Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Assalamualaikum....
MCO day#75
Syawal day#7


Hari ni nak share Resepi Rendang Daging....
Almaklum masih mood Syawal, tambah pulak ada stok lemang di rumah ni.
Resepi asal adalah daripada Azie Kitchen.
Dah try 2-3 resepi, so far resepi ni paling jadi dan paling kena dengan selera kami 
terutamanya anak-anak.
Owh ya, ini versi rendang berkuah ya...
maksudnya rendangnya basah dan tak kering.
Sebab bila buat rendang kering sangat, anak-anak suka makan lemang calit kuah rendang ni.
Pernah masak rendang tapi kering... kesian tengok isi rendang tu...
togel togel dah sebab kuahnya habis dah disapu dek anak-anak hihihi!

Izan masak menggunakan periuk Noxxa ya dan bahan-bahan kisar pakai 'Hand Blender'.
Sangatlah mudah, tak perlu tambah air jadi tak perlu tapis semula bawang kisar etc terus boleh tumis je dan bahan tumisan lebih cepat layu dan naik minyak.
Tambah pulak lagi mudah nak bersihkan 'Hand Blender' ni berbanding blender biasa.
Kalau kawan-kawan berminat, Izan syorkan guna brand "Kenwood - Triblade".
Ianya ada 3 mata dah hasil kisar lebih halus.

OK, Jom kita lihat! 




Bahan- bahan

1 kg daging siap dipotong kecil
750 ml santan
200 gm kerisik (1 bungkus)
2 helai daun kunyit
6 sudu cili kisar 
( Boleh kurangkan cili kisar ikut selera kepedasan)

Bahan A (dikisar)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
 

Bahan B (dikisar)
7 batang serai
2 inci lengkuas
2 sudu ketumbar - disangan dahulu
1 sudu jintan manis - disangan dahulu
1 sudu jintan putih - disangan dahulu

Cara-cara

1. Kisar kesemua bahan A. ON kan Noxxa dan tekan 'Stir' mode. 
Panaskan minyak dan tumiskan bahan A. 
Apabila telah layu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan bahan-bahan B yang telah dikisar.Kacau sebati.
3. Masukkan daging, 500 ml santan, kerisik dan daun kunyi yang telah dihiris.
Kacau sebati.
4. Tukar mode Noxxa ke 'High Pressure' dan setkan masa selama 35 ~ 40 minit.
4. Setelah selesai HP, keluarkan ke dalam periuk. Tambahkan lagi  250ml santan,
air asam jawa, garam dan gula. 
5. Masak lagi kira-kira 30-40 minit di atas api dan sentiasa kacau sehingga santan naik minyak.
6. Kacau rata dan perasakan semula gula dan garam.
Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!
Assalamualaikum....
MCO day#77
Fasa PKPB


Hari ni nak share resepi sambal belacan...
Ahaa... sambal belacan je kot kan. Tapi yelah lain orang 
lain cara pembuatan dan bahan.
Resepi asal ni Izan belajar dari kejiranan di kampung belah suami...
masa tu ada kenduri... dan bila rasa sambal belacan diaorg ni sedaplah!
So Izan tanyalah apakah resepi dan bahan-bahannya.. 
maka dapatlah seperti yang di bawah ini. 


Tambah pulak pekena dengan Timun Sulung petik tepi rumah.
Sejak-sejak PKP ni memang #stayathome je.
Sempat la nak tengok2 keliling rumah kan.
Dan sempat jugalah En Suami bercucuk tanam dan berkebun
Seronok sungguh dapat petik dan makan ulam-ulaman hasil tanaman sendiri
puas dan seronok dia lain macam !


TIPS :
Lagi satu... kalau Izan buat sambal belacan,
Izan lebih gemar guna 'Hand Blender'.
Lebih mudah dan ringkas. Tak perlu tambah air pun.
Nak basuh pun senang berbanding guna blender biasa. 
Seelok-eloknya guna Hand Blender  yang Tri-blade ya.
Kisarannya lebih halus berbanding hand blender 2 mata. 
Contohnya Izan guna Jenama Kenwood. 
Lebih kurang macam model ni ya  -

Ok berbalik pada resepi... 
Jom kita lihat! 




