Assalamualaikumm..

Ahaa.. cam biasa.. Sabtu Ahad je baru sempat mengasap dapur!
*Alasann.. padahal ofis bukan jauh pun!* uhuhuhu
Last week dok bersembang2 ngan memember pasal resepi roti jala.
Masa zaman2 belajar dulu kira aku antara tukang buat
bahan roti jala gak le.. kalau ada gakusai ~ Pesta pelajar 
kitaorang confirm akan bukak gerai jual makanan punya..!
Dan antara yang di jual termasuklah Roti jala + Kuah kari..! Nyumm!!
Memang agak hit jugak le menu ni sebab orang-orang Jepun
pandai makan kari..!

Okeh.. so Roti jala versi aku cam ni lah rupanya. Lipat je malas
nak gulung hehehehehe. Kalau lipat dari atas kuali tu bleh terus lipat ngan sudip
angkat masuk pinggan terus huhu.
Oh ya.. resepi macam biasa, boleh layari Sweet@RecipesGallery okeh


Terlanjur ada pulak ikan tengiri dalam freeze..
tanya Abang nak buat masak apa, Abang request suh masak Asam Pedas.
Set.....!  Asam pedas ni pun kira menu wajib orang Johor gak le..
Kalau aku balik kampung confirm sekali akan keluar menu nih.. ehehehehe.
Kena pulak Abang Ngah aku rajin memancing.. selalu gak le
ada ikan sembilang masak asam pedas ni.. aku layan jek.
Kadang ikan Mayongg..
So resepi cam biasa ikut resepi Bonda lahh.. cuma aku modified sket
ikut resepi Mat Gebu, beza nya buh lada hitam + nenas. 
Selalunya aku masak asam pedas buh kacang bendi  or tomato jek.


Tambah pulak dalam peti stok Dadih perisa Strawberi dah habis..!
Apalagi.. buat lagi stok baru..kali ni Abang beli perisa Melon.
So proceed sebungkus dapat dlam 40pcs bekas kecik tu..
cukup utk bekalan lagi seminggu. Aku memang suka betul
makan dadih sejuk2 dari peti ni. tak kira masa la..lepas buka.. nak tidur.. lepas sahur..
mesti paling tidak habis semangkuk uhuhuhu.


So ni la menu sempoi hari ni..!
+ Sotong goreng tepung tumis kacang buncis.
Budak-budak memang suka sebab ada
sotong goreng tepungnya tuh.. huhu


Ada kuih muih jiran belakang kasi..
dia memang berniaga jual kuih.
so bertukar-tukar juadah gak le..


Yang lagi bermakna...setelah 13 hari berpuasa..
AKHIRNYAAAAAAAAA................!
Danish berjaya puasa penuh hari ni............!
Ahahahahah.. Danish ni kalo nak tau almost every day 
bangun sahur..! Yang penting kena ada Sambal..
makan boleh tahan.. bertambah-tambah.
Nak tidur semangat baca niat posa.. nak kejut sahur
pun senang.. tapi nak puasa sampai maghrib tu aduhaiii..
banyak sangat dugaan gak nye kat rumah pengasuh..
maklum je la ada 3 orang lain yg tak posa mana la
tak cair mamat tuh  huhuhuhu.

So setelah melalui pelbagai 'dugaan'..
dengan dia merengek lapar la.. suh masakkan maggi la..
nak minum susu la.. tak de energy laa.. 
akhirnya setelah di tunjukkan seiikat bunga api 3 color tuh..
berbunga2 dan tersengih juga Danish sambil menahan posa 
sampai azan maghrib..! Alhamdulillah..!
Masuk waktu berbuka je terus.... makan nasi sepinggan..! ahahahaha.
Danish Danishh.. anyway.. mama bangga dengan Danish 
hari ni okeh...!



