Assalamualaikum....

Salam Jumaat semua.
Ahaa.. cerita sempena cuti CNY yang lepas. Cuti 4 hari ni tak lepaskan peluang 
balik ke Johor melawat Nenek. Kalau takat cuti Sabtu Ahad mmg tak mampu nak balik sebab 
perjalanan jauh kompem tak cukup rehatt... so CNY hari tu balik kampung pada usia kandungan 34 Minggu. Rasanya ni last balik sebelum bersalinnn.. lagipun dah tak de cuti panjang lepas ni sampai ke
1 May nanti kann.


Sempat dulu posing sebelum bertolak hihihi. With My Amazing Three!  *wink*


Masa mula perjalanan tu, dari Elite nak masuk susur PLUS je dah start jammed.. aisehhh
very the suspen betul. Maklum la kitaorg kuar rumah pun dah nak pukul 10.. 
mmg dah kira masuk peak hour tuh.


Seb baik Jammed kejap je.. lepas tu terus perjalanan smooth sampai ke Johor.
Sebaliknya kat area Spg Renggam sampai Kulai , arah ke Utara plak jammed..
kitaorg tegok meter dalam 20Km jugak laa.. sempat redah hujan lagii..
sabarkan je lah ye pemandu2 di sebelah lane kanan uhuhuhu

Ahaa... balik kampung kali ni salah satu Misi penting ialah Misi mencari 
Belangkas masak Cili + Siput Gonggong!
Harus pekena sekali lagi sebelum aku bersalin uhuhuhu.
Sebelum ni biasa Abang aku yg orderkann.. cuti kali ni adik iparnya wat majlis kawen
so terpaksalah aku jejak sendiri.
Restoran ni hanya menyediakan hidangan tengahari sahaja. 
Kedai Masakan Kampung Ibrahim. Terletak di simpang masuk ke 
Teluk Sengat. Masa kitaorg sampai pukul 11 pagi..
sebelum tu gi belanja barang2 basah kat Pasar Sg Mas.


Antara menu EXOTIC Johor yang di hidangkan kat sini,
i) Belangkas
ii) Siput Gonggong
iii) Asam pedas Ikan Sembilang & Ikan Mayong
iv) Ketam Bangkangg


Tengok tu... kul 11:00 ++ pagi dah ramai orang queue order lauk.
ada yg tapau.. ada yg makan kat kedaii.


Aku sebenarnya nak tapauu belangkas. Mula2 tokey kata
tak de untuk tapau.. yg ada untuk makan kat kedai jek uhuhuhuhu.
Tapi setelah buat muka sedih sambil tayang perut 34 minggu..
akhirnya dapat gak la tapau belangkas bawak balik umah..
ngeh ngeh ngehhhhh 



Ini otak-otak Ayam atau di kenali sebagai PEPES.


Ikan bakar pun adaaaa


Ketam Bangkang masak cili! Kejap je dah tinggal separuh tray!!! 
Mula2 dia letak masih penuh & berasap2 lagikkkk.
Abang pun tak leh jadi tengokkk.. mmg order jugakk. Tapi bila tanya rega.. mak oiiii..
RM15 sekoqq!! Tu dia rega CNY! hohohoho


Ni dia kupang & Siput gonggong...! My feveret tooo!!
Belangkas tak di keluarkan.. tak tau mmg dia sengaja tak keluarkan ke or dia tak sempat keluarkan sbb baru siap masak. Orang order baru dia keluarkan kat pinggan uhuhuhu


Ahaaa.. ni dia yang kitaorag tapau bawak balik.
Dari kiri atas Kupang berlada, Belangkas masak cili, Pepes, Siput Gonggong + Ketam bangkang..!
So nyummmyy!!!


Tak lupa jugak menziarahi pusara Atuk... hampir setiap pagi aktiviti WAJIB bawak nenek
menziarahi pusara arwah Atukk... Selalunya Pak Ngah/Mak Ngah  or Mak Long yang bawak Nenek.


Tabur bunga kat pusara Atuk


Siram airr....


Kawasan pusara yang masih baru...