Bahan- bahan

20 batang cili padi
3 batang cili besar
1/4 labu bawang besar 
1 biji bawang putih
1 inci belacan bakar
1 tsp Garam
1 tbs Gula
Air asam jawa / Limau kasturi




Cara-cara

1. Goreng layukan bawang besar, bawang putih beserta belacan bakar.
(bawang tak perlu hiris)
2. Potong-potong kecik cili padi dan cili besar
3. Kisar kesemua bahan-bahan pada langkah #1 & langkah#2, garam dan gula.
4. Tuangkan hasil kisar ke dalam mangkuk. 
5. Campurkan dengan air asam jawa atau perahkan limau kasturi.
6. Kacau rata dan perasakan semula gula dan garam.
Siap untuk dihidang.



Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!

Assalamualaikum....
MCO day#65
Ramadan day#28


Hari ni nak share resepi Chai Masala Tea
iaitu sejenis teh yang dibuat dengan masak diatas api bersama herba terpilih.
First time minum Teh berherba ni di Restoran Arab Saba. 
Walaupun rasa pelik sikit tapi bila diminum panas-panas... eh boleh tahan juga sedapnya!
Lepas dari tu selain minum di restoran, pernah juga dihidangkan oleh office mate En Suami, 
expatriate dari India ketika kami berkunjung ke rumah beliau.
Minum pulak panas-panas lepas pekena roti canai yang panas2 juga baru di masak atas kuali... Memang kaw sungguh!
En Suami selalu juga minum Chai Masala Tea ni jika out station ke India.
Di sebabkan dah lama tak minum minuman ni, Ramadan lepas Izan 
buat khas untuk En Suami untuk sessi M.O.R.E.H
 (sebab hari tersebut En Suami yang masak juadah).
Memang gembira sungguh En Suami menikmati Chai Masala Tea di hidang panas-panas.
Katanya boleh lawan la 'taste' kat India sana nunn.. wahhhh!
Nak tau caranya? Jom kita lihat ;)




Bahan- bahan

Sukatan untuk membuat 1 kole Chai Masala Tea
(Kira kira 500 ml)
5 Uncang Teh
3 cm halia
2 batang kayu manis*
3 butir bunga lawang*
4 butir bunga cengkih*
4 butir buah pelaga*
300 ml air
200 ml susu cair/susu segar
2 sudu susu pekat
2 sudu madu/gula  (optional)


Cara-cara

1. Panaskan periuk (Sauce pan) di atas api.
2. Masukkan rempah bertanda * dan sangan sebentar
3. Masukkan air dan halia. Biarkan sehingga air mendidih.
4. Masukkan teh dan renehkan sebentar dengan api sederhana.
5. Apabila kelihatan sedikit pekat (teh telah sebati), masukkan susu cair dan susu pekat.
6. Kacau sehingga mendidih kira-kira 5 minit.
7. Masukkan gula/madu secukupnya. Kacau rata dan matikan api.
8. Tapiskan dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!


Assalamualaikum....
MCO day#64
Ramadan day#27


Hari ni nak share resepi Laksam Kelantan yang mudah disediakan,
pantas dan sedap!
Resepi gaya express sessuai untuk orang-orang yang bekerja dan ada masa masak 
di dapur tak dan 60 minit pun sebelum waktu berbuka,
Ala Master Chef challenge kekdahnya 😁
Rahsianya ialah dengan menggunakan Sardin Tin!
Ya dengan cari ini  boleh  skip dan jimat masa siang ikan, rebus dan asing tulang.
Anak-anak pun suka sangat bila Izan masak sendiri di rumah.
Bertambah-tambah diaorang makan.
Boleh buat pekat kaw... kalau beli kadang-kadang2 tercair dan sebagainya.
Nak tau caranya? Jom kita lihat ;)



