Assalamualikum...

Ahaaaa.. bersambung kita ke part yang seterusnya. Okeh.. selepas Danish & Dania 
selesai menjalankan tugas sebagai Pakar Bedah, next Danish & Dania
nak jadi PILOT pulak!!

Ahaa.. PILOT ni pun HOT PROFESSION..! Maksudnya paham2 jelah
cuti-cuti sekolah ni kann.. sah sah la sejam jugak menunggunya uhuhuh


Danish mengejar impian untuk menerbangkan sebuah pesawat..!
Ai aii captain..!!!


Dania pun nak memecah tradisi menjadi juruterbang wanita satu 
hari nanti... ce ce waaa!!


Dekat Air Asia ni ada 2 profession, PILOT & FLIGHT ATTENDANT.
Sapa yang nak jadi PILOT akan ada sessi 30 minit iaitu
15 min pertama sebagai penumpang
15 min seterusnya sebagai PILOT

Untuk Flight attendant pulak cuma 15 minit
iaitu ketika sessi bakal2 pilot tadik menjadi penumpang... gitewwww


Danish dan Dania sabar menunggu


Captain sudah panggil! Calling for young pilots!


Antara gambar yg berjaya di snap dari luar.. 
dari luar je tauu.. dalam tu tak nampak depa buat apa..
sedar2 ada gambar diaorang kat 'kedai gambar SONY'
di ingatkan sekali lagi, sekeping RM20 ye tuan2 dan puan2 hehe

Tapi kat sini gaji PILOT mantapp!!
Paling mahal setakat ni..  15 Kidzos!



Puas jadi PILOT kini both DAs nak jadi Fire Fighter plak!


Ok... sessi 20 min dan gaji sebanyak 8 Kidzos


Ni pun panjang jugak queue nyerrr.. siap pusing tangga


 Dari queue kat tangga queue kat lantai plak ekekekek


Akhirnya masa yg di nantikan tiba..!
"Inilah barisan kita..!! " ahahahah


Okeh si cilik sudah siap beruniform 


Pakai topi keselamatan



Menanti sessi briefing


Sessi penerangan sebelum mula bertugas


Sambil tunggu Young Fire Fighters bersiap, omak eh 
dah tak sabor dok mengetesttt peralatan di lokasi kejadian.
Tak padan nak interprem jugak uolllsss!! ekekekek


Ops..!! siren kereta bomba sudah berbunyi
menandakan ada kecemasann!!! cepatt young fire fighters semua!!!


Young fire fighters bergerak dalam kereta bomba yang sangat
comel & muat2 untuk mereka sahaja.
Sambil dengan penuh semangat melaungkan..
"KIDZANIA..!! FIRE FIGHTERS!!!"
"KIDZANIA..!! FIRE FIGHTERS!!!"
gamat satu bangunan eehheheeh


Sampai ke lokasi kebarakan. Sebuah hotel 5 bintang terbakar!
Oh tidakkk..!!!


Dania segera mencari kedudukann


Danish segera menjalankan tugas dengan penuh
komited! 


Api masih marakkk! Cepatt Dania...!!!


Bertungkus lumus memadamkan api kebakaran yang sedang marak!


Semua sedang bersungguh-sungguh!


Owhh.. dah selamat menjalankan tugas masing..!
Good job young fire fighters!!


Next Danish berkerja sebagai jurutera di sebuah 
kilang komputer DELL


Para engineer sedang melakukan tugas masing2


Lepas penerangan tu engineers pergi kat kerusi belakang 
tu pasang part2 komputer riba giteww


Tugas selesaiii! dan engineer dapat Certificate of Achievement dari 
DELL. So bleh guna utk apply kerja tak lepas ni ? eheheheh

Antara profession lain, para CSI yang sedang melakukan
penyiasatan 

Para dentist 


Dan juga contractor Window Cleaner


Masa Danish kat DELL Dania pergi queue kat Saloon kecantikan 
untuk jadi beautician tapi malangnya sessi terakhir sudah 
tutup.. means seawal pukul 8:30 malam rata2 dah stop queue.
So pandai2 la korang adjust masa ok.
Tapi no worries, dalam tu toilet, surau, cafe adaa


Okeh ini keseluruhan duit Danish.
50 kidzos masa masuk tadi dan duit gaji 48 Kidzos total 98 Kidzos


Dengan duit ni kids boleh beli apa2 barang 
kat Kidzania department store..
tak cukup Kidzos kalu korang kena tambah laa


Danish & Dania membeli belah menggunakan
duit gaji masing-masing



Danish membeli dengan Kidzos. Bagus takkk kan 
supaya sekurang2nya mengajar mereka bahawa duit bukan 
turun dari langit.. perlu di usahakann.. 
ada pengorbanan yang perlu di buat such as
belajar, sabar & beratur untuk dapat kerja, 
lakukan tugasan dengan baik sehingga selesai 
then baru boleh dapat reward ! ;)


Ok.. time to say goodbye


Tersangat best tempat ni. Lagipun tak dapat masuk banyak
tempat kali ni. Kalau tanya Danish & Dania mana kerja yang bestt?
Jawabnya SEMUAAAAAAAAAAA BESSSTTTTTTTTT!!

So apakah petandanya ituhh..???
InsyaAllah kitaorang datang lagi nanti! eheheheh

Assalamualaikummm

Aha bersambung lagi dengan entry KIDZANIA.
Sempena cuti2 sekolah ni  mana tau ada lagi yang 
nak tambah location untuk di terjah!