Al-Fatihah untuk Allahyarham Atuk Hj Mohamed Darom b Hj Ridwan
Semoga rohnya di cucuri rahmat dan tenang di sana.. aminnnnn
Video Dhiya bergoyang badan bila dengar orang lain berzikir.
Masa ni kitaorang tampal kertas ucapan kat Buku Yasin yang
nak di agihkan kepada Jemaah Yasin untuk Tahlil hari ke-40 uhuhu.
Assalamualaikum..... 

Alhamdulillah... dah hari Rabu..! Ini bermakna genap 36 minggu baby dalam perut Mama ni.
Moga baby masih selesa duk dalam perut Mama yaa.. jangan keluar cepat sangat tau baby ! *wink*


Semalam cek dari Nuffnang sudah sampaiiiii. Ada la sikit buat geli -geli buh dalam tabung huhu.
Anyway terima kasih Nuffnang!


Ni plak rupa bentuk Baby dalam perut Mama di usia hampir 36 minggu. 
Memang saiz paling XXL compare dengan yang lain kali ni huhu.

Dalam entry sebelum ni ada cerita yang Doktor dah suruh jaga permakanan kurangkan makan 
Karbohidrat & Gula kann... Aku pun jenuh jugak la nak mengingat balik
piramid makanan seimbang tuhhhh.. meh kita review balik sesame


Aha tu dia piramid mengikut corak pemakanan kat Malaysia. Aku pun kadang jenuh fikir nak makan...
ye la dalam setiap hidangan sarapan ke, lunch ke, tea break ke yg tersedia kat Cafe Office ni sure ada unsur Karbohidarat kann... jenuh jugak aku nak filter menu apa nak ambik uhuhuhuhu.
By right dalam kes aku ni Plate Hijau (Nasi, Mi, bijirin & roti) tu kena duk level No. 2 dari atas,
Plate kuning (sayur & Buahan) bawah sekali, plate orange (Susu dan produk tenusu) duk level 3 dari atas ek 

So lepas kena 'warning' minggu lepas... ini lah menu2 yg di pilih dari dapur Cafe Office untuk minggu ni..


Breakfast Set... Omelete + Cheese, Kacang Panggang, Tomato bakar, SOsej & Toast.
Dalam ni sumber Karbo ialah Toast.
Buah-buahan tapau balik ofice sebagai snack.. Buah pun Doktor dah pesan suh 
makan buahan yang kurang manis.... so selalu ambik Tembikai.. la ni ambik betik & melon jekk..
tapi 2 jenis buah ni pun konsider 'kurang manis' ke ekk... 



Menu lunch... Chicken Chop. Aku masa tengok display set.. alahaiiiii comelnya ayammmmnya..
Gelak je budak yg jaga kaunter tu bila aku tengok ayam tu pas tu tengok baby dalam perutt..
'Macam tak cukup je ..' akakakakkaa
Ok Dalam ni sumber Karbo ialah Mashed Potato..
Air sirap separuh gelas yg di tambah air masak sampai penuh gelas hehehe


Ni pulak Burger Set... Chicken Burger + Add on egg + Cheese.
Coleslaw & Potato Fries...
Ni lagi banyak Karbo : Potato Fries + Roti burger.
Aku habiskan burger & Coleslaw jekk.. Potato Fries tak habis pun huhu.
Air pun minum air masakk.....


Ni Rosemary Marinated Chicken BBQ *kottt*
Sama gakkk ada mashed potato & Coleslaw.
Sumber carbo : Mashed Potato
Air.. air masak jewwwwwwwwwww


Sekali nak keluar Cafe... terasa San Francisco melambai2 plak suh masuk dalamm..
aisehhhhhhhhh... apsal tetiba tergoda plak ari ni.. padahal SF Cafe tu mmg hari2 kat situ pun..
owh tidak owh tidakkkk..... akhirnyaa TERorder jugak
Mo' Mocha dan team mate ku Caramel Machiato...
sedapnya, creamyyy... nyummmm!!!
owhhh... gula gula gula...............!!!!

Pagi ni plak gi Cafe tengok ada Menu BARU, ROTI JOHN pulakk...
Sumber karbo : Roti !

haii boleh tahan jugak Cafe HP Global Campus ni. Ada je menu2 baru yg di perkenalkan..
kira tak yah nak keluar ke mana2 pun Menu dalam Cafe sendiri sentiasa bertukar ganti huhu.
Bagus bagus baguss...!!