Bahan- bahan


Kuah Laksam

Bahan A
1 Tin Sardin
500ml Santan kotak (KARA)

Bahan B 
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
1-2 keping asam keping
1 inci halia
1/2 inci belacan (jika suka)
Bahan perasa
Garam dan gula secukup rasa

Sambal Lada (Jate)
1/2 bawang besar
5 cili padi merah
2 cili merah
2 biji limau kasturi
5 sudu cuka
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Ulam Laksam
Bunga kantan
Kacang panjang
Bawang besar
Timun batang
Tauge 


Bahan Laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung ubi 
1 tbs minyak
1tsp garam
500 ml air suam
(300 ml air panas + 200 ml air suhu bilik)

atau
Laksa basah




Cara-cara

Langkah 1 :  Kuah Laksam




1. Keluarkan sardin tin ke dalam mangkuk bertapis. 
Bilas dibawah pili air. 
Buangkan sos tomato sardin bersih.
2. Masukkan kedalam blender bersama 1 cawan santan. 
Kisar mengikut tahap kehalusan yang disukai. 
3. Masukkan ke dalam periuk dan hidupkan api.
4. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, belacan (jika suka) serta serbuk lada hitam bersama 1 cawan lagi santan.
5. Masukkan  bahan kisar ke dalam periuk yang telah berisi dengan isi sardin tadi.
6. Masukkan asam keping, air anggaran 300ml dan baki santan kotak. 
7. Sentiasa kacau di atas api sederhana supaya tidak pecah santan atau berketul-ketul.
8. Masukkan garam dan gula. Perasakan. Boleh tambah air mengikut kepekatan kuah yang disukai. Kuah laksam siap!


Langkah 2 :  Mee Laksam
1. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung ubi ke dalam satu bekas.
2. Masukkan air suam secara perlahan-lahan kedalam bekas  sambil 
mengacau tepung agar bancuhan sekata.
3. Masukkan garam dan sedikit minyak.
4. Tuangkan bancuhan 1 senduk bancuhan tepung ke atas tutup periuk
(saiz 7/8 inci) di dalam periuk stim.
5. Stimkan kira-kira 4-5 minit atau sehingga lapisan tepung menggelembung.
6. Angkat .. biarkan sebentar dan gulungkan.
7. Ulang langkah di atas. Apabila telah sejuk, potong-potong gulungan laksam tadi.


Langkah 3 :  Sambal Lada
Kisarkan bawang, cili padi, cili merah  dan limau bersama cuka 
dan sedikit gula dan garam secukup rasa. 

Langkah 4 :   Ulam Laksam
Hiriskan semua bahan ulam 
(kacang panjang, daun kesum, bunga kantan, timun dan bawang). 
Tauge dibuang ekor dan di hidangkan begitu sahaja.


Hidangkan kesemua bahan. Laksam Kelantan siap untuk dinikmati.
Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!


Assalamualaikum....
Hari ni nak share resepi Home made Pizza
dari roti putih yang sangat mudah dan sedap!
Hanya perlukan 3 bahan untuk membuat doh pizza roti putih ini dan 
bahan-bahan tersebut pun sangat mudah dicari.
Jom kita lihat ;)



Bahan- bahan


Doh Pizza
8-10 keping roti putih
3 biji telur
Garam secukup rasa

Toping
Sosej 
Crab Stick
Tuna Tin
Lada Benggala
Tomato Puri / Tomato Sos
Cheese

Assalamualaikum....
Hari ni nak share resepi Home made Pizza
dari roti putih yang sangat mudah dan sedap!
Hanya perlukan 3 bahan untuk membuat doh pizza roti putih ini dan bahan-bahan tersebut
sangat mudah dicari.

Cara-cara

Langkah 1 :  Doh roti


1. Potongkan roti putih ke 9 bahagian (3x3)
2. Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam. 
Kacau rata.
3. Masukkan telur ke dalam bekas yang berisi kepingan roti yang telah 
dipotong segi segi. Gaul rata.
4. Panaskan kuali non-stick (Fry Pan) dan sapukan minyak 
sedikit pada kuali. Gunakan api kecil.
5. Susunkan  kepingan-kepingan roti tadi di atas  kuali non-stick.
Tutup dan biarkan roti bertukar kekuningan.
6. Terbalikan sebentar doh roti tadi untuk masakkan 
pada kedua belah bahagian. Angkat.



