Assalamualaikum...
Yahaaa bertemu kembali ke PART yang seterusnya.
Ok hari Ke-2 ialah hari Shopping *lagi* dan sessi memanjakan diri di SPA 
untuk cewek2.. dan aktiviti bersuka ria untuk Danish & Dania.
Macam biasa seawal 8:00 ~ 8:30 pagi Supir sudah sampai di perkarangan Hotel.



Ahaa... tengok Dhiya kemain ceriaaa..! ada plak kerusi kayu ala bali ni bleh adjust jadi
Baby Cot kan.. senang la Dhiya tidur malam dalam tu jek ehehehehe.


Kat Hotel Grand Kopo tak ada Cafe tau.. so sarapan pagi akan di hantar terus ke bilik. Kira room service untuk 2 orang lahhh.. so the next morning tu pagi2 akan dapat call dia tanya nak menu apa.. 
ada Nasi Goreng or macam Nasi Lemak kat bawah tu dengan Teh O. 


Jemput makan!! Tu dia model tak berbayarr ehehehehhe


Danish pun sibuk menempel breakfast kat bilik kitaorang. So budak2 kena top up lagi la menu gitew.
1 menu dalam Rp10,000 ( RM3.60) tak silappp


Aha.. pagi ni kitaorang akan bergerak menaiki Avanza. MPV Toyota memang bersepah2 kat Indonesia.


Sempat singgah Convenient Store, IndoMaret namanya beli air & makanan ringan sket.


So hari ni kitaorg split kepada 2 group. 
GROUP 1:
Aku & Dhiya,  Emak & Mak Long gi shopping & SPA

GROUP 2:
Abang, Danish & Dania pergi ke Trans Studio.
Takut budak2 ni meroyan kang kalau di bawak ke Pasar Baru ehehehehhee


So lepas drop kan diaorang kat Trans Studio, group aku terus ke Pasar Baru.
Aha.. Pasar Baru ni ada 5 tingkat. MACAM-MACAM ada kat sini.. kedai2 Telekung,
kain pelekat, Kain Batik, Kain Ela.. especially kain ela Sulam yg boleh buat korang sampai terbuntang mataaa nak pilih, baju kanak2 dan jugak baju2 casual pun ada...


Salah satu port kitaorg parking....


Sambil pilih lagi kain walopon semalam kat Taman Kopo dan memborong jugakkkk


Pilih jangan tak pilihh... ehh yang tu pun cantik.. yang ni pun cantikk.. OMG...!! Rambang mata sudaaaa 


Seb baik la ada baby sitter tolong jaga Dhiya kann.. Dhiya tidur pun di gendong nyerrr...
senang ati la makcik2 nak shopping Dhiya ada orang jaga hihihi


Dhiya pun nak pilih kain... pilih kain nak gigit2  test kualiti kain ok ke takk kikiki


Ni kat kedai kain2 Ela plakk.. Emak ada la beli2 kain kat sini. Kain2 untuk baju pengantin pun jauh lagi 
murah dari rega kat Mesiaa tawww


Habis Shopping terus gerak cari Lunch. Kat luar cuaca sejuk.. hujan... Dhiya sempat lena di
ulit intan di pangkuan Mak Long...  penat shopping la katekann ZZzzZzzzZZzZzzzz


Bajet lepas ni nak gi Bali Heaven sebab kat situ ada cafe & SPA sekali.


Bila keta beretni kat traffic light sempat lagi orang jual2 strawberry. Tapi strawberry kat Bandung memang manis... sedappp!!


Aha.. dah sampai Kat Restoran Makan. Dhiya dah kembali ceriaa!! 


Kemain ceria macam kapal terbang nak terbang tapi berat tak lepas kikikiki


Port makan hari ni. Suka suasana kedai ni kann... konsep makan dalam tamannn.. kerusi pun macam boleh baring2 tidur jek kekekekeke


Sempat lagi posing sebelum makan hehehehe


Satu pagi posinggggg. Steady Mak steadyyy... yah yah yahhhh


Ahaa.. ni antara menu yang di pilih. Kat Indon biasalaa.. style makan derang kering2.. pedas2... ulam2 gitew kann. Tapi memang pedas mencengkam betullll sambal dia wehhhhh


Perut dah kenyang next kita ke Ubud Massage & Family Spa Plak. 
Dalam taman tu jugakkkkk. Cantik sunggu dekorasi bali dalam taman ni kann.
I loikee...! sungguh la mendamaikannnn


Okeh.. dah register.. bersedia untuk treatment. Dengan Emak sekali kena paksa rela berSPA ahahahahhaa.
Ok gambar sepanjagn berSPA tak dapat di tayang. Yang pasti ada 3 katil yg di pisahkan dengan langsir , aku, Emak & Mak Long sorang satuu.. sepanjang berSPA tu Emak la asyik tergelak je menahan geli ke urut kott... sabor je la kan akakakkakaa. Aku plak memula Dhiya OK ngan baby sitter... separuh jalan meraung cari Mamanya. Last2 import masuk berSPA sekali dan lena di sebelah Mamanya.. sabor je la anak dara sorang ni kann kikikiki


Okeh.. tamat sessi kira-kira 2 jam gitu kitaorang di hidangkan dengan teh herba.... nyamannnn


Ni antara package yang di tawarkan oleh Ubud Family  SPA ni.


