Assalamulaikum...

Wordless Wednesday...
RED DAY on one fine Wednesday incidently hihihihi


Dah balik baru perasan laa.. awat semer tema unipon merah hari ni hihihih

Assalamualaikum...

Sabtu lepas baru sahaja menghadiri Majlis Malam ALEPS
bersempena dengan sambutan Jubli Perak penubuhan ALEPS ke 25.

Yang paling teruja, pengasas Dasar Pandang Ke Timur
turut hadir iaitu tokoh negarawan yang sentiasa saya hormati,
TUN MAHATHIR MOHAMED.

Sneak Peek sikit gambar dengan Ayahanda Tun yg dikasihi.


Majlis bermula jam 8 malam, 15th June  di PWTC.
Dengan gigihnya naik ERL & LRT pergi PWTC.
Balik baru kekanda saya datang jemput..
nak drive masuk KL memang tak berani...kekanda pulak
tak berapa sihat sebab diarhea huhuhu.


Sejambak mawar di meja VVIP


Aturcara majlis


Nama dapat kat Meja 12 tapi ada senior mintak tukar..
so masuk la meja No. 10.. sempai *senior* je ramai huhu


 Nasib baik ada geng ladies jugak hihihi


Menu Malam ni ~  Masakan China


Antara yg rajin di snap huhu





Seterusnya ucapan oleh yg di alu2kan.. Tun Mahathir.
Sentiasa ada intipati yg bernas dalam ucapan beliauu

Antara yg disampaikan

" Pisang Emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati....."

Renung-renungkan dan selamat beramalll.......


Acara tandatangan momento sempena sambutan 25 tahun ALEPS


Seterusnya bergambar dengan penerima2 kerusi roda
custom made yg di hasilkan oleh ADF (ALEPS Dream Factory).
Istimewanya kerusi2 roda ini di buat mengikut ukuran penerima.
Kalau ada diantara saudara mara atau kenalan kalian
yg memerlukan boleh hubungi saya ya.


Seterusnya persembahan 'gazal Jepun' oleh senior Hafiz


 Di ikuti dengan persembahan kebudayaan Jepun


Selesai Majlis, acara yg di nanti2kan .. upacara bergambar bersama Ayahanda Tun!


"Ganbare ALEPS!"
Dapat jugak bersalam dan bergambar bersama Tun Mahathir like like like!


Bergambar bersama2 VVIP & Exco ALEPS


  Bergambar bersama Tun Mahathir & Isteri, Tun Siti Hasmah.
Sweet je diaorang ni kannnn, suker sangattt!!!!


Jumpa member2 satu batch


dan bergambar bersama sempai2 ladiess...


 Majlis usai jam 10:30 malamm...
Moga Tun terus diberikan kesihatan dan dipanjangkan usiaaa.
Tahniah & terima kasih kepada semua AJK yg menjayakan majlis hari ini

Assalamualaikum...

Salam pagi Isnin.. selamat melayan Monday Blues... hihihi
Semalam sempat celebrate last minit kat KR Shaftbury Square Cyberjaya.
Untung sekarang dah ada new attraction kat Cyberjaya nu dekat je ngan umah uhuhuh
Sementelah Papa tak berapa sihat.. diarhea sejak hari Khamis tapi 
berlanjutan sampai ari ni.. kesian Papa uhuhuhuh


Happy Fathers Day to our beloved hero, Papa@Abang.
Semoga memperoleh kesejahteraan serta sentiasa dilindungi 
dan dirahmatii olehNya selalu.

We love you so much Papa !!!


Turut tidak dilupakan,
Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Mohamed Darom bin Ridwan yg kembali ke rahmatullah
awal tahun ini. Gambar kenangan Aidilfitri tahun 2012 yg lepas...
rindu mengamit arwah abah..................
semoga rohnya sentiasa di cucuri rahmat oleh Nya.


Ya Allah. Sesungguhnya kami redha dengan segala ketentuanMu. Kuatkanlah hati kami
kerana kami pasti akan merindui insan yang sangat kami kasihi.
Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah dan Kau terimalah segala amalannya.
Dia (ayahanda kami) telah mencukupkan kami dengan pengorbanan, 
didikan dan kasih sayang sejak kami di lahirkan. 
Maka Kau lindungi dan kasihanilah dia sebagaimana dia melindungi
dan mengasihani kami sejak kami kecil.

Ya Allah... Kami bermohon di atas kasih sayang dan rahmatMu...
Kau luaskan dan Kau terangilah kuburnya. Kau hindarkan lah dia dari azab kubur Ya Allah.
Kau cucurkan lah rahmat ke atas rohnya dan letakkanlah dia di kalangan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah... Kau masukkanlah Ayahanda yang kami kasihi ke dalam
Syurga Syurga mu Ya Allah.
Sesungguhnya Kau jualah Tuhan yang Maha Pengasih 
lagi Maha Pengampun.

Amin amin Ya Rabal Alamin......

Al-Fatihah