NUSAJAYA – Taman tema Legoland Malaysia dijangka akan beroperasi mulai akhir tahun 2012 dengan sasaran sejuta pengunjung pada tahun pertama ia dibuka.
Sasaran itu dinyatakan Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst yang yakin taman tema tersebut tidak akan mencatatkan kerugian apabila ia dibuka kelak, biarpun tidak dapat mengandaikan berapa nilai yang akan diperoleh pada tahun pertama itu.
Projek pembangunan taman tema tersebut yang mula dibangunkan pada Disember 2009 dengan kos RM720 juta.
"Kita akan sentiasa memastikan perkhidmatan yang ada di taman tema ini sentiasa diperbaharui dan diperluaskan setiap tahun, sekali gus mampu memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
"Buat masa ini, Legoland Malaysia merupakan pertama di Asia dan ia akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia Tenggara, biarpun ada usaha bagi membina taman tema seumpamanya di Jepun dan Korea yang belum dimuktamadkan,” katanya kepada media mengenai kerja-kerja pemasangan laluan untuk roller coaster dikenali Lego Technic, di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB), Datuk Syed Mohamed Ibrahim dan Pengarah IDR Resorts Sdn Bhd (IDR Resorts), Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab.
Pada masa sama, Siegfried turut mengumumkan penjualan pas tahunan pra pembukaan yang dijual pada harga RM195 untuk dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak pada masa terhad di mana tiket bayaran sekali masuk ke situ bernilai RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak.
Sementara itu, Muhammad Zainal berkata, projek pembangunan taman tema tersebut mencapai 40 peratus pembinaannya biarpun berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
“Semua kerja-kerja pembinaan projek ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan dengan perkembangan itu kita yakin Legoland Malaysia ini akan siap dan dibuka mengikut jadual ditetapkan,” katanya.
Legoland Malaysia adalah merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.
Legoland Malaysia dibangunkan oleh anak syarikat IIB, IDR Resorts bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, hab gaya hidup Iskandar Malaysia.

Taman tema yang pertama di Asia itu mempunyai tujuh taman tema, dengan 50 juta blok lego digunakan bagi menghasilkan 15,000 model yang akan dipamerkan disitu.


Salam...

Minggu ni dah melepasi minggu ke-36 dan masuk ke minggu ke -37..!
Sedar-sedar kaki ku dah sembapppppp giler..!!
Berjalan pun dan terasa berdenyut-denyuuttt jekkk.. uhuhuhuhu.
Masa Danish dulu start 7 bulan memang dah sembap dahh..
kat ofis budak2 suka usik cakap kaki aku macam sakit untut! ekekekeke
sabor je la kann derang nihh..kekekeeke

Masa Dania lambat sket sembapnyaa... aku rasa 2 minggu sebelum bersalin kottt..
kali ni start minggu lepas dah sembap dahh.. ada 4 minggu lagi due nih...
alih-alih terasa ketat terus rantai kaki yg aku pakaii.. 
kalau tak elok je jatuh bawah buku lali
ni dah macam getah tempe padatt terikat kat kaki 
dah rupanya wahahahhahaa!



Adakah ini tandanya tarikh kelahiran semakin hampirr..???
Jeng jeng jeng..!!!!!
waaaaa.. tetiba berdebar-debar rasanya walopon jauh 
di sudut hati rasa tak sabarr.. uhuhuhuhu.

Perut pun dah makin beratt.. last check up 34 minggu
Doc scan baby dah 2.5 kg uhuhuhuhuhu.
Tidur malam kompem kena mengiring.. bolster kiri kanan
tuk di kepit.. kalo tak payah nak lelapp uhuhuhuhu.

Dengan itu secara rasminya...
aku merelakan Abang hantar aku gi Ofis ari nih..!!
Uwaaaaaaaaaaaa.............!!!!
Sahdis ekk...? Sebab...???  Ofis aku bukan jauh pun ngan umah..
drive pun leh parking kat disable park depan lobi...
pas tu keluar rumah pun lambat skett.. ngehhehhee.
Hari ni Abang hantar kena keluar 2 jam awall!!!
Uwaaaaaaaaaaaa... kul 7:30 pagi aku dah terpacak kat ofiss...!!
Kalo tak 7:30 pagi ni aku masih kat umah.. siapkan breakfast Danish,
buat air untuk Abang... 7:45 pagi tengah lambai-lambai
hantar Abang gi kerja huhuhuhuhu
Hari ni 7:30 pagi dah sampai ofiss...
Adehhh... sesak napasss !! ohok ohok..!!

Di sebabkan keluar gi kerja awall.. gerai yg aku nak beli 
nasi dagang pun tak bukak lagii..
makanya breakfast kat Cafe ofis je lah hari ni...
Lama tak pekena roti canai & teh tariikk..!
Burrpppsss...!! opssss!!!


P/S: Di kesempatan ini, Izan nak ambik kesempatan 
nak minta maaf salah silap kat semua para readers, bloggers, kalau sepanjang Izan 
bersiaran ni  tanpa sedar ada terkasar bahasa, tersilap gurau, 
terover komen dan yang seangkatan dengannya sepanjang
kita beramah mesra kat dunia cyber ni kann...

Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan di permudahkan yekk!!
Amin...!!
Assalamualaikumm....