Langkah 2 :  Hiaskan Toping
1. Rebus sosej dan crab sebentar. Hiriskan kecil.
2. Sapukan tomato puri/ sos tomato ke atas doh roti.
3. Taburkan cheese (lapisan 1).
4. Susunkan bahan-bahan toping mengikut citarasa
(Sosej, crab stik, tuna spread, lada benggala etc)
5. Taburkan cheese sekali lagi di bahagian atas roti (lapisan 2).
6. Masukkan ke Microwave dan preheat selama 3-4 minit sehingga keju cair.
7. Nah... sedia untuk dihidang!



Resepi ini sangat mudah untuk dibuat. Sesuai jika ada lebihan roti putih di rumah.
Tinggal potong2 keil untuk dijadikan doh pizza.
Yang bestnya, walau dah sejuk, doh roti pizza ni tak kan keras seperti doh pizza biasa.
Yang pasti ianya sangat mudah, ringkas dan sedap.
Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


Terima kasih!

Kali ni Izan nak share resepi Mango Cheese Cake
tanpa menggunakan oven, cair di mulut dan confirm jadi!
Sukatan untuk loyang 7 inci. Jom kita lihat.


Bahan- bahan

3 biji buah mangga
( 1 biji lapisan 2, 1 biji lapisan 3, 1 biji topping)
20 keping biskut Marie
250 gram cream cheese
200 ml Whipping cream
70 gram butter
70 gram gula kastor
2 tbs serbuk gelatin 
(1 tbs utk lapisan 2, 1 tbs utk lapisan 3)
1 tsp esen vanila
1 tsp jus lemon

Cara-cara

Lapisan 1 :  Lapisan kerak (Crust)
1. Tumbuk hancur biskut marie.
2. Cairkan butter separuh dalam microwave dan curahkan kedalam adunan biskut Marie yang telah dihancurkan tadi.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang. Padatkan.
4. Simpan di dalam peti sejuk kira-kira 15-20 minit.

Lapisan 2 :  Lapisan berkeju (Cream cheese)

Bahagian 1 : Puri Mangga
1. Cairkan serbuk gelatin. Caranya campurkan sedikit air ke dalam serbuk gelatin. Bila sudah larut, masukkan sedikit air panas dan kacau lagi.
Biarkan sebentar.
2. Kisar isi 1 biji mangga dan campurkan dengan gelatin yang sudah dicairkan tadi.

Bahagian 2 : Bahan berkeju
1. Masukkan cream cheese, gula kastor, esen vanila, jus lemon serta puri mangga (Bahagian 1) 
dan putarkan sehingga sebati.
2. Putarkan/wisk  whipping cream di bekas berasingan sehingga kental.
NOTE : Jangan wisk terlalu lama. Cukup sekadar tekstur berubah kental. Jika tidak cream akan pecah.

Campurkan bahagian 1 dan bahagian 2. Gaulkan sehingga sebati.
Tuangkan ke atas lapisan 1 dan simpan di dalam peti sejuk selama  4-5 jam.


Lapisan 3 :  Puri Mangga

1. Kisarkan 1 biji buah mangga sehingga halus. 
2. Cairkan 1 tbs serbuk gelatin (teknik seperti bahagian 1 tadi).
3. Campurkan cairan gelatin dan kisaran isi buah mangga.
4. Tuangkan ke atas lapisan 2 yang telah dibekukan di dalam peti sejuk tadi.
Pastikan lapisan 2 telah beku supaya puri mangga tidak bercampur dengan lapisan 2.
5. Hiaskan dengan topping isi mangga mengikut citarasa (potong dadu).
6. Simpan semula di dalam peti sejuk kira-kira 4-5 jam untuk mendapatkan tekstur yang cantik sebelum di potong.
Gunakan loyang spring form supaya hasil kek lebih kemas.
Sedia untuk dihidang!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


Terima kasih!


