Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semuaa.
Ahaaa... malam semalam balik kerja tetiba Dhiya tunjuk skill yang 
sangat di nanti-nantikan oleh Mama & Papa iaitu skillll......
BERJALAN!!! 

Akhirnyaaa!! Ahahahahahaha
Sebenarnya kali pertama tengok Dhiya berjalan 3-4 tapak 
masa tengah sibuk2 berkemas nak masukkan beg dalam kereta 
untuk balik kampung lepas dapat call emergency dari Pak Ngah,
sehari sebelum arwah Abah meninggal hari tu.
Tapi lepas tu susah nak tengok Dhiya tunjuk skill..
sampailah malam semalamm..!!
Terus laju!!! ahahahahahaha
excited terbabas la Mama & Papa tengok!!!!

So petang tadi bawak Dhiya 'prektis' kat playground dekat
ngan umah sambil pakai kasut. Kasut keramat dari Abang Danish kecik2 lagi tuuuuu....!
Nak ikutkan sebelum ni tatih2 tu bleh tapi kalo lepas tangan je terus je di bengkokkan 
lutut & merangkakk.. grrrrrr...!!
Ikut rekod, Danish berjalan seminggu sebelum 1st bufday, Dania pun dekat2 1st bufday dah
jalan.. kira Dhiya la yg terlajak jauh sket dari 1st Bufday dia.  

Jom layan 'gambar bukti' Dhiya dah pandai berjalan wahahahahhaa!!!





Dan video sekali.. ehehehehheehe



Dan gambar2 Dhiya beriadah kat Playground hari ni... layannnnnnn








Olalalala... setelah berjalan terkedek-kedek.. bangun jatuh bangun jatuh sampai comot seluar, 
kitaorang pun gerak balik rumah dahhh... nanti kita datang 'prektis' lagi okehh!! 


Assalamualaikum.....

Tanggal 10 Januari 2013, hari Khamis lepas, Ayahandaku yang tercinta
 telah kembali ke Rahmatullah.

Gambar hiasan. Credit : Jubizawarisan

Setelah hampir setahun bertarung melawan kanser Limfoma, akhirnya Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4 pagi, hari Khamis 10 Januari di temani oleh kesemua anak-anak, menantu dan isteri tercinta.

Jenazah selamat dimandi, di kafan dan di sembahyangkan serta selesai di kebumikan 
kira-kira jam 10 pagi hari yang sama.
Alhamdulillah semuanya berjalan dan cuaca pagi itu amat redup dan tenang.

Kami sekeluarga redha dengan pemergian Ayahanda tercinta. Semoga kita akan bertemu semula 
di Syurga nanti ya Abah.... InsyaAllah

Ya Allah. Sesungguhnya kami redha dengan segala ketentuanMu. Kuatkanlah hati kami
kerana kami pasti akan merindui insan yang sangat kami kasihi.
Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah dan Kau terimalah segala amalannya.
Dia (ayahanda kami) telah mencukupkan kami dengan pengorbanan, 
didikan dan kasih sayang sejak kami di lahirkan. 
Maka Kau lindungi dan kasihanilah dia sebagaimana dia melindungi
dan mengasihani kami sejak kami kecil.

Ya Allah... Kami bermohon di atas kasih sayang dan rahmatMu...
Kau luaskan dan Kau terangilah kuburnya. Kau hindarkan lah dia dari azab kubur Ya Allah.
Kau cucurkan lah rahmat ke atas rohnya dan letakkanlah dia di kalangan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah... Kau masukkanlah Ayahanda yang kami kasihi ke dalam
Syurga Syurga mu Ya Allah.
Sesungguhnya Kau jualah Tuhan yang Maha Pengasih 
lagi Maha Pengampun.

Amin amin Ya Rabal Alamin......

Al-Fatihah
Assalamualaikum...

Ahaaaa... sejak mengandung ni suker sangat minum 
POKKA Premium Milk Tea & Milk Coffee ni.
100% brewed. A blend of Premium Milk & Ceylon tea.
Minuman kegemaran masa belajar kat Jepun dulu..
memang rasanya je  sejibikk macam kat Jepunn.

lagi satu Coklat NIPS & Kit Kat.
Padahal selalu tak de la pandang sangat coklat ni.
La ni kalo gi shopping barang rumah, 
time nak bayar kat kaunter mesti tangan ringan je
nak capai Nips & Kit kat n ikat tepi2 kaunter tu kannn....
budak2 pun dah ikut suka uhuhuhuh.


Pokka Milk Tea ni tak semua tempat juall.. tempat2 tertentu je. Kalau combini Shell 
or beberapa kedai yang aku jumpa kat R&R highway rega RM3.50 sebotol ohok!

Tapi kat StreetMall Cyberjaya ada satu Convenient Store Roswell yang jual RM 2.90 sebotol.
Memang kalo sekali beli borong berbotol2 and so far cepat je dia top up stok! bagusssss bagussss!!

Anyway check up baby 29 minggu hari Sabtu lepas berat naik 4.5 Kg dari masa check up 24 minggu!  ohok ohok! Doktor kata kalo naik lagi memang kena minum air gula lagi seround la jawabnyaaaa.
Lagi Doktor komen air ketuban banyakkk.. memang pregnant kali ni perut terasa lebih besar dari duluuu...
owh tidakkkkkkkkkkkkkk!! macam dah sarat sangat ni padahal baru masuk 7 bulan uhuhuhuhu

Bibik plak masih bercuti.. nak masuk minggu ke-4 nih.
 patut balik Ahad lepas bleh nya dia kansell last minit. Tak pasal2 beli tiket flight baru and schedule Ahad ni pulak. Harap2 la Bibik ku balikkk.. kalo tak memang masakkkkkk laaa uhuhuhuh. Dah beberapa hari aku WFH, Kerja dari rumah sepanjang Bibik pulang bercuti..
tapi minggu ni dah extra cuti, nak tak nak kena gak aternate ngan En Hubby  huhu.
Seb baik masuk office lalang tak naik tinggi sangat lagi huhuhuuhu