Showing posts with label Anniversary Trip. Show all posts
Showing posts with label Anniversary Trip. Show all posts
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...
tahun ini genap usia perkahwinan kami ke 15 tahun.
Tahun ni En Suami memberi cadangan untuk bercuti ke Bali... Wah seriously ??
suker suker sukerr!
Kali ni pertama kali kami pergi bercuti berdua sahaja... 
Dah bagitau Danish Dania awal-awal kali ni bagi peluang Mama Papa jalan berdua ya...
balik Malaysia nanti kita jalan ramai2 pula
So dalam masa 2 minggu tu kami pun dah booking flight ticket  dan mula mencari hotel.
Aku pun dah mula cari contoh2 itenarary percutian dari internet...
finally.. 1hb Mac kami berada di bumi Bali! Alhamdulillah. So here we goes our Bali Travelog journey


We are officially in BALI!


Travelog Bali 2019

Sebuah catatan sebagai kenangan ❤

Theme : Black & White
Penginapan : The Jimbaran Villa
Fakta Angka :
Sim kad 4.5Gb 150,000 Rp
Supir 4D3N 1.0 juta Rp


Day #1
Hari menjejakkan kaki di Bali hari ni.
Ramainya pelancong yg baru tiba di Ngurah Airport sehingga menyebabkan hampir sejam setengah untuk menyelesaikan urusan imigresen ! Seterusnya adalah mencari simkad. Simkad dengan data 4.5 Gb berharga 150,000 Rp (setelah diskaun 50,000) utk pakai 4 hari... erk!

Dalam perjalanan ke Villa , supir kami Pak Andy bawa makan di Maliboro. Specialnya di sini ialah kerana hidangan ayamnya boleh dimakan bersama tulang2nya sekali kerana dimasak sehingga lembut. Dah macam makan biskut gulung love letter pulak kekdahnya. Tak lupa order jus alpukat.. menu wajib bila sampai.dibumi Indonesia gitew

Selesai Dinner, terus supir bawa ke Jimbaran Villa. Perjalanan mengambil masa kira2 30 minit dari Ngurah Airport.

Kami disambut mesra dan turut disajikan dengan welcome drink - Air kelapa muda, buah2an dan sapu tangan basah. Then Staff iring sampai Villa sambil menerangkan fasiliti di Villa.

Kagum dengan fasiliti villa yang ditawarkan. Villa dilengkapkan dengan private pool, living room, ruang bilik dengan pool view, open bath tub dan ruang mandi yg mana ada tangga terbuka ke ruang balkoni atas yg turut dilengkapkan dengan ruang santai utk beristirehat. Ruang cabinet turut dilengkap dengan peralatan memasak dan cutlery. Everything is Perfect!

Bali ni memang terkenal dengan destinasi percutian yg romantis sejajar dengan fasiliti yang ditawarkan oleh pihak resort buat para pengunjung yg sememangnya tercari2 service sebegini.

Untuk keesokan pagi, breakfast disediakan terus ke dalam bilik (room service). Di sediakan pun dengan konsep "floating breakfast". Service ni mmg sesuatu yg unik, romantis,  comel dan sangat mengujakan !😄

Sehingga masa check out kami sekadar bersantai di dalam villa menikmati keindahan villa dan fasiliti yang ditawarkan sepuasnya. Puas berendam... bersantaii... dah sejuk naik tingkat atas pula jemur badann.

Sangat-sangat suka villa ni. Tak puas lepak sini 

Nasi Lemak Pak Nasser... rindu sudah hihihi




Hari pertama kami decide untuk ke bahagian selatan Pulau Bali dahulu iaitu Jimbaran.
Sementelah hari ke-2 esok kami bercadang untuk jejak Uluwatu terlebih dahulu



.
Dalam perjalanan ke Villa, Pak Supir bawa kami makan di Malioboro.
Yang special kat sini ialah ayamnya di masak lembut sehingga tulang pun selembut bak tulang ikan dalam tin sardin nuuu


The Jimbaran Villa, 
here we come!