Assalam
Dah lama tinggal bersawang blog ni sejak ada IG dan FB...
Sebenarnya bila masuk musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dek kerana serangan wabak Covid19, 
hari-hari memasak dan hari-hari ada update 1 menu di FB... 
So hari ni terfikir nak share resepi2 menu tu kat blog ni ....

Ok mari kita mulakan dengan resepi pertama
spagetti bolognese daging yang pasti memikat selera kepada penggemar makanan pedas 

Resepi ni adalah signature resepi #daridapurizan
dek kerana En Suami dan anak bujang memang kuat makan pedas
so even buat menu ala 'Itali' kena fushion kan juga ikut selera ahli keluarga ni kan  

Spagetti Bolognese Daging versi pedas
(SPICY MEAT BALL BOLOGNESE SPAGETTI)



Bahan- bahan

250 gram Spagetii (setengah bungkus)

Sos Bolognese 
. Setengah bungkus daging kisar Ramly
. 1 botol sos bolognese Adabi
. 7 ulas bawang putih - hiris halus
. 1/2  biji bawang holand  - cincang halus (jika suka)
. 2 sudu lada hitam tumbuk
. 2 sudu cili kisar
. Bebola daging
. Cendawan butang - hiris nipis
. Brokoli - celur dan tepikan

Cara-cara

1. Rebus spagetti bersama sedikit garam dan minyak masakkira-kira 15 minit dan toskan (atau sehingga lembut
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga keperangan
3. Masukkan cili kisar dan lada hitam. Tumis sebentar sehingga cili kisar naik minyak.
4. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Gaulkan sebati.
5. Masukkan sos bolognese Adabi dan kacau sekata.
6. Perasakan garam  dan sedikit gula jika suka untuk balancekan dengan rasa pedas. 
7. Siap untuk di hidang bersama spagetti dan juga brokoli yang telah dicelur masak.


Assalam...

Ahaa.. 2-3 hari ni hujan je kann.. 
semalam balik teringin plak buat Ikan Siakap masak stimm.. teringat ada pemanggang ajaib!
Apa lagi terus singgah kedai beli barang skett dan bersilat lah kat dapur dengan pemanggang ajaib.
Hasilnya ... taraaaaaaaaaaaaa


Memang terbaekkk.. jauh lebih mudah dengan pemanggang ajaib ni... tumis bawang di kuali lainn.. 
then semua lebur kat dalam pemanggang ajaib, didih masukkan ikan tutup!
Tunggu 10 minit.. ambik kuah sikit asingkan utk Dania yg tak makan pedass... tabur sayur dan cili tutup lagi!
Masakkk tabur daun ketumbar sikitt dan terus angkat...! Aromanya fuhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Resepi ? Boleh tengok sini. Bezanya kali ni tak de perap2 dengan halia & bawang putih tumbuk dah..
semua hiris2 dan goreng garing, asingkan sikit dan terus buat kuah
kat Pemanggang ajaib, buh semua bahan, didihkan kejap sebelum bubuh ikan... 
sangatlah mudahhh okehh!!!
Sebab ikan tu pun tak terendam penuh.. so kira terSTIM jugak la separuh badan hihihi.

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK STIM  @ Sweet Recipes Gallery

Okeh selamat mencubaa!!
TIBA-TIBA hari ni terasa terhinginnnnnnnnnn sangat makan DORIA..!!!
Oh tidakk..!!! Mana nak cari ni kalau tak sendiri yg buat..?
Dah la tak pernah buatt..! uhuhuhu
Doria ni adik beradik dengan Gratin @ Guratan.
 Bezanya DORIA base nasi, Gratin @ Guratan base makaroni.


