Assalamualaikum...!!!

Ahaaa.. hari ni umur saya dah 43 hari! esok Mama dah merdekaa! Yeeeeaaa!!!
Tapi hari ni Mama nak update sessi cukur mencukur Delisha Adliena.
Al kisah dalam 4 beradik ni rambut Delisha lah yang palinggggg lebatttttttt sekali!
Mama pun tumpang excited sebenarnye hehehehehe.
Hari ke-7 lagi Papa dah nak cukur rambut tapi dek tak pernah dapat baby rambut lebat
cam ni Mama yg suh Papa tangguh dulu sebab tak puas nak usap kepala baby rambut
lebatt.. boleh ? kikikiki

Akhirnyaa.. masuk minggu ke-4 baru lah Mama setuju untuk Papa cukur rambut Delisha huhu.
Kali ni jugak sebab berpantang sendiri, Papa pun first time jugak cukur rambut
baby sendiri. Sebelum ni bidan kat kampung yg tolong cukurkan.


Sebelum dicukur... ambik gambar dulu ngan rambut dari dalam perut wat kenang-kenangann
sob sob sob! *emo lelebey plak omaknya hihi*


Pandangan dari atasss 


 Papa pun snap jugakkkk... 


Dengan lafaz Bismillah, akhirnya bermulalah sessi cukur mencukur rambut Delishaaa...


1st round kena potong ngan gunting dulu kasi nipis sikit

Masa nak start cukur Delishaa pun tengah ngantukk.. elok sangat la tuhh


Then baru lah start cukurrrrr


   Dah separuh kepala licin kena cukur. Dari telentang sampai dan meniarappp



setelah lebih sejam jugakkk.. akhirnyaaa.. licin sudahhh rambut Delishaaaa


Last touch up.. Delisha dah terjaga. Terpaksa Mama BF kat pangku baru bleh settlekan process mencukurrr


Tara....!! Rupa Delisha setelah di cukurrrrrr

Terus nampak bulattt muka !!!
Comeeyy tak sayerrr? hihihihi
Actually Mama yang suspenn.. moga lepas ni rambut Delisha tumbuh 
semula selebat2nya macam masa keluar dulu okehh!!

Assalamualaikum..

Ahaa... akhirnyaaa yang diidam2kan dapat jugak kat tangan.
Medela Freestyle double electric breastpump.
Walopon dah masuk 4 baru terhegeh2 dan beli, tapi takpe,
InsyaAllah pelaburan yang berbaloi. Bak kata orang, 
better late than never hihi.
Moga2 usaha untuk full BF baby ni akan sentiasa dipermudahkan olehNya... aminnnn


Stok EBM sehingga semalam, 5th week dengan bantuan Manual Breast Pump Avent.
Medela FS masih tengah charging which require 24 hours without intteruption.
Sehingga semalam lebih kurang 700 Oz stok EBM sudah memenuhi Chest Freezer 100L 
tu alhamdulillah.


Moga semangat utk full BF baby terus mekar... InsyaAllah!
Assalamualaikum...

Aha nak share promosi terbaru LEGOLAND 2013.
Rasanya cuti sekolah bulan March baru je habis...
tapi sebulan ++ lagi dah cuti sekolah bulan May plak.
So kepada sesiapa yang tengah riki riki destinasi percutian untuk cuti sekolah
May ini dan berminat nak ke Legoland boleh la start kumpul 
voucher2 diskaun sehingga 35% dari normal rate.


Untuk rujukan, berikut ialah harga tiket normal beserta harga
promo menggunakan My Kad/My Kid.


Dan untuk 2013 ada promo voucher 35% OFF.
Kesemua voucher dari Mamee Monster, Double Decker dan NutriGen 
ni  valid sehingga
  31 Ogos 2013.





Terma & Syarat seperti berikut :

Voucher Information

Bahasa Melayu
1. Kemukakan baucar semasa pembelian tiket harian di Kaunter Tiket LEGOLAND® Malaysia untuk menikmati diskaun sebanyak 35%.


2. Satu (1) baucar hanya sah untuk satu (1) tiket harian sewaktu tarikh pembelian.


3. Promosi ini tidak sah untuk diskaun, pakej dan promosi yang lain termasuk promosi Mykad.

4. Dengan penggunaan baucar ini, anda telah memahami bersetuju dan menerima segala syarat dan terma di www. LEGOLAND.com.my/mamee

5. Promosi tamat pada 31 Ogos 2013


6. Kod promosi: 120103006



Klik SINI untuk maklumat lanjut.
Selamat mengumpul voucher!
Assalamualaikum...

Ahaaa.. hari ni dah masuk hari ke-36 saya berpantang.
Tak rasa sekejap pun...rasa lamaa haha. Hari2 kira bila la nak habis pantang ni..
rasa macam nak start mengelat pun iye jugak ahahahaha.

Ok... hari ni nak update pasal aktivity 2 beradik ni kat umah.
Abang Danish & Kakak Dania sekolah pagi sampai petang so tinggal la
2 beradik ni je kat rumah kan.