Bila sekali tengok macam nya pregnant 4th Baby kali ni aku asyik pulun ala Western je ekk..
Masa pregnant Dhiya dulu asyik makan Japanese Food jekk..
aku tak ingat berapa kali terjah Sushi Zanmai nunnnnnnn
Masa Dania plak asyik makan fast food! hohoho
Pergi office pepagi sempat tu drive thru Mc D kat area Hicom-Proton Shah Alam dulu huhu.
Lunch tengahari pun kerap gi Seksyen 18, ada KFC & Mc D sebelah menyebelah jek huhu.
Memang betul tiap kali pregnant tu pengalaman, selera mesti lain lain kannnnn


TAPI balik umah terus insap...
Dinner tetap masak lauk macam biasa... Maklumkah En Suami memang Dinner
makan nasi almost hari-hari. Aku pun ambik jugak buat syarat.. tapi nasi cipuuuttt jekkk.
Selain dari tu sebab cepat plak lapar.. akan sentiasa ulang makan...

SALAD....SALAD.... SALAD... dan SALAD lagiiiii....!!!


+ Sesame dressing


+ Thousand island


Terima kasih Kekanda sebab dah penuhkan peti ais rumah kita dengan pelbagai jenis sayuran yg boleh di buat salad huhuhu. Errr.... cuma Epal Hijau tu... aduhaiiiiiiiiiiiiiiii
terkulat2 dinda nak makann.... errr.. mmg dari azali tak berapa makan benda2 masamm uhuhuhuhu
Last2 yang sibuk membedal budak kenit ni haa.... pantang nampak, pantang offerr.. 
semua nak masuk mulut! macam gigi banyak sangat kan ada hati nak menghongeh Epal hijau..!
Tapi memang bersungguh2 makan nyer


Dan yang tak berapa best.... akhirnya serah diri jugak kat En. Suami untuk dihantar dan diambil dari 
tempat kerja hari harii.... ini bermakna aku dah kena keluar dari rumah awallll! uhuhuhuh
dan sempat la menempuh jammed 3-5 minit ni sebab Flyover ke Selangor Science Park 2 menuju ke Cyberjaya tengah ada kerja2 baik pulih sehingga May 2013 uhuhuhu


Okehh.. cukup dulu cerita ceriti hari ni...
selamat terus menjalankan tugas semua!!

P/S: Catatan pregnancy :
Macam biasa.. sekarang ni makin seksa nak tidur. Kekerapan ke toilet tak usah citer laa...
kejap2 nak terkucil... kejap2 nak terkucil. Pantang baby gerak lasak sket dalam perut jap lagi 
kompem cari bilik air uhuhuhuhu. Tidur malam pun kerap terjaga.. paling tak larat nak bingkas bangun dari 
baring atas katil tu.. terpusing2 badan nak mengayakan perut & urat badan.
Tidur telentang pun tak selesa... tidur mengiring kompem kena kepit bantal kat peha & lutut baru 
selesa sikit.. Bolster 2 biji kat umah dah di konker Danish & Dania sorang satuu.
Minggu ni dah kaji selidik set bersalin apa nak pakai dalam pantang nanti...
dan barang2 sambut baby dah start nak kena prepare sket2.
Hujung minggu lepas memang berkurung 2 hari suntuk kat umah atas arahan Doktor
jangan lasak2. Mujur ada bibik yang boleh tolong buat kerja2 rumahhh.
Kena consider naikkan gaji lagi bibik ni dalam pantang nanti uhuhuhuhu
*sebenarnya itu jugak sebab menambah lagi terlanjur ada bibik yang masih dalam kontrak *wink*

Assalamualaikum...

Akhirnya hari ni pergi jugak Az-Zahra buat appointment dengan Dr Mashita.
Dr. Mashitah ni pun di recommendkan oleh office mate aku yang baru bersalin bulan lepas.
Seawal jam 9:30 pagi aku dah sampai dan terus register. Appointment sepatutnya pukul 10:00 pagi.
Masa register nombor aku dah nombor 10 uhuhuhuhu. Rupa2 hari ni 2 lagi Doktor Pakar cuti..
cuma Dr Mashita je yang available.. lepas register macam biasa cek tekanan darah, berat & Urine test.
So akhirnya dalam pukul 10:45 jugak baru nama aku di panggil ke bilik Doktor.