First photo saje I letak gambar Danish & Dania
jadi pakar bedahh.. Hot profession nihh!


Okeh.. sambungan dari entry lepas.
So bila dah check in dapat lah tag kat tangan
serta 'Passport'.


Then kita akan dapat Cheque bernilai 50 Kidzos setiap kids.
Kidzos adalah matawang yang di gunakan di Kidzania ;)


Danish & Dania dah mula excited! Dari 2nd floor kena naik pulak ke 5th floor.
 Kena check in ke kaunter Air asia lagi dan dia akan scan tag kat tangan kita tu..  


Queue panjang wehh.. dari 2nd floor ke 5th floor cenggini lah queue nyer uuhuhu.
ada 30 min gak kot kitaorg queue sampai belh masuk ke Kidzania city.


Masuk-masuk je terus ke bank, CIMB Bank.
Danish & Dania cash kan cheque masing-masing.
So setiap orang dapat cash 50 kidzos. 


Masing-masing dah excited bila dah berjaya berurusan sendiri di kaunter bank!
Wang ni akan di gunakan di setiap tempat yang akan di kunjungi
sama ada perlu di bayar jika kita yang nak dapatkan service
ATAU dapat bayaran aka GAJI setiap kali kids selesai 
menjalan kan tugas (pekerjaan) di mana2 yang berkaitan.


Sempat beramah mesra dengan Maskot KIDZANIA.


Firstly Danish terus ke Kidzania National College.
Dengan kelayakan akademik yang cemerlang,
kids akan berpeluang untuk mendapatkan gaji yang lebih
tinggi..! Seperti juga di dunia sebenar. Sedikit sebanyak ia mengajar 
kanak-kanak tentang kepentingan pendidikan. Bagus kan!


Okeh.. kat setiap tempat ada signboard ni. Ia menyatakan secara terperinci
Capacity kids setiap sessi, jangka masa, umur yang di sarankan serta
fee yang perlu di bayar atau salary yang akan di terima bergantung
kepada profession / tempat.
So kat Universiti ni yuran pengajiannya ialah 10 Kidzos
dan di sarankan untuk 7 tahun ke atas gitewww.


Danish dan 'lecturer'


Danish sedang bertungkus lumus menyiapkan 'test' & 'assignment'.


Okeh..! Danish dah tamat pengajian dan berjaya di anugerahkan dengan 
'Bachelor of Health Science (B.H.Sc)'.
Kini Danish bergelar DR DANISH!!
Kakkoiiii!!!!! *Smarttt ehhh!!*
Tahniah untuk Danishh!!


Sementara tu pulak Dania pergi menuntut di 
KIDZANIA PAINTING SCHOOL
dalam misi menjadi young artist gitewww


Kat sini Dania pun kena bayar yuran pengajian sebanyak 5 Kidzos.


Pintu masuk 


Dania sedang mengenakan uniform dengan bantuan hehe


Peralatan untuk para artist


Antara pelajar yang sedang menuntut di Kidzania Painting School 


Dania yang tekun menyelesaikan tugasann..!
Siap uniform gitewww! 


Dalam pada menunggu Dania, Danish pulak bekerja sebagai
POSMEN di POS MALAYSIA. Kat sini Danish di tugaskan untuk
membuat penghantaran bungkusan di pejabat2 lain di Kidzania City
secara berkumpulan. 


Selesai melakukan tugasan, Danish & team balik ke pekabat
Pos Laju. Kat sini Danish terima gaji sebanyak 10 Kidzos.


Next Danish & Dania bekerja di KPJ Health Center pulak.
Both nak jadi Pakar Bedah!
Gaji pakar bedah (Surgeon) ialah 10 Kidzos.
Di sebabkan Danish ada Bachelor of Health Science
dan bergelar Doktor.. maka Danish layak menerima
tambahan 2 Kidzos menjadikannya 12 Kidzos secara keseluruhan.


Kanak2 juga boleh memilih untuk menjadi doktor di bahagian
endoscopic.


Dan juga sebagai nurse


Danish & Dania sabar menunggu giliran. Ni antara profession yang hot. 
Total masa menunggu sejam ler jugak uhuhuh


Pesakit yang bakal di bedah di bilik surgery.


Dr Danish & Dr Dania.. so cutee!!!


Mendengar penerangan sebelum melakukan pembedahann..!


Meneliti keadaan pesakit sebelum melakukan pembedahan.


Dr Danish & Dr Dania yang sedang bersungguh-sungguh 
menjalankan pembedahan terhadap pesakit.
Gambar ni Crew cameraman je yang boleh amek sebab diaorang 
je yang boleh masuk selain kids....
memang crew cameraman berlegar di mana2.
Kalau nak beli sedialah RM20 sekeping ohok ohok!!
kalau korang2 nak amek gambar sendiri pun bleh 
cuma bleh amek
gambar dari jauh je macam gambar2 di atass.. uhuhu

Lepas selamat menjalankan pembedahan,
Dania menerima gaji sebanyak 10 Kidzos 
manakala Danish sebanyak 12 Kidzos.
Danish boleh menunjukkan card 'kedoktoran'nya
di mana-mana pusat kesihatan di KIDZANIA untuk 
layak menerima gaji yang lebih tinggi ! :)


To be continue.....!!