Selesai sessi tengok2 kat luar dah gelapp.. sungguh pantas masa berlalu kan.
Tapi kat Bandung ni pukul 6 petang pun dah gelappp


So terus pick up Abang, Danish & Dania kat Trans Studio dan proceed ke 
sebuah Restoran KARAMBA makanan Sunda untuk Dinner.
Tapi kitaorang pun kekenyangan lagi sebab lunch pun dah lambat hari ni.


Antara menu yang di tawarkan.


Aha.. Teh Botol Sosro ni memang WAJIB order hehe


Menu pun lebih kurang macam kat Mesia kann.. Ala2 Nasi Goreng gitew


Ayam goreng dia sedap sebab ada serbuk2 garing tu di taburrr.. kalo Danish mmg licin la dia makan serbuk2 tu semua uhuhuhu


Tak lupa Dinner time untuk Dhiya jugakkkkk... lapar sangat dah tuuu.. kemain tekun makannyaa huhu


Okeh... tamat aktivity hari ke-2... balik rehat tidurrr... dan bersedia untuk aktiviti keesokan harinya pulakk!!!
Kemana plak tu...?? Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

Assalamualaikum..

Selamat kembali bekerja kepada mereka2 yg dah masuk Ofis hari ni...
selamat meneruskan cuti kepada mereka2 yg masih jalan-jalan makan angin
sempena cuti panjang CNY ni.

Aku cuti standard je. Sabtu - Selasa. Danish & Dania pun follow cuti 
sekolah standard... tak de tambah2 cuti so hari ni dah meneruskan rutin macam biasa.
Malam tadi baru sampai dari kampung uhuhuhu.

Ahaa.. .. minggu lepas akhirnya baru la dapat 'permit' Disable parking ni uhuhuhu.
Kelebihan Disable Parking ni ialah tak yah menapak parking jejauh,
park je kat DP area betul2 depan lobi Ofis. Masuk Lobby, skrin tag terus masuk lif
dan  kat 1st FLoor tu la cubicle aku... dekat banget! uhuhuhu


 Sebelum ni kalo pregnant je hantar salinan copy cover buku check up kat security terus leh parking kat DP.
Tapi preggy kali ni dah strict sket. Kena ada referall letter dari Doktor baru bleh apply Disable Parking ni tu 
yang prengnant kali ni lemauuu jekkk nak apply. Dah masuk 8 bulan baru terhegeh2 nak submit uhuhuhu. Masa amek Disable Parking pass pun staff security tu tanya bila tengok perut yg dah nak meletop nii... 
laaaaa.. naper lambat sangat apply uhuhuhuhuhuhu.

Eh apsal tak suruh Abang je hantar..? ehehehehe.
Kalo Abang yg hantar pepagi limun dah kena kuar rumah gi kerja uhuhuhuhu.
Kena follow sekali hantar  Danish & Dania gi sekolahh....
Kalo gi sendiri kul 8 lebih baru kuar rumah uhuhuhuhu. Lagipun ofis
pun tak jauh dari rumah.. tak jammed, tak yah turun highway pun so buat masa ni
masih 'larat' lagi nak drive sendiri walopon
Abang dah berkali2 offer nak hantar eehehhee *ketegaq sungguh*


Masa 32 weeks ari tu call Hospital Putrajaya untuk booking bersalin under
  FPP (Full Payment Patient).
Di sebabkan dah 3 kali bersalin kat HP tanpa masalah dan berpuas hati dengan service 
para Doktor & Jururawat kat HP maka kali ni pun bajet nak bersalin kat HP lagi.
Lagipun Hospital Putrajaya la Hospital paling dekat ngan rumah dan kompem tak lalu jalan jammed.
Tapi recently Wad  bersalin kat HP ni selalu full kan so easily preggy mommy yang nak bersalin
akan di transfer ke Hospital Serdang or HKL kalau wad penuh maka kali ni kononnya
nak booking under FPP la plakkk sebagai jaminan.

TAPI call call keciwa lagikkk... dulu tak silap Max 34~36 minggu masih bleh booking under FPP
la ni staff HP cakap Doktor terima booking 25 minggu kebawah je la pulak....
Aku kata tak de stated dalam website punnn.... tapi tu laa..
Doktor yg advise macam tu sebab nak control Wad utk FPP yg dah di khaskan 
kat 5th Floor tu katernya.. isk isk iskkkkkkkkk


Akhirnya Abang sarankan aku untuk register samaada kat An-Nur atau Az-Zahra Bangi.
Hmmmmm.... nampaknya terpaksa tukar Plan B.
Atas recommendation dari pengalaman kawan2 akhirnya aku call Az-Zahra
untuk appoitment esok InsyaAllah.

