Assalamualaikumm..
Happy belated Hari Malaysia. Doaku agar Malaysia terus dilimpahkan kemakmuran dah rahmat dariNya. 
Ada kawan ofismate berbangsa Cina yg berpuasa 40 hari mengikut kepercayaan mereka sempena Hari Malaysia agar Malaysia sentiasa aman sejahtera katanya ;)



Cuti Hari Malaysia kami sekeluarga mengambil peluang pulang ke kampung menziarahi orang tua. Emak tak berapa sihat.... sakit2 lutut..  Dah jumpa pakar tulang dan dah ambik injection serta supplement. Kesian emak... harap2 Emak cepat sembuh seperti sediakala..... aminnn

Hari Ahad cuaca mendung dan hujan sepanjang hari.. petang Abang ajak ambik angin ronda2. Singgah n lepak kat Teluk Sengat cari rojak ketam... tapi dah habis uhuk!! last2 layan jelah apa yg ada... Emak tak larat nak ikut rehat kat umah je huhu. Tapaukan Mee bandung je kat Emak huhu


Hari Malaysia tu sempat jugak melawat Pusara Arwah Atuk... rindu kat Atuk bila teringat... doa kami semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh yg Maha Esa.... aminn
Jam 3 petang jugak bertolak balik. Jam 11 malam baru sampai gara2 jem kat PLUS highway selepas Pedas Linggi. Singgah toilet hentian sebelah pun queue panjang sampai 20-30 orang!
Kalo cuti ph camni tak sah PLUS kalo tak jem kann.. letih sungguh !




Assalamualaikum....

Sekali sekala bila datang mood nak ber'shawl...
Kalau pakai pon gi office.. kalau berjalan keluar ngan askar2 ku yg comel tu rasanya
tak sanggup nak melilit2... uhuhuhuh


Baru2 ni 2 layer shawl dari Ambrynaa Shawl sampai..
so melaram la wat gi office. Snap kasi kat tuan butik 
terus di upload ke FB nya.. uhuhuhu

Sedap pakai shawl ni.. kain sejuk dan ringan tapi jatuh terletakk.

Lagi koleksi lain dari Ambrynaa Shawl :



Kalau nak usha koleksi lain boleh layari :


 Assalamualaikum...

Aha.. hari Merdeka 31 Aug yg lepas emergency balik kampung Pahang melawat makcik saudara yg
dimasukkan ke wad Hospital Temerloh setelah hilang selera makan dan muntah2 teruk. Pagi2 lagi Pak Lang dah sampai rumah untuk car pool balik kampung. Budak2 termasuk Fahim tinggal dengan bibik kat rumah.. jadi taska jap rumah tu hihihi.

So kami2 ni meneruskan perjalanan.. ye la Hospital gomen sekarang budak2 bawah 12 tahun dah tak dibenarkan naik ke wad di atas faktor kesihatan. Budak2 punya antibodi pun tak kuat kan takut balik bawak pulak penyakit dari Hospital.

Anyway kami bertolak dalam pukul 10 pagi. Sempat lagi Mama singgah COD Medela Freestyle kepada seorang Customer di sekitar KL. Then terus bertolak ke Temerloh. Sampai dalam pukul 1 lebih jugak.. perut pun dah lapar.. terus Pak Lang ajak pergi makan
Ikan Patin masak Tempoyak di gerai Makan Pak Usop 
yang terkenal di Temerloh tu. Kira first time la kitaorang nak jejak ni


Sampai2 memang tengah waktu lunch... orang dah panjang beratur bah!!


Tu dia.. pelanggan yg menanti sekawah lagi Patin Ikan Tempoyak siap di masakk..!
kawah sebelum ni dah licin!


Papa ambik ulam2, sambal belacan  & tempoyak, sambal kering ikan bilis & petaii..nyummm!!


Ahaa tu dia.. sekor ikan patin... di potong 2 ke 3 bahagian setiap ekor..


Tu dia pilihan lauk hari ni.. Makan lauk kampung ari ni no!




Ni antara menu special kat Gerai Pak Usop ~ Air Jagung! 
Macam ABC buh jagung tuu.. sedapp nko!! ada pulak 
macam apa tu.. halba ke halwa tu yg kaler hijau kat atas tu..
minum tengah panas terikk.. memang terbaekk!!



Lepas makan terus ke Hospital Temerloh. Alhamdulillah... Mak Saudara dah beransur sihat..
dah masuk air.. dah boleh makan cuma buah pinggang terjejas sikit. Doktor bagi discharge petang tu..
hari Selasa pulak kena datang untuk follow up.
Lega tengok Mak Uda dah boleh makan.. kalau tak masuk makan apa pun keluar balikk..


So kitaorg tunggu sampai Mak Saudara discharge hospital.. terus bawa ke rumah menantunya
di Temerloh. K.Su ni *yg duduk hujung belah kanan*
memang terorr masak Ikan Patin Tempoyakk..



Memang paling sedap 
la yg Mama pernah makannn... masa Pak Lang hidang Patin Tempoyak gerai Pak Usop 
tu Mama cakap boleh challenge tak Tempoyak Patin K.Su..?
Of course la tak bulehh... orang masak sekawah ngan orang masak seperiuk kannn...
anywayy... sejak kahwin dengan Papa ni la Mama baru belajar makan ikan patin tempoyak ni...
pernah belajar sekali dengan arwah Mak Mertua... tapi mmg kurang mahir lagi nak memasaknya..
dah belajar jugak dengan K.Su.. errr.. cuma seru tak berapa nak ada ..
yang ada alasan je hihihih .. opss!! sorry papa!