Welcome drink sebaik sampai di Villa..
Air kelapa Muda dan buah-buahan segar




Staff Villa siap kalungkan kalungan bunga tu.. 
dan suruh kami posing untuk diambil gambar tepi katil 




Masuk2 sahaja terlihat kamar yg dihias indah dengan ucapan dari susunan kelopak mawar serta angsa berbentuk hati. Kami turut diberi kalungan bunga dan siap disuruh bergambar lagi oleh penyambut tetamu tadi....... layankan ajerrr😂


Toilet yang luas.. dia ada tangga bersambung terus ke tingkat atas


Bath soap selabu dibaginya utk bath tab . Siap ada gelas untuk wain tu... 
mandi pun sempat nak minum2 ke...? 
tapi ambik fefeel kami ganti dengan Teh Sosro Indon je lahhhh



Sera serbi ros.. cantekk.. harum... sukerrrrr!


Living hall lengkap dengan peralatan dapur... 

DAY#2 : Sepagi di Villa

Sekadar bersantai menghabiskan masa di Villa yang super awesome je pagi ni.
Staff Villa dah datang hantar breakfast seperti waktu yang dipinta..


Pagi yang di sambut dengan desiran air pancur kolam, hidangan lazat dan permandangan yang menyejukkan mata..
damaiiiiiiii 





OK, baju ni En Suami yang tempah... 
No 15 sempena angka ulangtahun perkahwinan kami.
Boleh tahan jugak idea beliau ni kann... I loikeee!


"You jump... I jump" eh!



Antara hidangan yang di sediakan... simple tapi complete dan sedap! 


Eh dah tukar side..OK duduk ikut order memasing yerr
Jemput makannnnnn


Masa untuk berendammmmm


Melepakkk



Bila dah kesejukan naik atas pulakkk .. berjemur sattt



Sedar tak sedar jarum jam dah hampir menunjukkan jam 12 tengaharii..
Pantas sungguh masa berlalu...
Berat ati nak tinggalkan Villa yang super awesome ni

Time to check out ..kalau boleh nak lepak lagi semalam kat sini
tapi next desination kami akan bergerak ke utara sikit maka malam ni kami akan 
check in di Kuta pula.
Sebelum tu kita ke Uluwatu Temple dulu.. jomm!


Yang penting, penginapan yg awesome ni disponsor sepenuhnya oleh En Company yg telah melanjutkan vacation claim meliputi dalam dan luar negara. Love it! ❤


Assalamualaikummm...

Ya Allah... rindunyer kat blog Sweet Omoide ni... lama sangat tak update...
Hari ni tergerak hari nak jengah blog yg dah bersawang ni...
Lor ni rata2 update story buat kenangan anak-anak kat FB and IG je huhuhhu

Anyway hari ni nak citer sikit pasal 14th Anniversarry Trip kamii..
Untuk kenangan anak-anak.. Fotopages dah close down.. habis kisah Danish Dania kecil2
terpadam terus... siannnnyerr hilang segala story morry depa kecik2 huk huk huk!

Ok berbalik pada trip kami.. Alhamdulillah 4 Mar lepas kami semua telah bercuti sempena 
ulang tahun perkahwinan ke -14 kami..  Syukur ke hadrat Ilahi diatas segala rahmah dan kurniaan  4 orang permata hati kami... semoga mahligai yang di bina ini akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.. dunia dan akhirattt

 Tahun ni kami memilih 


sebagai destinasi percutian kami. tempat nya sangat unikk... dan palinggg exclusive sepanjang percutian yang pernah kami pergi. Tak sangka ada tempat macam ni kat Malaysia ni... best best bestt!!





3 jam perjalanan dari rumah...
Masa nak buat tempahan tak muncul tu villa yang kami cari di Agoda/Booking.com dan sebagainya.
Kami memilih Vana Suite Villa yang di lengkapi dengan 
1 Hall, 2 bedroom berasingan dan 2 swimming Pool ..
Memang tertarik hati dengan reka bentuknya..
Untuk buat booking ni kena call terus ke website resort dan buat tempahan on the dot!



Sesampainya kami di Vana Suite Villa


 1 shot dengan seluruh ahli keluarga dan kek anniversary!
kek comelll sangatt.. nanti I citer hokeyyyy


bersambung to PART 2