Hari ni ialah hari Ulangtahun kelahiran Abang...
Happy Bufday Abang...!!!
Last weekend ajak Abang celebrate dinner kat
Tony Roma's@ The Garden, Mid Valley.
Nak pergi hari kerja takut tak sempat.. 
gi hari cuti tak le terkejar2 sangat uhuhuhu

Credit : foodIlove

Siangnya Abang bawak budak2 gi REKA Zone @IOI Mall.
Nanti ku update next entry plakkk..
4 jam gak derang melepak & main dalam tu sampai letihh! uhuhhu

Lepas maghrib kitaorang bertolak ke The Garden.
Ada satu lagi kat Sunway Pyramid tapi Sunway Pyramid tu 
luas giler kann.. rasa tak larat aku nak pusing dalam tuu..
so ajak terus ke The Garden je lah terus.
Sampai2 naseb kitaorang baik sebab ada parking kosong.
Terus ke LG.. Tony Roma's ni letakkan nya di LG.


Sebelum datang aku dah survey menu yg nak di order.
Sebelum ni ada tengok dalm blog Lieya tapi tak jumpa dah bila
aku search.. last2 usha kat food blog lainn huhu.

So ni antara menu yg di order...
KICKIN' SHRIMP, ROMA'S SAMPLER, SHRIMP SCAMPI PASTA
& BOUNTIFUL BEEF RIBS

Sebenarnya nya pun antara menu2 yang aku mengidam 
sebelum bersalin nih.. ngahahahhaa.
So kegembiraan di kongsi bersamaa.. raikan dengan yang tersayangg! 
giteewww..!! kekekekkek


Sambil tunggu order sampai, 
budak2 ni layan dulu paper game/quiz yg di berikan dek TR Staff.
Suasana dalam ni pun romantik jee.. lampu pun 
alahaiiii.. terang tak terang.. so gambar ku pun 
alahaiii.. terang tak terang jugakkk ekekekkekeke

  
Dania main dam ular...


Ni Complimentary Loaf with Garlic Butter.
Sila makan ketika panas.. bila sejuk dia cepat keras sket uhuhuhu


Bottomless Juice ~ Pineapple & Mango Juice RM8.90.


Tapi di sebabkan kuantiti hidangan yang banyakk..
sempat refill sekali jekk.. kenyangg wehhh!!


KICKIN' SHRIMP RM22.90.
Yang ni bestt gilerrr..!! Sebenarnya 85% di pulun dek Dania sorang jekk..
anak dara ku sorang tu memang hantu makan Udang pun! eheheheh.
Secukup rasa & very the juicy!! nyumm nyum!!!
Kalau aku datang lagi confirm aku order..!


ROMA'S SAMPLER RM39.90
Ni menu aku... Banyak rupanya kuantiti hidangan ni..
memang confirm tak habis makan sorangg..!
so kena sharing is caring laaah.. hehe


Close up skett.. aha... onion loaf tu memang sedap di makan panas-panas..! 


SHRIMP SCAMPI PASTA RM 31.90
Yang ni pun boleh makan 2-3 orang..!! Perghh.. banyak kuantitinya rupanya huhu.
Tapi yang ni pun 85% Danish yang habis kann!! Terkezut aku & Abang..
selera sungguh dia makann!! Banyak lak tuhH!!!


Last but not least.. MENU WAJIB ORDER..!!! 
Signature ToNy Roma's nih
yg terkenal dengan menu RIBS dia yang lazatt..!!

BOUNTIFUL BEEF RIBS (Roma Rack) RM53.90
Ni menu khas ku orderkan untuk Bufday guy, Abang he he he.
Memang menjilat jarii.. sedap isi dagingnya..
lembut dan secukup rasa.
Ni pun menu WAJIB aku order kalau datang ke sini lagii..!


Bila semua menu sampai terus penuh meja..
pinggan besar-besar...! semua kena makan share patutnya nih uhuhuhuh


Danish yang tak sabar2 pulun pasta..!!


Selamat menjamu selera Papa..!! Speacial treat utk Papa hari ni..
muahhhh muaachhhhhh!!!


Dania dah kenyang pulun Kickin' Shrimp tadii.. tak mo makan 
pasta dahh.. bleh plak dia request nak makan Big Apple donut
yang terletak sebelah je Tony Roma's tuh ... 


Dapat Strawberry donat satuuu baru bleh diamm.. ehehehhehe


Danish yang masih bersungguh2 pulun pasta..!! sedap sangat la tuhh!!


Siap thumbs up lagii!! Tengah nak habis kan bahagian Dania.. ngahahahhaa!
Sebenarnya masa aku buat entry ni pun Danish sibuk ajak lagi gi makan 
Shrimp Pastu kat Tony Roma's tuh..! sedap sangatt katernyer!!!
Komen Papa : Nanti suh mama masak cam tuh!! ho ho ho!


Kami sekeluarga.. HP ku habis bateri sudahhh..
Danish asyik main game je kannnn... snap guna henset Papa plakkk.

Service bagus kat sini.... boleh tolong snap gambarr...
lepas bayar last sekali dia bagi wet tissue panas TR huhu

Yang nak kemari alamatnya :
Tony Roma's Restaurant
LG 217, The Garden, Midvalley City,
No.1, Medan Syed Putra,
59200 KL.
Tel: 03-22828243



Last but not leastt...
Selamat Hari Ulang tahun buat insan tersayang, Abang@ Papa...
Semoga sentiasa di limpahkan rahmat dan rezeki, 
di panjangkan usia, sihat tubuh badannn... 
dan beroleh kebahagiaan dan kejayaan selaluuuuuuu...!!!
Kami semua SAYANGGGGGGGGGGGGGGG
Papa so so so muchhhhhhhhhhhh!!!!!!
Muaaaahhhhhhhhhhhhh!!!