Ishhh.. tetiba teringat Doria Takoyaki yang pernah makan kat Kagoshima dulu..! 
Uhuhuhuhu...! Kat sana nak makan terus je la gi kedaii.. kat sini kalo nakk..
kat Pasta De Gohan memang ada... tapi tak sempat la nak gi ari nihh.. uhuhuhu
Maka terus la surf internet sambil tanya ngan kawan2 termasuk lah kat 'Muka Buku' ahahaaha.
Balik beli2 bahan skett.. dan hasilnya... taraaaaaaaaa...!!


Kira first time buat seumur hidup nehh..! ahahahhaa.
Mengidam punya pasall..  gagah jugak la nak try buat uuuhuhu
Resepi macam biasa boleh KLIK kat sini


Nasi & White sauce masak asing-asing.
Nak bakar tu buh nasi dulu, pastu baru baru buh
white sauce tadi.. hias dengan udang & brokoli.



Sebelum bakar tabur Mozarella Cheese parut sesuka hatii..
lagi banyak lagi sedapp.. nyumm!!



Pastu bakar 7~8 minit dalam oven toast.
Hasilnya... Taraaaaaaaaaaaaaaaaa.......~!!!!



So nyummy..!!


Nak makan ni kira suspen gakk.. rasa takut tak de geng ahahah.
Abang kuat pedass... cheese ni aramak kureng skett.. Si Danish
pun 2x5 ngan Papanya.. kuat pedas.. tak de sambal tak jalann..
Dania.. penggeli.. tengok rupa cheese cair confirm geleng kepala..
tak senonoh betul anak dara sorang nih. Yang di angguknya gula2
atau apa saje yg manis2 lagi-lagi kaler pink..! Sabor je laaa...uhuhuhu.

Bila dah siap.. aku pun dengan senang hatinya mengadapp
Japanese Doria yg harum berbau cheese bakar.. uhuhuhuhu..
tetiba Danish pun datang dekat.. dia tanya telur ke tuh? *cheese yg dah cair terbakar*
Aku pun ha'ahkan je la umpan he he. Terus suap kat Danish..
tanpa di sangka-sangka Danish terus melekat kat pangku aku mintak 
di suap dan suap lagii..!! Komennya :
"Lain kali mama masak lah sedap-sedap macam nih!"
Waaaa weeeeeeee..!! terus lebar senyum makcik..! 
Ada gengg..!! Eheheheheheh


Licin...!! Bila licin nampak terus kat bowl tu DELICIOUS! 
Memang sodappp kat tekak makcik!!! uhuhuhuhu
Next time kalo teringin leh buat lagi nih.. best bestt...!!
Assalamualaikum...

Setelah 6 hari berpuasa, semalam baru la sempat mengasap dapur
untk buat juadah berbuka sementelah Abang 
kena pergi ofis pulak ada prob kena settle.

So nye semalam merajin kan diri buat 
NASI AYAM MADU resepi dari K.HanaMemories.
Sebelum ni pun pernah buat nasi ayam tapi tak pernah
pulak catat resepinya.
Balik tu bila Abang tau aku buat Nasi Ayam Madu,
Abang pun request suh buat kerabu mangga yang sedang berbuah2
kat depan rumah nuu..! ada 5 biji mangga muda gak Abang sagat.
Dapat la bagi sket kat jiran yg lalu lalang tengok buah mangga
berbuai2 kat pokok nunn ehehhehehe.

Lepas tu tambah pulak dengan Tauge Celur ala TCRS gituh..!
Okehh zoommmm...! Resepi cam biasa,
leh usha dari 


Nasi Ayam Madu + Kerabu Mangga + Tauge Celur




Kerabu Mangga fresh dari pokok he he


Tauge Celur ada TCRS. Resepi KLIK SINI.

Di sebabkan cara buat tauge ni tersangat sempoi.. pagi tadi
masa sahur pun buat lagi sekali.. celur sekejap je tau kalau nak rangup!


Memang di jamin licin..! ha ha
p/s: Korang berbuka apakah hari ini..?

Salam...
Sejuk pagi sabtu nih..
Kat umah tengah fikir nak masak apa  hari ni..

