Assalamualaikum...

Salam hari Jumaat dan salam cuti cuti sekolah aka cuti cuti Malaysia uollls!!

Mesti ramai yang dah bertebaran ke seluruh negara mahupun luar negara tak kira balik kampung atau pergi bercuti.

Kitaorang pun tak ketinggalan jugak bawak anak2 balik kampung sempena cuti sekolah ni. Masing2 dah rindu dengan nenek dan sepupu sepapat uhuhuhu

So malam tadi shopping mopping sket sambil mengumpul voucher 35% Off Legoland ticket. Amek kau berapa paket borong Mamee and jajan double decker uhuhuhu. InsyaAllah nak jejak ngan saudara mara sepupu sepapat kali ni hihihihi

Ok selamat bercuti uolls...!

Assalamualaikum...


Ahaa... pejam celik pejamm pejamm celik celikkk tetengok 2 bulan berlalu sudahhhhhh....
alangkah sungguh pantasnya masa berlalu!!! uhuhuhuh

Hari ni Delisha dah masuk 64 hari.. means 2 bulan 4 hari.. bermaksud jugak 
Mama pun dah habis cuti bersalinn!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makanya  Mama dah masuk office bermula hari ini.
Sambil lap2 abuk atas meja.. sambil bersihkan 'sawang2' dalam E-mail uhuhuhuhuhu

Okeh... Salam Monday Bluess... dan selamat bekerja semuaa....!!

Assalamualaikum....

16hb Mei dinobatkan sebagai hari guru. Maka bersempena itu 
ku ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI GURU 
buat semua insan yang bergelar
guru diluar sana terutamanya para guru yang pernah mengajar
diriku sehingga daku berada ditempat daku sekarang.
Jasa dan pengorbanan para guru sekelian tak mungkin dapat ku balas.
Hanya mampu ku panjatkan doa agar kalian sentiasa dirahmati
oleh yg Esa selalu.

Tak lupa buat kedua ibu dan arwah bapa yang menjadi
guru pertama ku mendidik sejak daku kecil. 
Kalianlah yang tak pernah penat mengajar daku
sehingga daku menjadi seorang manusia. 
Semoga Allah sentiasa merahmati kedua orang tua ku ... aminnnn



Bersempena sambutan Hari Guru jugak Danish & Dania
ada jugak sediakan sedikit cenderahati buat guru2 mereka.
Guru2 sekolah kebangsaan, sekolah agama  Danish dan juga guru Tadika Dania.
Sempat buat epal wrap plastik.. idea papanya. Teringat plak nostalgia
zaman sekolah sekolah dulu hihihi.

Pemberian kecil sebagai tanda ingatan ikhlas dari seorang anak murid.
Terima kasih atas jasa guru2 sekelian. Semoga terus bersemangat
mendidik anak bangsa yang bakal menjadi peneraju negara kelakk.
Terimalah ingatan yang tak sepertinya dari kami......
dengan ucapan
" Kami Sayang Cikgu ! "