Pengarah KRU Studios, aktres popular belum pilih tarikh sesuai

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, 
Yusry Abdul Halim, 38,  mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular,
isa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini
dan jika tiada aral melintang akan
ke jenjang pelamin tahun depan.

Tumpang gembira. Semoga jodoh mereka berkekalan ke akhir hayat... aminn.....

sumber : Berita Harian
Assalamualaikum

Berishtighfar panjang bila baca artikel ni....
Orang kata bulan puasa ni syaitan di ikat.. tapi kalau masih ada yang 
sanggup lakukan perbuatan sekeji ini... memang pelakunya tu sendiri 
Syaitan bertopengkan manusia..!!

Tak dapat aku nak imagine sengsaranya mangsa kes ni..  MasyaAllah...!

sumber : Harian Metro



KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.
Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.


“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya





Meh nak share satu kisah hukuman simbah asid kepada pelakunya.
seorang wanita IRAN yang memohon hukuman Kisas di jatuhkan kepada 
pesalah..! Pampasan bernilai RM95,000 pun di tolaknya. 
Kalau Malaysia pun laksanakan hukuman 
seperti ini memang baguss..! baru SETIMPAL 
dengan derita yang di simbahnya pada orang lain.
SIMBAH ASID DI BALAS DENGAN SIMBAH BALIK ASID..!!
Baru tahu langit tinggi ke rendah... baru la penjenayah2 ni fikir sepuluh kali nak buat...!

AMENEH menunjukkan gambarnya sebelum diserang asid di Teheran.

Di Teheran, Iran, seorang lelaki yang didapati bersalah menyimbah asid ke muka seorang wanita telah dijatuhi hukuman simbah asid (sama dengan jenayah yang dilakukannya) oleh mahkamah negara itu.

Majid Movahedi, 30, melakukan perbuatan kejam itu selepas mangsa, Ameneh Bahrami beberapa kali menolak lamarannya untuk berkahwin, sehingga mengakibatkan wajah wanita itu rosak teruk selain menyebabkannya menjadi buta dalam serangan pada 3 November 2004.

Mahkamah mengarahkan Majid dibutakan menggunakan asid selepas lelaki itu mengaku bersalah atas jenayah itu.
Hukuman itu sepatutnya dijalankan kelmarin, namun pihak berkuasa Iran menangguhkannya selepas campur tangan masyarakat antarabangsa, termasuk Britain, yang mengecam hukuman itu.

Ameneh berkata, pada awalnya dia mahu menjalankan sendiri hukuman itu yang ditegaskan sebagai sah dari segi undang-undang agama.

“Tetapi saya takut asid tumpah di tangan saya, jadi lebih baik doktor yang melakukannya. Saya menunggu selama enam tahun untuk hari ini,” katanya, kelmarin.



MAJID MOVAHEDI


Menurut laporan berita Agensi, perbuatan lelaki berkenaan menyimbah asid adalah kerana kecewa cintanya ditolak wanita berkenaan yang juga bekas rakan pelajarnya di Universiti Teheran.

Mahkamah pada awalnya menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh dan memberikan pampasan berjumlah kira-kira RM95,000 kepada mangsa namun ianya ditolak oleh wanita berkenaan dan mahu penyerangnya itu menderita sepertinya.

“Saya mahu hukuman qisas dilaksanakan. Saya sudah bersedia untuk menjalankan tugas itu. Hanya dengan membutakan dia baru saya boleh tenteram,” kata Ameneh.
Dia berkata, segala rayuan, supaya dia membatalkan hasratnya, termasuk daripada ibu lelaki itu sudah terlambat.

Persediaan dibuat untuk membolehkan Ameneh menyuntik asid ke dalam mata Majid di sebuah hospital semalam, di bawah pengawasan doktor. Ameneh dibenarkan menitik 20 titisan asid pada setiap belah mata 
lelaki itu.

sumber : Warkah Daily

Walaupun akhirnya wanita tersebut mengampukan pesalah..??!
KLIK SINI