Since ni first time sessi beramah mesra dengan Dr Mashita, maka banyak gak lah Dr Mashita bersoal jawab especially tentang history bersalin kandungan sebelum2 ni.So far berpuas hati dengan referel letter dari Doktor check up bulanan aku. Lepas sessi bersoal jawab, Doktor pun terus suruh baring kat katil untuk pemeriksaan Ultrasound. By the time aku baring je Doktor dah komen... 
"besar perut ni dah macam tunggu hari je...." uhuhuhuhu.


Agak detail jugak Doktor cek baby dalam perut. Cek air ketuban ... banyak! Bacaan kira kira 25 mol. Sebelum ni aku tak risau sangat pasal air ketuban banyak seperti yg di komen oleh Doktor An-Nisa, waktu tu baccan dalam 20 mol. Yang aku paham air ketuban banyak senang berlaku untuk kehamilan berulang especially bila usia dah makin bertambah mungkin di sebabkan rahim yang dah semakin meregang.

Rupanya ada sebab2 lain yg boleh menyebabkan Air Ketuban berlebihan! especially bila google kestabilan
kuantiti air ketuban itu faktor utamanya adalah baby sendiri! Sejauh mana sistem perkumuhan dia boleh berfungsi untuk cyclekan air ketuban dalam perut! Owhh.... baru ku tahu!
So bila tanya Doktor apa kebarangkalian komplikasi bila air ketuban banyak ?
Doktor kata antaranya mungkin boleh menyebabkan
1) kelahiran pramatang
2) Risiko kelahiran secara C-Sect sebab baby mungkin sukar nak engage properly 

Owhh.. terpana sekejap bila dengar. Mintak di jauhkan dari sebarang masalah.
Semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusan kamiiii.. AMINNNN

So Doktor pun memang terus cek detail organ-organ penting macam perut, jantung, kaki, jari, system perkumuhann etc. Alhamdulillah Doktor kata semua dalam keadaan baik cuma nak cek tulang belakang tak dapat tengok semua sebab kandungan dah besar.
Cek berat baby dah 2.76 Kg dan dah macam 36 weeks padahal aku baru
35 minggu 1 hari 

So sebagai saranan, Doktor advise jangan lasak2 di hujung2 kehamilan ni 
DAN kurangkan pengambilan karbohidrat..
Nasi, Mee, Roti.... arkkkkk??? abeh tu ku nak makan apakahh..?
Pening kejap Mak cik dengar.
Dah la perut cepat lapar kann... hari2 memang kompem ambik nasi 2 kali sehari.
Doktor kata kena banyak ambil buahan2 kurang manis macam
jambu batu, epal hijau etc dan banyakkan makan sayur-sayuran...
Hatta masa masuk bilik Doktor ada bawak Air soya sebotol tak habis...
Doktor tanya.."Haa.. air sapa ni ?"
Dengan segan silunya.. er air saya.. sarapan tak habis minum tadi...
"Haa... air manis pun kalau boleh kurangkan. Minum air masak banyak2"
uhuhuhuhuhuhuh.
Aku cakap alamak.. nak kena diet ke ni ?
Sian kang baby tak cukup zat plak..
Doktor kata InsyaAllah OK. Lagipun dah ambil 
multi vitamin Shaklee kan. Kalau ambil karbohidrat & gula berlebihan 
takut semua di serap dek baby huhuhuh .
So terus set date next appointment utk 37 weeks check up plak.


Keesokan hari nya aku menjinjing seplastik beg.. berisi emping jagung kurang manis! ahhaha
Ni je yg ada kat Mini market dkt ngan umahh...


Tak pasal2 breakfast ala2 kanak-kanak ribena kannn.
Nak makan nasi lemak & roti canai  pepagi pun dah rasa bersalah..
adakah ini bermakna aku dah mula kena 'berpantang, sebulan lebih awal..???
owh tidakkk.....!!!!


Menu malam plak.... hanya mengadap semangkuk salad sedangkan Abang
makan nasi berlauk.. uhuk uhuk...!!!
Harap2 la tahan perut ni dengan menu baru 'kurang' gula dan
karbohidrat. Go mama go....!!!!

Apapun Papa dah kasi warning suh
'Duduk rumah diam-diam' sampai bersalinn....
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!