Anyway nak share resepi SUP TULANG. Sedap di makan time sejuk-sejuk camnih.
Mama Zharfan pernah tanya masa publish sup tulang ni nak raya hari tu tapi sampai sudah tak sempah hapdett.. Sorry sesangatt.Baru-baru ni ada buat lagi SUP TULANG masa 
makan-makan sempena cuti sekolah yang lepas so resepi fresh masih ingat terus hapdet kat blog 
takut lupa lagi huhu.
Anyway resepinya ada kat bawah ni.
Kalau nak tengok koleksi resepiku yang lain-lain bleh layari





Bahan bahan
2 Kg tulang lembu
2 biji bawang besar   - dikisar
3 biji bawang putih    - dikisar 
1 sudu jintan manis   - dikisar
1 sudu jintan putih    - dikisar
1 sudu ketumbar       - dikisar
2 inc halia                 - dikisar
1 bunjut sup tulang
Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, etc)
1/2 kiub ayam
2-3 keping asam keping
Daun sup dan bawang goreng - bahan tabur
Garam  secukup rasa

Cara-cara
1. Bersihkan dan rebuskan tulang lembu terlebih dahulu sehingga sedikit empuk (kira-kira 30 minit)
2. Kisar  bawang besar, bawang putih, jintan, ketumbar dan halia. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk. Masukkan rempah sup bunjut dan bahan-bahan rempah tumis ke periuk. Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa. 
3. Renihkan selama 30 minit lagi. Rasakan rempah sudah sebati baru masukkan asam keping. Renihkan lagi seketika. Matikan api.
4. Taburkan daun sup & bawang goreng.
5. Sedia untuk di hidang bersama sambal kicap.
Wahahahahha... busy busyy busyyyyyyyyy!! Especially hujung bulan March, bulan terakhir tahun fiskal 2009 kat ofis. Banyak benda nak kena kejar.. kena follow up.. kena complete..kena submit... kena close and so on. Kena pulak hujung March family kat kampung ada buat kenduri doa selamat skett.. Puas berkejar ke sana ke mari. Memang minggu2 terakhir yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mentall ha ha ha. Dan dah tentu Abang & anak-anak pun terasa jugak 'tempias'nyerr... sorry sangat2 yekk my dearies uhuk uhuk! Tu yang blog pun lengangggggggg... nak singgah blog kenkawan pun tak sempatt.. sorry yekk frenss...hua hua hua.

Anyway syukur semuanya dah berlalu... berlalu tak bermakna semuanya dah berakhirr...! kat ofis kena tarik nafasss panjang2 lagi kena bersedia plak nak mengadap semua agenda2 'baru' untuk tahun fiskal 2010 pulakkkk! huhuhu

Anyway, setelah hampir seminggu tak mengasap dapur akhir hari ni dapat gak meyinsing lengan. Menu pagi, nasi goreng paprik. Lunch keluar pergi attend wedding - nasi beryani and malam ni Chicken black pepper, kailan tumis belacan & sambal goreng ikan bilis n tempe.

So entry kali ni aku nak hapdet resepi untuk Chicken black pepper duo. Naper duo? saje je sebab dalam resepi ni kebanyakan bahan kuantitinya 'dua' biar senang nak hingat he he


Chicken Black Pepper Duo



Bahan-bahan
Ayam
2 biji bawang putih - dihiris
2 biji bawang besar(merah) - dihiris
2 inci halia - dihiris panjang
2 tangkai lada kering
2 sudu lada hitam - ditumbuk agak kasar.
2 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
Kiub perasa ayam (suku kiub)
Garam secukup rasa (hujung sudu)

Cara-cara
1. Potong ayam ikut suka, kalau saya sederhana. Goreng dan asingkan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan lada hitam hingga kecoklatan dan naik bau.
3. Tuang sedikit air, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa.
Kacau sebati hingga agak likat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
5. Sedia untuk di hidang! Boleh tambah sukatan bahan2 ikut selera masing-masing!

Resepi yang sangat mudah dan ringkaskan! Selamat mencuba!!