Teringat hari pertama balik rumah dari Hospital.
Mama duduk sambil pangku menyusukan baby kat riba.
Datang Dhiya nanges2 tarik baby cemburu !!

Tapi masuk hari ke-3 agaknya bila tengok Baby tu tak balik2..
ada je kat rumah tu last2 baru la dia bleh terima.

Dah lama2, sekarang ni kalo letak baby atas sofa atau bouncer, 
asal nampak je asyik nak diciummmmmmm je baby tuh! uhuhuh

Jom layan gambar2 Dhiya main ngan Baby Delisha :- 



Kalau cium suka sangat sebut "Muuuuuuuuahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....!!"


Baby Delisha terus terjaga, mengeliat kena cium dekk Dhiya


Dah start panjat sofa plakkk...


Dhiya yang seronok 'main' ngan adik




Yeay 'Kakak Kecit' dah ada kawann... moga kamu berdua nanti jadi teman 
sepermainan yang akrab yerrr..
main elok elok tak mo notty notty okehh!!!!
Sayang kamu kamu semuaaa.. muahhhhhhhh!!
Assalamualaikum...

Nak berkongsi DILEMA yang melanda daku sekarang ni uhuk uhuk!

Bulan lepas masa promo Air Asia ada beli tiket ke
  Vietnam utk travel awal June 2013. Pergi dengan BFF ku. 
Dah lama mengidam nak ke Vietnam
dan akhirnya dapat jugak tiket & tarikh.
Bajet gi sensorang je dulu survey tempat & shopping huhu

Then kompeni En Suami plak ada plan
  Family day ke Pulau Redang awal bulan Mei 2013
Ngam2 aku pun dah habis pantang so memang cantek laa plan.. 
sementelah aku pun masih dalam cuti maternity so bleh la join sekaki kan dah nama
pun family day.. mestilah nak bawak family ye dakkkkk

TIBA TIBA...... di satu hari yang hening, 
SPR telah mengumumkan tarikh mengundi jatuh pada
5hb Mei 2013 iaitu jatuh pada hari 
percutian Family day ke Redang...!!!!

So tarikh Family Day terpaksalah diadjustkan semula
supaya semua warga kerja kompeni En Suami boleh menunaikan 
tanggungjawab kepada negara untuk pergi mengundikan...

Yang BESTnya.... tarikh adjustment yang derang dapat dari travel Agent
ngam ngam SAMA dengan tarikh PERGI DAN BALIK aku ke VIETNAM..!!!
UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!

Sebak habis niiii.... adoiiiiiiiiiiiiiii mana satu aku nak pilih niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Tiket Vietnam pun pergi balik termasuk luggage RM370 dah bayorr...
angan2 pun terbayang2 dah kat kepala...
Pada masa yang sama REDANG pun tak pernah pergiiii.... 
kalo gi sendiri tak tau la sampai ke tak ngan anak2 keciknya kannnn.
Maklum la pulau... kalau ramai2 ni meriahnya lainnn kannnnn,
Sungguh la sedihhhhhhhhh OK sebab terpaksa kansel salah satuu..
uhukk! uhukk!! uhukkkkkkkkk!!!

Jom layan gambar hiasannnn aka angan2 ke 
VIETNAM vs REDANG

VIETNAM TOUR








REDANG TOUR




  



Kalau korang jadi aku agak agak mana korang pilihhhhhh .............??????????

Ce bagi komen dan pendapat skettttt..... uhuhuhu
Assalamualaikum....

Ahaaa.. entry pasal stok EBM kali ni.
Actually masa Delisha detect ada jaundis Mama & Papa terus decide nak campur 
susu ibu & Susu formula. Ya yaa.. Mama paham. Normally kalau anak kena jaundis
Doktor akan advise utk kasi susu ibu banyak2 supaya baby rajin poo poo & buang air
lantas menyingkirkan kandungan birulubin yg menyebabkan demam kuning.
Tapi dalam kes anak2 Mama ni... masa Dania dulu dah detect
bila Mama full BF jaundis anak2 lambat turun... so untuk kes
anak2 Mama yg mana Mama berdarah O positive ni mmg Mama suspek
 jaundis disebab BF la which is only in minor case. Jadi untuk orang lain, lain kesnya kan.. so sila
jangan terpengaruh dengan kes Mama okeh.

