tu kitaorang pergi ke Harajuku. Kat Harajuku la maser paling lamer sekali kitaorang pergi sebab banyak betul barang boleh di beli disini! Tempat2 menarik macam Oriental Bazaar memang famous. Yang best DAiSO plaza dia (100yen Shop) 5 tingkat siap lift sekali! Besar betoll!!

Lucnh kitaorang makan tendon..Sluurrrppp! lepas tu dah tak larat sebab barang dah banyak.. so kitaorang buat keputusan balik simpan barang rehat jap baru keluar balikkkk.


6th Day : Lunch kat harajuku maser shopping Souvenior 

The TENDON...!!! yummy !

1 July 06' ~ Last Day

Habis dah program Reunion kali ni kat Tokyo. Pagi tu kami dihantar ke Airport dan seawal pukul 11:30 kami dah check in. Nasib baik tak ada masalah pasal bagasi2 mama yang dah 'ter'lebih muatan tuhh...
Pukul 14:00 waktu Jepun kami berlepas dari Narita.... Tak sabar nak jumpa papa & Danish, rinduuuuunyerrrrr!  


 Last Day:Shopping kat Narita Airport before depart to Malaysia..

Sekian....

10 sweet comments:

Sharinginfoz said...

seronoknya dapat mengenali negara asing

*∽ IZAN ∽* said...

Re sya :
Alhamdulillah.. di murahkan rezeki ;)

Gieyana said...

bestnyer Izan..sure ko dpt speaking Japan dgn lancar kan..kalau nk kuarkan duit sendiri sure pikir berkali2 kan..tp mmg best lah psl ko dh penah dok sn..:)

kurus said...

wah panjang entry nie .. pueh akak baca .. skip2 tuu :)

ermmm dah lama jugak x bukak fotopages .. dah lama berkubur uhuhuh

*∽ IZAN ∽* said...

Re Gie :
Tu laa.. ntah bila la dapat nak jejak lagi ke sana.. kalau kuar duit sendiri mmg jgn mimpi la uhuhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re K.Ieda :
Eheheheh.. tu style citer 5 tahun lepass.. sendiri baca pun peningg hahahaha. tapi malas nak edit, copy paste jee.. hehehehe

yatie chomeyl said...

aaah kan, dulu FP gelemr gile..skrg ni blog pulak amik alih

btw, nanti kalau ada org taja lagi..meh la jln2 fukuoka pulak ehehe

*∽ IZAN ∽* said...

Re Yatie:
InsyaAllah.. kalau ada lagi rezeki nak jejak kaki kesanaa... teringat nak bawak family ke sana gakk.. entah bila la.. uhuhuu

ambrynaa said...

Gile natsukashi....sedapnya sushi!!
Kurusnya ko Izan masa ni... Hehehe

*∽ IZAN ∽* said...

Re Zalie :
Ahaa.. tu laaa. natsukashii gilerr. waza2 pindahkan dari FP ke sini ehehehehhe.

2006 kurus lagi ekk..? masa tu baru anak sorang ehehehhehe