Sebenarnya dari mula lagi bila aku nak register under FPP @ HP which require
deposit RM3000 Abang terus sarankan dah alang-alang macam tu baik
 bersalin kat An-Nur or Az-Zahra je kan...

Tapi aku memang keteqag nak jugak booking kat Hospital Putrajaya.
Maklumlah dari anak sulung dah biasa bersalin kat sini... dah tau environmentnya.. 
dah tau apa nak expect so tak la aku risau kan, lagi pun aku percaya Hospital Putrajaya antara
Hospital semi-goverment terbaik di Malaysia dan mempunyai infrasruktur dan
 fasiliti lengkap serta Doktor berpengalaman berdasarkan pengalaman diri sendiri.
Paling aku ngeri statement Hospital Swasta yg mudah men-caesar...
mintak di jauhkannnnn...... tapi kalau tetiba nak bersalin kat HP wad penuuh nak
kena transfer plak pun haru jugakk kann...

So register jugak nama untuk bersalin kat HP under normal procedure dan  pada
masa yang sama  register jugak kat Az-Zahra as back up plan. Utk register kat HP
just bawak surat reference dari Doktor yg check up tiap2 bulan dan register di 
Klinik  Obstetrik & Ginekologi HP. Macam biasa lepas register nama dalam sistem,
Staff Nurse akan bagi pesanan penaja
"OK.. boleh continue check up kat Klinik sedia ada macam biasa.
Nanti kalau dah ada tanda2 nak bersalin 
terus je ke Wad Bersalin ya" ahahahaa.. I Loikee...!!
 So normally aku bleh continue check up kat Klinik macam biasa. Sementelah
Minum Air gula pun dah ada result dan injection kancing gigi pun dah buat.
Tak payah nak ambik2 time sleep ke half day ke gi appointment monthly check up kan
sebab Klinik An-Nisa yang aku selalu buat check up sangat flexible.
Doktor perempuannya Pukul 8 pagi dah ada kat Klinik sampai kul 10 malam..
Sabtu Ahad pun ada.. so monthly check up aku selalunya tak kacau waktu kerja Aku & Abangg...
kan senang macam tu kannnn.
Tapi kali ni sebab nak register jugak under Az-zahra kena jugak la
gi check up appointment kul 10 esok... sah sah la Abang kena halfday  huhu.


Apa pun hanya masa yang akan menentukan... semoga
di permudahkan segala urusan bersalin kali ini.. InsyaAllah.... 
Aminnnnnnnnn

P/S : Tinggal 35 hari jek...? waaaaaaaa..... excited bercampur nervous.
Doakan yang terbaik ye kawan kawann... aminnnnn
Assalamualaikum...
Aha bersambung kembali di PART yang seterusnya.
Selesai mengisi perut terus bergerak ke Factory Outlet Bali Heaven
Factory Outlet yang baru di buka March 2011. Masa pergi tahun 2011 mmg teruja datang sini
so kali ni pun WAJIB jejak kaki lagi ke sini hehe


Sampai2 salin diaper Dhiya dulu. Suka kat sini sebab feel shopping dalam taman gitewww...


Masuk2 kat area pakaian kanak2, 2 beradik ni terus ke port kanak-kanak dan mainan. Danish rembat DIY kereta mainan, Dania plak ambik Colouring set.


Cam biasa Mama, Nenek & Mak Long start aktiviti memborong hehehehe


Banyak pilihan baju budak2 kat sini. Dress pun cantik-cantikkk..! cuma banyak yg slevelesss


Walllaaaa.... Memang kompemm rambang mata nak memilih wehhhh!!!


Makcik pun naik fenin di buatnya he he he



 Nenek pun dah mula surrender... suka ati korang laa.. pilih jangan tak pilih!!


Aha tu dia di satu sudut yang lain plakkkk.. penuh ngan baju budak2 jekkk


Danish & Dania ralit ngan mainan masing2.. siap ada tukang jaga. Bagus betul service kat sini



Ops sempat Dhiya posinggg...


NI dah habis pilih2 baju.. sempat posing kat satu port antara hall2 dalam tu
Versi Danish


Versi Dania plakkk


Ok Versi kami beramai2 hehehe


Ni deco kat depan kaunter bayaran


Keluar dari Bali Heaven, sempat lagi singgah kat Central Branded Outlet cuci cuci mata...


Agak-agak dah penat dan  kedai pun dah nak tutup baru balik Hotel.
Kat sini rata-rata FO tutup pukul 9 malam. Pak Supir macam biasa...
akan pick up kita seawal 8:30 pagi (FO bukak kul 9:00 pagi) dan 
akan setia menghantar kita kemana kita nak pergi sambil tolong jagakan 
barang-barang dalam kenderaan. Sampai la kedai tutup baru dia akan hantar kita balik 
ke hotel... esoknya ulang balik schedule yang sama.


Ntah apa yg di gelakkan kat Lobi Hotel ni.. ada Ank cinon tu duk berebut apa ntah ngan Dania kottt hihihi