Anyway.. disebabkan dari hari ke-5 dah start campur susu FM... 
so kira Mama start hari ke-5 tu dah start pum EBM and simpan stok dalam Freezer lah.
Alhamdulillah... susu EBM Delisha pun muai sampai nak penuh dah freezer tu 
dalam masa beberapa hari je... Mama plak masih nak mix BF/FM... freezer dah nak penuh
sedangkan pada masa yang sama Mama ada simpan angan2 nak full BF kan Delisha
bila dah kebah dari jaundis.. so MANA NAK SIMPAN EBM nih...?
Makanya dalam masa yang agak singkat terus google Mini Deep Freezer or
ada juga yang dipanggil sebahai Chest Freezer.
Survey2 lebih kurang terus mintak Papa carikan Chest Freezer nih..
dan akhirnya Papa balik dengan membawa En Midea seperti di bawah ni hihihi


Beli kat On King electric stores, dengan saiz 99L dan beharga RM599 *untuk yg tengah survey*.
Ni harga paling murah Papa jumpa.. ada model lain, Faber 100L & Elba 130L Chest Freezer
tapi rega RM649 & RM699 setiap satu.
So rasanya cukup lah saiz 100L ni untuk stok EBM buat masa ni kan. Itu pun pening kepala
nak buh mana Chest Freezer ni. Rumah dah cukup2 sempit okehhh!


Ini dia view dari arah atas freeze. Di lengkapkan dengan bakul kecit.


Sekali double pump kiri kanan... dapat dalam 7 Oz Alhamdulillah. 
Mama ada Avent manual pump... tambah satu Avent manal pump lagi kepunyaan SIL
yang menganggur. So kat umah leh la double pump secara manual tapi 
boleh la imagine camne rupa orang double pump manually kan uhuhuhu.


Keadaan bahagian freezer yang dah hampir penuh dalam 
beberapa hari uhuhuhuhu. 


Okeh.. stok EBM pada minggu ke-2 dalam pantang.
Bekas yang tak bertarikh tu masa awal2 pump EBM start hari ke-5.


Close up sketttt. Simpan pakai bekas dadih je senangg nak susun uhuhuh.


Errkkkk... tapi tiba-tiba je ada 'alien' yang menggoda iman orang dalam pantang tauuu...!!
paham2 je la cuti sekolah kann.. Dania la request suh buat eskrem. Yang kelakar masa mula2 Papa
balik bawak Chest Freezer tu nak setup memang Dania tanya... 'Ada eskrem ke dalam tu Papa...?'
ahahahha.. sabor je la kann. Nu pun snap eskrem dah tinggal berapa batang jekk.. memang laris la panas2 terik ni kannnnn. Cuti sekolah selain buat eskrem, buat Dadih jugak penuhkan peti ais. Kebetulan 
buat dadih perisa buah buahan. Kaler lebih kurang sama macam kaler EBM. Boleh budak2 ni 
keluarkan EBM dari Chest Freezer ni sebab derang ingatkan Dadih! sabor je la kikiki


Zoom lagiii...amboii.. sampai 4 perisa nko eskrem Malaysia di musim2 
panas terik sempena cuti sekolah ni. Papa pulak layan je kan request anak dara tu.
Ingat Mama tak telan air liur ke tengok orang lain 
srootttttttttttttt srrootttttttttttttt sedut eskrem Malaysia...! Owh tidakk.. kijamm kijamm!!
Sungguh meruntun jiwa okehhh!!!
Last2 Papa suapkan jugak kat mulut Mama.. 'Buat Ubat' dia kata ahahahaha!!.


Okeh ni stok EBM di minggu ke-3 dalam pantangg. Dah hampir separuh freezer penuh ngan EBM.


Target nak penuhkan Chest Freezer ni ngan EBM sebelum habis pantang.. InsyaAllah. Buat masa ni Mama memang ambik susu Natalshape sekali seharii... ada dos sampai habis pantang ni.
Sambil2 tu tengah habiskan Vitamin C & Vitalea Shaklee belen2 masa pregnant hari tu.
Set menyusu Shaklee baru order...  tunggu delivery je dalam minggu ni InsyaAllah. 


Mudah2 murah rezeki anak2 Mama. Niat dalam hati kalau cukup stok & Dhiya masih nak minum EBM ni nak supply sekali utk both Delisha & Dhiya. Sian Dhiya.. sebulan sebelum Mama bersalin dah stopkan BF dia sebab nak trigger balik utk Colostrum stimulation untuk baby which is antibodi terpenting untuk setiap setiap bayi yang baru saja lahir ke dunia. So kalau Dhiya still nak minum EBM ni InsyaAllah nak supply balik. Pernah test sekali habis Dhiya minum uhuhuhu. 
Tapi Dhiya sekarang susu FM pun sekali minum dah 8-9 Oz uhuhuhuhu. 
Mungkin kalau EBM 7 Oz dah kenyang kot sebab EBM lagi mengenyangkan kan.


Ni pulak masa lawatan Mak Teh, Mak Lang & Achik tengok baby masa cuti sekolah hari tu. Tengok la
apa jadi ngan kotak Freezer tuh. Yg dewasa pandang kotak tu macam 'sampah'. Tapi tidak di mata2 budak2 ni... di modifiednya jadi 'Hotel 5 bintang'.. siap ada pintu & tingkap hahahahha..!!


Cuti sekolah punya pasall.. layankan je lah idea budak2 ni kann hihihi.

Al-kisahhhh

NOTE : Berminat nak guna double breast pump yang lebih effisien 
untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusive dan buat stock 
EBM tak habis-habis ??

Boleh dapatkan di sini :-