Assalamualaikum.....

Ahaa... hari ni genap 39 minggu baby dalam perut. 
so far tak de tanda-tanda lagi baby nak keluar huhu....
makanya aku pun dengan rajinnya selongkar balik beg
yang dah prepare untuk di bawa ke Hospital.

Jom zoom apa ada dalam beg.
Kuantiti adalah untuk menginap 2D1N kat spital he he
*macam gi bercuti pulak ha ha!*

Bag Baby :


1. Baju sambut baby ~ 3 pasang 
2. Sarung tangan & kaki ~ 2 pasang
3. Topi kepala baby ~ sehelai
4. Kain lampin ~ 2 helai
5. Selimut baby/kain bedung baby ~ 1 helai
6. Kain barut baby ~ 2 helai
7. Tuala baby ~ 1 helai
8. Sapu tangan ~ 2 helai
9. Wet tissue ~ 2 pek
10. Diapers ~ 7 pcs
11. Travel toilet baby ~ 1 set
12. Baby oil ~ 1 botol
13. Botol susu ~ 1 *standby just in case*
14. Breast Pump set : Ni pun standby je. Selalunya the first 2 days tu
baby harap pada colostrum ibu je*
15. Senaskah Surah Yasin

TIPS :
Seboleh2nya baju berbutang tengah lebih mudah di pakai oleh 
baby dalam hari. Maklum la baby 'halus' lagi huhu.


Bag Mama :


1. Baju tidur & Baju balik ~ 2 helai
*Biasanya kat hospital pakai baju spital jek*
2. Kain batik ~ 2 helai
3. Tudung balik ~ 1 helai
4. Pakaian dalam ~ 3 salin
5. Tuala mandi ~ 1 helai
6. Tuala muka ~ 1 helai
7. Baju sejuk ~ 1 helai
8. Stokin ~ Sepasang
9. Selipar ~ sepasang
10. Pad bersalin Madame ~ 7 keping
10. Toileteris (Pencuci muka, berus gigi, ubat gigi, cotton bud, pencuci dettol)
11. Strap getah pinggang *ganti bengkung sementara untuk jaga peranakan lepas bersalin*
12. Air zam-zam/air selusuh & Kurma ( sekali untuk bertahnik)
13. Getah rambut
14. Minyak serai wangi *untuk sapu kat kaki lepas bersalin*
15. Losyen pati halia  * sapu kat dahi ganti pilis sementara*
14. Charger hand phone. 
* untuk surf internet, FB, Blog ketika
waktu senggang menanti kelahiran or selepas kelahiran*

Dokumen :
1. IC
2. Kad booking Hospital
3. Kad check up baby

Okehh.. bag Mama & Baby dah siapp..!! 

Kalau tengok Pregnancy tickers aku pun memang 
dah atas pagar je nih... ! 


Berdebar + excited... uhuhuhuhu!


Bibik pun dah sampai... Mak, Abah & Mak Long pun dah 
beli tiket hari Selasa ni datangg..!
Ramai yang temankan aku berpantang kat Puchong kali ni he he

Okeh Baby, Mama dah ready anytime je nih tauu..! uhuhuhu

 Assalamualaikumm...

Ahaa... Gambar Dania berphotoshoot gediks ala Princess 
sudah siap hehe. Ambik kat booth Smart Kids yg selalu 
leh jumpa kat shopping2 mall.

Dulu danish umur < 2 tahun pun pernah buat photoshoot kat situ.
Masa tu harga yang sama leh shoot 2-3 costume..
sekarang harga sama leh shoot untuk 1 Costume jekk! uhuhuh

Sementelah Dania asyik request baju ala2 princess lately,
terserempak je booth ni masa nak gi Dinner kat Seould Garden@IOI
ari tuh terus layan Dania Photoshoot sekali hehehehehe.

Apalagi .. bercahaya bling bling bling terus air muka Dania
kegembiraan kerana di nobatkan menjadi Princess..!! 
Ehehehehehhe
Nasib laa.. dapat anak dara cenggitu lah gaya nyer..!

Meh ku tepek sket gambar2nya..
Jom layannnnnnnnnnn.........


Olololo.. anak dara Mama sorang nihh...
dah anak dara... nampaknya gambar kat banner blog atas tu dah 
nak kena tukar sudaaa... uhuhuhuhuhu



Pandai jugak posing rupanyer ehehehehehe.
Sungguh tak ku sangka.. ngahahahaha!


Gambar ni dapat FREE laminated printed saiz 9"


Princess of the day..

Balik photoshoot tu siap tanya mana baju princess dia..?
Ehehehehe... tu baju 'sewa' sekejap la sayangg.. tak leh 
bawak balikkk ehehehehehehe

Al-kisahh...!!

P/s: Hari ni last day kerja sebelum company year end shutdown 
sempena Krismas start next week uhuhuhu. Kira aku terus 
sambung maternity je lah  ni he he. Bibik pun dah sampai Alhamdulillahh...
semalam pergi pick up kat LCCT.

"Ya Allah.. sebagaimana kau 'pertemukan' kami, serasikanlah hati kami. 
Jadikan jiwanya penyayang kepada ahli keluarga kami terutamanya anak-anak kami. 
Lindungilah kami dari segala kejahatan dan hasutan syaitan yang direjam... Aminn ya Rabbal Alamin....""

21 DIS. 2011: Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd. Nor menunjukkan wang kertas baru Malaysia yang akan dikeluarkan mulai Julai tahun depan, pada majlis pengenalan wang itu di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Wah.. bling bling blinggg!! Siap ada kaler kuning untuk Mata wang bernilai RM20.
Zaman dolu dolu kaler coklat kat...? kalau susun semua dah macam kaler pelangii ehehehhe